Carry Mark
Carry Mark
Carry Mark
NOMATRIK : D2020017
KES 1
WAN AHMAD BIN WAN HASHIM LWN ZAIDAH BINTI MOHAMED SALEH
FAKTA KES : DALAM KES INI WAN AHMAD DAN ZAIDAH TELAH BERNIKAH DAN DIAKUI MEREKA TELAH
MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN SECARA SINDIKIT. MEREKA DAN JUGA SAKSI SERAMAI 4 ORANG
TELAH GAGAL MEMBUKTIKAN KEPADA MAHKAMAH BERKENAAN DENGAN STATUS JURUNIKAH BAGI
PERKAHWINAN TERSEBUT DAN MEREKA JUGA TIDAK MENGENALI JURUNIKAH TERSEBUT. OLEH
SEBAB ITU MAHKAMAH TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA PERNIKAHAN MEREKA ADALAH TIDAK SAH
MENGIKUT HUKUM SYARA’ DAN MAHKAMAH TURUT MEMPERINTAHKAN WAN AHMAD DAN ZAIDAH
DIFARAQKAN DAN TIDAK TINGGAL BERSAMA SEBAGAI SEPASANG SUAMI ISTERI. PERMOHONAN
PASANGAN UNTUK MENGIKTIRAF DAN PERINTAH MENDAFTARKAN PERNIKAHAN TERSEBUT
MENURUT KEPADA PERUNTUKKAN DI DALAM SEKSYEN 12(2) ENEKMEN UNDANG UNDANG
KELUARGA ISLAM NEGERI MELAKA 2002 DITOLAK OLEH MAHKAMAH
KES 2
FAKTA KES : DALAM KES ZAINAL ABIDIN LWN NORZIAH INI PERMOHONAN PENGESAHAN
PERKAHWINAN YANG TELAH DILANGSUNGKAN DI NARATHIWAT , THAILAND TELAH DITOLAK OLEH
MAHKAMAH KERANA IA TIDAK SAH MENGIKUT HUKUM SYARAK KERANA MEMANDANGKAN
PERKAHWINAN KALI KEDUA PASANGAN INIADALAH FASID. INI KERANA PERWAKILAN WALI DIBUAT
TANPA PERSETUJUAN WALI NASAB, SEDANGKAN BAPA PENGANTIN PEREMPUAN BERADA TIDAK
JAUH DARI TEMPAT SAMASA PERNIKAHAN ITU DILANGSUNGKAN. SEHUBUNGAN DENGAN ITU PIHAK
PIHAK YANG BOLEH MENGAKADNIKAHKAN PERKAHWINAN MESTILAH MEMPUNYAI TAULIAH
MENURUT AKTA MAHUPUN ENEKMEN DI NEGERI MASING MASING. MENGIKUT KEPADA SEKSYEN 7
AUUKI WP, PIHAK TERSEBUT IALAH WALI DI HADAPAN PENDAFTAR, WAKIL WALI, ATAUPUN WALI
RAJA.
KES 3
FAKTA KES : PIHAK ISTERI TELAH MEMFAILKAN TUNTUTAN IDDAH YANG BERJUMLAH RM 1500,
NAFKAH ANAK BERJUMLAH RM 400 SEBULAN BAGI DUA ORANG ANAK DAN NAFKAH TERTUNGGAK
SEBANYAK RM 250 SEBULAN MULAI SEPTEMBER 1997 SEHINGGA DISEMBER 1979. PIHAK
MAHKAMAH TELAH MEMPERINTAHKAN PIHAK SUAMI UNTUK MEMBAYAR NAFKAH YANG
TERTUNGGAK KE ATAS ISTERI SEBANYAK 2700, NAFKAH ANAK DUA ORANG RM 3000 DAN NAFKAH
IDDAH BIASA 3 BULAN SEBANYAK RM 900. PEMBAYARAN HENDAKLAH DIBUAT MELALUI POTONGAN
GAJI SETIAP BULAN SELAMA 30 BULAN. INI KERANA TERTAKHLUK KEPADA HUKUM SYARA’ DAN ADA
DIPERUNTUKKAN DALAM SEKSYEN 60 EUUKI NEGERI MELAKA MENYATAKAN BAHAWA MAHKAMAH
BERHAK UNTUK MEMERINTAHKAN SESEORANG LELAKI MEMBAYAR NAFKAH KEPADA ISTERI ATAU
BEKAS ISTERINYA OLEH YANG DEMIKIAN NAFKAH IDDAH IALAH NAFKAH YANG WAJIB DIBAYAR OLEH
PIHAK SUAMI KEPADA BEKAS ISTERINYA DALAM TEMPOH IDDAH RAJIE YANG DISEBABKAN OLEH
PENCERAIAN, DAN NAFKAH TERSEBUT TERDIRI DARIPADA MAKANAN,PAKAIAN, DAN JUGA TEMPAT
TINGGAL
KES 4
TENGKU ANUN ZAHARAH BT TENGKU ABDUL HAMID LWN DATO DR HUSSEIN BIN MOHD YUSOF
FAKTA KES : ISTERI YANG TELAH DICERAIKAN MEMBUAT TUNTUTAN MUTAAH. KADI BESAR
BERPENDAPAT BAHAWA PENCERAIAN YANG DILAKUKAN OLEH PENENTANG BUKANLAH ATAS
KEHENDAK PEMOHON SEKALIPUN PIHAK PENUNTUT ADA MEMBUAT PENGADUAN TETAPI
PENGADUAN ITU LEBIH SETAHUN YANG LALU PENENTANG DALAM KES TERSEBUT TELAH GAGAL
MEMBERI KENYATAAN DARI MANA MANA MAHKAMAH SYARIAH BAHAWA PIHAK MENUNTUT
DISABITKAN NUSYUZ,KHALWAT ATAU ZINA.MAKA KADI BESAR BERPENDAPAT TUDUHAN PENENTANG
ADALAH TERTOLAK. OLEH ITU, MAHKAMAH TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA PENUNTUT BERHAK
MENDAPATKAN BAYARAN MUTAAH SEBANYAK RM 25,200 DAN BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT
DALAM TEMPOH 3 BULA DARI TARIKH HUKUMAN DIJATUHKAN. MUTAAH INI IALAH SUATU BAYARAN
YANG WAJIB KE ATAS SUAMI YANG DIBERIKAN KEPADA ISTERI YANG DICERAIKAN TANPA SEBAB YANG
MUNASABAH DAN MENGIKUT HUKUM SYARA’ HAL INI TERKANDUNG DALAM EUUKI SEKSYEN 2 (1)
YANG MEMBAWA ERTI MUTAAH ITU BAYARAN SAGU HATI YANG DIBERIKAN HUKUM SYARA’ KEPADA
ISTERI YANG DICERAIKAN
KES 5
FAKTA KES : KADI BESAR PULAU PINANG IAITU TUAN HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA TELAH
MENTAKRIFKAN BAHAWA HARTA SEPENCARIAN IALAH HARTA YANG DIPEROLEHI SECARA BERSAMA
SEMASA SUAMI ISTERI ITU MASIH HIDUP BERSAMA,SAMA ADA KEDUA PASANGAN ITU KERJA DALAM
BIDANG YANG SAMA ATAU BIDANG YANG BERLAINAN SAMA ADA SECARA RASMI ATAUPUN TIDAK
RASMI SAMA ADA DIBAHGIKAN TUGAS ATAU TIDAK. SEHUBUNGAN DENGAN ITU DALAM EUUKI
BERKAITAN KUASA MAHKAMAH DALAM PEMBAHAGIAN HARTA SPENCARIAN YANG TERKANDUNG
DALAM SEKSYEN 122 (1) MEYATAKAN BAHAWA MAHKAMAH HENDAKLAH MEMPUNYAI KUASA
APABILA MEMBENARKAN LAFAZ TALAQ ATAU APABILA MEMBUAT SUATU PERINTAH PENCERAIAN
SUPAYA APA SAHAJA ASET YANG DIPEROLEH OLEH PIHAK TERSEBUT DALAM MASA PERKAHWINAN
MEREKA DENGAN USAHA MEREKA BERSAMA HENDAKLAH DIBAHAGI ANTARA MEREKA ATAU SUPAYA
MANA MANA ASET ITU DIJUAL DAN HASIL JUALAN ITU DIBAHAGI ANTARA PIHAK TERSEBUT
KES 6
FAKTA KES : ISTERI TELAH MENUNTUT MAS KAHWIN DAN PEMBERIAN DARI BEKAS SUAMINYA YANG
MENDAKWA BAHAWA MAS KAHWI DAN PEMBERIAN TERSEBUT TELAHPUN DIJELASKAN
KESEMUANYA KEPADANYA UNTUK MEMUDAHKAN PENCERAIAN DENGAN MENGEMUKAKAN
SEORANG SAKSI. SELEPAS PIHAK YANG MENUNTUT ITU BERSUMPAH MENAFIKAN PERJANJIAN YANG
DIKATAKAN OLEH SUAMINYA, MAHKAMAH MEMUTUSKAN PIHAK KENA TUNTUT PERLU MEMBAYAR
RM 770 KEPADA PIHAK YANG MENUNTUT. INI KERANA TUNGGAKAN NAFKAH YANG TIDAK
DITUNAIKAN OLEH PIHAK SUAMI KEPADA ISTERINYA DALAM TEMPOH PERKAHWINAN AKAN MENJADI
HUTANG SERTA WAJIB DIBAYAR. BERDASARKAN EUUKI NEGERI MELAKA MENYATAKAN BAHAWA MAS
KAHWIN HENDAKLAH BIASANYA DIBAYAR OLEH PIHAK LELAKI ATAU WAKILNYA KEPADA PIHAK
PEREMPUAN ATAU WAKILNYA DI HADAPAN ORANG YANG MENGAKDNIKAHKAN PERKAHWINAN ITU
DAN SEKURANG KURANGNYA DUA ORANG SAKSI YANG LAIN
KES 7
TEOH ENG HUAT LWN KADI PASIR MAS & ANOR 1990
FAKTA KES : DALAM KES INI PIHAK PERLEMBAGAAN PERSEKETUAN TELAH MEMPERUNTUKKAN HAK
KEBEBASAN BERAGAMA TERKANDUNG DALAM PERKARA 11 (1) BAGI SETIAP INDIVIDU DI
PERSEKUTUAN MALAYSIA. PERUNTUKKAN INI MELIPUTI HAK UNTUK MENGANUT DAN
MENGAMALKAN SESUATU AGAMA TETAPI TERTAKHLUK KEPADA 11(4) IAITU SEKATAN
PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM. WALAU BAGAIMANAPUN HAK
KEBEBASAN BERAGAMA INI TIDAK DIBERIKAN SEPENUHNYA KEPADA KANAK KANAK DI BAWAH UMUR
DAN HAK INI HANYA DIPRAKTIKKAN APABILA SESEORANG ITU MENCAPAI HAD UMUR DEWASA IAITU
18 TAHUN. PERUNTUKKAN DAN AKTA PENJAGAAN KANAK KANAK 1961 MENYATAKAN AGAMA BAGI
SESEORANG YANG BERUMUR KURANG 18 TAHUN HENDAKLAH DITENTUKAN OLEH IBU BAPANYA
ATAU PENJAGA.
KES 8
FAKTA KES : DALAM KES TERSEBUT ISTERI TELAH MEMBUAT TUNTUTAN NAFKAH IDDAH. KADI BESAR
BERPENDAPAT BAHAWA ATAS FAKTA KES DIMANA ISTERI TELAH NUSYUZ KERANA TELAH
MENINGGALKAN RUMAH TANPA KEIZINAN SUAMINYA DAN TNPA SEBAB YANG MUNASABAH. MAKA
MAHKAMAH MEMUTUSKAN UNTUK MENOLAK TUNTUTAN NAFKAH IDDAH SI ISTERI ITU WALAUPUN
TUNTUTAN LAINNYA CONTOH MUTAAH DAN HARTA SEPENCARIAN TELAH DILULUSKAN
KES 9
JORIAH BINTI DORALIM V IBRAHIM BIN MAMAT
FAKTA KES : WALAUPUN PADA DASARNYA ISTERI YANG DICERAIKAN BERHAK MENDAPATKAN
BAYARAN MUTAAH DARIPADA PIHAK SUAMINYA NAMUN HAK ITU AKAN HILANG,LUPUS DAN LUCUT
DALAM BEBERAPA HAL DAN KEADAAN. SALAH SATUNYA IALAH APABILA ISTERI BERSETUJU DALAM
PERJANJIAN YANG DIBUAT SELEPAS PENCERAIAN BAHAWA DIA TIDAK AKAN MENUNTUT MUTAAH
DARIPADA SUAMINYA . HAL INI MERUJUK KEPADA KES DIA ATAS DAN PEMOHON DALAM KES INI
TURUT MENUNTUT BAYARAN NAFKAH EDDAH, ADA JUGA MUNUNTUTBAYARAN MUTAAH SEBNAYAK
RM 5000 LALU MAHKAMAHTINGGI SYARIAH MELAKA MEMUTUSKAN BAHAWA TUNTUTAN MUTAAH
ITU DITOLAK KERANA CATATAN DALAM SIJIL DAFTAR CERAI ADA TERTULIS ( TIDAK MENUNTUT) DAN
INI BERMAKNA SEBAGAI PERSETUJUAN PLAINTIF IAITU TIDAK MAHU MENUNTUT
KES 10
FAKTA KES : DALAM KES INI ZURIAH BT MD SYARIFF DAN PASANGANNYA DI PERUNTUKKAN DI
BAWAH SEKSYEN 40 (2) ENEKMEN UNDANG UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983.
SEKSYEN INI MEMPERUNTUKKAN BAHAWA SESEORANG YANG BERKAHWIN ATAU BERBUAT SESUATU
YANG SERUPA YANG BERTENTANGAN DENGAN MANA MANA PERUNTUKKAN ADALAH MELAKUKAN
KESALAHAN DAN HENDAKLAH DIHUKUM DENDA TIDAK LEBIH 1 RIBU DAN PENJARA TIDAK LEBIH 6
BULAN ATAU KEDUA DUANYA SEKALI. DALAM KES INI TERTUDUH PADA 15 OKTOBER 2001 TELAH
MENJALANKAN ACARA AKAD NIKAH DENGAN MUHAMMAD SAHLAN YANG BERTENTANGAN DENGAN
SEKSYEN 19 ENEKMEN UUKI NEGERI SEMBILAN 1983. MELIHAT KEPADA SUDUT KEMASLAHATAN DAN
KEPENTNGAN BERSAMA DI MANA TERTUDUH DIBICARAKAN DI BAWAH BIDANGKUASA YANG SAMA
DAN TERTUDUH KEDUA PULA BOLEH MENGURUSKAN PENDAFTARAN PERNIKAHAN MEREKA SECARA
BERSAMA HAL INI TERKANDUNG DALAM PERUNTUKKAN SEKSYEN 3 ENEKMEN UNDANG UNDANG
KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983