KENEGARAAN

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

1.1 PELBAGAI PAKAIAN TRADISIONAL

busana didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 959) sebagai “sesuatu

yang dipakai”. Perkara ini sudah tentunya merujuk kepada sesuatu bahan atau

benda yang digunakan untuk menutup bahagian-bahagian tertentu pada anggota

badan. Misalnya masyarakat primitif, menggunakan beberapa helai daun untuk

menutup sebahagian daripada anggotanya dan kemudiannya diperkembangkan

dengan penggunaan kulit-kulit binatang serta seterusnya beberapa bahan alam

semulajadi terutamanya jenis tumbuh-tumbuhan. Manusia berinteraksi secara

langsung dengan alam persekitaran dan melalui alam persekitaran inilah manusia

menterjemahkan bahan-bahan semulajadi ke dalam bentuk keseniaan sama ada

seni persembahan mahupun seni rupa. Busana merupakan salah satu daripada

aspek seni rupa yang dimaksudkan dan ia dicipta bukan sekadar untuk menutup

bahagian-bahagian tertentu pada badan, namun ia digunakan juga untuk

melindungi diri daripada perubahan cuaca dan iklim semasa dunia. Busana yang

dimaksudkan itu hanya membawa kepada aspek pakaian sahaja tanpa meliputi

perhiasan dan peralatan atau kelengkapan lain. Manakala Kamus Melayu

Nusantara (2003: 412) pula, mendefinisikan busana itu sebagai pakaian dan juga

perhiasan. Definisi kamus tersebut tidak meletakkan peralatan atau kelengkapan itu

sebahagian daripada busana. Mengikut Mohd. Rosli Saludin (2004: 1), anggapan

tentang busana adalah pakaian yang terdiri daripada baju dan kainnya, di samping

barang-barang kemas, peralatan solek dan hiasan kepala. Konsep ini membawa

maksud bahawa busana itu pakaian dan perhiasan sahaja. Dalam pengkategorian

itu, baju dan kain terdiri daripada pakaian, manakala barang-barang kemas,

peralatan solek dan hiasan solek itu dikelaskan sebagai barang perhiasan.

1
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang indah dengan pelbagai

budaya dan sejarah yang kaya. Masyarakat dari pelbagai latar belakang etnik dan

mempunyai pakaian tradisional yang berbeza yang mencerminkan budaya mereka.

Di Malaysia terdapat kepelbagaian dan keindahan pakaian, yang sering dipakai oleh

rakyat Malaysia yang menunjukkan etnik warisan, budaya, jenis-jenis kain dan

pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, yang terdiri daripada tengkolok

bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket di Raja yang antik. Pada

zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit

kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan batik

Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan

pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab

diperkenalkan di negara ini. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu,

sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas malahan etnik-

etnik yang terdapat di Malaysia turut mempunyai pakaian mereka sendiri. Ikuti

kupasan selanjutnya mengenai jenis pakaian yang terdapat di Malaysia.

2.0 PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Sebelum abad ke-20 dan kedatangan Islam, wanita Melayu memakai

kemban, kain sarung atau kain panjang, yang membaluti sekeliling badan dan

membiarkan bahu terdedah, Terdapat dua jenis kain sarung-sehelai kain yang

panjang dan kain yang kedua-dua lebar hujungnya dicantum dan dijahit menjadi

bentuk tiub. Untuk memakai kain sarung yang dijahit, anda perlu langkah ke dalam

bahagian tengah kain dan tarik sehingga ke bawah lengan anda. Lipat bahagian tepi

kain sarung ke bahagian hadapan anda dan lipat sebanyak beberapa inci ke bawah

untuk memastikan kain tetap ditempatnya. Kemudian, gulung lipatan ke bawah

2
beberapa kali untuk memastikan bahawa sarong tidak lucut. Kain sarung lepas

memerlukan kain tersebut menutup seluruh bahagian belakang badan sambil tangan

anda memegang setiap hujung kain. Balut kain di sekeliling badan anda. Bagi

memudahkan pemakaian, anda boleh mengepit kain di bahagian bawah lengan

anda supaya tangan anda bebas untuk memintal sudut kain sarung sebelum

membuat simpulan pada paras dada.

. Penerimaan universal Islam sebagai agama utama Melayu melihatkan

pemakaian kemban tidak seharusnya diwarisi. Pakaian juga merupakan aspek

budaya yang membuktikan kewibawaan adat istiadat wilayah budaya Melayu.

Pakaian cara Melayu yang pertama kali disebut adalah kesinambungan polo asas

yang berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman keagungannya di

Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di istana Kerajaan Melayu

Melaka pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu.

Pemakaiannya tidak berkembang di Semenanjung Tanah Melayu dan

Sumatera sahaja, malah ke Brunei dan Sulawesi. Walaupun di sana sini ada unsur

luar yang digunakan, tetapi cara pemakaiannya digabungkan secara harmoni.

Pakaian juga merupakan salah satu daripada keunikan bangsa Melayu kerana

mempunyai kecantikan yang tersendiri. Bermula dengan masyarakat Melayu di

Malaysia. Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai pakaian yang menjadi tradisi

mereka sehingga ke hari ini contohnya baju melayu bagi kaum lelaki, baju kebaya

dan baju kurung pula bagi kaum perempuan yang mempamerkan keunikan hasil

pakaian

3
2.1 BAJU KURUNG

Baju kurung terdiri daripada dua bahagian: blaus dan skirt panjang. Blaus

tersebut adalah longgar dengan panjang yang berbeza antara pinggul dan lutut.

Secara tradisinya, baju kurung mempunyai lengan panjang, tetapi fesyen moden

menunjukkan rekaan lengan tiga suku panjang dengan lengan loceng dan kembang.

Skirt baju kurung panjang hingga ke buku lali dan mempunyai pelisir satu bahagian

tepi untuk memudahkan berjalan dan duduk. Ianya meliputi seluruh tubuh,

memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai mematuhi peraturan

berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti

songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang

atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal,

pakaian pejabat, kenduri, hari raya dan urusan seharian.  Pakaian ini boleh dibuat

dengan songket tradisional atau kain batik, atau dengan fabrik kapas dengan corak

bunga yang ringkas atau corak batik atau mana-mana gabungan fabrik moden.

4
Untuk melengkapkan busana tersebut, wanita biasanya akan memakai selendang

atau tudung.

2.2 BAJU KEBAYA

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju

kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan

Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi

mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab

itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka dengan sedikit perbezaan dalam

potongan dan gaya memakainya. Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke

paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya

mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung.

Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian

yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai

dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang.

Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan

dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.

5
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar.

Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-

negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau

Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak

musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain;

malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu. Baju

kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian

harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera dan

dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah.

Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang

dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

2.3 BAJU MELAYU

Baju Melayu mula diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah (sultan ketiga

yang memerintah Melaka pada tahun 1424 hingga 1444). Menurut seorang Felo

Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu ada menyatakan bahawa

pada zaman dahulu baju melayu dipanggil sebagai baju kurung yang merujuk

kepada pakaian lelaki dan wanita Melayu. Pada ketika itu baju kurung masih lagi

direka dengan potongan sendat, dan ade juga bajunya berlengan tiga suku, malah

6
ada jugak yang tak berlengan serta seluarnya pulak pendek paras betis. Tapi lepas

Sultan Muhammad Syah mangkat, seorang pembesar dengan nama Tun Hassan

mengubah baju panjang sampai ke pangkal lengan dan seluar dipanjangkan sampai

kat pangkal buku lali dan akhirnya kekal sehingga kini man mejadi pakaian

tradisional lelaki melayu di Malaysia Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu

yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang.

Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-

kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini juga amat

sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakaian Baju

Melayu kelihatan lebih berseri apabila digandingkan bersama samping atau songket.

Pada acara-acara biasa seperti kenduri dan solat Jumaat, baju ini dipakai bersama

kain pelekat atau kain tenun sutera. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang

dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain

samping yang diikat di bahagian pinggang. Cara pemakaian sampin hampir sama

degan kemban, kecuali sampin dipakai sama ada di pinggang atau pinggul. Selepas

masuk ke bahagian tengah sarung dan menariknya sehingga ke paras pinggang,

lipat kedua-dua hujung ke arah dalam supaya kain yang dibalut dengan selesa di

sekeliling anda. Lipat beberapa inci pertama sarong ke bawah dan terus melipat

sehingga hujung sampin berada di bawah lutut. Lengkapkan busana anda dengan

songkok.

3.0 PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA

Sejarah  kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka

sebagai pusat perdagangan kemudian diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian

7
tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana

klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan

sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan

kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu dan Cheongsam kekal dipakai di dalam

majlis dan upacara. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya

dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa

Tahun Baru Cina.  

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras

lutut. Pakaian tradisional cina yang dipakai saat menghadiri upacara-upacara

penting seperti jamuan perkawinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao

(Cheongsam). Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan

bangsa Han tetapi merupakan pengadaptasian pakaian Manchu, kelompok etnik

yang memerintah China antara abad ke-17 (1644) hingga awal abad ke-20. Banyak

orang menganggap “Qipao” (istilah untuk pakaian adat etnis Manchuria) pakaian

tradisional cina disebabkan bangsa Manchuria adalah penguasa dalam tempoh

dinasti terakhir iaitu Dinasti Qing (1644-1912). Sebenarnya, Qipao adalah busana

etnis Manchuria, bukan China. Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju

tradisional Jepun dan Korea juga di inspirasikan dari pakaian Hanfu. Oleh itu, Hanfu

bisa disebut sebagai nenek moyang pakaian tradisional bangsa Asia Timur (China,

Jepun, dan Korea)

Masyarakat Cina mempunyai unsur-unsur warna yang melambangkan dan

membawa maksud tersendiri seperti merah dapat memberikan tenaga dan

antusiasme. Oleh kerana itu, orang yang termasuk dalam unsur api secara alamiah

akan cenderung untuk menjadi seorang pemimpin. Hal ini berkaitan dengan

peruntungan baik dan kemasyhuran. Tetapi, api tidak selalu bersifat menghangatkan

8
dan menguatkan tetapi api juga dapat membakar. Manusia yang memiliki jumlah

kandungan api yang ideal akan cenderung untuk memiliki kepribadian yang adil,

terhormat dan baik budi. Sedangkan manusia yang memiliki kandungan api terlalu

banyak akan cenderung memiliki kepribadian yang kritis, suka berbicara kotor dan

suka iri hati melihat kesenangan orang lain. Putih berunsur logam adalah lambang

kesenangan dalam bidang kewangan dan berniaga. Unsur ini juga melambangkan

pemikiran yang jernih dan moral yang baik. Selain itu, unsur logam juga dapat

melambangkan sebuah pisau atau pedang. Hal ini bererti jika unsur logam juga

boleh menjadi kejam. Hal ini wujud dalam kepribadian dengan emosi yang meledak-

ledak dan kurang terfokusnya konsentrasi. Hitam melambangkan pengetahuan,

kebijaksanaan, komunikasi dan perjalanan. Hijau dapat bersifat lemah lembut tetapi

boleh juga bersifat keras. Hitam melambangkan keberanian dalam diri.

3.1 CHEONGSAM

Masyarakat Cina telah mengadaptasi pakaian tradisional yang selesa tetapi

dipanggil cheongsam, yang juga dikenali sebagai ‘baju panjang’. Pakaian ini juga

merupakan pilihan fesyen popular bagi wanita moden. cheongsam ini biasanya

9
diperbuat daripada kain sutera dengan satin bersulam atau fabrik lembut yang lain.

Cheongsam merupakan sehelai pakaian yang mempunyai kolar tinggi dengan

butang katup dari leher ke bahagian atas dada. Ia adalah pakaian panjang dan

mengikut bentuk tubuh dengan belahan setinggi paha sama ada pada satu atau

kedua-dua bahagian tepi pakaian. Cheongsam telah berevolusi mengikut

perkembangan masa dan kini menawarkan variasi lebih pendek yang popular dalam

kalangan golongan muda. Kini Cheongsam telah dinaiktaraf dan fungsinya, ia tidak

lagi dipakai pada hari-hari tertentu sahaja, ia kini semakin berkembang selari dengan

fesyen-fesyen pakaian ternama dunia. Antara fungsi dan peranan cheongsam kini

adalah seperti pakaian kerja, sesetengah syarikat menggunakan cheongsam

sebagai pakaian utama untuk pekerjanya, seperti syarikat penerbangan di China,

China Airlines, China Eastern Airlines menggunakan cheongsam kepada

pramugarinya. Seragam Sekolah. cheongsam juga dijadikan pakaian seragam

sekolah. Cheongsam sebagai pakaian sampingan sukan. Di Sukan Olimpik Musim

Panas 2008, cheongsam pakaian seragam untuk pemegang pingat. Mereka juga

telah dipakai oleh ahli- ahli perempuan pasukan Sweden dan pasukan Sepanyol

dalam majlis perasmian, dengan warna- warna kebangsaan.

3.2 SAMFU

10
Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfu

merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak

bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian

ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta

dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya

diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Walaupun tiada pakaian

tradisional yang khusus bagi lelaki, seseorang boleh mendapatkan baju berbutang

yang diperbuat daripada bahan yang serupa dengan ceongsam. Baju ini boleh

didapati sama ada dengan lengan panjang atau lengan pendek dengan butang

katup di tengah-tengah bahagian hadapan.

3.3 KEBAYA NYONYA

11
Peranakan adalah budaya unik yang bermula apabila pendatang Cina mula

berkahwin campur ke dalam masyarakat Melayu beberapa abad yang lalu. Mereka

juga dikenali sebagai Baba-Nyonya. “Baba” merujuk kepada lelaki, dan “Nyonya”

merujuk kepada wanita. Pakaian tradisional Nyonya adalah kebaya nyonya, dipakai

dengan batik sarung sebagai skirt dan tiga kerosang atau kerongsang untuk

memastikan kebaya tetap di tempatnya. Wanita juga memakai sepasang selipar

manik buatan tangan yang dipanggil kasot manek-manek untuk melengkapkan

busana. Kasot manek-manek tradisional adalah sepasang selipar jahitan tangan di

mana manik-manik kaca diikat dan dijahit pada kanvas. Ia sering mempunyai reka

bentuk bunga Eropah dengan warna Peranakan yang terang. Pakaian Nyonya terdiri

daripada tiga lapisan, pakaian dalaman, jaket luar dan kain sarung. Jaket luar

biasanya diperbuat daripada bahan jarang, seperti kapas kain kasa, voile atau

georgette. Pakaian dalaman biasanya adalah anak baju tradisional yang dipanggil

choli.Jaket disulam dengan sarat dengan penekanan pada kolar, lengan dan kelim.

Sulaman biasanya dilakukan dengan tangan kerana sulaman mesin jahit tidak

12
sehalus jahitan tangan. Kebaya nyonya biasanya menggunakan kain sarung dengan

reka bentuk Batik Jawa.

Kebaya nyonya datang dalam dua gaya asas. Pertama ialah baju panjang,

yang menampilkan jaket panjang paras lutut dengan potongan lurus. Ia biasanya

dipakai oleh wanita yang lebih berumur dan diperbuat daripada material yang jarang.

Satu set tiga kerongsang digunakan untuk mengancing bahagian hadapan baju

panjang. Sapu tangan kapas bersulam yang disisipkan di kawasan kolar untuk

melengkapkan gaya. Gaya kedua dipanggil kebaya pendek. Ia lebih disukai oleh

Nyonya muda kerana jaket paras pinggang ini menyerlahkan bentuk badan.

4.0 PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu

kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk

di negara kita. Separti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri

kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.

Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan

dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan

perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India juga terdiri

daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut memaparkan adat resam

masyarakat India secara umum. Orang India Malaysia ialah satu kaum yang

berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa

pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak

2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti

Chetty Melaka dan komuniti semasa Kesultanan Melaka dan semasa pendudukan

Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah

13
Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan. Pada tahun 2005,

orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia

(sekitar 1.8 juta rakyat).

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya

pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga

keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna

terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga

batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi

dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli

ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju

pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya

mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang

diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

4.1 SARI

14
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian

seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain

yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima

hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang

dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat

dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri.

Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak

terurai.. Seluruh sari dibalut pada seluruh badan, mencapai hanya pada paras pusat,

dengan hujung yang mempunyai sulaman atau cetakan yang sarat menutupi bahu

15
kiri. Lebar sari mencecah dari pinggang hingga ke lantai dan terikat kemas di

pinggang menggunakan tali cerut. Warna kain dalam perlu sepadan mungkin

dengan warna asas sari. Ia berfungsi sebagai pakaian sokongan untuk membantu

sari tetap pada tempatnya.

Sari dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap

seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang

dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai.

Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka

bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan

mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan

menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna

biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

4.2 SALWAR KAMEEZ

Salwar Kameez mungkin adalah yang paling popular semua pakaian

India.Berasal dari Punjab dan Kashmir, ia kini dipakai di seluruh India dan oleh

kebanyakan wanita India yang tinggal di luar negara. Populariti adalah disebabkan

oleh hakikat yang selesa, praktikal, sederhana namun sangat elegan dan bergaya,

16
sehingga ia juga menjadi popular di kalangan wanita Barat. Sari kini terpelihara lebih

untuk fungsi dan majlis rasmi. Dalam perempuan Utara Punjabi dan wanita memakai

salwar kameez dengan duppatta berwarna cerah. The salwar kameez boleh datang

dalam pelbagai fabrik, panjang dan luka tetapi ia akan sentiasa terdiri daripada yang

sama tiga perkara iaitu: kameez yang Ini adalah pakaian dan sama ada boleh

menjadi longgar dan mengalir atau lebih dipasang pada bahagian pinggang dengan

skirt talian.Ia lebih kerap daripada tidak mempunyai belahan sehingga sisi yang

boleh berkisar dari panjang lutut kepada sehingga pinggang, sekeping kedua ialah

kameez, yang adalah seluar atau sekeping bawah Kameez yang boleh digambarkan

sebagai seluar besar longgar, biasanya dengan pinggang kolor, kelangkang rendah

dan banyak dijahit. Versi salwar kameez juga dipakai oleh lelaki yang dikenali

sebagai Kurta pula pajama A duppatta yang merupakan sehelai kain yang berwarna-

warni dipakai di leher adalah sama dengan mencuri atau selendang dan ia

melengkapkan.

Terdapat gaya yang berbeza salwar kameez yang digunakan sebagai istilah

umum untuk kedua-dua keping pakaian.Ia adalah satu gaya pakaian yang serba

boleh kerana ia boleh dicampur dan dipadankan sekitar dengan gaya yang berbeza

dari bahagian bawah atau dupattas untuk menukar rupa yang sama sekali berubah

untuk disesuaikan dengan badan atau pilihan orang .Satu lagi gaya punggung

adalah churidar yang sama dengan Salwar tetapi mereka sesuai sangat ketat di kaki

dan sangat panjang supaya mereka duduk berdekatan di sekitar buku lali.Ini

mengumpulkan di buku lali kelihatan seperti gelang (churis) dan dengan itu

nama.Kameez ini kadang-kadang dipanggil Kurta pula dan boleh dipakai dalam

pelbagai panjang dan gaya.Versi pendek daripada Kurta pula dikenali sebagai Kurti

17
biasanya dipakai dengan jean atau seluar dan bukannya seluar tradisional dan

secara meluas dipakai di seluruh negara hari ini.

4.3 DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada

kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan

sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti

diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di

bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada

bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan

menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini

banyak dipakai oleh golongan ceti.

18
http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/malaysia/pakaian-tradisional-

malaysia.html

http://pakaiantradisionalcina.blogspot.com/2015/03/1.html

https://sites.google.com/site/senidanbudayamalaysia/c

http://www.malaysia.travel/ms-my/my/about-malaysia/culture-n-heritage/traditional-

attire

PENUTUP

Terdapat pelbagai budaya dan adat resam di Malaysia bergantung kepada

amalan setiap etnik di negara ini terutamanya amalan pemakaian pakaian tradisional

ketika majlis dan hari perayaan. Oleh itu, Malaysia mampu mejadi “role model”

kepada negara-negara jiran yang lain dalam aspek pemakaian pakaian tradisional.

Rakyat Malaysia perlu mempelajari mengenai kepentingan pakaian tradisional

terutamanya pakaian tradisional India terhadap hubungan etnik di Malaysia.

Pemakaian pakaian tradisional inilah yang merupakan tunggak utama perpaduan

etnik di negara kita dan sekiranya perkara ini diamalkan selalu, ia mampu membuka

mata negara-negara luar untuk mencontohi Malaysia.

19

You might also like