Ujian Diagnostik Tahun 5

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TEMA : SAINS HAYAT

TAJUK : MANUSIA
Bahagian A

(25 markah)

Jawab semua soalan

1. Gambar 1 di bawah menunjukkan __________manusia.

Gambar 1
A Sistem saraf
B Sistem perkumuhan
C Sistem peredaran darah
D Sistem rangka

2. Antara berikut, yang manakah fungsi sistem rangka pada manusia


A membekalkan tenaga
B mengurangkan berat badan
C memberi bentuk dan menegakkan badan
D menjadikan badan lebih cantik dan tidak sakit

3. Antara berikut yang manakah bukan fungsi tulang___________


A menyokong tubuh
B melindungi organ dalaman
C tidak membantu pergerakkan
D membantu pergerakkan badan

1
4. Antara berikut yang manakah melindungi organ
A Lutut
B Bahu
C Pergelangan kaki
D Tengkorak

5. Antara berikut yang manakah betul tentang sendi


A Tempat pertemuan dua atau lebih tulang
B Sendi pada lehervmembolehkan pergerakan secara pusingan atau bulatan
C Sendi pada tulang belakang membolehkan pergerakkan pada bahagian bawah
tubuh
D Sendi pada tulang lutut dan tulang pinggul membolehkan kaki dibengkokkan
dan diluruskan

6. Rajah 2 menunjukkan kedudukan sendi dalam sistem rangka manusia.

Rajah 2
Apakah fungsi X?
A Membolehkan pergerakan keseluruhan bahagian tubuh
B Membolehkan pergerakan kepala secara pusingan atau putaran
C Membolehkan pergerakan tangan ke belakang, ke hadapan, ke tepi atau
membuat putaran
D Membolehkan bahagian badan menjadi cantik

7. Apakah yang berlaku jika manusia tidak mempunyai rangka


A Organ dalaman mudah tercedera
B Manusia boleh berdiri dan bergerak dengan mudah
C Bentuk tubuh menjadi tegap dan cantik
D Otak manusia tidak akan tercedera

2
8. Rajah 2 menunjukkan satu aktiviti yang menganggu sistem dalam tubuh manusia,
Apakah sistem tersebut

Rajah 2
A Sistem pencernaan
B Sistem pernafasan
C Sistem Rangka
D Sistem kumuh

9. Apakah yang berlaku jika jantung berhenti mengepam


A Oksigen akan terkumpul di dalam tubuh
B Darah akan mengalir dalam arah yang bertentangan
C Gas-gas tidak sampai ke bahagian tubuh yang lain
D Salur darah akan mengembang

10. Rajah 3 menunjukkan alat keselamatan yang dipakai ketika menunggang motosikal.
Bahagian rangka manusia yang manakah dilindungi oleh alat tersebut

Rajah 3

A Tengkorak
B Tulang kaki
C Tulang tangan
D Tulang belakang

3
11. Rajah 4 menunjukkan alat-alat keselamatan yang dipakai oleh seorang budak ketika
menunggang basikal. Mengapakah alat tersebut dipakai?

Rajah 4

A Mengelakkan kecederaan kepada tulang dan sendi


B Mengelakkan kemalangan berlaku
C Mengurangkan kebebasan bergerak
D Memberikan kestabilan semasa bergerak

12. Antara berikut yang manakah yang membawa gas-gas oksigen dan
karbon dioksida di dalam tubuh
A Jantung
B Darah
C Salur darah
D Peparu

13. Antara berikut yang manakah yang terlibat dalam sistem peredaran darah manu sia

A. Ginjal dan peparu


B Jantung dan peparu
C. Salur darah dan ginjal
D Otak dan ginjal

4
Soalan 14-16 adalah berdasarkan rajah 5. Antara berikut yang manakah benar tentang

laluan peredaran darah manusia

Rajah 5
14. Antara berikut yang manakah benar tentang laluan peredaran darah semasa
menarik nafas
A Jantung -peparu-–tubuh
B Peparu-jantung-tubuh
C Jantung-tubuh- peparu
D Peparu-tubuh -jantung

15. Darah mengangkut ______________ ke seluruh tubuh


A oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh
B karbon dioksida, peluh dan air
C oksigen dan nutrient
D oksigen

16. Ketika menghembuskan nafas gas_____________disingkirkan dari badan


A Oksigen
B Karbon dioksida
C Karbon monoksida
D Nutrien

5
17. Apakah kepentingan sistem peredaran darah kepada manusia
A Memberikan sokongan kepada tubuh
B Mengangkut tinja keluar tubuh
C Mengangkut karbon dioksida kepada system pencernaan
D Mengangkut oksigen, nutrient dan air ke dalam tubuh

Soalan 18-19 adalah berdasarkan gambar di bawah

P Q R S
18. Antara P, Q, R & S yang manakah adalah betul

P Q R S

A Sistem rangka Sistem pernafasan Sistem Sistem peredaran


pencernaan darah
B Sistem Sistem Sistem rangka Sistem pernafasan
peredaran darah pencernaan
C Sistem Sistem rangka Sistem Sistem pencernaan
pernafasan peredaran darah
D Sistem Sistem peredaran Sistem rangka Sistem pernafasan
pencernaan darah

6
19. Rajah 5 menunjukkan satu kemalangan jalan raya. Antara berikut yang manakah
yang akan mengalami kecederaan jika penunggang tidak memakai topi keledar

Rajah 5
A Sistem pernafasan
B Sistem perkumuhan
C Sistem perkumuhan
D Sistem rangka

20. Pak Ali mengalami masalah kolestrol tinggi di dalam darah. Apakah punca
utama masalah Pak Ali
A Kurang minum air
B Tidak memakan makanan yang seimbang
C Merokok
D Suka bersenam

21. Antara berikut yang manakah salah tentang penjagaan sistem rangka
A Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium
B Memakai alat pelindungan dan tali pinggang keledar
C Basuh tangan dengan kerap
D Melakukan aktiviti fizikal

22. Kegagalan sistem pencernaan berfungsi dengan baik boleh mengakibatkan


masalah berikut kecuali
A sembelit
B Usus tersumbat
C Radang peparu
D Barah usus

7
23. Mengapakah kita perlu selalu bersenam
A Untuk memastikan terhindar daripada Covid-19
B Untuk memastikan otot jantung terus kuat
C Untuk mengurangkan risiko penyakit berkaitan system pernafasan
D Untuk mengurangkan risiko kecederaan tulang

24. Bagaimanakah cara untuk menjaga sistem pernafasan


A Merokok
B Tinggal di persekitaran yang kotor
C Gunakan air sahaja untuk membasuh tangan
D Kerap gunakan cecair pensanitasi tangan.

25. Berapakah jumlah air kosong yang sepatutnya diminum untuk menjaga sistem
pencernaan
A 2-4 gelas sehari
B 6-8 gelas sehari
C 12-14 gelas sehari
D 20-30 gelas sehari

8
BAHAGIAN B

(25 markah)

Jawab semua soalan.

1. Labelkan gambar di bawah dengan betul

5 markah

1. Suaikan fungsi bahagian utama sistem peredaran darah dengan betul (4 markah)

4 markah

9
2. Lukiskan anak panah menujukkan peredaran darah manusia dengan betul. Gunakan
warna merah untuk darah lebih oksigen dan warna biru untuk darah lebih
karbon dioksida

4 markah

3. Apakah kepentingan sistem peredaran darah kepada manusia?

i) Untuk mengangkut ________________, _______________dan____________


Ke dalam tubuh
ii) Mengangkut ______________________________ dan _______________lain
untuk disingkirkan dari tubuh 5 markah

4. Berikan 2 cara untuk menjaga kesihatan sistem di dalam tubuh badan kita bagi
menjamin kehidupan yang sihat
i) _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
ii) _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
2 markah

10
5. Gambar di bawah menunjukkan kemalangan yang berlaku di antara penunggang
motosikal dan pemandu kereta

a) Ramalkan apa yang berlaku kepada penunggang motosikal itu


_______________________________________________________________
b) Mengapa? Berikan inferans kamu
_______________________________________________________________
c) Nyatakan satu alat keselamatan yang terdapat di dalam kereta
_______________________________________________________________
d) Dalam satu peristiwa lain, seorang pejalan kaki maut kerana telah dilanggar oleh
sebuah kereta. Ramalkan dua kecederaan yang dialami oleh pejalan kaki tersebut
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

11

You might also like