Sigmund Freud

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SIGMUND FREUD (1856-1939)

BIOGRAFI

Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia pada 6 Mei 1856 dalam sebuah keluarga
berketurunan Yahudi.. Ayahnya adalah seorang pedagang kapas,yang berfikiran tajam
serta humoris.Beliau merupakan anak kepada isteri kedua yang dua puluh tahun lebih
muda daripada ayahnya. . Ketika melahirkan beliau, ibunya berusia dua puluh satu
tahun. Sebahagian besar dari kehidupannya dihabiskan di Vienna.
Sigmund Freud semasa mudanya telah menunjukkan kepintaran dan kegigihan
yang tinggi. Beliau sentiasa mempercayai sepenuhnya bahawa kejayaan akhirnya akan
tiba jika melakukan sesuatu kerja dengan rajin. Ini dapat dilihat apabila beliau
memasuki sekolah tinggi pada usia lapan tahun iaitu lebih awal daripada pelajar-pelajar
yang lain.

Seorang yang meminati membaca buku atau ulat buku. Ketika usianya lapan
tahun telah membaca hasil karya Willian Shakespeare. Sebagai seorang pelajar yang
rajin dan sentiasa mempamerkan kecerdasan yang tinggi, beliau merupakan anak
kebanggaan ibu bapanya. Oleh itu ibu bapanya telah member tumpuan khas
kepadanya dengan menyediakan beberapa kemudahan seperti bilik khas, lampu
minyak dan memastikan suasana yang sunyi agar tidak mengganggu pelajarannya.

Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sentiasa berada di


tempat teratas Mendapat pendidikan formal sehinggalah ijazah perubatan daripada
Universiti Vienna. Pada awalnya beliau menunjukkan minat yang mendalam dan
melakukan banyak penyelidikan dalam bidang neurologi. Di Universiti Vienna ini Freud
berguru dengan profesor fisiologi terkenal iaitu Ernst Bricke. Pengalaman dan minat
yang mendalam dalam bidang berkenaan mendorong beliau membuka klinik
persendirian yang member rawatan khusus kepada penyakit yang berkaitan dengan
saraf sahaja.

Sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi telang mendorong Freud
meninggalkan dunia akademik di universiti untuk menjadi seorang pengamal perubatan
pada tahun 1886. Pada tahun yang sama beliau mendirikan rumah gtangga dengan
Martha Bernays. Keluarga ini telah dikurniakan empat cahaya mata, dan salah seorang
daripadanya diberi nama Anna Freud, merupakan salah seorang tokoh psikologi yang
terkenal.

ANNA FREUD

Sebagai seorang pengamal perubatan, beliau telah memperoleh berbagai-bagai


pengalaman menarik. Beradasarkan kepada pengalaman-pengalaman ini beliau telah
melihat adanya hubungan antara pesakit tertekan menderita akibat gangguan
fungsional-somatis dan latar belakang psikologi. Minat yang mendalam ini juga telah
menyebabkan Freud berhijrah ke Paris dan berguru selama setahun dengan Piere
Janet dan Jean Charcot. Beliau telah mempelajari prosedur-prosedur dan teknik-teknik
untuki menyembuhkan pesakit hysteria dengan menggunakan teknik hinopsis. Setelah
kembali ke Vienna, beliau mempraktikkan teknik hinopsis sambil bekerja dengan
Joseph Breuer.
SESI HINOPSIS
Walaupun Freud terpaksa menjalani 33 kali pembedahan akibat barah rahang,
beliau secara berterusan menjalankan kajian tentang aspek dalaman manusia. Hasil
kesungguhan maka terhasillah teori personaliti yang sihingga kini masih “panas”
diperbincangkan. Teori yang dikemukakan beliau dikelompokkan sebagai personaliti
psikodinamik.

Sebagai seorang pemikir dan seorang yang berdaya cipta, Sigmund Freud
mengemukakan beberapa penemuan teori dalam arena psikologi. Teori-teori penemuan
seperti teori psikoanalitik, teori personaliti dan teori psikoseksual telah memberi
sumbangan kepada bidang psikologi dan juga telah mempengaruhi corak pendekatan
perkembangan. Misalnya pendekatan psikoanalisis telah mengembangkan teknik-teknik
baru seperti perkaitan bebas, penafsiran mimpi dan penggunaan projektif dalam
penilaian personaliti.

Tidak dapat dinafikan beliau merupakan seorang printis bidang psikologhi yang
paling agung di dunia. Teori Psikoanalitik nya telah diterima di Amerika Syarikat dan
telah melonjakkannya ke kemuncak kejayaan. Pendekatan-pendekatan teori
psikoanalitiknya menegaskan bahawa semua tingkahlaku boleh difahami melalui
pertukaran dan perubahan tenaga yang bermatlamatkan kepada penstabilan dan
pengurangan ketegangan.
Sebagai seorang yang tiding mengenal istilah putus asa, Freud sentiasa
memajukan pendekatan dan penemuannya. Ini terbukti apabila beliau mengemukakan
berbagai-bagai teknik yang barru secara berterusan untuk mendekati manusia.
Misalnya teknik perkaitan bebas iaitu satu cara menerokai perkara-perkara tidak sedar
seperti idea-idea, ingatan perasaan secara spontan tanpa paksaan dari luar. Melalui
teknik ini Freud mendapati seorang klien dapat melahirkan apa-apa sahaja yang
terlintas di fikiran, sama ada tidak masuk akal, tidak logik, memalikan, menyedihkan
dan mengarut.

Sigmud Freud merupakan seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan


mengharhgai masa. Beliau sanggup bekerja keras dan bersungguh melakukan
berbagai-bagai kajian walaupun di usia tua dan kesihatan tidak mengizinkan. Di akhir
hayat Freud, ketika berumur 83 tahun, dia masih gigih membuat nalaisis kendiri dan
menulis walaupun banyak mengalami pembedahan kanser rahang.

HASIL PENULISAN

Beliau menulis beberapa buah karya penting yang masih dikaji sehingga kini. Antaranya
ialah :
1. The Intrepretation Of Dreams.
2. The Psychopathology Of Everyday Life
3. Beyond The Pleasure Principle
4. The Ego And The ID
5. Civilization And Its Discontents.
PERINGATAN SIGMUND FREUD
(HAMPSTEAD, ENGLAND)

KONSEP TENTANG MANUSIA

Freud (1940) telah melahirkan satu pendapat yang begitu kontraversi dengan
mengatakan bahawa manusia dilahirkan dengan mempunyai dorongan dan naluri yang
bersifat jahat. Tingkah laku manusia banyak ditentukan oleh naluri ini yang
menyebabkan manusia bertindak secara tidak rasional dan tidak logik. Dorongan dan
naluri ini tersimpan dalam dianggap sebagai satu sistem tenaga dalaman manusia.
Tenaga ini tidak bertambah dan berkurang, dan ia menjadi rebutan tiga sistem
personaliti manusia iaitu id, ego dan super ego. Sistem yang mempunyai banyak
tenaga di antara ketiga-tiga sistem personaliti akan berkuasa mengawal tingkah laku
kehidupan manusia.

NALURI

Freud telah mengkategorikan naluri yang kepada dua iaitu :

1. Naluri hidup (libido atau eros)

Ia merupakaan naluri yang sentiasa berusaha untuk melanjutkan kehidupan


manusia. Ia bukanlah naluri yang berasaskan semata-mata kepada tenaga seks,
tetapi meliputi usaha-usaha kea rah mengembang, membina dan mendorong
manusia ke arah kreativiti. Naluri ini menjadi sumber atau tenaga penggerak
(motivasi) yang mendorong manusia ke arah mencari keseronokan dan
mengelakkan kesakitan.

2. Naluri mati (Thanatos)

Naluri ini dijelmakan dalam bentuk dorongan-dorongan agresif. Dorongan ini


yang menyebabkan ada kalanya cuba menyakiti dirinya sendiri atau membunuh
diri, dan menyakiti orang lain.

STRUKTUR PERSONALITI

Perkembangan personaliti individu mengandungi tiga sistem iaitu id, ego dan superego.
Bagaimanapun ketiga-tiga sistem ini memainkan peranan dan berfungsi secara
keseluruhan. Peronaliti manusia terhasil daripada tindakbalas di antara id, ego dan
superego.

1. Id
Id merupakan sistem asal personaliti individu yang diwarisi sejak lahir dan
menjadi punca kuasa utama tetapi mengandungi kekurangan organisasi. Ia
berfungsi di dalam pada personaliti yang asal pada diri seseorang. Id tidak tahan
tekanan, tetapi mengandungi naluri yang dipenuhi oleh prinsip keseronokan, dan
ia selalu dikawal oleh prinsisp keseronokan tersebut. Lantaran itu id tidak
mengikuti logik, sebaliknya sentiasa terdorong untuk memenuhi setiap
keperluan naluri yang mempunyai prinsip yang sama dengan keseronokan.
Dalam memenuhi keperluan ini menyebabkan id tidak dapat berfikir, dan pada
kelazimannya berharap dan bertindak dalam keadaan tanpa sedar untuk
mengelakkan sebarang kesakitan, ketegangan dan bencana, sebaliknya
sentiasa mencari jalan untuk memenuhi kepuasan berbentuk keseronokan.

2. Ego
Ego merupakan unsur kebenaran kerana dianggap sebagai unsur yang paling
rasional dalam personaliti manusia. Ia bertugas mengawal personaliti manusia.
Ia sentiasa berinteraksi dengan dunia nyata. Ego pada kebiasaannya mengarah
id dan superego serta persekitaran. Tugas utama ego adalah menjadi
pengantara antara naluri dan persekitaran. Ego juga berupaya untuk menguasai
segala yang sedar dan boleh memilih sesuatu yang realiti dan pemikiran
perancang yang baik. Ego menolak mana-mana yang diaggap tidak realiti atau
tidak diperlukan, seterusnya mampu membuat kerja yang realistik dan
memikirkan secara logik, dan seterusnya membuat rangsangan untuk melakukan
tindakan supaya dapat memenuhi keinginan. Dipercayai pada egolah pusat
kepada kecerdikan dan kecerdasan individu, lantaran ego menjadu perumus
dalam seuatu proses intelektualisme. Sekiranya tahap ego lemah, maka
permintaan naluri id akan disorong bagi mengganti tempatnya dan memenuhi
permintaan kepuasan dan keseronokan.

3. Superego
Superego ialah bahgian yang agak penting dalam personaliti seseorang. Ia lahir
dan terbentuk oleh kemahuan masyarakat dan budaya. Justeru, peranan
superego ialah menjadi hakim dan pemasti dalam personaliti individu. Ia menjadi
kod moral seseorang untuk membezakan yang baik, daripada yang tidak baik
dan di antara yang benar dengan yang salah. Superego mewakili hati kecil atau
nurani dan ia berlaku atas prinsip realisme moral. Berdasarkan pengamatan
seseorang terhadap moraliti dan nilai sesebuah masyarakat, superego sering
menemukan perkara yang unggul dan sempurna pada personaliti individu
berkenaan. Superego bertanggungjawab mengadakan ganjaran seperti rasa
kebanggaan kendiri, ingin disanjung, dihormat dan berkasih sayang. Selain itu
superego juga terpaksa menerima hukuman sekiranya gagal berperanan, seperti
menerima perasaan bersalah, rendah diri, malu dan kesal pada diri sendiri.

ALAM TIDAK SEDAR, PRASEDAR DAN SEDAR

Freud menegaskan perkembangan manusia dipengaruhi oleh perkembangan masa


lampau terutama ketika berusia 6 tahun yang pertama. Semasa perkembangan ini
berlaku, perlakuan manusia dibentuk daripada tiga bentuk pemikiran iaitu
sedar,prasedar dan tidak sedar. Pemikiran manusia diumpamakan seperti air batu,
dimana bahagian sedar adalah sebahagian kecil sahaja dalam hidup ini manakala
bahagian prasedar dan tidak sedar adalah sebahagian yang besar dalam hidup.

PEMIKIRAN SEDAR, PRASEDAR, TIDAK SEDAR, EGO, SUPEREGO DAN ID

Personaliti manusia merupakan integrasi antara id, ego dan superego. Id ialah
dorongan semulajadi atau lebih dikenali sebagai naluri. Ego merupakan struktur
dalaman yang terbentuk daripada pengalaman dan realiti, manakala superego
merupakan nilai dan norma masyarakat.
PERINGKAT PERKEMBANGAN

Perkembangan dalam diri seseorang terbahagi kepada lima peringkat. Setiap peringkat
berlaku secara urutan dan setiap perkembangan yang berlaku dalam dalam setiap
perinkat tersebut akan member kesan yang besar kepada pembentukan personaliti
seseorang itu.

1. Peringkat Oral (0-18 bulan)

Peringkat ini bermula sejak lahir sehingga bayi mencapai umur 18


bulan.peringkat ini mulut dan bibir merupakan zon erotic yang aktif. Bayi banyak
menumpukan perhatian kepada aktiviti menyusu kepada ibunya dan aktiviti ini
merupakan punca keseronokan atau kepuasan seks yang utama. Tindakan
menyusu ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu oral incorporative dan oral
aggressive

Oral incorporative aadalah tahap awal penyusuan bayi bermula sejak lahir
hingga bayi mula tumbuh gigi susunya. Ada bayi yang mencapai kepuasan dan
ada yang tidak mencapai kepuasan daripada tindakan ini. Bayi yang tidak
mencapai kepuasan daripada tindakan ini dikatakan mengalami lekatan (fixation)
dalam proses perkembangan. Menurut teori Freud, orang dewasa yang suka
makan, minum, mengunyah, bercakap, hisap rokok adalah mereka yang
mengalami lekatan pada peringkat ini.

Tahap oral aggressive bermula apabila gigi mula tumbuh. Ia bermula


apabila kanak-kanak sering menggigit tetek ibunya. Sekiranya seseorang itu
terlekat pada peringkat ini, maka apabila dewasa mereka akan memperlihatkan
sifat-sifat seperti berleter, sindiran, mengumpat atau melahirkan pandangan-
pandangan yang menyakitkaan hati orang lain.
Pada peringkat oral ini, bayi perlu dipenuhi keperluan fisiologinya dengan
penuh kasih sayang. Bayi yang tidak merasa kepuasan mulut dan bibir akan
menyebabkan berlaku kesan negative apabila dewasa nanti.

2. Peringkat Anal (18 bulan hingga 3 tahun)

Peringkat ini bermula pada akhir tahun ke dua hinggalah ke tahun ketiga umur
seseorang bayi itu. Pada peringkat ini, dubur merupakan zon erotic yang paling
aktif. Kanak-kanak aktif berlatih cara-cara membuang air, secara langsung
ataupun tidak langsung. Pada masa ini kanak-kanak terpaksa berhadapan
dengan desakan ibu bapa atau persekitaran dan kehendak sendiri. Andaikata ibu
bapa terlalu mengawal atau mendesak maka berbagai-bagai perasaan negatif
akan timbul.
Freud berpendapat kanak-kanak memperoleh satu kepuasan, jika
sekiranya dia dapat membuang air dan menahan najis, dengan cara yang ada
padanya atau mengikut kehendaknya dan pada masa yang sama dia terpaksa
berhadapan dengan kehendak atau desakan ibu bapa. Melaui cara ini, kanak-
kanak belajar menguasai rasa bebas, kuasa, autonomi, dan sebagainya.
Sebaliknya perasaan negatif akan timbul sekiranya kanak-kanak merasa dirinya
terlalu dikawal dengan kehendak atau desakan ibu bapa, di sini ibu bapa
seharusnya pandai memain peranan untuk mewujudkan persetujuan, tidak
terlalu bebas dan tidak terlalu mendesak. Antara kehendak kanak-kanak dan
desakan ibu dalam keadaan seperti ini akan wujud dua suasana boleh berlaku
iaitu anal aggressive dan anal retentive.

Anal agresif berlaku apabila anak bertindak agresif terhadap kawalan


terlalu ketat dan peraturan yang regid yang dikenakan oleh ibu bapa dalam
usaha untuk melatih anaknya membuang air. Anak mematuhi arahan dan dia
menabur najisnya di mana sahaja di mana sahaja yang ia suka. Tindakan ini
boleh melahirkan anak yang bersifat ganas, zalim, pemarah, tidak berdisplin dan
sebagainya apabila dewasa kelak.
Manakala anal retentive pula berlaku apabila anak tersalah anggap
terhadap perhatian yang berlebihan sewaktu anak hendak membuang
air.Dengan demikian keadaan ini melahirkan anak yang mematuhi arahan ibu
bapa dan dia tidak diberi peluang melakukan sesuatu mengikut pandangan
sendiri. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat kedekut, degil , terlalu
mementingkan peraturan, tidak mengindahkan masalah orang lain, hilang budi
bicara dan sebagainya apabila dewasa kelak. Justeru kanak-kanak pada
peringkat ini diberi peluang supaya mereka dapat berdikari, berautonomi dan
tahu menguasai diri sendiri.

3. Peringkat Falik (3 tahun hingga 5 tahun)

Peringkat falik merupakan peringkat yang paling kritikal dalam pembentukan


sahsiah seseorang. Pada peringkat ini kanak-kanak mula merasakan alat jantina
merupakan punca keseronokan dan tumpuan terhadapnya boleh menyebabkan
konflik jiwa. Kanak-kanak lelaki dikatakan mempunyai perasaan berahi terhadap
ibunya, manakala kanak-kanak peremuan mempunyai perasaan berahi terhadap
bapanya. Perasaan berahi yang wujud dalam diri kanak-kanak dijelaskan dalam
bentuk kompleks oedipus dan kompleks elektra.

Kompleks Oedipus berlaku kepada kanak-kanak lelaki, tanpa disedarinya


dia tertarik kepada ibunya. Tetapi secara tidak disedari juga dia mendapati
bapanya menjadi penghalang kepada kehendaknya. Oleh itu, untuk menarik
perharian ibunya, secara tidak disedari untuk menarik perhatian ibunya, dia
meniru perlakuan bapanya. Hasil peniruannya dia berkelakuan seperti lelaki.

Manakala kompleks Elektra pula berlaku pada kanak-kanak perempuan.


Secara tidak disedarinya, dia tertarik pada bapanya dan mendapati ibunya
menjadi penghalang. Untuk menarik perhatian bapanya, secara tidak disedari dia
meniru perlakuan ibunya. Hasil dari peniruan, dia berkelakuan seperti seorang
wanita seperti ibunya.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya tahu peranan mereka ketika kanak-kanak
di peringkat falik ini. Ibu bapa harus mendampingi anak-anak ini dan sekiranya
ibu bapa tidak berjaya melayan keperluan ini, maka akan lahirlah anak yang
bersifat rigid, mempunyai konsep kendiri yang rendah, perasaan rasa bersalah
dan sebagainya apabila dewasa kelak.

4. Peringkat Litensi ( 5 tahun hingga 11 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mempunyai kecenderungan untuk bergaul


dengan kanak-kanak lain di luar rumah. Dunia mereka bukan terbatas di dalam
rumah sahaja seperti mana yang berlaku di peringkat sebelum ini.

Perubahan kehendak seksual pula dipendamkan disebabkan interaksi


sosial di luar rumah. Kanak-kanak lelaki akan berkawan dengan kanak-kanak
lelaki dan kanak-kanak perempuan berkawan dengan kanak-kanak perempuan.
Secara tidak disedari, keadaan ini menguatkan sifat kelakian bagi lelaki dan sifat
kewanitaan bagi kanak-kanak perempuan.

Konflik yang dialami pada peringkat oral, anal dan falik akan menjadi
tenang kerana kanak-kanak terdedah kepada pengalaman yang lebih beraneka
rupa. Pengalam baru telah menggantikan pengalaman konflik dalam peringkat-
peringkat sebelum ini. Menurut Freud, peringkat ini merupakat peringkat yang
paling tenang.
Ketika ini, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi
keperluan sosial mereka. Ibu bapa hanya perlu memerhati aktiviti dalam
pergaulan dan seharusnya tidak merasa risau mengapa anak mementingkan
kawan. Kanak-kanak yang gagal merasai kepuasan berkawan akan
menyebabkan berlaku kesan negatif apabila dewasa kelak iaitu seperti sukar
bergaul, menarik diri, terasing dan berasa terkongkong.

5. Peringkat Genital ( 12 tahun hingga 18 tahun)

Apabila kanak-kanak mencapai umur 12 tahun, mereka telah memasuki alam


dewasa dan kebanyakannnya telah mencapai akil baligh, sama ada lelaki
ataupun perempuan. Pada ketika ini akan muncul semula segala khayalan dan
yang pernah wujud di peringkat falik dahulu. Alat jantina mucul semula dan
menjadi punca keseronokkan utama. Di peringkat ini juga timbul keinginan dan
dorongan untuk mempraktik keberahian dengan rakan-rakan berlainan jantina.

Dari segi pergaulan, remaja akan mencari teman yang berlainan


jantina.Mereka mahu lebih bebas daripada ikatan ibu bapa. Mereka tidak suka di
layan seperti kanak-kanak mahupun seperti orang dewasa. Pada masa inilah
permulaan era kasih sayang dan era suka bekerja, kerana melalui era kasih
sayang dan bekerja mereka mendapat kepuasan. Oleh itu ibu bapa harus
memahami perkembangan ini supaya proses psikoseksual tidak terlekat atau
terencat. Lekatan ini akan menimbulkan kesan negatif apabila mencapai
peringkat umur dewasa kelak.

KESIMPULAN

Sungguhpun teori dan pendapat yang dikemukakan Freud telah mendapat berbagai-
bagai kritikan, namun tidak dinafikan ia adalah pendekatan lebih baru pada zamannya
yang menjelaskan mengenai perkembangan manusia. Walaupun teori dan pandangan
yang dikemukakan kelihatan terlalu abstrak dan sukar diterapkan dalam dunia nyata,
namun perlu dihargai sumbangan Ferud ini dari aspek:

 Kefahaman yang diberikan tentang dinamika-dinamika yang sering berinteraksi


dalam jiwa manusia sehingga membawa kepada kerisauan.
 Kaedah-kaedah yang dianjurkan membantu dalam memahami penahanan, dan
pentingnya perhubungan antara kaunselor dengan kaunseling, nilai-nilai
pemindahan, serta helah bela diri.
 Peringkat-peringkat perkembangan personaliti dan masalah-masalah yang
berkaitan dengannya serta juga kepuasan-kepuasan dan watak-watak yang akan
terhasil lantaran terlekatnya perkembangan di sesuatu peringkat tertentu.
 Sifat semula jadi manusia yang sering didorong oleh naluri ke arah kepuasan
nafsu semata-mata.
Melaui kefahaman yang diterangkan oleh Freud, banyak perkara yang dapat
dimanfaatkan oleh dunia psikoterapi. Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga bahawa
bukan semua pendapatnya itu boleh diterima da akan diterima. Oleh itulah maka
timbulnya berbagai-bagai teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh lain seperti Erikson.
Allport, Skinner dan sebagainya yang cuba meminda dan membaharui serta
memperbaiki sesetengah konsep yang dikemukakannya.
RUJUKAN

Shahabuddin Hashim. Teori Personaliti Dari Perspektif Islam : PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd., 2007

Yahya Don. Psikologi Sosial Dalam Pendidikan : PTS Publications & Distribution Sdn.
Bhd., 2006.

You might also like