Laporan Hirarc Group 8

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Hirarc adalah satu method yang digunakan dalam pengenalpastian risiko di

tempat kerja. Ia juga merupakan sebuah proses mengenal pasti risiko yang akan terjadi

dalam rutin harian atau bukan rutin ditempat kerja. Selepas itu, membuat penilaian

risiko melalui bahya tersebut kemudian membuat program mengatasi bahaya agar

dapat mengurangkan tingkat risiko kepada yang lebih rendah. Hirarc ini dilakukan

bertujuan untuk mengenal pasti sebab yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada

para pekerja atau orang lain. Ia juga untuk membolehkan majikan merancang,

memperkenalkan dan memantau langkah pencegahan bagi memastikan risiko tersebut

dapat dikawal dengan teliti. Hazard adalah sesuatu punca atau keadaan yang memiliki

potensi dimana boleh mendatangkan mudarat dalam pelbagai bentuk kecederaan atau

kesihatan yang buruk kepada manusia, kerosakan alam sekitar, kerosakkan alam sekitar

atau gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut.

2.0 PERBINCANGAN RISIKO

2.1 Memasang penutup pili bomba lama yang tidak mempunyai penutup

A. Pengenalpastian Hazard

Hazard merupakan sebuah punca atau keadaan yang mempunyai potensi

mudarat dalam bentuk kecederaan ataupun kesihatan yang buruk kepada manusia,

kerosakan harta, kerosakan alams ekitar atau gabungan di antara sebarang mudarat

tersebut. Pengenalpastian hazard ini adalah untuk mengenalpasti kejadian yang tidak
diingini yang dapat membawa kepada adanya hazard dan mekanisme yang

menyebabkan perkara yang tidak di mahukan itu telah berlaku. Terdapat tiga unsur

yang harus dikaji dalam pengenalpastian hazard ini iaitu aktiviti kerja dalam bentuk

fizikal yang tidak selamat adalah memasang penutup pili bomba yang tidak mempunyai

penutup. Bagi unsur kedua hazard yang dapat dikenal pasti melalui aktiviti kerja ini

dapat dikategorikan sebagai hazard keselamatan. Hal ini dikatakan demikian kerana,

sekiranya berlakunya kejadian ini dapat mengakibatkan kecederaan kepada manusia

disebabkan wujudnya daya yang cukup kuat. Seterusnya unsur hazard yang ketiga ialah

kesan yang boleh terjadi daripada hazard ini ialah dapat menyebabkan risiko terjatuh,

tersadung dan juga cedera ringan atau berat.

B. Analisis Risiko

Analisis risiko ini merupakan sebuah jangkaan daripada risiko hazard yang

berlaku. Risiko ini dapat diertikan sebagai gabungan faktor kemungkinan untuk

berlakunya sesuatu kejadian berhazard dalam tempoh tertentu yang ditetapkan

ataupun dalam keadaan yang sudah ditetapkan dengan faktor keterukkannya iaitu

kecederaan atau kesan buruk ke atas kesihatan manusia, harta, dan mana mana

gabungan yang disebabkan oleh perkara tersebut. Terdapat empat perkara yang ada

dalam analisis risiko ini seperti kawalan risiko, kemungkinan, keterukkan serta risiko.

Bagi kawalan risiko ini diambil kira sebagai risiko kawalan kejuruteraan dalam mereka

bentuk semula. Sebagai contoh, kerja dan proses boleh direka bentuk semula

menjadikannya lebih selamat iaitu dengan membuat semula penutup pili bomba lama.

Seterusnya, daripada skala 1 sehingga 5 bagi kemungkinan berlakunya hazard ini dapat
dianalisis sebagai kemungkinan berskala 5. Kemungkinan berskala 5 dapat diketahui

sebagai kemungkinan hazard ini yang paling kerap berlaku dengan pengukuran

kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Sementelahan itu, bagi skala 1

sehingga 5 untuk analisis risiko keterukkan ini ialah berskala 3. Keterukan berskala 3 ini

merupakan keterukan serius yang menyebabkan kecederaan yang tidak fatal atau hilan

upaya kekal. Akhir sekali, bagi risiko pula merupakan matriks dari hasil tambah skala

kemungkinan dan skala keterukan yang mendapat hasil yang sederhana. Risiko

sederhana ini memerlukan pendekatan yang lebih terancang bagi mengawal hazard dan

mengguna pakai langkah sementara sekiranya perlu. Sebagai contoh menggunakan

batu yang sesuai bagi menutup lubang pili bomba lama tersebut.

C. Kawalan Risiko

Kawalan risiko adalah suatu proses yang digunakan bagi mengurangkan risiko

yang mempunyai kaitan dengan hazard. Terdapat dua unsur yang digunakan dalam

kawalan risiko ini iaitu langkah kawalan yang dilaksanakan serta individu yang

bertanggungjawab melaksanakan. Langkah kawalan yang dilaksanakan dalam membuat

penutup pili bomba lama yang tidak mempunyai penutup ialah kawalan pentadbiran.

Kawalan pentadbiran yang diguna ialah prosedur kerja selamat yang mana pekerja

dikehendaki menggunakan prosedur kerja selamatyang standard. Majikan sangat

diharap dapat memastikan pekerja mematuhi langkah prosedur ini. Langkah ini perlu

diperhati secara berkala bersama-sama pekerja dan sentiasa dikemas kini. Bagi unsur

yang kedua iaitu individu yang bertanggungjawab melaksanakannya ialah pekerjaan


sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, pekerja yang melakukan kerja ini haruslah

sentiasa bertanggungjawab dan tidak cuai daripada melakukan kerja ini.

2.2 Bermain telefon sewaktu mengecas

A. Pengenalpastian Hazard

Seperti yang kita fahami hazard ialah pengenalpastian kajian suatu tindakan

yang membawa kepada kewujudan kejadian yang tidak diingini berlaku. Aktiviti bermain

telefon sewaktu mengecas tergolong dalam hazard keselamatan iaitu aliran arus elektrik

pada telefon boleh mengalir kedalam tubuh individu yang melakukan aktiviti tersebut

sekaligus menyebabkan terkena renjatan elektrik. Tidak dapat dinafikan bahawa

tindakan ini boleh mengundang kecederaan kepada pelaku sekaligus jika renjatan

terlalu kuat maka boleh menyebabkan kematian. Tindakan berbahaya ini patut untuk

dielakkan supaya diri boleh dijauhkan daripada risiko terkena renjatan elektrik.

B. Analisis risiko

Analisis risiko bagi tindakan ini ialah kawalan pengasingan iaitu tidak bermain

telefon sewaktu mengecas. Kemungkinan bagi tindakan ini adalah pada skala 4, risiko

terkena renjatan elektrik adalah tinggi ,manakala dari segi keterukan pula adalah pada

skala 5. Manakala risiko pula berada pada tahap sederhana namun sekiranya berlaku

renjatan elektrik, kematian boleh berlaku kerana renjatan elektrik bukanlah satu

perkara yang boleh dianggap ringan, kemalangan tersebut boleh meragut nyawa jika

terlambat diselamatkan.
C. Kawalan risiko

Langkah bagi kawalan risiko ialah kawalan pentadbiran dan pihak yang

bertanggungjawab adalah individu itu sendiri. Bagi menegelakkan diri daripada terkena

renjatan elektrik maka individu tersebut tidak sepatutnya bermain telefon sewaktu

mengecas kerana tindakan tersebut bboleh membahayakan nyawanya. Sekiranya

individu tersebut membiarkan telefon bimbitnya dicas tanpa menyentuh terlebih dahulu

maka boleh mengurangkan risiko daripada dia terkena renjatan elektrik. Ada baiknya

individu tersebut tidak lalai dan berhenti menjadikan tindakan tersebut sebagai

kebiasaan kerana bimbang kelak memakan dirinya sendiri. Setiap manusia perlu teliti

dalam memastikan keselamatan terjaga dan tidak menlakukan tindakan-tindakan yang

boleh membahayakan nyawa mereka sendiri.

2.3 menekan suiz menggunakan jari yang basah.

A. Pengenalpastian Hazard

Pengenalpastian hazard adalah satu pengenalpastian kajian yang tidak diingini

membawa kepada kewujudan hazard dan mekanisme yang menyebabkan kejadian

yang tidak diingini berlaku. Dalam pengenalpastian hazard ini terdapat tiga elemen

yang perlu dikaji iaitu aktiviti kerja dimana sebuah keadaan fizikal yang tidak selamat

dengan menekan suiz menggunakan jari yang basah. Selepas itu, hazard dimana

keadaan yang berlaku ini tergolong dalam kumpulan hazard keselamatan. Hazard

keselamatan ini adalah apa-apa daya yang cukup kuat boleh menyebabkan kecederaan
atau kerosakkan pada harta. Elemen yang seterusnya iaitu yang boleh mengakibatkan

dimana keadaan ini boleh menyebabkan terkena renjatan elektrik.

B. Analisis Risiko

Risiko adalah gabungan faktor yang memungkinkan berlakunya suatu kejadian

hazard dalam satu tempoh khusus yang ditetapkan atau keadaan yang ditetapkan

dengan faktor keterukan iaitu kesan buruk atau kecederaan yang telah terjadi ke atas

kesihatan manusia, alam sekitar atau mana-mana gabungan daripada kejadian

tersebut. Analisis risiko ini memiliki empat elemen yang perlu dikaji pertama ialah

kawalan risiko iaitu dengan menggunakan kawalan pentadbiran khususnya melakukan

pengawalanseliaan dan latihan. Kedua, kemungkinan dari skala 1 sehingga 5 dimana

skala bagi keadaan ini iaitu skala 5. Hal ini kerana keadaan ini yang paling mungkin

akan berlaku dan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kemungkinan ialah kejadian yang

akan berlaku dalam satu tempoh khusus atau dalam keadaan tertentu. Ketiga,

keterukan dari skala 1 sehingga 5 dimana skala yang digunakan untuk keadaan ini iaitu

skala 1 kerana kejadian tersebut akan menyebabkan sama ada sedikit lelasan, lebam,

luka dan kecederaan jenis rawatan kecemasan. Seterusnya, risiko samaada rendah,

sederhana atau tinggi dimana keadaan ini risikonya adalah rendah kerana risiko

tersebut boleh diselesaikan pada kadar yang segera secara berkesan iaitu dengan

langkah kawalan mestilah dilaksanakan dan direkodkan.


C. Kawalan Risiko

Kawalan risiko adalah proses melaksanakan langkah bagi mengurangkan risiko

yang berkaitan dengan hazard. Dalam kawalan risiko ini terdapat dua elemen yang

digunakan bagi mengurangkan risiko hazard. Pertama langkah kawalan yang

dilaksanakan dimana langkah yang digunakan iaitu kawalan pentadbiran. Seterusnya,

individu yang bertanggungjawab keatas risiko yang berlaku dalam keadaan tersebut

adalah individu itu sendiri.

2.4 Sistem perpaipan tidak diselenggarakan dengan baik

A. Pengenalpastian Hazard

Pengenalpastian hazard adalah satu pengenalpastian kajian yang tidak diingini

membawa kepada kewujudan hazard dan mekanisme yang menyebabkan kejadian

yang tidak diingini berlaku. Dalam pengenalpastian hazard ini terdapat tiga elemen

yang perlu dikaji iaitu aktiviti kerja dimana sebuah keadaan fizikal yang tidak selamat

iaitu tidak membaiki pili/paip air yang rosak dan mengalami kebocoran yang teruk.

Selepas itu, hazard dimana keadaan yang berlaku ini tergolong dalam kumpulan hazard

keselamatan. Hazard keselamatan ini adalah apa-apa daya yang cukup kuat boleh

menyebabkan kecederaan atau kerosakkan pada harta. Elemen yang seterusnya iaitu

yang boleh mengakibatkan dimana keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya

pembaziran dan juga penyakit di mana air tidak bersih berisiko kepada timbul penyakit.
B. Analisis Risiko

Risiko adalah gabungan faktor yang memungkinkan berlakunya suatu kejadian

hazard dalam satu tempoh khusus yang ditetapkan atau keadaan yang ditetapkan

dengan faktor keterukan iaitu kesan buruk atau kecederaan yang telah terjadi ke atas

kesihatan manusia, alam sekitar atau mana-mana gabungan daripada kejadian

tersebut. Analisis risiko ini memiliki empat elemen yang perlu dikaji pertama ialah

kawalan risiko iaitu dengan Kawalan pentadbiran iaitu melalui program pengemasan

sistem perpaipan. Kedua, kemungkinan dari skala 1 sehingga 5 dimana skala bagi

keadaan ini iaitu skala 4. Hal ini kerana keadaan ini yang paling mungkin akan berlaku

dan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Ketiga, keterukan dari skala 1 sehingga 5

dimana skala yang digunakan untuk keadaan ini iaitu skala 4 kerana kejadian tersebut

akan menyebabkan sama ada sedikit berlaku penyakit berbahaya dan memerlukan jenis

rawatan kecemasan. Seterusnya, risiko sama ada rendah, sederhana atau tinggi dimana

keadaan ini risikonya adalah rendah kerana risiko tersebut boleh diselesaikan pada

kadar yang segera secara berkesan iaitu dengan langkah kawalan mestilah

dilaksanakan dan direkodkan dengan serta merta.

C. Kawalan Risiko

Kawalan risiko adalah proses melaksanakan langkah bagi mengurangkan risiko

yang berkaitan dengan hazard. Dalam kawalan risiko ini terdapat dua elemen yang

digunakan bagi mengurangkan risiko hazard. Pertama langkah kawalan yang

dilaksanakan dimana langkah yang digunakan iaitu kawalan kejuruteraan. Seterusnya,


individu yang bertanggungjawab keatas risiko yang berlaku dalam keadaan tersebut

adalah melibatkan individu itu sendiri.

2.5 Menggunakan lantai seramik yang pecah

A. Pengenalpastian Hazard

Hazard yang telah dikenal pasti ini merupakan hazard yang melibatkan keadaan

fizikal di dalam premis. Keadaan fizikal tersebut adalah terdapat lantai seramik yang

telah pecah dalam premis tersebut yang merupakan rumah kediaman yang dihuni oleh

sekumpulan individu. Keadaan lantai seramik yang yang pecah itu dikenal pasti sebagai

hazard kerana lantai tersebut masih digunakan dan tidak diperbaiki walhal premis

tersebut masih berpenghuni. Hazard yang dikenal pasti ini merupakan hazard

keselamatan. Hal ini demikian kerana, hazard ini dapat mengakibatkan kecederaan

yang mana mempengaruhi aspek keselamatan seseorang. Oleh itu, hazard ini perlu

dikenal pasti oleh penghuni premis tersebut. Mereka merupakan individu yang

mempunyai hak dalam mengenal pasti hazard tersebut. Maka, pengenalpastian ini

mampu mengelakkan berlakunya risiko dari segi keselamatan iaitu yang menyebabkan

kecederaan atau terluka.

B. Analisis Risiko

Berdasarkan hazard ini, terdapat analisis risiko yang dapat direkodkan. Risiko

bagi hazard ini telah dinyatakan dalam pengenalpastian iaitu risiko berlakunya

kecederaan atau terluka. Hal ini kerana, lantai seramik boleh dikategorikan sebagai

bahan yang tajam apabila terdapat sisi atau permukaan yang pecah pada lantai
tersebut yang mana menyebabkan kecacatan pada bentuk lantai seramik tersebut.

Maka, permukaan lantai seramik yang pecah itu berisiko menyebabkan kecederaan

kepada individu dalam premis. Sebagai contoh, keadaan di mana individu tersebut

tersadung lantai seramik yang pecah itu. Hal ini akan menyebabkan kaki individu itu

terluka. Justeru berdasarkan keadaan tersebut, kemungkinan yang dapat dikenal pasti

untuk individu dalam premis itu mengalami risiko hazard seperti itu adalah pada skala

3. Skala ini menunjukkan kemungkinan risiko hazard tersebut dapat dijangkakan akan

berlaku pada masa akan datang. Manakala, tahap keterukan terhadap risiko hazard ini

adalah pada tahap 2 iaitu keterukan yang ringan. Hal ini dikatakan demikian kerana,

kecederaan yang dialami oleh individu tersebut adalah menyebabkan hilang upaya

tetapi bukan kecederaan yang kekal. Hilang upaya tetapi bukan kecederaan yang kekal

ini bermaksud individu yang tercedera itu akan mengalami kehilangan upaya dari segi

fizikal iaitu tidak dapat berjalan secara normal disebabkan kecederaan pada bahagian

kaki yang telah tersadung lantai seramik yang pecah. Selain itu, kecederaan ini juga

pada tahap 2 kerana kecederaan yang dialami adalah tidak kekal dan mengambil masa

yang singkat untuk sembuh.

C. Kawalan Risiko

Kawalan risiko yang dapat dikenal pasti untuk hazard ini adalah kawalan

pentadbiran. Langkah yang dapat dilakukan dari aspek kawalan pentadbiran ini adalah

dengan melakukan program pengemasan terhadap hazard tersebut. Sebagai contoh,

membaiki atau mengganti lantai seramik yang telah pecah itu kepada lantai yang baru

dan selamat untuk digunakan dalam premis. Oleh itu, langkah dalam kawalan
pentadbiran yang dilaksanakan ini dapat menghapuskan berlakunya risiko hazard dalam

premis. Individu yang bertanggungjawab dalam kawalan risiko ini ialah individu dalam

premis itu sendiri. Hal ini kerana, individu tersebut merupakan individu yang tinggal

dalam premis itu. Mereka juga individu yang berisiko tinggi untuk mengalami risiko

hazard tersebut disebabkan mereka individu yang seharian berada dalam premis itu.

Maka, hazard tersebut perlulah diatasi dengan segera agar tidak berlaku risiko yang

menyebabkan kecederaan terhadap individu.

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan pengenalpastian Hazard, Analisis risiko dan kawalan risiko

adalah penting untuk memastikan keselamatan disesuatu tempat terjamin. Setiap

individu perlu teliti dalam menjaga keselamatan diri dan tidak melakukan tindakan yang

boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka. Oleh itu digalakkan masyarakat

untuk mengambil ilmu pengetahuan berkaitan dengan keselamatan agar menjadi

panduan dalam kegiatan mereka sehari-hari.


RUJUKAN

Dicky Rahmatsyah (t.th). Apa itu hirarc, dipetik dari https ://www .scribd .com/

document/432542452/Apa-Itu-Hirarc pada 15 December 2021.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (2008). Garis Panduan Bagi

Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko Dan Kawalan Risiko, dipetik dari

https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/garispanduan/hirarc-1/712-01-

garis-panduan-bagi-pengenalpastian-hazard-penaksiran-risiko-dan-kawalan-risiko-

hirarc-2008/file pada 15 December 2021.

Mohd Hafiz Yaacob.(2017, Julai 27).HAZARD MENJEJASKAN KESELAMATAN DAN

KESIHATAN MANUSIA http://www.kk.usm.my/index.php/95-doktor-usm-di-radio/720-

hazard-menjejaskan-keselamatan-dan-kesihatan-manusia pada 15 December 2021.

Salmie Jemon (2021). Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko.

Sharif, A. (2004). Pengurusan penyelenggaraan sistem pengagihan air (Doctoral

dissertation,Universiti Teknologi MARA ) .https ://schola r.google. com/ scholar?hl

=en&as_sdt=0%2C5&q=penyelenggaraan+sistem+perpaipan&btnG=#d=gs_qabs&u=

%23p%3DE-kYARQMh5oJ pada 15 December 2021.

You might also like