Seni Assignment

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 58

Seni Visual

 UNSUR SENI

 PRINSIP REKAAN

NAMA: RUWEINA SHREE


GURU: PUAN MARIANA TUKIMAN
KANDUNGA
N
1. UNSUR SENI
1.1 GARISAN
1.2 RUPA
1.3 JALINAN
1.4 NILAI
1.5 WARNA

2. PRINSIP REKAAN
2.1 HARMONI
2.2 KEPELBAGAIAN
2.3 KESEIMBANGAN
2.4 KADAR BANDING
2.5 PENEGASAN
2.6 PERGERAKAN
2.7 EKONOMI
UNSUR
SENI
Terdapat LIMA unsur seni dalam
pendidikan seni visual. Antaranya ialah
garisan, rupa, NILAI, jalinan,dan warna.
Tidak dinafikan keLIMA-LIMA unsur ini
amat penting dalam penghasilan karya
sesebuah seni mahupun dari segi seni
sentuhan ataupun seni tampak. Dalam
sesebuah karya seni sekurang-kurangnya
terdapat satu unsur seni.

GARISAN
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.
Tajuk ini biasanya agak asing dengan teori seni dan
haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran
dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan
bagaimana hubung kaitan objek-objek di
persekitaran dengan seni visual.
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik.
Dengan sambungan titik-titik maka
wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang
bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga
terbina satu objek.

Garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

Menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

Seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

Dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah


lakaran seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan
benda buatan manusia.

i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:


Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta,
corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya

Garisan pada anyaman tikar

Garisan pada bangunan


ii. Contoh Garisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti
akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di
lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan,
batu marmar, kulit kayu dan sebagainya.

Garisan pada titisan hujan

Garisan pada urat daun

Garisan pada kulit harimau


Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri
Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa.

2. Garisan menimbulkan bentuk.

3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.

4. Garisan mewujudkan ruang.

5. Garisan menghasilkan jalinan.

6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.

7. Garisan mewujudkan ton.

8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak


garisan grid.
Garisan menghasilkan rupa

Garisan menghasilkan bentuk

Garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang


Garisan menghasilkan jalinan

Garisan yang mencipta corak

Garisan yang mencipta corak


Garisan, Ton dan Ruang

1. Garisan yang halus menimbulkan


ton yang cerah manakala garisan yang
tebal akan menimbulkan ton yang
gelap.

2. Garisan yang jarang-jarang


menimbulkan ton yang cerah manakala
garisan yang rapat-rapat menimbulkan
ton yang gelap.

3. Garisan yang halus akan menimbulkan


ilusi ruang yang jauh manakala garisan
yang tebal akan menampakkan ruang yang
hadapan.
Penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang
yang jauh/belakang dan dekat hadapan.

Perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah


dan ton gelap.

Semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan


hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel
yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang
hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan
tekanan yang lebih perlahan.
Aplikasi Garisan
Dalam Karya Seni
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil
Karya
Penggunaan garisan dalam karya lukisan.

Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng.

Karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-


kesan garisan.
Karya tenunan juga mencipta garisan.

Aplikasi garisan dalam seni arca.

Garisan tampak jelas pada karya anyaman.


RUPA

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung


garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan
jalinan.
Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan
menghasilkan rupa.

Rupa
JENIS JENIS
RUPA…

RUPA GEOMETRI

RUPA ORGANIK
RUPA GEOMETRI

 Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti


bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang
bersudut.

 dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set


geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.

CONTOH RUPA GEOMETRI...


RUPA ORGANIK

 Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak


dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa
orang, rupa ikan dan sebagainya.
 Dihasilkan secara sepontan.

CONTOH RUPA ORGANIK….

RUPA POSITIF DAN NEGATIF


 Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam
satu kawasan tertentu.
 Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

RUPA POSITIF

RUPA NEGATIF
RUPA DALAM AKTIVITI MENCORAK
 Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara
tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
 Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang
berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
 Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa
positif dengan rupa negatif.
 Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-
ulang dalam susunan tertentu.

Contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak…


Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli

2. Susunan turun separa

3. Susunan batu-bata

4. Susunan orgee

5. susunan cerminan

6. Susunan sisik ikan


Rupa dan Lambang / logo
 Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada
sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
 Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

Lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun

Logo daripada huruf

Logo jenis representasi


RUPA DAN MUKA TAIP
 Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
 Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
 Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif
(berekor) dan san serif( tidak berekor ).

Perbezaan rupa muka taip serif dan san serif

Muka taip hiasan

Contoh-contoh rekaan rupa muka taip


Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada


permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan
kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu
kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

3. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda


ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan


nilai-nilai yang tersendiri.

Jalinan Pada Alam Semulajadi


Jalinan pada keratan rentas batang pokok

Jalinan pada kulit harimau belang

Jalinan pada kulit siput


JALINAN PADA BUATAN MANUSIA

Jalinan pada langit-langit rumah

Jalinan pada permukaan tayar

Jalinan pada permukaan tapak kasut


JENIS - JENIS JALINAN…

JALINAN SENTUH

JALINAN TAMPAK
JALINAN SENTUH

 Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa


melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit
kerang

 Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi


melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan
dan sebagainya

CONTOH JALINAN SENTUH…

Jalinan Sentuh - kulit kerang

Jalinan Sentuh - tayar motorsikal

JALINAN TAMPAK
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi
tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-
rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas
dinding, corak tekstil dan sebagainya

Jalinan Tampak - kertas dinding

Jalinan Tampak – kulit tembikai


FUNGSI JALINAN

Sebagai penyamaran – Seperti sesumpah


dan kuda belang

Menahan Geseran - Tayar kereta, tapak


kasut
Sebagai hiasan - corak pakaian, corak
kertas dinding

Pengaliran air dan udara


Contoh Penghasilan Karya Berjalinan
Tampak

GOSOKAN
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di
mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan
seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah
menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan
kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.

CAPAN
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah,
menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran,
ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan
kertas.
IKAT DAN CELUP
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara
mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai
mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam
pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki.

PUALAMAN
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air
diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya
kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
BATIK
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan
sebagainya

LUKISAN DAN CATAN


menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat
menghasilkan kesan ilusi jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan
Sentuh

ANYAMAN
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman
tikar dan sebagainya

TENUNAN
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan
kesan jalinan sentuh
SULAMAN
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah,
tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan
sentuh

KOLAJ
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong,
kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti
daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain
NILAI
 Merupakan salah satu aspek penting dalam penghasilan karya seni
visual.
 Berkaitan dengan kadar kecerahan dan kegelapan dalam sesuatu
imej atau gambar.
 Kadar kecerahan atau kegelapan sesuatu imej dapat menampakan
bentuk imej yang lebih jelas,kesan ruang,pencahayaan ,dan
perbezaan antara imej dengan lebih ketara.
 Nilai karya terbahagi kepada dua iaitu karya dalam bentuk 2
dimensi dan 3 dimensi.

KARYA DALAM BENTUK 2D

 Bentuk 2d merujuk kepada gambar atau visual bentuk ini dapat


dilihat pada permukaan 180 darjah.
 Bentuk 2d tidak dapat disentuh dan dirasa ruangnya.
 Bentuk 2d dikenali sebagai bentuk ilusi.

KARYA DALAM BENTUK 3D

 Bentuk 3d merujuk kepada benda yang wujud dalam ruangan yang


sebenar/nyata. Bentuk ini mempunyai isipadu,jisim dan dapat dirasa
serta disentuh.
 Bentuk 3d dapat dilihat daripada pelbagai sudut 360 darjah serta
bentuk timbul dan dikenali sebagai bentuk konkrit.
Contoh karya seni visual yang berbentuk
dua dimensi

Contoh karya seni visual berbentuk tiga


dimensi
Contoh aplikasi nilai dalam sesebuah
karya adalah melalui Teknik catan
iaitu…

SFUMATO – Teknik pencahayaan terang kepada


gelap atau sebaliknya

LUKISAN MENGGUNAKAN TEKNIK SFUMATO


CHIAROSCURO – Teknik pencahayaan untuk
menimbulkan struktur atau bentuk

LUKISAN MENGGUNAKAN TEKNIK


CHIAROSCURO

TENEBERISME – teknik pencahayaan yang


melampau

LUKISAN MENGGUNAKAN TEKNIK TENEBERISME


Warna

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni


yang boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan
warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan
mengikut hubungan warna antara watu sama lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai
jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta
warna sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna

JENIS - JENIS WARNA…


WARNA ASAS

WARNA SEKUNDER

WARNA TERTIER

WARNA ASAS

Warna asas - merah, biru dan kuning


1. Warna asas atau warna primer merupakan
warna dasar sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat
daripada campuran warna lain tetapi boleh
menghasilkan warna kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti
poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya

WARNA SEKUNDER

warna sekunder - jingga, ungu dan hijau

1. Juga dipanggil warna kedua


2. Warna sekunder dicipta daripada campuran
dua warna asas.
Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
a. Jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru
WARNA TERTIER

Warna-warna tertier

1. Dicipta daripada campuran warna asas dan


warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu

PRINSIP
REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau
pengolahan unsur seni untuk
menimbulkan gambaran tertentu
dalam gubahan seni visual.
TERDAPAT TUJUH PRINSIP REKAAN
IAITU
HARMONI,KEPELBAGAIAN,KESEIMB
ANGAN, KADAR
BANDING,PENEGASAN,
PERGERAKAN,EKONOMI.

HARMONI
 Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan
damai
 Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan
rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
 Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
 Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang
bercanggah

Harmoni dari segi garisan

Harmoni dari segi bentuk

Harmoni dari segi rupa

KEPELBAGAIAN
 Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya,
nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
 Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga,
dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
 Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang
pelbagai dalam sesuatu gubahan.

kepelbagaian warna

Kepelbagaian bentuk dan jenis objek


KESEIMBANGAN
 Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan
dari segi berat, tarikan dan tumpuan
 Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
-IMBANGAN SIMETRI
-IMBANGAN TAK SIMETRI

a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan


kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di
tengah-tengah pembahagian tersebut)

IMBANGAN SIMETRI

b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di


kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri
yang menimbulkan kesan keseimbangan
IMBANGAN TAK SIMETRI

KADAR BANDING
 Kaitan ukuran pada setiap bahagian dengan
bahagian yang lain secara keseluruhan pada sesuatu
benda secara bersesuaian dan harmoni.
 Kadar banding ada pada benda semulajadi dan
benda buatan manusia.
 Contohnya, kadar banding tubuh badan manusia
yang betul mestilah mempunyai ukuran bahagian
badan.

KADAR BANDING SEMULAJADI

KADAR BANDING BUATAN MANUSIA


PENEGASAN
 Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol,
kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan.
 Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
dan mengelakkan kebosanan.
 Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang
kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan.

PENEKANAN PADA CAHAYA DAN BAYANG MENIMBULKAN PENEGASAN

PENEGASAN PADA OBJEK YANG BERBEZA WARNA

OBJEK BANGUNAN DI TENGAH MENIMBULKAN PENEGASAN

PERGERAKAN
 Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun,
berpancar, bersinar-sinar dsb
 Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih
hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
 Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan.

ULANGAN OBJEK YANG MENIMBULKAN PERGERAKAN

ARCA PERGERAKAN
EKONOMI
 PENGGUNAAN ELEMEN ATAU IMEJ YANG PALING ASAS
DALAM PENGHASILAN KARYA.
 CONTOHNYA, APLIKASI UNSUR SENI, PRINSIP REKAAN,
PENGGUNAAN MEDIA DAN TEKNIK YANG TIDAK
BERLEBIHAN TETAPI MASIH DAPAT MENGHASILKAN
REKAAN YANG MENARIK.
 KARYA TERSEBUT JUGA DAPAT MEMBERIKAN MESEJ DAN
DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK.
 CONTOH DI BAWAH MENUNJUKAN EKONOMI DALAM
PENGOLAHAN IMEJ DAN KOMPOSISI.

APPLE KARYA ANDY WARHOL

TARGET KARYA JASPER JOHNS

You might also like