Laporan Bulan Kemerdekaan 2018
Laporan Bulan Kemerdekaan 2018
Laporan Bulan Kemerdekaan 2018
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi negara kita. Hari kemerdekaan negara yang
kita sambut setiap tahun memppunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut
merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan
negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti
mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan
sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi
tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya. Begitu juga dengan
sekolah ini, mempunyai agenda tersendiri bagi menyambut hari kemerdekaan ini.
Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan
Kemerdekaan pada 7 Ogos 2018 dan sambutan peringkat sekolah diadakan selama 2 bulan. Majlis
Pelancaran dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu rasmi iaitu lagu Negaraku dan lagu
Negeri Perak. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar, Encik Ahamad Fadzil bin Ariff dan
seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
Gimik pelancaran diteruskan dengan 15 orang murid mengayuh basikal sambil memegang
bendera Malaysia dan kain rentang. Kemuncak gimik pelancaran, murid tersebut menyerahkan
tengkolok kepada Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Zullkeram bin Abu Bakar dan seterusnya
membaca watikah. Majlis diakhiri dengan laungan merdeka yang diketuai oleh Encik Maizatu Akman
bin Ishak dan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua warga sekolah.
Program Sambutan Bulan Kemrdekaan peringkat sekolah ini diakhiri dengan Majlis Penutup
dan Penyampaian Hadiah pada 13 September 2018. Pada majlis tersebut, murid yang telah memenangi
dalam acara Pakaian Beragam memperagakan pakaian mereka dan Pasukan Koir membuat
persembahan nyanyian lagu- lagu patriotik.
PRA GENIUS
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
PRA INTELLIGENCE
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
PRA INTELLECT
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
6 UTM
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
5 UPM
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
4 USM
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
3 UKM
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 1 SHAFIE
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 1 HANBALI
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 2 SHAFIE
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 2 HANBALI
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 2 MALIKI
TAHUN 3 SHAFIE
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 3 HANBALI
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 4 SHAFIE
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 4 HANBALI
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 5 SHAFIE
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHUN 5 HANBALI
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
KATEGORI TAHAP 1
NAMA KUMPULAN KEDUDUKAN
3 HANBALI KETIGA
5 HANBALI PERTAMA
5 SHAFIE KETIGA
PRASEKOLAH LELAKI
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
PRASEKOLAH PEREMPUAN
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
PENDIDIKAN KHAS
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHAP 1 (LELAKI)
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
TAHAP 2
NAMA PESERTA KEDUDUKAN
PPKI (MEWARNA)
TAHUN 1 (MEWARNA)
TAHUN 2 (MEWARNA)
4 USM KEDUA
5 UPM KELIMA
3 UKM KEENAM
6 UTM KETUJUH
2 UM KELAPAN
TAHAP 1
NAMA KELAS KEDUDUKAN
3 HANBALI PERTAMA
2 SHAFIE KEDUA
2 MALIKI KETIGA
3 SHAFIE KEEMPAT
2 HANBALI KELIMA
1 SHAFIE KEENAM
1 HANBALI KETUJUH
4 SHAFIE PERTAMA
5 HANBALI KEDUA
5 SHAFIE KETIGA
4 HANBALI KEEMPAT
6 MALIKI KELIMA
5 MALIKI KEENAM
6 SHAFIE KETUJUH
6 HANBALI KELAPAN
BILIK KHAS
NAMA BILIK KHAS KEDUDUKAN
Kekuatan Program
Sokongan daripada pihak pentadbir.
Kerjasama daripada semua guru dan murid.
Penglibatan yang memuaskan daripada murid-murid.
Program dapat dijalankan dengan baik.
Kelemahan Program
Program konvoi berbasikal tidak dapat dijalankan kerana tiada tempat bersejarah yang berdekatan
untuk dilawati oleh murid. Program konvoi berbasikal ke Kompleks Bersejarah Pasir Salak tidak
dapat diteruskan atas faktor keselamatan murid-murid ketika aktiviti dijalankan.
Murid Tahun 6 tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti kerana memberi tumpuan untuk
persediaan UPSR.
Cadangan Penambahbaikan
Merancang aktiviti yang lebih mencabar untuk murid Tahap 1 dan PPKI selain daripada aktiviti
mewarna seperti cari bendera atau logo tersembunyi.
Undang tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan untuk menceritakan sejarahkemerdekaan dan peristiwa
yang berlaku semasa pendudukan British, Jepun dan Komunis di Kampong Gajah.
Menayangkan slaid tayangan sempena Hari Kemerdekaan untuk menyedarkan murid tentang
perjuangan orang Melayu terhadap penjajah.
Merancang aktiviti Larian Merdeka untuk semua warga sekolah.
............................................................ ...............................................
(ZAHARATUL ZURAINI BINTI ZOLKEPLI)
PENOLONG SETIAUSAHA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
SK DATO’ SAGOR