Cover Letter Sumbangan Surau

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI


Taman Bertek, 41100 Klang, Selangor
Tel : 03-33720516 Fax : 03-33743043

Ruj. Kami : SKTP 100-2/3/3 ( )


Tarikh : 14 Disember 2020

Kepada :

Ibu Pejabat Zakat Selangor


Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui ;
Guru Besar
SK Telok Pulai,
Taman Bertek,
41100 Klang, Selangor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan SK Telok Pulai dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
telah merancang untuk menaiktaraf surau sekolah untuk kegunaan murid-murid serta warga sekolah
dan ianya memerlukan anggaran kos seperti brikut :

Bil Perkara Anggaran Kos


1. Menaiktaraf Surau Sekolah RM 60,000.00
(Rujuk Lampiran)

3. Memandangkan sekolah tidak mempunyai peruntukan atau dana khas bagi tujuan tersebut.
Sehubungan dengan itu kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk sama-sama menyumbang bagi
merealisasikan projek menaiktaraf surau ini. Bersama surat ini disertakan kertas kerja untuk rujukan
pihak Tuan.

4. Sumbangan boleh disalurkan melalui Cek/Wang Pos/Kiriman Wang atas nama PIBG SK TELOK
PULAI atau melalui akaun BANK ISLAM Malaysia BERHAD bernombor 12010010096877.
5. Kerjasama dan iltizam pihak tuan dalam menjayakan projek naiktaraf surau ini amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PENDIDIKAN TERBILANG”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Berusaha

----------------------------------------------
( MOHAMAD SHAFUDIN BIN YAHYA )
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Telok Pulai

You might also like