Folio Geografi Tingkatan 3 2013 Pengangkutan Awam Di Saujana Impian
Folio Geografi Tingkatan 3 2013 Pengangkutan Awam Di Saujana Impian
Folio Geografi Tingkatan 3 2013 Pengangkutan Awam Di Saujana Impian
SENARAI KANDUNGAN
1.0 Penghargaan
2.0 Pendahuluan
a) Kaedah Pemerhatian
b) Kaedah Temubual
c) Kaedah Rujukan
7.0 Rumusan
8.0 Lampiran
9.0 Rujukan
1.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya
telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. In Sha Allah,
tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan
pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Puan Hajjah Zaiton Binti Ismail kerana membenarkan saya
menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Noorliza Abdul Karim iaitu guru geografi
kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat
kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan
membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu ayahanda Hamidon Bin Amran dan bonda Jamilah Binti Hassan yang
turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak
dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini
memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Saya memilih Saujana Impian sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis
pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan
kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya.
• Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan
Mei
a) Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu
Saujana Impian,Kajang, Selangor.
b) Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruh jaringan sistem
pengangkutan di kawasan kajian.
c) Untuk mengetahuai dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan
kajian.
e) Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang
dihadapi di kawasan kajian
Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai
jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan
yang ada dan sebab-sebab ia dibina.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah , Saujana Impian , Kajang , Selangor . Kawasan ini dibawah pentadbiran
MPKJ . Dimajukan oleh Syarikat Negara Properties SDN BHD. Kawasan ini terletak di tengah-tengah
kawasan yang begitu pesat dengan pembangunan.
Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai , taman perumahan , sekolah dan banyak lagi .
Kawasan ini berada di kawasan tanah pamah dan beralun . Asal tapak perumahan ini adalah ladang
getah yang dikenali sebagai Breamer Estate. Kini , Saujana Impian telah menjadi taman perumahan
yang moden dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur.
· Impian Jaya ( Fasa 1 (Teres Dua Tingkat) & Fasa 2 (semi D))
Apa yang menarik tentang Saujana Impian ini adalah jaringan lebuhrayanya yang serba lengkap
menghubungkan penduduknya ke semua destinasi di Malaysia dengan mudah dan Efisyen.
Penduduk di Saujana Impian mempunyai pilihan Lebuhraya berikut;
PLUS Highway
· Lebuhraya KESAS
· Grand SAGA
Selain jaringan lebuhraya tersebut, kedudukan Saujana Impian bersebelahan dengan Padang Golf
Impian Golf & Country Club turut menambahkan lagi glamournya kawasan ini. Selain Padang
permainan Golfnya yang besar dan antara yang terbaik di Malaysia, reka bentuknya juga menjadi
daya penarik. Terdapat 18 buah lubang kesemuanya (Par 72)termasuk Saujana Impian Driving Range
bersebelahan dengan Impian Gemilang. Padang Golf ini telah direka bentuk oleh Ross C. Watson &
Tze To Kok Yia
Pendidikan
Terdapat dua sekolah kebangsaan dan dua sekolah menengah kebangsaan di kawasan Saujana
Impian, iaitu :
Beberapa tadika yang ternama dan glamour juga terdapat di kawasan ini, iaitu Smart Reader Kids (03
8737 7757)yang merupakan pemegang Superbrands dan mempunyai certifikasi ISO, Q Dees dan
Smart Learn.
Kemudahan
Surau Saujana Impian. Terletak bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, surau ini juga
turut menjalankan sembahyang Jumaat pada setiap minggu. Terdapat pendapat yang menyatakn
surau merupakan antara surau tercantik di Daerah Ulu Langat dan setanding masjid-masjid di
Kajang.
Manakala kariah Masjid adalah Masjid Jamek Pekan Kajang dan Masjid Sekolah Agama Persekutuan
Bandar terdekat di Saujana Impian ialah Kajang . Di Kajang , terdapat banyak pusat membeli-belah ,
seperti Metro Kajang Plaza dan Metro Point . Kebiasaanya , penduduk Saujana Impian akan ke
Kajang untuk membeli barang-barang keperluan . Contohnya , pada musim tahun baru , ibu bapa
akan ke Ali Store untuk membeli baju sekolah dan akan ke cziplee untuk membeli buku rujukan
anak-anak mereka . Di Kajang juga , terdapat banyak lot-lot kedai yang menjual pakaian , alat
telekomunikasi , barang perhiasan dan pelbagai lagi .
KAEDAH KAJIAN
Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.
Antaranya ialah:-
a) Kaedah Pemerhatian
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis- jenis sistem
pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya.
Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan
kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Pemerhatian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Saujana Impian .
Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau
pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila
bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di perhentian bas dan
teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini
dibuat dengan orang ramai , orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.
c) Kaedah Rujukan
Kaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat
dalam peta, dan rujukan peta di perpustakaan . Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks,
buku rujukan dan akhbar. Orang sumber seperti saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga
digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Merujuk dan mencari
maklumat di internet seperti Google. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis
untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting
dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.
DAPATAN KAJIAN
Contoh pengangkutan awam ialah , KTM Komuter , Teksi dan Bas Rapid KL .
Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya , terdapat beberapa jenis
pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya , terdapat beberapa jenis pengangkutan
awam yang digunakan iaitu :
1) Bas Rapid KL : Kekerapan bas ini , setiap 10 minit . Masa perkhidmatan beroperasi bermula
pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam . Jalan-jalan utama yang dilalui di hadapan
Tesco , Kajang . Tambang perjalanan mengikut jarak jauh . Kebiasaanya , RM 1.00 sahaja .
2) Bas/van sekolah : Bas/van sekolah ini bewarna oren . Pemandu biasanya , mengangkut seramai
20 orang jika membawa van manakala 30 orang jika membawa bas sekolah . Bas/van sekolah ini
memudahkan ibu bapa pelajar yang bekerja dan menjamin keselamatan para pelajar .
3) Teksi : Teksi merupakan pengangkutan awam penduduk saujana Impian yang tidak mempunyai
kenderaan sendiri kerana ia lebih mudah. Pada kebiasaanya penduduk saujana impian akan
menghubungi pusat hentian teksi di kajang untuk mengambil mereka di kediaman dan seterusnya
menghantar mereka ke destinasi yang hendak ditujui. Penduduk akan dikenakan kenderaan
mengikut jarak jauh .
Hasil daripada pemerhatian saya , terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam di Saujana
Impian . Pertama , pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan . Kesesakan di jalan raya
dapat dielakkan dengan penggunaan bas awam , KTM komuter dan sebagainya . Penumpang tidak
perlu menggunakan kereta sendiri . Hal yang demikian dapat mengurangkan bilangan kenderaan di
jalan raya . Kadangkala , kesesakan dalam bas turut wujud . Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk
mewujudkan kereta api elektrik seperti KTM komuter , LRT dan lain-lain untuk mengurangkan
kesesakan tersebut .
Selain itu , pentingnya pengangkutan awam di Saujana Impian adalah kerana untuk mengangkut
penumpang . Contohnya , mengangkut pelajar sekolah , kolej dan universiti manakala pekerja awam
atau swasta dan penumpang lain . Bas Rapid KL memudahkan penduduk kerana ia pergi ke pelbagai
destinasi . Dengan menaiki teksi , ia memudahkan penduduk untuk ke sesuatu destinasi.
Tambahan lagi , dengan pengangkutan awam dapat meningkatkan mobiliti penduduk . Penduduk
yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada
pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Ia dapat
memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri dan pelajar pergi ke sekolah.
Akhir sekali , pengangkutan awam dapat menjimatkan kos . Kos menaiki bas awam atau kereta api
elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri . Penduduk tidak perlu bayar tempat letak
kereta . Mereka juga tidak perlu membayar tol dan menjimatkan perbelanjaan rumah.
Tuntasnya , saya bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan Saujana Impian memberi banyak
faedah kepada penduduk . Dengan pengangkutan awam , ia memudahkan pergerakan saya untuk ke
sesuatu tempat dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian saya .
Melalui soal-selidik yang saya jalankan ke atas 24 orang responden . Terdapat beberapa masalah
pengangkutan awam telah dikenal pasti , Antaranya ialah :
PENCEMARAN UDARA 7
KESELAMATAN PENUMPANG 6
TAMBANG MAHAL 3
KENDERAAN LAMA 2
JUMLAH 24
Melalaui soal selidik yang saya lakukan , masalah – masalah pengangkutan awam yang terdapat di
Saujana Impian antaranya , pencemaran udara . Pencemaran udara ini berpunca daripada
Penggunaan diesel oleh bas dan lori. Ia menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos.
Seterusnya , masalah keselamatan penumpang . Pemandu bas atau teksi sering memandu secara
merbahaya. Kes jenayah seperti merompak juga pernah berlaku . Bukan itu sahaja , kadangkala ,
pemandu bas berhenti di tempat kurang selamat dan brek secare mengejut. Nilai bertanggungjawab
oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa
memandu perlu diterapkan .
Selain itu , masalah yang dihadapi ialah jangka masa lama . Bas Rapid KL selalunya tidak menepati
masa kerana sering lewat untuk sampai pada perhentian bas seterusnya . Perjalanan bas sekolah
pula mengambil masa yang lama . Oleh itu , pemandu bas sekolah terpaksa mengambil pelajar se
awal yang mungkin untuk mengelakkan kelewatan .
Tambahan lagi , masalah pengangkutan awam di Saujana Impian ialah masalah tambang mahal .
Contohnya , tambang bas sekolah yang mengenakan RM80 untuk seorang pelajar walaupun jarak
tidak terlalu jauh . Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai , ia telah menjadi satu beban
yang agak berat untuk mereka .
Akhir sekali , masalah yang dihadapi ialah , pemandu menggunakan kenderaan yang lama . Pemandu
tidak mengservis kenderaan yang dugunakan. Hal yang demikian menyebabkan penumpang kurang
selesa untuk menaiki kenderaan terebut .
Oleh itu , kita sebagai pengguna jalan raya di Saujana Impian , hendaklah bekerjasama untuk
mengurangkan masalah pengangkutan awam disini .
Seterusnya , saya mencadangkan supaya pemandu pengangkutan awam digalakkan untuk
mengunakan petroleum tanpa plumbum . Hal ini dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan
asap kenderaan ke udara .
Selain itu , saya juga turut mencadangkan supaya , pemandu bas atau lori yang mengunakan
minyak diesel digalakkan supaya mengunakan penapis asap atau lebih dikenali sebagai “ Catalytic
converter “ . Dengan penggunaanya , kita dapat mengurangkan pengeluaran asap merbahaya .
Akhir sekali , cadangan yang saya boleh berikan ialah , pihak pengurusan perlu mengurangkan
kos operasi . Hal yang demikian Pihak kerajaan perlu memberi subsidi seprti minyak diesel atau alat
ganti yang banyak kepada pemandu pengangkutan awam agar tambang dapat dikurangkan .
Walau apapun , saya bersyukur kerana pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk
menjaga alam sekitar sentiasa terjamin . Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati
dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.
RUMUSAN
Pengangkutan awam ialah istem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan
kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah teksi , Bas Rapid
KL dan van/bas sekolah . Pengankutan awam adalah penting di Saujana Impian kerana ia
meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan sendiri . Kepentingan
lain ialah , pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di Saujana Impian . Selain
itu , ia juga dapat mengangkut penumpang seperti pelajar dan pekerja kilang dan dapat
menjimatkan kos penduduk Saujana Impian . Walaubagaimanapun , penduduk di Saujana Impian
menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti , jangka masa lama ,
tambang mahal , keselamatan penumpang dan pencemaran udara . Saya mencadangkan beberapa
langkah / perkara untuk mengurangkan masala-masalah tersebut seperti , menguatkuasakan
undang-undang , penggunaan petrol tanpa plumbum , mengurangkan kos operasi dan menggunakan
penapis asap / catalytic converter .
Saya berharap agar pihak berwajib akan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh
penduduk di Saujana Impian . Saya bangga kerana pihak berwajib berusaha memperbaiki
perkhidmatan pengangkutan awam di Saujana Impian .
LAMPIRAN
1) CONTOH PENGANGKUTAN AWAM :
2) Surat kebenaran membuat kajian
RUJUKAN
LAMAN WEB :
- http://isyayy.blogspot.com/2013/03/rumusan-kajian-pengangkutan awam-di.html
-http://en.wikipedia.org/wiki/Saujana_Impian