Fullpaper Kaedah Skemata Dalam Pengajaran Membaca Bagi Murid Pemulihan BM

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA KAEDAH SKEMATA

DALAM PENGAPLIKASIAN IR 4.0 BAGI KELAS PEMULIHAN BAHASA


MELAYU DAERAH KUBANG PASU
Rohani Semana, Bainah Mustafab

a
Jabatan Kajian Sosial (Unit RBT) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA)
06000 Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, MALAYSIA
b
Jabatan Pendidikan Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA)
06000 Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, MALAYSIA

*Corresponding author: [email protected]


.

Abstract
The aim of this study was to examine the effectiveness of the Teaching to Read Method Using Schemata
in the Bahasa Melayu (BM) remedial reading class in order to improve students’ performance and
thus help them to be on par with their peers in a normal class in applying IR 4.0. The research
methodology involved the construction of survey instruments, the evaluation items and the reliability
and validity of the investigative process items. The sample consisted of 32 students enrolled in BM
remedial reading classes from primary schools in the district of Kubang Pasu, Kedah. SPSS version 20
was used for processing and data analysis. The results showed that the requirements of descriptive
statistics were met such as SD exceeding 0.5, mean range more than 3.0 and that the coefficient of
reliability for the three variables of teaching of reading, schemata method and student achievement
was high (exceeding 0.7). Students showed improved performance in the mean test scores with
increase of 24.4% when pre-test scores (48.8%) and post-test scores (60.7%) were compared.
Teachers in the BM remedial reading clasess had confirmed that the students no longer needed their
guidance for remedial reading. This study has proved that remedial reading using schemata method
can be used to rapidly and effectively improve the performance of remedial reading class students to
achieve a normal student’s reading ability.1
Keywords: Teaching of reading method, Schemata, Remedial class, Malay language, IR 4.0

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan kaedah skemata dalam pengajaran Bahasa
Melayu di kelas pemulihan dapat mempercepatkan kemahiran membaca pelajar dalam pengaplikasian
IR 4.0. Kajian reka bentuk tinjauan ini dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di Daerah Kubang
Pasu. Instrumen kajian seperti pemerhatian respon murid kepada kaedah konvensional, skor ujian pra
dan pasca dan borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif. Sampel melibatkan
32 murid dari kelas-kelas pemulihan sekolah rendah daerah Kubang Pasu, Kedah. Dapatan analisis
data memenuhi syarat-syarat statistik deskriptif antaranya, sisihan piawai melebihi 0.5, julat Min
melebihi 3.0 dan ujian untuk ketekalan dalaman dengan nilai Cronbach’s alpha melebihi 0.7 (iaitu
0.823). Fokus utama kajian ini adalah untuk mendapatkan keputusan sama ada terdapat perbezaan,
sumbangan dan pengaruh aspek kaedah pengajaran membaca dan kaedah skemata terhadap
peningkatan prestasi kemahiran membaca. Semua maklumat dianalisis dengan menggunakan program
SPSS 20 secara statistik deskriptif dan inferens. Keberkesanan kaedah intervensi kaedah skemata dapat
dilihat daripada Min skor ujian pra dan pasca iaitu peningkatan 24.4% (48.8% meningkat jadi 60.7%).
Dapatan kajian menunjukkan kaedah skemata mempercepatkan kemahiran membaca murid pemulihan.
Seterusnya, cadangan dibuat untuk diguna pakai dalam meningkatkan kemahiran membaca pelajar
sekolah rendah bukan saja di negeri Kedah malah di seluruh negara bagi mencapai agenda pendidikan
kebangsaan.

Kata kunci: Kaedah pengajaran membaca, Skemata, kelas pemulihan, Bahasa Melayu, IR 4.0.

1. Pendahuluan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (2003) telah menggariskan perkembangan kanak-kanak
perlu diberikan secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu dalam pelbagai aspek. Untuk
mencapai gagasan besar ini penguasaan kemahiran membaca adalah penting dalam kalangan
pelajar. Namun masih terdapat sebahagian besar kanak-kanak yang tidak dapat menguasai
sepenuhnya kemahiran asas ini sehingga terpaksa mengikuti program pemulihan seperti KIA
2M, LINUS, dan PROBIM. Oleh hal demikian, guru sebagai ejen perubahan perlu mengambil
tindakan drastik untuk meningkatkan tahap pembelajaran kanak-kanak ini dengan membantu
pembelajaran mereka dengan lebih berkesan.

1.1. Penyataan Masalah

Kaedah tradisional, kaedah nahu dan kaedah wacana, tidak menekankan aspek tatabahasa.
Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan kaedah skemata dalam
pengajaran Bahasa Melayu di kelas pemulihan dapat mempercepatkan kemahiran membaca pelajar
dalam pengaplikasian IR 4.0. Dalam kajian ini pengkaji cuba menggunakan pedagogi bahasa
yang merangkumi aspek penggunaan tatabahasa secara sistematik berdasarkan kaedah
skemata. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah kaedah skemata bagi
kelas pemulihan Bahasa Melayu. Isu berkaitan kaedah wacana terdapat kelemahan pada
peringkat rendah dan murid tidak dapat menguasai asas kemahiran membaca dengan cepat.
Oleh yang demikian, kajian ini merupakan pemugaran kaedah nahu struktural yang dapat
menyokong dan menambah baik kaedah lama yang diamalkan.

Dongbo Zhang dan Kenko Kodo (2011) dapatan kajian dalam kerangka Model
Persamaan Struktur. Kajian ini menguji kesan-kesan langsung dan tidak langsung kesedaran
morfologi dan keupayaan membuat kesimpulan leksikal kepada pengetahuan perbendaharaan
kata L2 dan kefahaman membaca di kalangan pembaca EFL Cina yang maju di sebuah
universiti di China. Dengan menggunakan kedua-dua ujian dan kaedah data berasaskan
sampel, kajian mendapati bahawa kesedaran morfologi menyumbang kepada pengetahuan
perbendaharaan kata L2 secara langsung dan secara tidak langsung melalui pengantaraan
keupayaan membuat kesimpulan leksikal pelajar. Dapat dilihat bahawa kesedaran morfologi
tidak membuat sebarang sumbangan langsung kepada kefahaman membaca selepas pelarasan
untuk pengetahuan perbendaharaan kata. Terdapat kesan tidak langsung terhadap bacaan
kefahaman membaca, bagaimanapun, adalah penting, kedua-duanya melalui pengantaraan
pengetahuan perbendaharaan kata sahaja, dan pengantaraan pelbagai keupayaan inferens
leksikal dan pengetahuan perbendaharaan kata. Walaubangaimanapun, pengetahuan
perbendaharaan kata perlu dimiliki untuk seseorang pembaca memahami apa yang dibaca.

Kegagalan murid pemulihan ini dinilai dari segi akademik yang dipercayai
disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya dalam mata pelajaran asas iaitu membaca,
mengira, dan menulis. Mereka tidak termasuk dalam kanak-kanak yang dikategorikan sebagai
terencat akal. Justeru, murid-murid ini sebaik mungkin didedahkan dengan kaedah skemata
semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran untuk merangsang mereka
membaca, bersoal-jawab dengan guru dan berminat menjana minda, menjawab soalan-soalan
guru yang dianggap sebagai satu cabaran baru yang menyeronokkan.

1.2 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan kaedah skemata dalam pengajaran Bahasa
Melayu di kelas pemulihan dapat mempercepatkan kemahiran membaca pelajar dalam pengaplikasian
IR 4.0. Kajian reka bentuk tinjauan ini dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di Daerah Kubang
Pasu. Sampel melibatkan 32 murid dari kelas-kelas pemulihan sekolah rendah daerah Kubang Pasu,
Kedah.
1.3 Objektif kajian ialah:
i. Mengenal pasti penggunaan kaedah skemata dalam pengajaran Bahasa Melayu di
kelas pemulihan dalam mempercepatkan kemahiran membaca murid.
ii. Mengenal pasti kaedah skemata yang digunakan oleh guru semasa pengajaran kelas
pemulihan dalam meningkatkan prestasi murid.
iii. Menilai sejauhmana keberkesanan penggunaan kaedah skemata dalam pengajaran
Bahasa Melayu di kelas pemulihan dalam mempercepatkan kemahiran membaca
murid.

1.4 Persoalan kajian ialah:


i. Adakah penggunaan kaedah skemata dalam pengajaran Bahasa Melayu di kelas
pemulihan dapat mempercepatkan kemahiran membaca pelajar?
ii. Sejauhmanakah kaedah skemata yang digunakan oleh guru semasa pengajaran kelas
pemulihan dalam meningkatkan prestasi pelajar?
iv. Sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah skemata dalam pengajaran Bahasa
Melayu di kelas pemulihan dalam mempercepatkan kemahiran membaca pelajar?

2. Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik 5
skala Likert. Kajian tinjauan dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di Daerah Kubang
Pasu. Instrumen kajian adalah pemerhatian, respon murid kepada kaedah konvensional dan
kaedah skemata, skor ujian pra dan pasca serta borang soal selidik digunakan untuk
mendapatkan data kuantitatif. Sampel melibatkan 32 murid tahap dua dari kelas-kelas
pemulihan sekolah rendah daerah Kubang Pasu, Kedah.

3. Analisis Data
Jadual 1 ialah senarai Item untuk soal selidik berkenaan pemboleh ubah bersandar (IV)
pertama, Kaedah Pengajaran Membaca yang telah disusun mengikut tertib turun untuk Min
dan Sisihan Piawai. Pemeringkatan untuk min yang tiga tertinggi ialah 4.41, 4.37 dan 4.18
untuk item-item sepadan iaitu: Item 12. Aktiviti membaca yang digunakan oleh guru
meningkatkan minat murid untuk membaca, Item 1. murid memberi tumpuan semasa guru
mengajar membaca dan Item 11. Kaedah pengajaran guru di sekolah mendorong minat murid
untuk belajar. Min purata 4.65 dan sisihan piawai 0.90 menunjukkan kaedah membaca yang
cara lazim diajar oleh guru kepada murid mendapat tumpuan murid dan murid mempunyai
minat untuk belajar tetapi hasilnya masih pada kadar tidak memberangsangkan.

Jadual 1: Min dan Sisihan Piawai kepada respon soal selidik berkenaan
Kaedah Pengajaran Membaca
Sisihan
Item Min
Piawai
Aktiviti membaca yang digunakan oleh guru
1 4.41 0.88
meningkatkan minat pelajar untuk membaca
murid memberi tumpuan semasa guru mengajar
2 4.37 0.97
membaca
Kaedah pengajaran guru di sekolah mendorong minat
3 4.18 0.85
murid untuk belajar
Purata 4.65 0.90

Jadual 2 ialah senarai item untuk soal selidik berkenaan Kaedah Skemata yang telah disusun
mengikut tertib turun untuk Min dan Sisihan Piawai. Pemeringkatan untuk min yang tiga
tertinggi ialah 4.32, 4.31 dan 4.29 untuk item-item sepadan iaitu Item 12. Guru membantu
murid untuk membaca petikan berdasarkan pemilihan perkataan yang sukar dalam kelas
Bahasa Melayu, Item 1. Kaedah skemata memudahkan kefahaman pelajar dan Item 2. Pelajar
cepat membaca apabila guru menggunakan kaedah skemata. Respon murid kepada kaedah
skemata memuaskan di mana min purata 4.28 dan sisihan piawai purata 0.70.

Jadual 2: Min dan Sisihan Piawai kepada respon soal selidik berkenaan Kaedah
Skemata

Sisihan
Bil. Item Min
Piawai
Guru membantu murid untuk membaca petikan
1 berdasarkan skemata perkataan yang sukar 4.32 0.48
dalam kelas Bahasa Melayu
Kaedah skemata memudahkan kefahaman
2 4.31 0.70
murid
murid cepat membaca apabila guru
3 4.29 0.93
menggunakan kaedah skemata
Jadual 3 Purata 4.28 0.70
ialah senarai item untuk soal selidik berkenaan Peningkatan Prestasi murid iaitu pemboleh
ubah bersandar (DV) yang telah disusun mengikut tertib turun untuk Min dan Sisihan Piawai.
Pemeringkatan untuk min yang tiga tertinggi ialah 4.31, 4.28 dan 4.25 untuk item-item
sepadan iaitu Item 3. Guru kelas pemulihan sabar dan tekun mengajar sehingga murid boleh
cepat membaca, Item 2. Murid lebih mudah faham perkataan yang sukar berbanding
sebelumnya, dan Item 1. Murid lebih cepat membaca berbanding sebelumnya selepas guru
menggunakan kaedah skemata. Min purata yang tinggi 4.27 dan sisihan piawai purata 0.66
bermakna serakan yang lebih rapat menunjukkan murid sangat setuju dengan keberkesanan
kaedah skemata terhadap peningkatan prestasi mereka.

Jadual 3: Min dan Sisihan Piawai kepada respon soal selidik berkenaan
Peningkatan Prestasi Pelajar

Sisihan
Bil. Item Min
PiawaI
Guru kelas pemulihan sabar dan tekun mengajar
1 4.31 0.69
saya sehingga saya boleh cepat membaca
Murid lebih mudah faham perkataan yang sukar
2 4.27 0.58
berbanding sebelumnya
Murid lebih cepat membaca berbanding
3 sebelumnya selepas guru kelas pemulihan 4.25 0.71
mengajar kaedah skemata
Purata 4.27 0.66
Bukti keberkesanan kaedah skemata ini, perbandingan skor ujian pre dan pos menunjukkan
peningkatan seperti dalam Jadual 4 berikut:

Jadual 4: Perbandingan Skor Ujian Pre dan Pos

Minimum 27.0 45.0


Maximum 67.0 79.0
Mean 48.8 60.7
Mode 54.0 46.0
Median 54.5 64.0
Sd 10.78 10.43
Skew -1.07 -0.51
Kurtosis 0.27 -0.90

Secara keseluruhan min skor ujian meningkat sebanyak 24.4% iaitu daripada 48.8 kepada
60.7. Peningkatan jumlah skor juga ketara iaitu daripada minimum 27.0 kepada 45.0 dan
maksimum daripada 67.0 kepada 79.0.

Jadual 5: Ujian Kebolehpercayaan (Reliability)

Soal selidik Jumlah Item Cronbach’s alpha


Aspek Kaedah Pengajaran
12 0.74
Membaca
Aspek Kaedah Skemata 12 0.90
Aspek Peningkatan
5 0.82
Prestasi murid

Jadual 5, adalah ukuran lazim untuk mengukur ketekalan dalaman (kebolehpercayaan),


menunjukkan nilai melebihi 0.7 iaitu item-item soal selidik berkait rapat dengan satu sama
lain dalam satu set item soal selidik.

4. Perbincangan, Cadangan dan Implikasi

Dapatan kajian menunjukkan kaedah dapat membantu guru-guru dalam memperkayakan


kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu, disamping pengaplikasian IR 4.0
dapat mempercepatkan kemahiran membaca pelajar.. Dapatan kajian ini membuktikan kaedah
skemata dapat menyumbang dalam percambahan kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas
pemulihan Bahasa Melayu, sekaligus mengubah kedudukan mereka daripada kelas pemulihan
kepada kelas normal.

Kepentingan kajian ini dapat meningkatkan penyertaan pelajar dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dapatan kajian ini juga adalah berasaskan kepada
pemerhatian pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan hasil ini
direkodkan serta diberikan gred penyertaan. Peningkatan penyertaan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat diperhatikan melalui perubahan tingkah laku mereka
seperti berdiri, berbincang, mengambil perhatian, bercerita, mencatat isi pelajaran di papan
tulis, bertanya soalan dan menjawab soalan secara suka rela. Dalam kajian ini terdapat kaitan
yang positif antara kaedah skemata dengan mempercepatkan kemahiran membaca serta
peningkatan penyertaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sehingga
meninggalkan kesan prestasi yang baik dalam pelajaran mereka.

Di sekolah, guru kurang menggunakan pelbagai kaedah yang berbentuk integrasi, dan
tidak langsung dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang tenang dan
harmoni, dengan ini murid berasa kurang selesa dan tidak dapat memberikan input yang baik,
mengambil bahagian yang aktif menerusi maklum balas yang positif semasa menjawab
soalan, memberi pandangan pendapat bernas dan tepat berasaskan soalan yang diberikan.
Sebarang masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diselesaikan secara
serta-merta. Contohnya, jika mereka tidak memahami tentang apa yang disampaikan guru,
murid digalakkan untuk bertanya kepada guru, sementara guru pula akan memberikan
bimbingan kepada mereka. Begitu juga kepada murid yang dapat menjawab dengan baik,
mereka akan diberikan pujian yang bersesuaian sebagai motivasi ke arah penyertaan murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah skemata membuka ruang kepada mereka
untuk menaakul topik yang dibincangkan dan berupaya untuk menggalakkan mereka
membaca dengan cepat.

Dalam aplikasi kaedah skemata dalam kelas pemulihan Bahasa Melayu, guru
mulakan dengan menyebut kata maujud seperti sungai, ayam, kereta dan sebagainya.
Kemudian murid-murid dapat menyatakan perkataan-perkataan skemata iaitu yang berkait
rapat dengan pengalaman yang sudah sedia ada dalam memori murid. Seterusnya dari
perkataan-perkataan skemata akan bercambah lagi perkataan-perkataan baru apabila guru
memberi rangsangan. Hasilnya, murid-murid akan dapat membina ayat-ayat majmuk
menggunakan perkataan-perkataan baru. Oleh itu satu pengayaan perbendaharaan kata telah
berlaku disebabkan pengadunan pengalaman lama dengan yang baru melalui penglibatan
murid itu sendiri.

Kaedah skemata sesuai juga untuk digunakan dalam kelas normal dan subjek lain.
Guru perlu bijak mengadaptasi dan menggunakan manual yang bersesuaian dengan subjek
berkenaan apabila kaedah skemata diguna pakai. Ibu bapa juga boleh memainkan peranan
besar untuk menggunakan kaedah skemata bagi membantu anak-anak mereka membaca cepat
di rumah tanpa mengira usia. Secara tuntas dapat disimpulkan kajian ini berjaya membuktikan
kaedah skemata boleh memotivasikan murid untuk meningkatkan prestasi dalam
pembelajaran.

5. Kesimpulan

Kajian ini dapat mencambahkan lagi kaedah pengajaran yang sedia ada untuk guru-guru kelas
pemulihan menggunakannya. Pemilihan kaedah dan penggunaannya yang betul dapat
membantu murid kelas pemulihan menguasai kemahiran membaca dengan cepat dalam
subjek bahasa Melayu. Ketekunan guru membimbing murid kelas pemulihan dapat membantu
mereka kembali ke kelas aliran perdana dengan cepat. Ibu bapa juga perlu menggembeling
tenaga bersama guru mengambil langkah meninjau perkembangan murid dalam menguasai
kemahiran membaca di rumah. Kerjasama padu ini beserta penggunaan kaedah skemata
mempercepatkan lagi penguasaan kemahiran membaca murid.

Rujukan

Anderson, Richard C. (1977). "The Notion of Schemata and the Educational Enterprise: General
Discussion of the Conference." dalam Schooling and the Acquisition of Knowledge, ed.
Richard C. Anderson, Rand J. Spiro, and William E. Montague. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Awang Sariyan (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. Bentong,
Pahang:PTS Publications Sdn. Bhd.
Bainah Mustafa (2011). Teaching of Reading Using The Schemata Method in Malay Language
Remedial Class Proceeding National Seminar on Foreign Language Teaching, The Regency
Alor Setar, Kedah. UMHSB,UUM.

Dongbo Zhang and Keiko Koda (2011). Contribution of morphological awareness and lexical
inferencing ability to L2 vocabulary knowledge and reading comprehension among
advanced EFL learners: testing direct and indirect effects. Reading and Writing Journal vol
24/2011.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (2008). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian
Pelajaran Malaysia.

IPGMKSM (20 Feb. 2011).Teori pembelajaran dalam pelaksanaan pengajaran.


http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71.
Saul Mcleod (2009). http://www.simplypsychology.org/piaget.html

Louis Cohen, Lawrence Manion and Keith Morrison (2008). Handbook of Research Methods in
Education. London: Routledge.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2007). PROBIM . Program Bimbingan Kemahiran Membaca,


Menulis dan Mengira Sekolah Menengah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2008). Kursus Program Bimbingan Kemahiran Membaca, Menulis
dan Mengira Sekolah Menengah. di Sarawak. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sharifah Maimunah Syed Zin (2008). Prosiding Persidangan Kurikulum Kebangsaan. 2007. Merintis
Pembaharuan Kurikulum ke Arah Membangunkan Modal Insan Cemerlang. Kuala
Lumpur: PPK- KPM.

Thom Hudson (2007). Teaching Second Language Reading. Oxford: Oxford University Press.

Wasik, B.A, & Bond, M. A. (2001). Beyond the pages of a book: Interactive book reading and
language development in preschool classrooms. Journal of Educational Psychology: 93, 243-
250.

Vaughn,S.,Linan Thompson, S., Kouzekanni,K., Bryant,D., Dickson, S & Blozis,S. (2003). Reading
instruction grouping for students with reading difficultties. Remedial and Special
Education, 24(5), 301-315. ERIC

Yahya Othman (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

You might also like