Esei Sains
Esei Sains
Esei Sains
Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis yang bernama Henri
Becquerel pada tahun 1896 ketika itu beliau mendapati bahawa kepingan fotografi
yang disimpan dengan berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti
kepingan sinar x yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.Tenaga nuklear ialah
tenaga nuklear yang dibebaskan oleh tiga proses eksoterma,iaitu “pereputan
radioaktif”,yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang
mereput lalu membebaskan sama ada zarah-zarah,sinaran elektromagnet (seperti
sinar gamma),neutrino atau kesemuanya sekali “pembelahan nuklear ialah pembelah
satu nukleus berat menjadi dua(atau jarang sekali tiga)nukleus yang lebih
ringan”manakala “pelakuran nuklear ialah menggabungkan dua nukleus atom untuk
membentuk satu nukleus yang lebih berat”.
Pereputan radioaktif ialah satu tindak balas yang berlaku secara spontan,rawak dan
semula jadi.Pembelahan nuklear pula,tidak berlaku secara semula jadi ia telah
digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak tahun 1950-an
lagi.Sementara itu,pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi seperti
matahari dan secara buatan.Walaupun proses itu telah dibuktikan boleh berlaku
secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan terhadap tindak
balas yang perlu diatasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran.
Pada era yang penuh dengan teknologi ini,tenaga nuklear telah dimanfaatkan dan
diolah dengan pelbagai cara.Hal ini,dapat memudahkan tenaga nuklear digunakan
dalam kehidupan kita.Sebagai contoh,Loji komersial menggunakan tindak balas
pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik.Reaktor utliti elektrik memanaskan
air untuk menghasilkan wap,yang kemudian digunakan digunakan untuk
menghasilkan tenaga elektrik.
Pada tahun 2005,tenaga nukleur membekalkan 6.3% tenaga dunia dan 15% kuasa
elektrik dunia.Amerika Syarikat,Perancis dan Jepun menggunakan 56.5% elektrik
yang dihasilkan oleh loji nuklear.Pada tahun 2007, Agensi Tenaga Atom
Antarabangsa (IAEA) melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di dunia yang
beroperasi di 31 negara.
FOSFORUS adalah unsur kimia dalam jadua berkala yang bersimbolkan P dan
mempunyai nombor atom 15.Fosforus merupakan sejenis unsur bukan logam yang
multivalen dalam kumpulan nitrogen, fosforus biasa dijumpai dalam batuan fostat tak
organik dalam semua sel-sel hidupan.Oleh sebab kereaktifan yang tinggi, ia tidak
pernah ditemui dalam bentuk yang bebas dalam semula jadi.
Selain daripada itu, membantu kelangsungan dan kemajuan industri dengan cara
mengesan kebocoran paip bawah tanah.Hal ini, dapat mengelakkan pembaziran dan
mengatasi had deria penglihatan manusia.Di samping itu, pelancaran satelit dan
kemajuan telekomunikasi seperti yang kita tahu dunia kian canggih dengan peranti
yang berkembang pesat tanpa kita sedari.Oleh kerana itu, dunia kini telah
menganggap teknologi sekarang ini amat penting kerana dunai padaa era ini tanpa
peranti ataupun alatan canggih menyebabkan kita di telan arus zaman.
Selain itu, kesan radiasi dapat menyebabkan mutasi genetik ini akan
menyebabkan kelahiran anak yang cacat.Bagaimanakah mutasi genetik ini
berlaku??.Mutasi genetik ini berlaku apabila ibu atau bapa terdedah kepada radiasi
dan dia melakukan persetubuhan dengan seseorang maka terjadilah mutasi geneti
iaitu kelahirlah anak yang cacat.Disamping itu, tanah-tanih yang tercemar dengan
radiasi juga tidak dapat digunakan lagi.Ini kerana tanah itu tidak mendatangkan
hasil malahan tidak akan berguna kerana jikalau menanam pokok dengan
menggunakan tanah-tanih yang terdedah terhadap radiasi ia hanya akan
menyebabkan pokok tersebut layu dan tidak dapat hidup lagi.
Akhir sekali, perlumbaan dan persaingan tenaga nuklear kini dunia diancam
dengan peperangan senjata nuklear dan bom atom.Tenaga nuklear juga dikenali
sebagai Weapon of Mass Destruction (WMD) ini kerana senjata tersebut dapat
memusnahakan dunia dengan skala yang besar.Hal ini menyebabkan flora dan
fauna akan hilang habitatnya dan dunia tidak akan berada di dalam keadaan yang
aman kerana akan berlaku persaingan untuk mendapatkan sesuatu.Ini juga
ancaman kepada tamadun dan kelangsungan hidup manusia sejagat.
Disediakan oleh,
Muhammad Aniq Irfan Bin Mohd Ghazali
Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
BIBLIOGRAFI
i. https://www.medicalnewstoday.com/articles/153201#:~:text=A%20com
puterized%20tomography%20(CT)%20or,to%20construct%203%2Ddim
ensional%20images.
ii. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear
iii. http://keradioaktifan.tripod.com/kegunaan_bahan_radioaktif.htm
iv. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/108834/tenaga
-nuklear-untuk-majukan-pertanian
v. http://khirjohariamajid.blogspot.com/2012/04/nuklear-manfaat-dan-
kesan-buruk.html
vi. https://ms.wikipedia.org/wiki/Fosforus