Kertas Kerja Kelas PAK 21 2021

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pendahuluan/Pengenalan :

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.


Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sehubungan itu perubahan perlu bermula dari
pengurusan kelas. Suasana kelas perlulah berunsurkan abad ke-21 dimana kelas perlu berada
dalam keadaan yang kondusif. Sudut-sudut didalam kelas juga yang berasaskan PAK-21 perlu
diwujudkan. Pengajaran dan Pemudahcaraan perlu berorientasikan pendekatan PAK-21 Pelajar
abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi
maklumat mahu pun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa
aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar.

Matlamat :

Mewujudkan satu suasana pembelajaran abad ke 21 disekolah dan seterusnya


menghasilkan murid-murid bercirikan abad ke 21. Diharapkan melalui pendekatan ini
pembangunan murid adalah secara menyeluruh dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Objektif :

1. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
4. Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh melibatkan kemenjadian murid dari
aspek akademik, sahsiah dan sukan.
5. Mengembangkan budaya inovasi dikalangan guru dan murid.
6. Memastikan pembelajaran bermakna berlaku di sekolah dengan kewujudan sudut-sudut
yang berkaitan pembelajaran abad ke21.

Sasaran :

1. Semua guru dan kakitangan SK LKTP Palong Timur


2. Semua murid SK LKTP Palong Timur
Pelaksanaan :

Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu mewujudkan kelas yang kondusif
dan ceria, memperkasakan sudut-sudut berunsurkan abad ke 21 di dalam bilik darjah dan
membudayakan pembelajaran dan pemudahcaraan pembelajaran abad ke 21 .

1. Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa,
kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan
reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut
pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta
kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberI penekanan khusus terhadap kelas yang
bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Susun atur bagi
kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan PdPc yang berlangsung. Sehubungan
itu bilik kelas akan dicat untuk menambah keceriaan dan mewujudkan suasana kondusif
untuk PdPc..

2. Memperkasakan sudut-sudut di dalam kelas

Sudut-sudut di dalam kelas akan diperkasakan dan ditambah contohnya, sudut hasil
kerja murid, perpustakaan mini dan sudut rekreasi murid. Sudut mata pelajaran juga
akan dikemaskini dengan tambahan sudut PAK-21 dan hasil kerja murid.

3. Membudayakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan PAK-21

Setiap kelas akan dibekalkan dengan Kit PAK21 yang mengandungi alat-alat untuk
melaksanakan PdPC berorientasikan PAK 21. Hal ini juga memudahkan guru untuk
menjalankan aktiviti berkumpulan kepada murid.
Anggaran Perbelanjaan

Jumlah
Bil Perkara Harga seunit Kuantiti
(RM)
1 Smart TV 50 inci 1500 2 3000

2. Visualizer V5 1700 1 1700

3. Motorize Skrin 1500 1 1500

4. LCD Projector 2000 1 2000

5. Canon Printer 900 2 1800

Jumlah Keseluruhan 10,000

Butiran pelaksanaan

Tarikh : 13 Disember 2021 (Isnin)


Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Othman Bin Abdullah


Naib Pengerusi 1 : En. Zaidi bin Kamarudin
Penyelaras : En. Muhammad Fikri bin Mosleh
Setiausaha : Pn. Rosemalisa bt Sabtu
Bendahari : Pn. Nur Nadia Adila bt Zulkifli
AJK : En. Mohd Mustaqim bin Anuar
: En. Saidi bin Jumat
: Pn. Nur Nadia Adila bt Zulkifli
: Pn. Rosemalisa bt Sabtu
Penutup :

Diharapkan jalinan antara pihak sekolah, ibubapa dan PIBG dengan dapat membantu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK LKTP Palong Timur dalam semua aspek 4 K dan
1 N iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti, kritis dan nilai murid. Pihak sekolah juga akan
mengadakan pertandingan melibatkan kelas dan murid untuk menyemarakkan budaya
pembelajaran abad ke 21 ini dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

………………………………………………. ………………………………………………

MUHAMMAD FIKRI BIN MOSLEH OTHMAN BIN ABDULLAH


PENYELARAS PAK 21 GURU BESAR

You might also like