Ezzul Iman Bin Naksabandy - Edup3073 - PT2S2-14
Ezzul Iman Bin Naksabandy - Edup3073 - PT2S2-14
Ezzul Iman Bin Naksabandy - Edup3073 - PT2S2-14
1.0 PENGENALAN
2.0 TEMUBUAL
Dalam sesi temu bual yang telah dilaksanakan, Cikgu Amirul telah menyatakan
beberapa implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid dan guru. Dalam konteks
murid, kepelbagaian sosiobudaya memerlukan murid untuk berinteraksi dan bergaul dengan
rakan yang berlainan etnik serta saling mengenali antara satu sama lain. Dengan ini, guru
perlu bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan yang tinggi serta mempelbagaikan kaedah
yang menarik ketika pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru perlu mempunyai dan
meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan sikap sebagai langkah untuk lebih memahami
dan mengajar murid yang bersifat kepelbagaian ini. Bertepatan dengan pernyataan Eka Putri,
Ernawati & Gita (2018), menyatakan bahawa murid mempunyai gaya belajar yang berbeza,
oleh itu guru perlu merancang pengajaran harian mengikut kepelbagaian di bilik darjah untuk
meraikan kemampuan murid yang pelbagai. Dalam usaha mencapai matlamat pendidikan,
pengurusan jurang generasi perlu diuruskan dengan baik di dalam bilik darjah untuk
memahami perbezaan dan 4 persamaan dia antara generasi supaya ia berupaya memberi
kesan positif terhadap cara komunikasi guru yang berkesan malah dapat memupuk motivasi
dalam murid untuk belajar (Nur Hanani,2015).
5.0 RUMUSAN
research. https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke
_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
Pedagogi Terbeza Untuk Pengajaran guru Terhadap Kepelbagaian Murid. (n.d.). Malaysian Journal
(MJSSH). https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/997
100771-1-PB.pdf
EJOURNAL. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8318/5776
7.0 LAMPIRAN
kalangan murid?
3. Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan, apakah aspek sosiobudaya yang ada dalam
kalangan murid?
sekolah?
8. Apakah implikasi terhadap murid, guru dan pihak sekolah dalam membentuk
perpaduan?
9. Apakah persediaan yang diperlukan oleh seorang guru bagi menghadapi kepelbagaian
10. Apakah saranan Cikgu untuk mewujudkan keharmonian pelbagai budaya di kalangan
warga sekolah?
7.2 TRANSKRIP TEMU BUAL
Assalamualaikum Cikgu Amirul. Terima kasih kerana sudi
Ezzul meluangkan sedikit masa pada hari ini bagi membincangkan
beberapa soalan yang berkaitan dengan kepelbagaian
sosiobudaya di sekolah
Waalaikumussalam, Ezzul. Sama-sama. Marilah kita
Cikgu Amirul teruskan perbincangan ini
Baiklah, berdasarkan pengalaman Cikgu di sekolah ini,
Ezzul bolehkah Cikgu ceritakan sedikit secara ringkas berkenaan
kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di sekolah ini.
Sudah tentu boleh. Sepanjang hampir 4 tahun berkhidmat di
Cikgu Amirul sekolah ini, saya dapat lihat bahawa murid di sini majoriti
kaum Melayu, Cina, India dan naturalisasii. Golongan
naturalisasi di sekolah ini jumlahnya tidak ramai, sedikit
sahaja. Dari segi agama pula, majoritinya adalah beragama
Islam bagi kaum Melayu dan diikuti dengan agama Kristian,
Buddha dan Hindu. Di sekolah ini, terdapat dua kelas iaitu
kelas aliran perdana dan kelas aliran Dual Language
Programe (DLP). Pertama, kelas aliran perdana di mana
murid belajar menggunakan bahasa Melayu dalam mata
pelajaran sains dan matematik. Kedua, kelas aliran Dual
Language Programe (DLP) di mana murid belajar
menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains
dan matematik.
Oh, begitu. Seterusnya, bolehkah Cikgu terangkan faktor dan
Ezzul aspek yang menyebabkan wujudnya kepelbagaian
sosiobudaya dalam kalangan murid di sekolah secara lebih
terperinci?
Kita sedia maklum dalam negara malaysia, kita ada pelbagai
Cikgu Amirul bangsa yang terdiri daripada kaum melayu terutamanya dan
diikuti dengan kaum lain seperti Cina, India dan banyak lagi.
Aspek kedua pula ialah dari segi bahasa, terdapat pelbagai
bangsa di negara kita ini, semestinya juga pelbagai bahasa
yang digunakan. Di sekolah ini, terdapat dua penggunaan
bahasa iaitu yang pertama bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan kita, di mana ianya wajib digunakan. Kedua,
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Bagi aspek
agama dan kepercayaan, pelbagai agama yang terdapat di
negara kita ini dan majoritinya agama Islam, Kristian, Buddha
dan Hindu. Manakala bagi aspek adat resam, masing-masing
kaum mempunyai adat resam yang tersendiri. Contohnya
kaum Melayu, mempunyai beberapa proses yang perlu
dilalui sebelum ke majlis perkahwinan seperti merisik,
meminang dan sebagainya. Adat resam ini sudah diamalkan
sejak zaman nenek moyang lagi.
Betul itu cikgu, saya sangat bersetuju. Dalam mendepani
Ezzul alam pendidikan ini, semestinya terdapat cabaran-cabaran
yang tidak dapat dielakkan dalam membentuk perpaduan
murid di sekolah. Bolehkah Cikgu kongsikan kepada kami
semua cabaran yang menjadi penghalang dalam
mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya di kalangan murid?
Antara cabarannya ialah kita dapat lihat murid kurang
Cikgu Amirul berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan ini,
terdapatnya jurang antara murid dengan murid lain di
sekolah. Mereka tidak bergaul dan lebih gemar duduk di
dalam kelompok kumpulan sendiri di mana tiada bangsa lain.
Selain itu, murid pada masa kini mahir menggunakan media
sosial sebagai platform mereka untuk berkomunikasi dan
berkongsi maklumat sesama mereka. Malah, terdapat
daripadanya menyalahgunakan media sosial untuk
mengutuk antara sama lain dan menunjukkan sikap ‘rasict’
dalam masyarakat mereka.
Wah, sangat menakutkan dengan apa yang berlaku dalam
Ezzul kalangan murid pada masa kini. Jadi, sebagai seorang guru
apakah peranan dalam menghadapi cabaran-cabaran
tersebut
Sebagai seorang guru, kita hendaklah melayan murid secara
Cikgu Amirul sama rata tanpa mengira bangsa, agama mahupun dari kelas
atasan atau bawahan. Bukan itu sahaja, guru juga perlulah
mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan
kepelbagaian murid agar murid tidak berasa terasing di
dalam kalangan murid?
Saya sangat setuju dengan pernyataan yang diberikan oleh
Ezzul Cikgu. Sedar tak sedar kita sudah ke soalan yang ke 6.
Baiklah, soalannya, berdasarkan pemerhatian Cikgu, sejauh
manakah keberkesanan usaha pihak sekolah khususnya
guru bagi membentuk perpaduan dalam kalangan murid?
Alhamdulillah, dengan usaha pihak sekolah khususnya pihak
Cikgu Amirul guru sangat memberangsangkan apabila kita melakukan
sesuatu aktiviti, murid-murid akan bergaul secara spontan
sesama mereka. Dengan ini, akan berlakunya peningkatan
dalam kemahiran berkomunikasi serta mendapat serba
sedikit ilmu pengetahuan tentang perpaduan mereka. Bukan
itu sahaja, aspek-aspek nilai murni seperti bekerjasama,
toleransi dan prihatin dapat diterapkan dalam kalangan murid
di sekolah.
Oh, betul cikgu. Semestinya, kepelbagaian sosiobudaya
Ezzul yang berlaku di sekolah meninggalkan kesan terhadap
pembentukan perpaduan. Boleh Cikgu terangkan sedikit
kesannya?
Kesannya, murid terasa terasing di dalam kelas dan
Cikgu Amirul menyebabkan berlakunya hubungan yang regang antara
satu sama lain. Bahkan, mengakibatkan masalah disiplin
yang sukar dikawal oleh pihak sekolah kerana akan
tercetusnya pergaduhan jika melibatkan isu perkauman.
Baiklah, seterusnya apakah implikasi terhadap murid, guru
Ezzul dan pihak sekolah dalam membentuk perpaduan?
Implikasi terhadap murid dalam mewujudkan kepelbagaian
Cikgu Amirul sosiobudaya adalah saling berinteraksi dan bergaul dengan
rakan yang berlainan bangsa. Murid perlu bersikap terbuka
untuk menerima pelbagai jenis budaya yang ditunjukkan oleh
murid lain. Bagi implikasi terhadap guru pula, guru
memainkan peranan yang penting dalam memupuk
perpaduan murid dengan memahami dan mengambil berat
tentang murid yang pelbagai latar belakang dan budaya di
samping mengajar mereka di dalam kelas. Selain itu, bagi
pihak sekolah terutamanya pihak pentadbiran perlu
mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan pemupukan
perpaduan dalam kalangan warga sekolah agar kita saling
hormat menghormati antara satu sama lain.
Berkaitan dengan implikasi yang diterangkan oleh Cikgu,
Ezzul apakah persediaan yang diperlukan oleh seorang guru bagi
menghadapi kepelbagaian sosiobudaya agar dapat
membentuk perpaduan dalam kalangan murid?
Persediaan yang diperlukan oleh guru adalah merancang
Cikgu Amirul terlebih dahulu strategi dan kaedah untuk diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar proses
pengajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa
menimbulkan sebarang isu yang sensitif. Selain itu, guru juga
perlu memberi ruang kepda semua murid untuk melibatkan
diri dalam pembelajaran tanpa mengira bangsa, agama dan
kepercayaan masing-masing.
Faham, sangat jelas Cikgu. Baiklah soalan yang terakhir,
Ezzul apakah saranan Cikgu untuk mewujudkan keharmonian
pelbagai budaya di kalangan warga sekolah?
Untuk mewujudkan keharmonian pelbagai budaya di
Cikgu Amirul kalangan warga sekolah, semua pihak hendaklah
bekerjasama, berganding bahu dan tidak menunding jari
antara satu sama lain. Selain itu, pihak sekolah perlu
merancang aktiviti yang pelbagai dan melibatkan semua
pihak untuk menyertainya.
Saya setuju Cikgu. Alhamdulillah, kita sudah sampai ke
Ezzul penghujungnya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada
Cikgu Amirul kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab
10 soalan yang diutarakan. Perkongsian yang sangat
bermakna pada kali ini. Terima kasih banyak-banyak Cikgu.
Maka dengan ini, berakhirlah sudah perbincangan kita.
Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa yang akan
datang.
Sama-sama Ezzul. Terima kasih juga kepada kamu. Saya
Cikgu Amirul hanya membantu dan berkongsi serba sedikit pengalaman
saya sepanjang berada di sekolah. Semoga kita menjadi
manusia yang tidak jemu dan cinta dalam mencari ilmu
pengetahuan di dunia mahupun di akhirat. Amin InsyaAllah