(Akaun) Yik K1

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

PRINSIP PERAKAUNAN

3756/1
Kertas 1
NOV 2021
1
1 jam
4

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2021

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif


2. Jawab semua soalan
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan
4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan
5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.
6. Penggunaan kalkulator saintifik adalah dibenarkan

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1
1 Apakah tujuan simpan kira?

I Merekodkan dan mengenal pasti semua urus niaga dalam nilai wang.
II Merancang dan mengawal aktiviti perniagaan
III Menganalisis rekod perakaunan
IV Membekalkan maklumat perakaunan untuk membantu peniaga membuat
keputusan dan perancangan.

A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D II dan IV

2 Tujuan Penyata Pendapatan disediakan adalah untuk...

A Mengetahui untung atau rugi bersih


B Mengira ekuiti pemilik dan liabiliti perniagaan
C Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan
D Menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan

3. Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?

A Bank
B Pelabur
C Kerajaan
D Pihak pengurusan

4. Pn. Wardah ialah seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah
dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan. Apakah andaian
perakaunan yang diamalkan oleh Pn. Wardah?

A Ketekalan
B Prinsip kos
C Entiti berasingan
D Usaha berterusan

5. Apakah item yang akan menambahkan kos belian?


I Duti import
II Pulangan masuk
III Upah atas belian
IV Diskaun keluar

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1
6. Urus niaga manakah yang akan mengurangkan aset dan mengurangkan ekuiti pemilik?

A Ambilan barangniaga RM200


B Membayar kadar bayaran RM400
C Membeli barang secara kredit RM800.
D Membawa masuk modal tambahan RM1 000

7. Manakah yang merupakan catatan kontra?

A Ambilan
B Hutang ragu
C Akaun belum terima
D Susut nilai aset bukan semasa

8 Apakah kegunaan dokumen perniagaan?

A Asas untuk menyediakan Imbangan Duga


B Asas perekodan dalam Penyata Kewangan
C Bukti bertulis bahawa sesuatu urusniaga telah berlaku
D Alat perancangan Penyata Kewangan pada masa hadapan.

9 Dokumen di bawah ini diterima oleh Puan Suriyani.

ASAL No : 02134
INVOIS
SURIA BERHAD
Lot. 12, Jalan Mawar, 25010 Kuantan, Pahang
Tarikh : 8 Julai 2020
Kepada:
Puan Suriyani
No 7, Taman Bahagia,
25160 Kuantan, Pahang
Bil Butir Kuantiti Harga sekotak Jumlah (RM)
(RM)
1 Buah manggis 100 50 5 000
Jumlah 5 000
Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja

Syarat : 5% 7 hari, 2% 14 hari


K & K di K

Suriyani Maria
………………………………….. ……………………….
Penerima Pengurus

Sekiranya bayaran dibuat pada 15 Julai 2020, hitungkan wang yang perlu dibayar oleh
Puan Suriyani.

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1
A RM4750
B RM4900
C RM5000
D RM5250

10 Apakah tujuan penyata akaun dihantar oleh pihak perniagaan kepada pelanggan?

A Untuk menambahkan akaun bank pelanggan


B Untuk mengurangkan akaun bank pelanggan
C Mengingatkan pelanggan tentang jumlah hutang yang perlu dibayar
D Mengingatkan pelanggan tentang barang yang telah dijual kepadanya

11 Buku catatan pertama juga dikenali sebagai ….

A Buku khas
B Buku utama
C Buku catatan asal
D Buku catatan bulanan

12 Pada 5 Jun 2020, Kedai Runcit Dany membeli sebuah van secara kredit bernilai
RM52 800 daripada Zaim Motors.
Bagaimanakah urus niaga ini dicatatkan dalam Jurnal Am Kedai Runcit Dany?

A Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
2020 RM RM
Jan 5 Belian 52 800
Kenderaan 52 800

B Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
2020 RM RM
Jan 5 Belian 52 800
Zaim Motors 52 800

C Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
2020 RM RM
Jan 5 Zaim Motors 52 800
Kenderaan 52 800

D Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
2020 RM RM
Jan 5 Kenderaan 52 800
Zaim Motors 52 800

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1
13 Maklumat yang berikut berkaitan Kedai Hamid.

2020 RM
31 Menjelaskan hutang kepada Fuad dengan cek 7 250

Menerima diskaun 250

Bagaimanakah urus niaga pada 31 Januari 2020 dicatatkan dalam Buku Tunai?

A Buku Tunai
Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank
2020 RM RM RM RM RM RM
Jan 31 Fuad 250 7 250

B Buku Tunai
Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank
2020 RM RM RM RM RM RM
Jan 31 Fuad 250 7 000

C Buku Tunai
Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank
RM RM RM 2020 RM RM RM
Jan 31 Fuad 250 7 250

D Buku Tunai
Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank
RM RM RM 2020 RM RM RM
Jan 31 Fuad 250 7 000

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1
14. Maklumat berikut berkaitan dengan pembahagian lejar.
LEJAR

X Y

LEJAR LEJAR
JUALAN BELIAN
Apakah X dan Y?

X Y
A Akaun Nyata Akaun Nominal
B Akaun Nominal Akaun Nyata
C Lejar Am Lejar subsidiari
D Lejar Subsidiari Lejar Am

15. Maklumat di bawah ini berkaitan Kedai Runcit Mamalin.

Membeli perabot untuk kegunaan perniagaan dengan cek


daripada Kedai Perabot Tiga.

Catatan bergu yang tepat ialah

Debit Kredit
A Bank Perabot
B Perabot Bank
C Kedai Perabot Tiga Perabot
D Perabot Kedai Perabot Tiga

16. Maklumat yang berikut diperoleh daripada Sinta Trading.

2020 RM
Jan 1 Baki debit Lejar Belum Terima 2 300
Dis 31 Bayaran oleh akaun belum terima 24 500
Diskaun diberi 480
Hutang lapuk 240
Peruntukan hutang ragu 350
Baki debit lejar jualan 15 300
Berapakah jualan kredit Sinta Trading?

A RM 10 780
B RM 26 220
C RM 36 780
D RM 38 220

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1
17. Petikan Imbangan Duga di bawah ini diperoleh daripada buku Fathiah Enterprise.

Imbangan duga pada 30 Jun 2020.


Butir Debit Kredit
Belian 5 600
Akaun belum terima 2 190
Y 200
Jualan 10 400

Apakah Y?

A Ambilan
B Pinjaman
C Pulangan Belian
D Komisen diterima

18. Maklumat yang berikut diperoleh daripada buku Sarimah Enterprise bagi tahun
berakhir 30 Jun 2020.

Inventori 1 Julai 2019 RM 2 600


Inventori 30 Jun 2020 3 200
Belian 14 600
Pulangan keluar 350
Angkutan keluar 660
Berapakah kos jualan?

A RM 13 560
B RM 13 650
C RM 14 000
D RM 14 310

19. Maklumat berikut di ambil daripada buku perniagaan WYT Trading pada
31 Disember 2020.

RM
Lengkapan 6 000
Inventori akhir 2 100
Bank 4 250
Insurans prabayar 300
Akaun belum bayar 1 900
Sewa belum bayar 80

Berapakah modal kerja perniagaan tersebut?


A RM4 670
B RM4 830
C RM10 670
D RM10 830

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1
20. Dalam catatan penutupan, gaji yang dibayar kepada pekerja akan dipindahkan ke

A Akaun Gaji
B Akaun Modal
C Akaun Perdagangan
D Akaun Untung Rugi

21. Berikut adalah kedudukan baki akaun pada akhir tempoh perakaunan.

Butir Baki
I Insurans prabayar Debit
II Gaji belum bayar Kredit
III Sewa belum terperoleh Debit
IV Faedah belum diterima Kredit

Catatan yang manakah betul?

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

22. Jumlah sewa dibayar dalam Imbangan Duga ialah sebanyak RM1 600. Sewa tahunan adalah
RM4 200. Berapakah nilai yang akan ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

A Sewa prabayar RM1 600


B Sewa prabayar RM2 600
C Sewa belum bayar RM1 600
D Sewa belum bayar RM2 600

23. Maklumat berikut berkaitan dengan Akaun Belum Terima Encik Johari, pemilik Mega
Enterprise bagi tahun berakhir 30 Jun 2020

Akaun Belum Terima Tarikh Jualan Jumlah Jualan (RM)


Tan 1 Januari 2020 850
Sarah 1 Mei 2020 700
Vello 15 Jun 2020 470
Dasar perniagaan menetapkan tempoh kredit sebulan. Sehingga tarikh penutupan akaun, Encik
Johari gagal menghubungi Tan, manakala Sarah telah berjanji akan menjelaskan hutangnya
pada bulan Julai 2020.
Berapakah hutang lapuk yang direkodkan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir
30 Jun 2020?

A RM700
B RM850
C RM1 550
D RM2 020

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1

24. Rumus mengira susut nilai aset yang digunakan oleh Syarikat Dinamik Sdn. Bhd. ialah
Susut Nilai = % x Nilai Buku aset x Tempoh Masa
Apakah kaedah yang digunakan?

A Garis lurus
B Ansuran tetap
C Penilaian semula
D Baki berkurangan

25. Berikut ialah keratan cek Peniagaan Hanis.

Tarikh : 10 Februari 2019


Penerima : TNB Berhad
Untuk : Bil elektrik
Ringgit Sen
Baki akhir 12 800 00
Deposit 0 00
Jumlah 12 800 00
Cek ini 801 00
Baki 11 999 00
CMBB 231451

Kerani akaun telah merekod kadar bayaran RM810 dalam Buku Tunai .
Apakah jenis kesilapan yang berlaku ?

A Kesilapan ketinggalan
B Kesilapan komisen
C Kesilapan prinsip
D Kesilapan amaun

26. Yang manakah mengambarkan keupayaan perniagaan membayar hutang jangka pendek?

A Margin
B Tokokan
C Nisbah semasa
D Kadar pusing ganti inventori

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1

27. Bagaimanakah untung bersih dikira jika peniaga mempunyai rekod tak lengkap?

A Modal akhir + Ambilan - Modal awal - Modal tambahan


B Modal awal - Ambilan + Modal akhir + Modal tambahan
C Modal awal + Modal tambahan - Modal akhir - Ambilan
D Modal akhir - Modal awal + Modal tambahan - Ambilan

28. Maklumat berikut diperoleh Perniagaan Batu Embun yang mengamalkan sistem catatan
tunggal. Tempoh perakaunan berakhir 31 Julai 2020.

1 Ogos 2019 31 Julai 2020


RM RM
Gaji belum bayar 450 1 200

Gaji sebanyak RM2 350 telah dibayar dengan cek pada 28 Julai 2020.

Berapakah jumlah gaji bagi tahun kewangan tersebut?

A RM1 600
B RM2 350
C RM3 100
D RM4 000

29. Butiran yang manakah bukan tujuan kawalan tunai dilaksanakan?


A Mengelakkan berlakunya kecurian
B Supaya pentadbiran berjalan lancar
C Memastikan tunai perniagaan mencukupi
D Mengurangkan risiko penyelewengan tunai

30. Butiran manakah yang dicatat di Penyata Bank tetapi tidak dicatat di Buku Tunai?
I Dividen
II Pindahan kredit
III Faedah atas simpanan
IV Cek belum dikemukakan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1

31. Maklumat berikut ialah anggaran pembayaran Kedai Sinar.


Pada bulan September, Kedai Sinar membeli mesin bernilai RM20 000 dan membayar 40%
pendahuluan. Separuh daripada pendahuluan dibayar menggunakan wang simpanannya. Baki
60% dibayar secara ansuran sebanyak lima kali bermula pada bulan berikutnya.
Catatan yang manakah yang betul?

September Oktober
RM RM
A Mesin 4 000 1 600
B Mesin 4 000 3 200
C Mesin 8 000 1 440
D Mesin 8 000 2 400

32. Butir manakah yang dicatat di bahagian Ekuiti Pemilik Penyata Kedudukan Kewangan sebuah
perkongsian?

A Untung bersih
B Modal tambahan
C Pinjaman perkongsi
D Akaun Semasa pekongsi

33. Jadual berikut menunjukkan ambilan yang dilakukan oleh rakan kongsi Perkongsian ADNI
yang berkongsi untung atau rugi secara sama rata.

Tarikh Ambilan
Nama
1 April 2020 1 Julai 2020
RM RM
Adnan 1 000 300
Sani 1 800 -

Maklumat tambahan :
Faedah atas ambilan 10% setahun
Tempoh perakaunan 1 Januari 2020 - 31 Disember 2020

Berapakah faedah atas ambilan setiap rakan kongsi?


Adnan Sani
A 180 130
B 130 180
C 90 135
D 135 90
11

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1

34. Kenderaan diambil alih oleh pekongsi semasa pembubaran.


Apakah kesan yang terlibat kesan daripada urus niaga di atas?

Debit Kredit
A Akaun Kenderaan Akaun Realisasi
B Akaun Realisasi Akaun Kenderaan
C Akaun Modal Pekongsi Akaun Realisasi
D Akaun Realisasi Akaun Modal Pekongsi

35. Persatuan Pengakap Daerah Kuala Muda Yan telah mengubah suai bangunan untuk
menampung jumlah ahli yang semakin bertambah. Perkara ini akan direkod sebagai ..
A Perbelanjaan hasil
B Perbelanjaan modal
C Perbelanjaan operasi
D Perbelanjaan bukan operasi

36. Maklumat berikut diperoleh daripada Kelab Badminton Suria pada 1 Januari 2020.

RM
Alatan sukan 1 650
Tunai 250
Yuran belum terperoleh 60
Inventori bulu tangkis 36

Berapakah dana terkumpul pada tarikh tersebut?


A RM1 804
B RM1 876
C RM1 924
D RM1 996

12

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021


SULIT 3756/1
37. Maklumat berikut diperoleh daripada Kelab Belia Taman Permai.
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2020 (Petikan)
RM
Dana terkumpul awal 20 514
M 2 109
Dana terkumpul akhir 18 405
Apakah M
A Lebihan
B Kurangan
C Rugi bersih
D Untung bersih

38. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Kembar.


RM
Kos bahan langsung 18 700
Kos buruh langsung 48 100
Kos overhed 51 200
Kerja dalam proses awal 5 010
Kerja dalam proses akhir 6 250

Berapakah kos pengeluaran?


A RM106 740
B RM116 760
C RM119 240
D RM129 260

39. Kos overhed sebuah kilang ialah gaji…


A penyelia pejabat
B pengurus kilang
C operator pengeluaran
D pengawal keselamatan

40. Maklumat berikut diperoleh daripada kilang Lina.


Titik pulang modal 500 unit
Kos tetap RM1 000
Kos berubah RM3 seunit

Berapakah harga jualan seunit ?


A RM6.00
B RM5.00
C RM3.50
D RM1.50

KERTAS SOALAN TAMAT

13

KOLEKSI 3756 PERCUBAAN SPM 2021

You might also like