Cadangan Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR

VICTORIA INSTITUTION

KERTAS CADANGAN
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MURID
ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR
VICTORIA INSTITUTION 2020

DIKEMUKAKAN OLEH:

PENGURUSAN ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR


VICTORIA INSTITUTION
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MURID ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR
VICTORIA INSTITUTION TAHUN 2020.

1.0 TAJUK

Sambutan Bulan Kemerdekaan Murid Asrama Kuala Lumpur Victoria Institution tahun
2020.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution.

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memaklumkan dan mendapatkan kelulusan


pengetua Victoria Institution Kuala Lumpur bagi melaksanakan Sambutan Bulan
Kemerdekaan Murid Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution. Untuk
makluman tuan, segala aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini
adalah menepati saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan
mengamalkan penjarakkan sosial.

4.0 LATAR BELAKANG

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada tarikh 31 Ogos setiap tahun bagi
menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak tahun 1511. Hari
Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi
memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini,
negara kita telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-63. Namun pada
tahun ini sambutan sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini dengan
mengambil kira saranan dan SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM.
Rentetan itu, pihak pengurusan Asrama Malaysia Victoria Institution telah
merancang satu program Sambutan Bulan Kemerdekaan norma baru peringkat asrama
bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang
dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita
capai pada hari ini. Semua aktiviti bulan kemerdekaan yang dirancang adalah secara
individu sahaja. Sambutan ini wajar dilaksanakan walaupun perlu mematuhi SOP bagi
memperingati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh dahulu serta menerapkan dalam diri
pelajar nilai perpaduan yang sangat penting dalam usaha kita untuk mengekalkan
kemerdekaan negara. Kerjasama antara kaum perlu diterapkan dalam diri pelajar sejak
awal lagi untuk menjamin perpaduan dan keharmonian negara sentiasa terjaga. Oleh
itu, program sebegini seharusnya diteruskan pada masa akan datang demi memastikan
generasi akan datang terus mengingati dan menghargai keperitan serta kesusahan yang
dihadapi oleh tokoh pejuang negara untuk mencapai sebuah kemerdekaan.

5.0 MATLAMAT

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai


dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang
masa.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-


pelajar asrama supaya terus kekal sampai bila-bila.
6.2 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
6.3 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di semua peringkat.
6.4 Menyediakan ruang agar pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa
menjalankan kempen ini.

7.0 JUSTIFIKASI

7.1 Output
Hasil atau keluaran mengikut setiap sasaran yang telah ditetapkan.

7.1.1 2 orang pelajar Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution iaitu
pelajar lelaki dari Tingkatan 1 hingga 5 mengikuti Program Sambutan
Bulan Kemerdekaan Pelajar Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria
Institution 2020.

7.2 Outcome
Hasil pelaksanaan program dalam bentuk impak/ kesan kepada kumpulan
sasaran.
7.2.1 Pelaksanaan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan pelajar Asrama
Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution 2020 ini adalah bertujuan
untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa
sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini. Selain itu, program ini
juga bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan
murid pelbagai kaum yang tinggal di asrama ini.

8.0 STRATEGI DAN PELAKSANAAN

8.1 Tarikh & Masa : Bermula 16 Ogos hingga 16 September 2020


8.1.1 : Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan.
- 16 Ogos 2020 ( 8.00 malam-11.00 malam )
8.1.2 : Perasmian Penutup & Majlis Penyampaian Hadiah kepada
semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti sepanjang
bulan kemerdekaan.
- 16 September 2020 ( 8.00 malam-11.00 malam )
8.2 Tempat : Dewan Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution
8.3 Peserta : Pelajar Tingkatan 1 ( 74 Orang )
Pelajar Tingkatan 2 ( 58 Orang )
Pelajar Tingkatan 3 ( 53 Orang )
Pelajar Tingkatan 4 ( 56 Orang )
Pelajar Tingkatan 5 ( 48 Orang )
9.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

9.1 Faktor Cuaca

9.1.1 Aktiviti akan diubah mengikut perancangan dalam kertas kerja.

9.2 Faktor Kemalangan

9.2.1 Tindakan yang diambil akan merujuk kepada buku panduan pengurusan
risiko.
10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber kewangan bagi membiayai program ini diperoleh daripada objek sebagai
( OS42000 ) yang meliputi:

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN


KEMERDEKAAN PELAJAR ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR
VICTORIA INSTITUTION 2019

BIL PERUNTUKAN DIPERLUKAN JUMLAH OBJEK


SEBAGAI

PERKARA PERBELANJAAN

1 - Banner & Design OS420000


Saiz 8X10 RM 300.00 X 1 RM 300.00

2 Pertandingan
Melukis Poster
Kemerdekaan
(Kategori Menengah
Atas dan Menengan
Bawah)
1. Hamper Tempat RM 80 X 2 RM 160.00
Pertama
2. Hamper Tempat RM 60 X 2 RM 120.00
Kedua
3. Hamper Tempat RM 40 X 2 RM 80.00
Ketiga

3 Pertandingan
Menghasilkan Video
Patriotik (Hadiah
Mengikut Tingkatan)
1. Hamper Tempat RM 80 X 5 RM 400.00
Pertama
2. Hamper Tempat RM 60 X 5 RM 300.00
Kedua
3. Hamper Tempat RM 40 X 5 RM 150.00
Ketiga

4 Pertandingan
Mencipta Pantun
Patriotik (Mengikut
Tingkatan)
1. Hamper Tempat RM 80 X 5 RM 640.00
Pertama
2. Hamper Tempat RM 60 X 5 RM 300.00
Kedua
3. Hamper Tempat RM 40 X 5 RM 200.00
Ketiga

5 Makanan Pelajar
( Set Wak Dol’s
Chicken Chop)
- Breaded Chicken RM 13 X 239 RM 3107.00
Chop with Gravy
- Potatoe Fries
- Coleslaw

6 Kelengkapan Majlis
Pelancaran Bulan
Kemerdekaan Norma
Baru
- LCD Projector RM 1500 X 2 UNIT RM 3000.00
- Digital Camera RM 800 X 1 UNIT RM 800.00
Jumlah RM 0.00

11.0 PENUTUP

Program seumpama ini merupakan program yang sangat baik dan dapat menggalakkan
integrasi murid untuk perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum seperti di
Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution. Semoga program yang bermanfaat
di bulan kemerdekaan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak serta dapat
mencapai objektif seperti yang diharapkan.

Disediakan Oleh: Tarikh:

.............................................
(MOHD EIDIADZHA BIN MOHAMED KASIM)
WARDEN
ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR

Disemak Oleh: Tarikh:

...............................................
( EN. AZMI BIN MOHD ISA )
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
VICTORIA INSTITUTION

KELULUSAN YANG DIPOHON

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan oleh Pengetua
Victoria Institution bagi melaksanakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Murid Asrama
Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution.

Diluluskan / Tidak diluluskan

............................................... Tarikh:

( EN KAMARUL AZMAN BIN MD ARIF )


PENGETUA
VICTORIA INSTITUTION
JAWATANKUASA PENGELOLA
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PELAJAR ASRAMA
MALAYSIA KUALA LUMPUR VICTORIA INSTITUTION TAHUN 2019

Pengerusi : En.Kamarul Azman bin Md Arif ( Pengetua )

Naib Pengerusi : En. Azmi bin Mohd Isa ( PK HEM )

: Puan Ros’haida bt Mohd Yusoff (PK Kurikulum & Pentadbiran )

: En.Zainal bin Cole ( PK kokurikulum )

: Pn Jamilah Binti Sharif ( Penolong Kanan Tingkatan Enam )

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Penyelaras : Puan Zurina bt. Samadi

Pen. Penyelaras : En. Nor Muhammad Sayoti b. Zulkipli ( Ketua Warden )

Ketua Program : Mohd Eidiadzha bin Mohamed Kasim ( Warden )

Setiausaha : En. Mohd Sodri bin Talib ( Warden/ Kaunselor )

Bendahari : Cik Ernie Suhaili binti Ridhzuan

AJK Sambutan/ Protokol : Pn. Zurina binti Samadi

AJK Makanan : Cik Siti Zaliha Bt mat Hassan

: Pn. Siti Maisarah bt. Roslan

AJK Persiapan Tempat/ : En. Nor Muhammad Sayoti b. Zulkipli

AJK PA Sistem : En. Muhammad Asyraf Ikhwan bin Mat Nawi

AJK Jemputan/ Buku : Pn. Munirah bt. Ismail


Program : Pn. Noor Diana bt. Khalim

AJK Bacaan Doa : En. Mohd Fadlul Hadi bin Halmi

Pengacara Majlis : En. Mohd Fauzuan b. Mat Daud

Disiplin Pelajar : En Muhammad Hafiz Bin Mustaffa

: En. Sandhrasager a/l

Jurugambar/Dokumentasi : Pn. Nurul Izzah bt. Ab. Halim

You might also like