Kbs 22
Kbs 22
Kbs 22
TEMA
“SOLAT CEMERLANG UMMAH TERBILANG”
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL SATU
ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
1. PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang
sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim.
Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak JAPIM berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 13/2004 telah memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan
program j-QAF.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Ismail Satu
merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada
program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.
Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim dapat
mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan, tertib,
ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat
membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem.
3. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Ismail Satu yang beragama Islam.
4. MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 3 Disember 2022
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : SK Ismail Satu
5. JAWATANKUASA KERJA KEM BESTARI SOLAT
JAWATANKUASA PELAKSANA
6. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1
7. IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk Lampiran 2
8. PENUTUP
Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan.
Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa di harap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan
program ini. Diharapkan perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif kepada para
pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk
melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala
gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Lampiran 1
TENTATIF PROGRAM
MASA PERKARA
8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran Peserta & Pembahagian Kumpulan
8.30 – 10.00 pagi LDK 1 (Niat Wudu’ & Anggota Wudu’ & Cara
Berwudu’ & Amali Wudu’ serta penilaian)
10.00 – 10.30 pagi Rehat (Makan Pagi)
10.30 – 11.30 pagi LDK 2 (Bacaan dalam Solat & Penilaian)
11.30 – 1.00 petang LDK 3 (Perlakuan Solat & Penilaian)
Lampiran 3
SUMBER PENDAPATAN
Bil Perkara Jumlah
1. Bantuan Persekolahan Lain-Kem RM648.00
Bestari Solat
JUMLAH RM648.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Kuantiti Harga Seunit Jumlah
1
2
3
4
JUMLAH
DISEDIAKAN OLEH:
............................................................
(PN. NORHAFIZAH BTE MOHD BELAWEE)
Setiausaha Program
DISEMAK OLEH
.............................................................
(EN. MOHD SUPRI BIN ISMAIL)
Ketua Penatia Pendidikan Islam
DISAHKAN OLEH
........................................................
(EN. MOHIDIN BIN KARDANI)
Guru Besar SK Ismail Satu