0% found this document useful (0 votes)
535 views25 pages

Garis Panduan Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 (Secara Dalam Talian)

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1/ 25

GARIS PANDUAN

IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2022 (SECARA DALAM TALIAN)

Disediakan oleh
Pembangunan Program Adab dan Nilai
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
2022

1
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN

Garis Panduan Pertandingan

1. e-Daie Cilik ............................................................................................. 1

2. e-Mimbar Daie........................................................................................ 4

3. e- Kalam 'Arabiy ......................................................................................11

4. e-Kalimatus Sobah ................................................................................. 11

5. e-Mimbar Daie Bahasa Mandarin ............................................................11

2
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

SENARAI PERTANDINGAN

1. Berikut adalah senarai acara pertandingan yang ditawarkan secara dalam


talian bagi tahun 2022:

Bil Acara Kategori


1. e-Daie Cilik Sekolah Rendah Lelaki
2. e-Daie Cilik Sekolah Rendah Perempuan
3. e-Mimbar Daie Sekolah Menengah Lelaki
4. e-Mimbar Daie Sekolah Menengah Perempuan
5. e-Kalam 'Arabiy Sekolah Rendah Lelaki
6. e-Kalam 'Arabiy Sekolah Rendah Perempuan
7. e-Kalimatus Sobah Menengah Rendah Lelaki
8. e-Kalimatus Sobah Menengah Rendah Perempuan
9. e-Kalimatus Sobah Menengah Atas Lelaki
10. e-Kalimatus Sobah Menengah Atas Perempuan
11. e-Mimbar Daie Bahasa Mandarin Sekolah Menengah Lelaki
12. e-Mimbar Daie Bahasa Mandarin Sekolah Menengah Perempuan

* Menengah Rendah : Tingkatan satu, dua dan tiga


Menengah Atas : Tingkatan empat, lima, enam

2. Kategori penyertaan peserta adalah berdasarkan kelas yang didaftarkan pada


sesi persekolahan tahun 2022 / 2023.

3. Pertandingan ini dipertandingkan bermula di peringkat sekolah, daerah,


negeri dan kebangsaan secara dalam talian.

4. Semua pertandingan berdasarkan syarat dan peraturan bagi setiap kategori


yang dipertandingkan.

3
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

1. e-DAIE CILIK

PENGENALAN

1.1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti
adab dan nilai yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi sesi
persekolahan tahun 2022 / 2023. Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN).

1.2. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam


dalam bidang pengucapan awam kontemporari dalam Bahasa Melayu
berasaskan kurikulum pendidikan Islam.

1.3. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,


menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.

1.4. Tarikh pelaksanaan acara e-Daie Cilik di peringkat kebangsaan adalah


seperti berikut:

Tempoh Akhir
Peringkat Tarikh Penjurian
Hantar Bahan
Kebangsaan 29 Julai 2022 8 - 11 Ogos 2022

1.5. Manakala tarikh pelaksanaan peringkat sekolah, daerah dan negeri adalah
mengikut kesesuaian masing-masing.

TERMA DAN SYARAT

1.6. Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah


Kementerian Pendidikan Malaysia pada sesi persekolahan tahun 2022 /
2023.

1.7. Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu:

Bil Kategori Kelas


1 Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1 - 6
2 Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1 - 6

1.8. Tema persembahan adalah seperti berikut:

Bil Tema Fokus Bidang


1 Rukun Iman Iman Akidah
2 Rukun Islam Ketaatan Ibadah
3 Sifat Mahmudah Nilai Murni Adab Dan Akhlak

4
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

1.9. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada
urus setia di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan berdasarkan kategori
yang telah ditetapkan.

1.10. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana


portal/media sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh
pihak penganjur.

1.11. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan
menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut
dalam apa jua bentuk tujuan.

1.12. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat


pelanggaran hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

1.13. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item-item berikut:

i. acara;
ii. kategori;
iii. nama penuh;
iv. nombor kad pengenalan;
v. jantina;
vi. bangsa;
vii. tahun/tingkatan;
viii.nama sekolah;
ix. nama daerah;
x. nama negeri;
xi. pautan rakaman video (link) dari youtube (tetapan unlisted)

1.14. Borang pendaftaran peserta ke peringkat kebangsaan perlu dihantar kepada


urus setia sebelum atau pada 29 Julai 2022.

1.15. Rakaman video persembahan tazkirah perlu memenuhi kriteria berikut :

i. rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan


keseluruhan badan peserta.

ii. rakaman audio dan video berkualiti tinggi


iii. penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti
suara terbaik.
iv. durasi rakaman tidak melebihi 5 minit
v. suara rakaman hendaklah asli tanpa unsur tambahan seperti gema
(echo), lantunan (reverb) dan seumpamanya.

5
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

vi. suntingan (edit) audio dan video tidak dibenarkan.


vii. latar belakang (background) yang sesuai untuk tontonan umum.

viii. suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak


dibenarkan.
ix. rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah,
daerah atau negeri.
x. penghantaran video hendaklah menggunakan platform Youtube
(tetapan unlisted) sahaja.
1.16. Kriteria di atas adalah bagi mengekalkan keaslian dan kualiti persembahan
murid.

1.17. Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.

1.18. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan.

1.19. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana


penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.

PENILAIAN JURI

1.20. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

i. Penyampaian (60 markah)


ii. Isi (20 markah)
iii. Bahasa (20 markah)

1.21. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

6
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-DAIE CILIK
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022
(SECARA DALAM TALIAN)

Nama peserta:
Kategori:
Pertandingan peringkat: daerah / negeri / kebangsaan
Tajuk:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa


60 markah 20 markah 20 markah

1. Pergerakan tubuh badan dan 1. Dalil naqli (ayat Al-Quran atau 1. Bahasa yang jelas
mimik muka Hadith) (mudah difahami oleh
(gaya tangan dan mimik muka) (Mengandungi mesej utama pendengar)
tazkirah & kupasan)
2. Rapport dengan penonton 2. Bacaan dalil naqli yang tepat
(sapaan/fokus) 2. Kupasan dalil (tajwid bagi ayat Al-Quran
(menyokong dalil naqli) dan fasih sebutan bagi
3. Kreativiti penyampaian hadith)
(ceria/sedih/kecindan) 3. Analogi/Kisah teladan
menyokong tajuk 3. Kelancaran kata
(menyokong mesej utama) (tidak tersekat/ tidak ulang
ayat yang sama/ tidak
4. Mesej utama/tajuk gagap)
(jelas idea dan mesej yang
hendak disampaikan) 4. Intonasi yang sesuai
(sesuai dengan emosi yang
dibawa)

Markah Markah Markah


diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan

7
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

2. e-MIMBAR DAIE

PENGENALAN

2.1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti
adab dan nilai yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi sesi
persekolahan tahun 2022 / 2023. Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2.2. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam


dalam bidang pengucapan awam kontemporari dalam Bahasa Melayu
berasaskan kurikulum pendidikan Islam.

2.3. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,


menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.

2.4. Tarikh pelaksanaan acara e-Mimbar Daie di peringkat kebangsaan adalah


seperti berikut:

Tempoh Akhir
Peringkat Tarikh Penjurian
Hantar Bahan
Kebangsaan 29 Julai 2022 8 - 11 Ogos 2022

2.5. Manakala tarikh pelaksanaan peringkat sekolah, daerah dan negeri adalah
mengikut kesesuaian masing-masing.

TERMA DAN SYARAT

2.6. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah


Kementerian Pendidikan Malaysia pada sesi persekolahan tahun 2022 /
2023.

2.7. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu:

Bil Kategori Kelas


1 Sekolah Menengah – Lelaki Tingkatan peralihan - Tingkatan 6
2 Sekolah Menengah – Perempuan Tingkatan peralihan - Tingkatan 6

2.8. Tema tazkirah adalah seperti berikut:


i. Iman ix. Perkahwinan
ii. Islam x. Adab musafir
iii. Rasul xi. Adab menjaga alam
iv. Rezeki xii. Adab memberi sedekah
v. Solat xiii. Adab berjual beli
vi. Wudhuk xiv. Adab bernegara
vii. Zakat xv. Adab dengan pemimpin
viii. Puasa

8
2.9. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada
urus setia di peringkat sekolah masing-masing. Penyertaan peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan berdasarkan kategori yang telah ditetapkan.

2.10. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana


portal/media sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh
pihak penganjur.

2.11. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan
menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut
dalam apa jua bentuk tujuan.

2.12. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat


pelanggaran hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

2.13. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

i. acara;
ii. kategori;
iii. nama penuh;
iv. nombor kad pengenalan;
v. jantina;
vi. bangsa;
vii. tahun/tingkatan;
viii. nama sekolah;
ix. nama daerah;
x. nama negeri;
xi. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan
(attachment).

2.14. Borang pendaftaran peserta ke peringkat kebangsaan perlu dihantar kepada


urus setia sebelum atau pada 29 Julai 2022.

2.15. Rakaman video persembahan tazkirah perlu memenuhi kriteria berikut :

i. rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan


keseluruhan badan peserta.
ii. rakaman audio dan video berkualiti tinggi
iii. penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti
suara terbaik.

9
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

iv. durasi rakaman tidak melebihi 5 minit


v. suara rakaman hendaklah asli tanpa unsur tambahan seperti gema
(echo), lantunan (reverb) dan seumpamanya.
vi. suntingan (edit) audio dan video tidak dibenarkan.
vii. latar belakang (background) yang sesuai untuk tontonan umum.
viii. suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak
dibenarkan.
ix. rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah,
daerah atau negeri.
x. penghantaran video hendaklah menggunakan platform Youtube
(tetapan unlisted) sahaja.

2.16. Kriteria di atas adalah bagi mengekalkan keaslian dan kualiti persembahan
murid.

2.17. Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.

2.18. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan.

2.19. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana


penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.

PENILAIAN JURI

2.20. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

i. Penyampaian (60 markah)


ii. Isi (20 markah)
iii. Bahasa (20 markah)

2.21. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

10
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-MIMBAR DAIE
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022
(SECARA DALAM TALIAN)

Nama peserta:
Kategori:
Pertandingan peringkat: daerah / negeri / kebangsaan
Tajuk:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa


60 markah 20 markah 20 markah

1. Pergerakan tubuh badan dan 1. Dalil naqli (ayat Al-Quran atau 1. Bahasa yang jelas
mimik muka Hadith) (mudah difahami oleh
(gaya tangan dan mimik muka) (Mengandungi mesej utama pendengar)
tazkirah & kupasan)
2. Rapport dengan penonton 2. Bacaan dalil naqli yang tepat
(sapaan/fokus) 2. Kupasan dalil (tajwid bagi ayat Al-Quran
(menyokong dalil naqli) dan fasih sebutan bagi
3. Kreativiti penyampaian hadith)
(ceria/sedih/kecindan) 3. Analogi/Kisah teladan
menyokong tajuk 3. Kelancaran kata
(menyokong mesej utama) (tidak tersekat/ tidak ulang
ayat yang sama/ tidak
4. Mesej utama/tajuk gagap)
(jelas idea dan mesej yang
hendak disampaikan) 4. Intonasi yang sesuai
(sesuai dengan emosi yang
dibawa)

Markah Markah Markah


diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan

11
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

3. e-KALAM ‘ARABIY

PENGENALAN

3.1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti
adab dan nilai yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi sesi
persekolahan tahun 2022 / 2023. Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN).

3.2. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti
adab dan nilai yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi sesi
persekolahan tahun 2022 / 2023. Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN).

3.3. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam


dalam bidang pengucapan awam dalam Bahasa Arab berasaskan
kurikulum Bahasa Arab.

3.4. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,


menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.

3.5. Tarikh pelaksanaan acara e-Kalam ‘Arabiy di peringkat kebangsaan adalah


seperti berikut:

Tempoh Akhir
Peringkat Tarikh Penjurian
Hantar Bahan
Kebangsaan 29 Julai 2022 8 - 11 Ogos 2022

3.6. Manakala tarikh pelaksanaan peringkat sekolah, daerah dan negeri adalah
mengikut kesesuaian masing-masing.

TERMA DAN SYARAT

3.7. Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah


Kementerian Pendidikan Malaysia pada sesi persekolahan tahun 2022 /
2023.

3.8. Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu:

Bil Kategori Kelas


1 Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1 - 6
2 Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1 - 6

12
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

3.9. Tema persembahan adalah seperti berikut:

Bil Tema
1 ‫األشخاص في المدرسة‬
2 ‫في البيت‬
3 ‫المأكوالت والمشروبات‬
4 ‫الحيوانات‬
5 ‫نظافة الجسم‬
6 ‫حب الوطن‬
3.10. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada
urus setia di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan berdasarkan kategori
yang telah ditetapkan.

3.11. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana


portal/media sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh
pihak penganjur.

3.12. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan
menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut
dalam apa jua bentuk tujuan.

3.13. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat


pelanggaran hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

3.14. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item-item berikut:

i. acara;
ii. kategori;
iii. nama penuh;
iv. nombor kad pengenalan;
v. jantina;
vi. bangsa;
vii. tahun/tingkatan;
viii.nama sekolah;
ix. nama daerah;
x. nama negeri;
xi. pautan rakaman video (link) dari youtube (tetapan unlisted)

3.15. Borang pendaftaran peserta ke peringkat kebangsaan perlu dihantar kepada


urus setia sebelum atau pada 29 Julai 2022.

3.16. Rakaman video persembahan tazkirah perlu memenuhi kriteria berikut :


13
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

i. rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan


keseluruhan badan peserta.
ii. rakaman audio dan video berkualiti tinggi
iii. penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti
suara terbaik.
iv. durasi rakaman tidak melebihi 5 minit

v. suara rakaman hendaklah asli tanpa unsur tambahan seperti gema


(echo), lantunan (reverb) dan seumpamanya.
vi. suntingan (edit) audio dan video tidak dibenarkan.

vii. latar belakang (background) yang sesuai untuk tontonan umum.


viii. suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak
dibenarkan.
ix. rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah,
daerah atau negeri.
x. penghantaran video hendaklah menggunakan platform Youtube
(tetapan unlisted) sahaja.
3.17. Kriteria di atas adalah bagi mengekalkan keaslian dan kualiti persembahan
murid.

3.18. Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.

3.19. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan.
Peserta lelaki perlu berbaju kebangsaan (cekak musang) yang lengkap;
berkain samping dan bersongkok hitam. Peserta perempuan pula perlu
berbaju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan tanpa hiasan.

3.20. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana


penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.

CARA PENYAMPAIAN

3.21. Perkara yang dibenar dan tidak dibenar dalam penyampaian adalah seperti
berikut:

i. Peserta dibenarkan untuk menggunakan syair/ gurindam/ pantun/


sajak/ nasyid (ala padang pasir atau kontemporari).

ii. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sokongan.

14
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

iii. Peserta tidak dibenarkan mendapat sebarang tunjuk ajar atau


bantuan dalam bentuk isyarat atau apa medium sekalipun semasa
persembahan.

iv. Setiap persembahan hendaklah mengandungi:

v. Lafaz salam dan salutasi.

vi. Tajuk bicara dan pengenalan.

vii. Isi yang sempurna huraiannya yang mengandungi:

a. Isi kandungan
b. Huraian isi
c. Huraian lengkap (contoh/dalil/kesan)
d. Kesimpulan isi

viii. Penutup

PENILAIAN JURI

3.22. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

i. Penyampaian (40 markah)


ii. Isi (30 markah)
iii. Bahasa (30 markah)

3.23. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

15
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-KALAM ‘ARABIY
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022
(SECARA DALAM TALIAN)

Nama peserta:
Kategori:
Pertandingan peringkat: daerah / negeri / kebangsaan
Tajuk:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa


40 markah 30 markah 30 markah

Kelancaran: Kata aluan = 2 Nahu 10


15 markah
Pengenalan tajuk = 2 Uslub 5
Kesesuaian nada dan gaya:
15 markah Isi (4) = 24 Lahjah 15
Isi kandungan = 1 • Penilaian kepada nahu, uslub
Meyakinkan: Huraian isi = 2 dan lahjah.
10 markah Huraian lengkap (contoh/ dalil/ • Setiap 2 kesalahan nahu
kesan) = 2 dipotong 1 markah.
Kesimpulan isi = 1

Penutup penyampaian 2

Markah Markah Markah


diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan

16
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

4. e-KALIMATUS SOBAH

PENGENALAN

4.1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti
adab dan nilai yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi sesi
persekolahan tahun 2022 / 2023. Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN).

4.2. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam


dalam bidang pengucapan awam dalam Bahasa Arab sepenuhnya
berasaskan kurikulum pendidikan Islam.

4.3. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,


menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.

4.4. Tarikh pelaksanaan acara e-Kalimatus Sobah di peringkat kebangsaan


adalah seperti berikut:

Tempoh Akhir
Peringkat Tarikh Penjurian
Hantar Bahan
Kebangsaan 29 Julai 2022 8 - 11 Ogos 2022

4.5. Manakala tarikh pelaksanaan peringkat sekolah, daerah dan negeri adalah
mengikut kesesuaian masing-masing.

TERMA DAN SYARAT

4.6. Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah


Kementerian Pendidikan Malaysia pada sesi persekolahan tahun 2022 /
2023.

4.7. Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:

Kategori Kelas
1. Menengah Rendah - Lelaki Tingkatan 1 – 3
2. Menengah Rendah - Perempuan Tingkatan 1 – 3
3. Menengah Atas - Lelaki Tingkatan 4 – 6
4. Menengah Atas - Perempuan Tingkatan 4 – 6

17
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

4.8. Tema persembahan adalah seperti berikut:

4.8.1. Kategori menengah rendah:

Tajuk / Tema /

1
2
3
4
5

4.8.2. Kategori menengah atas:

Tajuk / Tema /

1
2
3
4
5

4.9. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada
urus setia di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan berdasarkan kategori
yang telah ditetapkan.

4.10. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana


portal/media sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh
pihak penganjur.

4.11. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan
menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut
dalam apa jua bentuk tujuan.

18
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

4.12. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat


pelanggaran hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

4.13. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item-item berikut:

i. acara;
ii. kategori;
iii. nama penuh;
iv. nombor kad pengenalan;
v. jantina;
vi. bangsa;
vii. tahun/tingkatan;
viii.nama sekolah;
ix. nama daerah;
x. nama negeri;
xi. pautan rakaman video (link) dari youtube (tetapan unlisted)

4.14. Borang pendaftaran peserta ke peringkat kebangsaan perlu dihantar kepada


urus setia sebelum atau pada 29 Julai 2022.

4.15. Rakaman video persembahan tazkirah perlu memenuhi kriteria berikut :

i. rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan


keseluruhan badan peserta.
ii. rakaman audio dan video berkualiti tinggi
iii. penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti
suara terbaik.
iv. durasi rakaman tidak melebihi 5 minit
v. suara rakaman hendaklah asli tanpa unsur tambahan seperti gema
(echo), lantunan (reverb) dan seumpamanya.
vi. suntingan (edit) audio dan video tidak dibenarkan.
vii. latar belakang (background) yang sesuai untuk tontonan umum.
viii. suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak
dibenarkan.
ix. rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah,
daerah atau negeri.
x. penghantaran video hendaklah menggunakan platform Youtube
(tetapan unlisted) sahaja.

19
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

4.16. Kriteria di atas adalah bagi mengekalkan keaslian dan kualiti persembahan
murid.

4.17. Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.

4.18. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan.
Peserta lelaki perlu berbaju kebangsaan (cekak musang) yang lengkap;
berkain samping dan bersongkok hitam. Peserta perempuan pula perlu
berbaju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan tanpa hiasan.

4.19. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana


penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.

PENILAIAN JURI

4.20. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

i. Penyampaian (40 markah)


ii. Isi (30 markah)
iii. Bahasa (30 markah)

4.21. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

20
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-KALIMATUS SOBAH
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022
(SECARA DALAM TALIAN)

Nama peserta:
Kategori:
Pertandingan peringkat: daerah / negeri / kebangsaan
Tajuk:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa


40 markah 30 markah 30 markah

1. Persembahan yang lancar dan 1. Menyampaikan sekurang- 1. Bahasa Arab yang standard.
meyakinkan. kurangnya 3 (tiga) isi. 2. Tatabahasa yang betul.
2. Sebutan yang fasih dan tepat. 2. Isi perlu disampaikan 3. Gaya bahasa yang
3. Kesesuaian nada dan intonasi. bersama huraian. menepati maksud.
4. Pergerakan yang sesuai. 3. Setiap isi perlu disertakan
5. Pakaian yang menutup aurat dengan dalil sama ada nas Al-
dan sopan: Quran, Hadis, kata hikmah
i. Lelaki berbaju kebangsaan atau fakta dan data yang
lengkap. disertakan dengan sumber.
ii. Perempuan berbaju kurung
lengkap.

Markah Markah Markah


diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan

21
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. e-MIMBAR DAIE BAHASA MANDARIN

PENGENALAN

5.1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti
adab dan nilai yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi sesi
persekolahan tahun 2022 / 2023. Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN).

5.2. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam


dalam bidang pengucapan awam kontemporari dalam Bahasa Mandarin
berasaskan kurikulum pendidikan Islam.

5.3. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,


menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.

5.4. Tarikh pelaksanaan acara e-Mimbar Daie Bahasa Mandarin di peringkat


kebangsaan adalah seperti berikut:

Tempoh Akhir
Peringkat Tarikh Penjurian
Hantar Bahan
Kebangsaan 29 Julai 2022 8 - 11 Ogos 2022

5.5. Manakala tarikh pelaksanaan peringkat sekolah, daerah dan negeri adalah
mengikut kesesuaian masing-masing.

TERMA DAN SYARAT

5.6. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah


Kementerian Pendidikan Malaysia pada sesi persekolahan tahun 2022 /
2023.

5.7. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu:

Bil Kategori Kelas


1 Sekolah Menengah – Lelaki Tingkatan peralihan - Tingkatan 6
2 Sekolah Menengah – Perempuan Tingkatan peralihan - Tingkatan 6

5.8. Tema tazkirah adalah seperti berikut:


i. Iman ix. Perkahwinan
ii. Islam x. Adab musafir
iii. Rasul xi. Adab menjaga alam
iv. Rezeki xii. Adab memberi sedekah
v. Solat xiii. Adab berjual beli
vi. Wudhuk xiv. Adab bernegara
vii. Zakat xv. Adab dengan pemimpin
viii. Puasa

22
5.9. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada
urus setia di peringkat sekolah masing-masing. Penyertaan peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan berdasarkan kategori yang telah ditetapkan.

5.10. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana


portal/media sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh
pihak penganjur.

5.11. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan
menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut
dalam apa jua bentuk tujuan.

5.12. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat


pelanggaran hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

5.13. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

i. acara;
ii. kategori;
iii. nama penuh;
iv. nombor kad pengenalan;
v. jantina;
vi. bangsa;
vii. tahun/tingkatan;
viii. nama sekolah;
ix. nama daerah;
x. nama negeri;
xi. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan
(attachment).

5.14. Borang pendaftaran peserta ke peringkat kebangsaan perlu dihantar kepada


urus setia sebelum atau pada 29 Julai 2022.

5.15. Rakaman video persembahan tazkirah perlu memenuhi kriteria berikut :

i. rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan


keseluruhan badan peserta.
ii. rakaman audio dan video berkualiti tinggi
iii. penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti
suara terbaik.

23
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

iv. durasi rakaman tidak melebihi 5 minit


v. suara rakaman hendaklah asli tanpa unsur tambahan seperti gema
(echo), lantunan (reverb) dan seumpamanya.
vi. suntingan (edit) audio dan video tidak dibenarkan.
vii. latar belakang (background) yang sesuai untuk tontonan umum.
viii. suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak
dibenarkan.
ix. rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah,
daerah atau negeri.
x. penghantaran video hendaklah menggunakan platform Youtube
(tetapan unlisted) sahaja.

5.16. Kriteria di atas adalah bagi mengekalkan keaslian dan kualiti persembahan
murid.

5.17. Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.

5.18. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan.

5.19. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana


penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.

PENILAIAN JURI

5.20. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

i. Penyampaian (60 markah)


ii. Isi (20 markah)
iii. Bahasa (20 markah)

5.21. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

24
V1 2022 Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-MIMBAR DAIE BAHASA MANDARIN
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022
(SECARA DALAM TALIAN)

Nama peserta:
Kategori:
Pertandingan peringkat: daerah / negeri / kebangsaan
Tajuk:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa


60 markah 20 markah 20 markah

1. Pergerakan tubuh badan dan 1. Dalil naqli (ayat Al-Quran atau 1. Bahasa yang jelas
mimik muka Hadith) (mudah difahami oleh
(gaya tangan dan mimik muka) (Mengandungi mesej utama pendengar)
tazkirah & kupasan)
2. Rapport dengan penonton 2. Bacaan dalil naqli yang tepat
(sapaan/fokus) 2. Kupasan dalil (tajwid bagi ayat Al-Quran
(menyokong dalil naqli) dan fasih sebutan bagi
3. Kreativiti penyampaian hadith)
(ceria/sedih/kecindan) 3. Analogi/Kisah teladan
menyokong tajuk 3. Kelancaran kata
(menyokong mesej utama) (tidak tersekat/ tidak ulang
ayat yang sama/ tidak
4. Mesej utama/tajuk gagap)
(jelas idea dan mesej yang
hendak disampaikan) 4. Intonasi yang sesuai
(sesuai dengan emosi yang
dibawa)

Markah Markah Markah


diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan

25

You might also like