Sekolah Sebagai Institusi Sosial S2153953
Sekolah Sebagai Institusi Sosial S2153953
Sekolah Sebagai Institusi Sosial S2153953
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Tajuk:
Sekolah Sebagai Institusi Sosial
Pensyarah:
Dr. Abd Razak Zakaria
Disediakan oleh:
S2153953/1
1.0 Pengenalan
Sekolah ialah sebuah institusi formal yang dikendalikan oleh masyarakat bertujuan untuk
menyerapkan fungsi-fungsi sosialisasi dan budaya, turut dikendalikan oleh anggota-anggota
yang lain seperti keluarga, kumpulan-kumpulan bertanggungjawab, organisasi-organisasi
agama dan sukarela, bertujuan untuk menukar atau memberikan perubahan-perubahan
personaliti yang diperlukan dalam kalangan kanak-kanak (T. Marimuthu, 1994). Sekolah
merupakan sebuah institusi asas untuk golongan muda menuntut ilmu. Dalam konteks ini,
pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi seseorang murid secara menyeluruh dan selaras untuk mewujudkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan juga jasmani. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga
turut mewajibkan pendidikan ke atas kanak-kanak berumur 7 tahun. Jika ibu bapa tidak
menjalankan tanggungjawab untuk mengantar anak mereka ke sekolah bagi mendapatkan
pendidikan yang sewajarnya, maka denda akan dikenakan kepada ibu bapa.
Dalam konteks lain, sekolah merupakan sebuah kawasan atau institusi untuk
mewujudkan suasana budaya agar berlaku hubungan sosial antara masyarakat di dalam
sekolah. Selain itu, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan sekolah sebagai sebuah
tempat untuk memberi pelajaran dan menerima pelajaran, iaitu tempat untuk menimba ilmu
secara formal. Ia membawa maksud bahawa sebuah sekolah adalah tempat untuk
masyarakat menerima Pendidikan secara formal mengikut falsafah Pendidikan Malaysia yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, institusi menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu.
Sistem Sosial dapat didefinisikan sebagai satu hubungan ikatan aktiviti yang saling
bergantung antara satu sama lain untuk menghasilkan satu produk yang sama (Katz dan
Kahn, 1966). Sistem sosial merupakan satu sistem yang direka oleh manusia serta dikuatkan
oleh sikap, persepsi, galakan kepercayaan, tabiat dan harapan manusia itu sendiri. Sistem
sosial mempunyai dua matlamat utama iaitu untuk menyempurnakan matlamat-matlamatnya
dan pengekalan mengikut masa. Seterusnya, organisasi pula dapat didefinisikan sebagai unit-
unit sosial atau kumpulan-kumpulan manusia yang telah distrukturkan dan dibina untuk
mendapatkan matlamat-matlamat tertentu (Talcott Parsons, 1902). Organisasi menurut
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), membawa maksud sebuah pertubuhan atau
kesatuan yang mempunyai ahli-ahli atau bahagian di dalamnya, diwujudkan untuk tujuan yang
tertentu.
Definisi-definisi di atas cukup untuk memberi gambaran tentang keadaan serta fungsi
sekolah sebagai sebuah medium ataupun tempat berlakunya aktiviti-aktiviti sosial dalam
kalangan masyarakat terutamanya pelajar. Ia juga turut memberikan gambaran jelas bahawa
sekolah dapat disimpulkan sebagai sebuah tempat atau institusi untuk memberi dan
menerima pendidikan samada formal mahupun tidak formal. Oleh yang demikian, esei ini akan
membincangkan tentang peranan sekolah sebagai sebuah institusi sosial dengan lebih
mendalam.
Sekolah sebagai sebuah institusi sosial amat sinonim dalam kehidupan masyarakat. Dalam
konteks ini, terdapat beberapa ciri sekolah sebagai sebuah institusi sosial. Antaranya ialah
mempunyai ahli-ahli yang nyata, mempunyai struktur sosial yang formal, diserapi semangat
kekitaan, mempunyai budaya tersendiri serta mempunyai piawaian atau standard yang
tersendiri.
Seterusnya, ciri-ciri sekolah sebagai sebuah sistem sosial ialah mempunyai struktur
sosial yang formal. Dalam konteks ini, sesebuah sekolah haruslah mempunyai struktur
lembaga yang formal. Hal ini dikatakan demikian kerana struktur lembaga formal amat
diperlukan dalam sekolah bagi membolehkan segala jenis aktiviti dan pentadbiran sekolah
berjalan dengan lancar. Struktur lembaga yang formal ini terdiri daripada kakitangan-
kakitangan sekolah iaitu bermula daripada guru besar ataupun pengetua, penolong kanan
pentadbiran, penolong kanan ko-kurikulum, guru-guru disiplin, guru ketua panitia, ketua
jabatan, penolong kanan hal ehwal murid, guru-guru khusus, guru-guru biasa, ketua-ketua
murid, para pengawas, ketua bilik darjah dan murid-murid yang mempunyai status tertentu di
dalam sistem sosial sekolah tersebut (Willard Waller, 1932, p.94). Struktur formal ini
mempunyai pelbagai fungsi dan tanggungjawab masing-masing.
Ciri sekolah sebagai sistem sosial seterusnya ialah diserapi oleh semangat kekitaan.
Dalam konteks ini, sebuah sekolah mempunyai murid dari pelbagai latarbelakang, bangsa
serta agama. Walaupun terdapat pelbagai jenis sekolah di Malaysia, namun fungsi sekolah
sebagai sebuah sistem sosial dianggap telah mencapai objektifnya di mana kesemua pelajar
atau murid dari pelbagai latarbelakang di tempatkan di dalam sebuah unit atau tempat yang
sama serta berinteraksi tidak mengira latarbelakang mereka, bangsa dan agama. Pendek
kata, tiada batas di antara mereka untuk berinteraksi antarasatu sama lain. Hal ini dikatakan
demikian kerana jika lebih daripada dua atau tiga orang ditempatkan di dalam sesebuah
kawasan, akan berlaku interaksi yang berterusan dan berkemungkinan besar mereka akan
mempunyai kaedah, sifat serta nilai sosial yang serupa (T. Marimuthu, 1994, p. 93). Oleh yang
demikian, ciri sebuah sekolah sebagai sistem sosial ialah diserapi semangat kekitaan yang
tinggi bagi membolehkan ia menjadi sebuah sistem sosial yang berfungsi.
Selain tiga ciri di atas, sekolah mempunyai budaya tersendiri juga merupakan salah
satu ciri sekolah sebagai sebuah sistem sosial. Dalam konteks ini, budaya yang dinyatakan
ialah budaya instrumental, budaya ekspresif dan juga budaya moral. Menurut Parsons (1902),
terdapat tiga corak kehidupan budaya sekolah. Budaya instrumental merupakan budaya yang
tertumpu kepada matlamat masa hadapan seseorang pelajar. Budaya ini hanya menumpukan
soal pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan seseorang untuk lulus di dalam
peperiksaan bagi mengahsilakn produk yang mempunyai kelulusan akademik yang
memberangsangkan dan warganegara yang baik. Secara ringkasnya, budaya ini diguna pakai
untuk menjadikan seseorang pelajar itu mempunyai minat yang tinggi dalam mengejar
kejayaan akademik sewaktu berada di dalam alam persekolahan.
Selain ciri instrumental, Talcott Parsons turut menyatakan budaya ekspresif. Budaya
ini secara ringkasnya tidak begitu terkenal di negara-negara Asia Tenggara namun ia sangat
terkenal di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain. Dalam konteks ini, budaya
ekpresif merupakan satu budaya di mana ia bertujuan untuk melepaskan kehendak ataupun
emosi yang terbuku secara kreatif atau melalui seni. Budaya ini bertindak sebagai mekanisme
yang membantu menghilangkan ketegangan serta tiada usaha yang dijalankan untuk
meningkatkan kemahiran seseorang individu. Aktiviti yang melibatkan budaya ini tidak
memerlukan kawalan sebarang kakitangan sekolah. Pelajar bebas untuk menjalankan aktiviti
seperti tarian, melukis atau bermain peralatan muzik mengikut minat pelajar tersebut. Ia
merupakan aktiviti yang dijalankan sepenuhnya oleh persatuan pelajar.
Budaya yang terakhir dinyatakan oleh Talcott Parsons (1902) ialah budaya moral.
Tujuan budaya ini dipraktikkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan ataupun
sekumpulan pelajar daripada latarbelakang yang berbeza melalui satu perkongsian idea yang
sama. Sebagai contoh, setiap kesalahan akan ada hukuman dan setiap perbuatan baik akan
ada ganjaran. Dalam konteks ini, contoh budaya hukuman dan ganjaran yang dijalankan oleh
sesebuah sekolah akan memberi pemahaman yang jelas kepada pelajar bahawa setiap
kesalahan akan disusuli dengan hukuman manakala perbuatan baik akan diberikan ganjaran.
Ia secara tidak langsung memberi fahaman yang sama kepada semua pelajar di dalam
sekolah. Tujuan lain budaya ini dipraktikkan adalah untuk menghasilkan individu yang
bermoral dan mampu membezakan perbuatan yang salah dan betul.
Ciri yang terakhir ialah sekolah mempunyai piawaian atau standard yang tersendiri.
Dalam konteks ini, sesebuah sekolah perlu mempunyai piawaian ataupun standard tersendiri
sebagai sebuah sistem sosial. Piawaian ataupun standard bermaksud syarat atau kelayakan
yang wajib dipatuhi di dalam sekolah. Sebagai contoh, sebuah sekolah semestinya memunyai
peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua kakitangan dan pelajar. Terdapat pekeliling yang
wajib dipatuhi oleh sekolah, tanggungjawab serta tugas yang didefinisikan oleh Ordinan
Pendidikan dan perkeliling perkhidmatan. Piawaian seperti ini menjadikan sebuah sekolah
sebagai satu institusi formal yang mempunyai standard ataupun tingkat mereka yang
tersendiri.
Sekolah secara umumnya merupakan tempat untuk para pelajar menerima Pendidikan
secaraformal dan tidak formal. Sekolah juga merupakan tempat para pelajar untuk belajar
perkara asas yang melibatkan masa hadapan mereka iaitu berkaitan dengan aspek sosial,
aspek ekonomi serta aspek politik. Dalam konteks ini, sekolah dapat dijadikan sebagai
medium yang memberikan pendidikan secara langsung atau tidak langsung kepada pelajar
dari aspek sosial, ekonomi dan juga politik. Mereka datang dari pelbagai jenis latarbelakang,
status ekonomi sosial serta berbeza agama dan bangsa menyebabkan tidak semua pelajar
terdedah dengan perkara-perkara di atas. Oleh yang demikian, sekolah sebagai satu sistem
sosial bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan secara langsung atau tidak langsung
kepada pelajar berkenaan aspek-aspek di atas.
Aspek yang pertama ialah aspek sosial. Dalam konteks ini, sekolah berfungsi sebagai
medium yang membentuk sahsiah pelajar. Sahsiah dan sikap memerlukan didikan secara
langsung daripada ibu bapa, namun ia juga dapat dibentuk melalui pendidikan di dalam
sekolah. Interaksi yang berlaku di dalam kawasan sekolah sebenarnya sedikit sebanyak dapat
melatih pelajar untuk bertutur. Sebagai contoh, terdapat perbezaan di antara perbualan
dengan rakan sekelas dan perbualan dengan guru. Jika guru atau kakitangan sekolah yang
lebih tua memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara bertutur dengan golongan yang
lebih tua, makai a secara langsung telah membentuk sahsiah pelajar dari segi pertuturan
mereka. Selain itu, melatih sikap hormat-menghormati juga tertakluk dalam tanggungjawab
sekolah dalam membentuk sahsiah pelajar. Anggota sekolah yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan kategori umur secara langsung memberikan pendedahan kepada pelajar untuk
melihat golongan yang lebih tua berada di kawasan yang sama dengan mereka. Seterusnya,
aktiviti kokurikulum di dalam sekolah juga secara tidak langsung melatih personaliti positif dan
mengasah bakat dalam memimpin sesuatu organisasi.
Selain itu, sekolah juga mampu memupuk interaksi sosial dan perkembangan emosi
pelajar. Dalam konteks ini, aktiviti yang terkandung di dalam cara pembelajaran abad ke-21
mampu memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran interaksi secara dua
hala. Melalui pembentangan secara individu ataupun secara berkumpulan, kemahiran
berinteraksi pelajar dapat dipupuk. Aktiviti kokurikulum juga turut menyumbang kepada
membentuk kemahiran interaksi secara dua hala dalam diri pelajar iaitu melalui aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dijalankan semasa hari kokurikulum sekolah pada setiap hari rabu. Akhir
sekali, dari kesemua contoh yang telah di kemukakan, sekolah turut memberi sumbangan
kepada memberi pendedahan terhadap aspek-aspek sosial sekaligus membentuk sahsiah
pelajar, memupuk kemahiran berkomunikasi, mengasah bakat kepimpinan dan akhir sekali,
sekolah juga mampu menjadi medium perpaduan dan patriotism. Sekolah yang
sememangnya kawasan untuk pelajar berinteraksi tidak kira kaum dan agama. Ia telah
memberikan satu keadaan di mana pelajar terdedah dengan budaya serta gaya hidup kaum
lain. Oleh yang demikian, sekolah sebagai satu sistem sosial mampu memberikan
pendedahan kepada pelajar berkenaan aspek sosial.
Aspek seterusnya ialah aspek ekonomi. Dalam konteks ini, sekolah sebagai satu
sistem sosial turut mampu memberi sumbangan terutama dalam aspek ekonomi. Sebagai
contoh, sekolah mampu menyediakan tenaga kerja yang produktif. Sekolah merupakan
tempat para pelajar menerima pendidikan. Namun begitu, sekolah juga merupakan tempat di
mana minat pelajar dipupuk. Ia memberikan pendedahan awal tentang arah tujuan serta minat
pelajar dalam menentukan kerjaya mereka. Jenis-jenis sekolah di Malaysia mempunyai
tanggungjawab yang penting dalam memupuk minat pelajar di nagara ini. Ia menyediakan
aliran pendidikan yang selaras dengan peluang pekerjaan pada masa akan datang dan
memenuhi keperluan industri negara. Selain itu, sekolah juga membantu melahirkan pelajar
yang terlatih. Dalam konteks ini, pendidikan dapat meluaskan pandangan individu selari
dengan kehendak negara. Pendidikan mampu membentuk individu yang mempunyai
pandangan satu Langkah di hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan di
sekolah merangkumi semua aspek iaitu bermula daripada bahasa, sains, matematik, bahasa
inggeris, kemahiran reka bentuk dan teknologi, pendidikan jasmani, pendidikan agama Islam
dan moral. Kesemua aliran ini memberikan pendedahan yang luas dan menjadikan pelajar
lebih peka tentang semua aspek dalam kehidupan. Pelajar dapat mempelajari teori, menjalani
praktikal dan mempraktikkan asas-asas yang dipelajari di sekolah dalam rutin harian mereka.
Akhir sekali ialah melahirkan pakar penyelidik dalam bidang sains dan teknologi. Dalam
konteks ini, sekolah-sekolah di Malaysia membantu melahirkan pakar penyelidik. Sekolah
aliran sains dan aliran yang berasaskan kemahiran teknikal secara tidak langsung melahirkan
genius-genius yang mempunyai kecenderungan ke arah bidang penyelidikan. Minat pelajar
ini dibantu oleh tenaga pengajar di sekolah sehingga mampu untuk melanjutkan pengajian
dalam bidang yang diminati ke menara gading. Hal ini sekaligus menyumbang kepada
prestasi negara ini untuk bersaing dengan negara-negara membangun yang lain.
Aspek yang terakhir ialah aspek politik. Dalam konteks ini, sekolah menjadi sebuah
medium yang menyemai patriotisme dalam diri pelajar. Ia merupakan pembelajaran secara
tidak langsung kepada pelajar. Tujuannya adalah untuk melatih sifat kepimpinan dalam diri
pelajar bagi melahirkan pemimpin bertaraf dunia, yang mempunyai ketaatan terhadap negara
sendiri. Sebagai contoh, sambutan bulan kemerdekaan serta pengajaran mata pelajaran
sejarah, pendidikan moral dan sivik memupuk semangat patriotism tersebut. Selain itu, aktiviti
sampingan di dalam sekolah seperti kelab-kelab sukan, persatuan-persatuan kokurikulum,
jawatan seperti pengawas sekolah, ketua pelajar, ketua darjah dan lain-lain sebenarnya
merupakan pendedahan awal kepada pelajar berkenaan sekaligus mengasah sifat
kepimpinan dalam diri pelajar. Ia memberikan keyakinan kepada pelajar untuk membuat
keputusan dan melatih pelajar untuk mengawal situasi sukar. Seterusnya, sekolah juga turut
melatih sifat berdisiplin dalam diri pelajar dalam usaha memupuk aspek politik ke dalam diri
mereka. Dalam konteks ini, peraturan-peraturan sekolah secara langsung melatih pelajar
untuk lebih berdisiplin. Sebagai contoh, jadual serta peraturan seperti kod berpakaian sekolah
mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin. Pelajar juga akan lebih cenderung untuk menjaga
imej mereka apabila pelajar memegang sesuatu jawatan penting. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka akan menjadi tumpuan ramai apabila mereka mengetuai sesuatu persatuan
atau kelab di dalam sekolah.
Sekolah merupakan sebuah institusi yang mempunyai struktur formal dan struktur tidak
formal. Struktur formal menurut T. Marimuthu (1994), merupakan satu bentuk organisasi yang
terbentuk berdasarkan sistem birokrasi. Di dalam sekolah wujud kakitangan-kakitangan
sekolah seperti guru besar, penolong kanan sekolah, guru ketua panitia dan murid-murid
sekolah. Melalui organisasi yang wujud ini, badan hierarki dapat dilihat dengan jelas melalui
peranan dan tugas masing-masing mengikut jawatan yang dipegang. Struktur sistem
persekolahan juga mengikut matlamat yang telah ditetapkan oleh KPM, iaitu Kementerian
Pendidikan Malaysia berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bentuk sistem sosial sekolah yang seterusnya ialah struktur tidak formal. Struktur tidak
formal ini wujud daripada hubungan sosial dan interaksi perseorangan dalam kalangan
masyarakat. Ia juga melibatkan segala jenis hubungan sosial dan interaksi yang berlaku di
sekolah, iaitu melibatkan unsur-unsur kebudayaan dan nilai murni. Pembelajaran secara tidak
formal ini berlaku disebabkan oleh interaksi yang berlaku di sekitar sekolah tanpa melibatkan
sesi pembelajaran atau perjumpaan yang formal. Ia melibatkan semua interaksi bebas tanpa
peraturan dalam kalangan pelajar sekolah.
Menurut Etzioni (1964), wujud satu organisasi di dalam sesebuah institusi persekolahan di
mana ia merupakan sebuah komuniti atau kumpulan manusia yang diwujudkan untuk
mencapai matlamat yang tertentu. Salah satu teori yang penting dalam organisasi ialah teori
birokrasi. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), birokrasi dapat didefinisikan
sebagai satu sistem pentadbiran yang diketuai atau dikawal oleh pegawai-pegawai atasan.
Birokrasi juga dapat ditakrifkan sebagai satu cara pengendalian atau pentadbiran oleh
pegawai atasan yang memiliki kuasa autonomi. Akhir sekali, birokrasi juga dapat didefinisikan
sebagai cara pentadbiran yang melibatkan banyak peringkat atau proses pengurusan yang
mempunyai banyak piawaian dan peraturan di dalamnya.
Antara ciri sistem birokrasi di sekolah ialah mempunyai tingkat pengkhususan yang
tinggi, mempunyai badan hierarki yang berkuasa, mempunyai susunan jabatan yang tetap
dan terikat dengan peraturan, pengambilan pakar berdasarkan kelayakan teknikal, kewujudan
kerjaya dan segala keputusan dan tindakan pentadbiran dicatat secara bertulis. Ciri pertama
adalah berkenaan dengan peranan serta tugas secara khusus. Setiap jawatan mempunyai
peranan serta tugas khusus yang ditetapkan mengikut tingkat paling atas. Ciri seterunya ialah
badan hierarki berkuasa. Dalam konteks ini, terdapat talian arahan daripada peringkat atas
ke peringkat bawah iaitu daripada badan hierarki paling atas. Penjawat jawatan tertinggi akan
memberikan arahan kepada penjawat jawatan yang berada di tingkat bawah. Seterusnya,
susunan jabatan yang tetap dan terikat dengan peraturan. Di dalam sistem birokrasi ini,
terdapat undang-undang yang jelas dan nyata, di mana ia menerangkan tanggungjawab
setiap ahli di dalam jabatan dan terdapat juga penyelarasan tanggungjawab yang pelbagai.
Setiap jabatan diberikan tanggungjawab berkenaan dengan tugas masing-masing. Ciri yang
seterusnya ialah pengambilan pakar berdasarkan kelayakan teknikal. Menurut T. Marimuthu
(1994), tenaga pekerja di dalam sesebuah jabatan diambil berdasarkan kelayakan yang ada.
Pengambilan tenaga pengajar yang khusus dan terlatih diambil untuk menjadi sebahagian
ripada kakitangan sekolah. Ciri birokrasi seterusnya ialah kewujudan kerjaya. Dalam konteks
ini, kerjaya wujud dalam sistem birokrasi sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat
kekosongan-kekosongan jawatan di setiap jabatan di dalam sesebuah sekolah. Oleh yang
demikian, wujud kerjaya hasil daripada sistem birokrasi ini. Ciri yang terakhir ialah keputusan
dan tindakan pentadbiran dicatat secara bertulis. Dalam konteks ini, semua keputusan serta
tindakan pentadbir akan direkodkan secara bertulis bagi memudahkan kerja-kerja audit
dilakukan terhada sesebuah sekolah. Secara ringkasnya, kesemua tindakan dan keputusan
haruslah dicatat bagi mengelakkan berlaku penyelewengan dalam sistem birokrasi sesebuah
sekolah.
c. Budaya Sekolah
Peranan sesebuah institusi persekolahan telah disebutkan melalui pelbagai artikel dan
sumber. Antaranya ialah tempat untuk menimba ilmu dan mempelajari pelbagai kemahiran.
Namun begitu, sekolah juga berperanan sebagai pusat perkembangan budaya. Dalam
konteks ini, kebudayaan dapat diserap dalam diri setiap fungsi di sekolah seperti pengetua,
barisan pentadbir, gur, staf sokongan, kakitangan serta murid-murid. Budaya dalam konteks
ini merangkumi kepercayaan dalam kalangan masyarakat sekolah, perluaku individu dan
perkara berkaitan material yang meliputi gaya hidup sesebuah kelompok masyarakat.
Menurut Banks & Banks (1993 dan Deal & Peterson (1998), sistem sosial mempunyai budaya
yang tersendiri. Budaya ini adalah rutin harian atau norma di dalam institusi, struktur sosial,
kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat yang tersendiri untuk membentuk organisasi
mereka.
Budaya sekolah terhasil daripada kegiatan yang formal dan juga tidak formal. Budaya
formal sekolah adalah budaya yang terhasil daripada kegiatan yang dirancang iaitu aktiviti
kurikulum dan kokurikulum. Dalam konteks ini, wujud satu budaya persaingan secara sihat
dalam kalangan peserta ataupun pelajar. Pada kebiasaannya, pelajar yang lebih menonjol
dalam setiap aktiviti akan diberikan pengiktirafan sebagai tanda penghargaan terhadap
pencapaian mereka. Aktiviti ini secara langsung akan memupuk perkembangan pelajar
secara menyeluruh iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bagi budaya tidak
formal, budaya ini terbentuk hasil daripada interaksi pelajar dan guru yang mempunyai sub-
budaya mereka yang tersendiri. Budaya ini merupakan budaya yang terhasil daripada aktivtii
ataupun situasi diluar bilik darjah di mana pelajar mempelajari sesuatu secara tersendiri
daripada orang sekeliling. Budaya ini turut mencerminkan kurikulum tersirat.
Budaya formal dan tidak formal ini penting bagi mengekalkan asimilasi atau
menggalakkan percampuran dalam kalangan masyarakat sekolah. Oleh itu, terdapat
beberapa cara untuk mengekalkan budaya kecil di sekolah. Cara yang pertama ialah
rangkaian peraturan dan undang-undang sekolah. Dalam konteks ini, peraturan dan undang-
undang di sekolah haruslah selaras dengan keadaan atau situasi di dalam sekolah. Peraturan
dan undang-undang harus mempunyai batas dan adil antara satu sama lain. Jika sebuah
sekolah mempunyai rangkaian peraturan dan undang-undang yang dapat diterima oleh
semua jenis kategori individu, maka budaya formal di sekolah tersebut tidak akan terganggu.
Seterusnya, terdapat organisasi berdasarkan waktu. Dalam konteks ini, pengurusan masa
semasa berada di sekolah sangat penting. Bagi mengekalkan budaya formal di dalam
sekolah, denda harus diwujudkan ke atas pelajar yang lewat datang ke sekolah. Hal ini hampir
sama dengan rangkaian peraturan dan undang-undang yang diwujudkan bagi mengekalkan
budaya formal sekolah. Cara pengekalan budaya kecil di sekolah yang seterusnya ialah
institusi diasingkan mengikut peringkat umur. Dalam konteks ini, murid-murid diasingkan
mengikut peringkat umur dan terdapat juga pengasingan mengikut pencapaian pelajar itu
sendiri. Murid yang lebih daripada had umur tidak dibenarkan untuk mengulangi kelas. Jika di
Malaysia, seseorang pelajar hanya dibenarkan untuk memasuki kelas ulangan sekali sahaja
dalam tempoh sembilan tahun persekolahan mereka. Hal ini bukan sahaja membantu
mengehadkan bilangan pelajar dalam sesuatu peringkat umur, namun ia juga turut membantu
membentuk satu disiplin di mana seseorang individu atau pelajar perlu bersungguh-sungguh
dalam mempelajari sesuatu bidang atau perkara sekiranya mereka tidak mahu mengulang
kelas.
Akhir sekali ialah tujuan dan matlamat sesebuah institusi. Dalam konteks ini, budaya
sekolah juga ditentukan oleh tujuan-tujuan institusi tersebut dibentuk. T. Marimuthu
mengetengahkan beberapa tujuan pendidikan di dalam buku beliau yang berjudul
“Pengenalan kepada Sosiologi Pendidikan”. Antara tujuan institusi pendidikan ialah untuk
sebagai medium pemindahan atau penerapan budaya dan agen sosialisasi golongan muda,
menerapkan atau memberikan pengetahuan kepada golongan muda, memberikan
kemahiran-kemahiran untuk pekerjaan serta membentuk sahsiah dan peribadi mereka. Jika
sesebuah sekolah hanya mengutamakan kepentingan akademik, maka sekolah tersebut
dapat dikategorikan sebagai sebuah sekolah yang hanya mempunyai subbudaya
berorientasikan akademik dan tidak begitu memberikan perhatian terhadap aspek-aspek yang
lain. Keadaan ini sama seperti sekolah-sekolah lain yang terdapat di Malaysia. Budaya-
budaya yang terbentuk bergantung kepada tujuan dan matlamat institusi tersebut.
Corak kehidupan budaya sekolah ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Talcott
Parsons (1902) iaitu budaya instrumental, budaya ekspresif dan budaya moral. Ketiga-tiga
budaya ini merupakan budaya yang ada di dalam sesebuah sekolah ataupun institusi.
Pengekalan budaya-budaya ini bergantung kepada cara dan piawaian sesebuah sekolah atau
institusi tersebut.
Pendidikan merupakan satu proses penularan atau transmisi secara formal dan tidak formal.
Institusi pendidikan pula merupakan sebuah struktur sosial yang berungsi sebagai tempat
untuk proses ini berlaku. Di dalam institusi ini pula, berlaku sosialisasi di antara masyarakat
yang terdapat di dalam institusi tersebut. Dalam konteks ini, peranan sekolah sebagai sebuah
sistem sosial dapat dibahagikan mengikut tiga teori pendidikan iaitu teori fungsionalisme, teori
konflik dan juga teori interaksionisme.
i. Teori Fungsionalisme
Secara umumnya, teori fungsionalisme merupakan teori yang mengkaji pendidikan dengan
cara menghubungkan sekolah kepada keperluan-keperluan masyarakat. Teori
Fungsionalisme merupakan sebuah teori di bawah pendidikan moden. Dalam konteks ini, teori
fungsionalisme mempunyai beberapa aspek iaitu pendidikan moraliti, sosialisasi, jenis-jenis
sosialisasi dan juga Basil Bernstein (Kelas, Kod dan Kawalan). Teori fungsionalisme
merupakan sebuah agen sosialisasi kepada masyarakat. Durkheim (1956) melihat pendidikan
sebagai satu agen atau berfungsi untuk mengekalkan masyarakat. Idea fungsionalisme ini
adalah “masyarakat berasaskan konsensus”. Ia membawa maksud manusia bersetuju
kepada nilai-nilai asas masyarakat. Durkheim berpendapat bahawa jika berlaku sesuatu
kepada kehidupan masyarakat, ia perlu dikawal oleh sesuatu atau undang-undang. Sebagai
contoh, institusi sosial yang umum, diketahui oleh masyarakat seperti undang-undang,
keluarga dan pendidikan merupakan satu medium yang memberikan bimbingan kepada
sesebuah masyarakat.
Selain itu, teori ini turut menjadi sistem penyaluran budaya di mana budaya dikongsi
oleh masyarakat di dalam sesebuah institusi. Ia secara langsung mampu mengembangkan
nilai-nilai dan keupayaan intelektual masyarakat. Dalam konteks ini, teori fungsionalisme
sangat menekankan keperluan hidup bermasyarakat.Teori Fungsionalisme tidak melihat
individu sebagai seorang yang mampu menentukan kepentingannya sendiri. Dalam erti kata
lain, teori ini hanya berfungsi untuk masyarakat. Teori ini hanya menekankan perkara yang
dikehendaki oleh masyarakat merupakan perkara yang terbaik untuk seseorang individu. Oleh
yang demikian, teori ini menekankan kandungan-kandungan yang sesuai untuk masyarakat
dalam usaha pembangunan individu. Pendidikan seperti konsep sebab dan akibat, undang-
undang, ruang, sistem nombor, kehidupan dan sebagainya disediakan selaras dengan
kemahuan masyarakat.
Salah satu cabang atau aspek di dalam teori ini adalah pendidikan moraliti. Dalam
konteks ini, fungsi pendidikan untuk disesuaikan ke dalam masyarakat adalah melalui proses
sosialisasi. Dalam masyarakat moden, pengaruh tradisi dan agama yang kian berkurang
menyebabkan individu-individu pada masa kini semakin hilang pegangan. Oleh yang
demikian, individu-individu tersebut dapat diselamatkan melalui pendidikan moral. Individu
perlu diberikan didikan moral dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Durkheim menyatakan bahawa terdapat tiga ciri sistem moral yang perlu ada dalam diri
seseorang individu iaitu disiplin, ikatan dalam kumpulan sosial dan autonomi diri. Ketiga-tiga
ciri ini perlu diamalkan oleh individu moden bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-
perkara negatif (Durkheim, 1956, p. 74).
Sosialisasi yang ketiga ialah sosialisasi semula atau resosialisasi. Proses ini pada
kebiasannya berlaku apabila seserang individu berada dalam keadaan terdesak atau
terpaksa. Sebagai contoh, berlaku kemalangan yang tida terduga, seseorang dibuang kerja
atau berlaku bencana alam. Selain itu, sosialisasi semula ini juga berlaku disebabkan oleh
perubahan yang dikehendaki oleh masyarakat. Sebagai contoh, seorang penagih dadah atau
penyamun yang ditempatkan di pusat tahanan. Hukuman yang dijalankan terhadap penagih
dadah dan penyamun tersebut merupakan satu jenis perubahan yang dikehendaki oleh
masyarakat setempat kerana bagi mereka, pelaku jenayah perlu dihukum. Aspek terakhir di
dalam teori fungsionalisme adalah sistem Bernstein. Dalam konteks ini, Basil Bernstein (1924-
2000) merupakan salah seorang ahli neofungsionalisme yang terkenal. Bernstein
menggunakan tema solidariti organik dan solidariti mekanik untuk menganalis perubahan
dalam sistem pendidikan. Bernstein telah memulakan kajian terhadap hubungan di antara
kelas sosial dan bentuk komunikasi pada tahun 1950-an. Ia mengaitkan kepentingan kod-kod
bahasa yang digunakan dalam proses sosialisasi.
ii. Teori Konflik
Teori konflik dalam pendidikan banyak dipengaruhi oleh kajian-kajian daripada aliran Karl
Marx. Teori konflik menganggap pendidikan sebagai satu medium untuk mencapai tujuan atau
kehendak ekonomi masyarakat. Teori ini mempunyai persamaan dengan teori fungsionalisme
di mana ia menggunakan pendidikan sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamatnya.
Perbezaan di antara kedua-dua teori ini adalah perspektif teori fungsionalisme melihat
sosialisasi sebagai satu proses yang penting untuk meggabungkan masyarakat manakala
teori konflik melihat proses sosialisasi sebagai satu kelas sosial yang berbeza. Selain itu, teori
fungsionalisme turut melihat pendidikan sebagai cara untuk meningkatkan mobiliti sosial
namun teori konflik berpendapat bahawa pendidikan hanya mengekalkan perbezaan sosial.
Secara ringkasnya, teori konflik lebih merujuk kepada hal-hal berkaitan konflik seperti jurang,
ketidakadilan, pertentengan dalam kalangan kelas-kelas sosial dan juga konflik-konflik dalam
bidang pendidikan.
Teori konflik menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu medium yang berfungsi
untuk memenuhi kehendak-kehendak ekonomi masyarkat. Pendidikan dimanfaatkan oleh
sistem kapitalis untuk mencapai kehendak ekonomi. Ahli-ahli fikir aliran ini berpendapat
bahawa persaingan untuk mendapatkan kedudukan ekonomi merupakan punca utama
berlaku konflik dalam kalangan masyarakat. Di dalam persaingan yang berlaku, mereka
menganggap bahawa sistem pendidikan hanya menyebelahi satu pihak sahaja, iaitu pihak
yang dominan dalam masyarakat. Hal ini telah menyebabkan wujud persoalan berkenaan
dengan pertandingan kelas-kelas sosial, jurang dan ketidakadilan dalam peluang pendidikan.
Pendidikan dalam hal ini diketengahkan sebagai satu medium yang berperanan untuk
menjamin stratifikasi sosial yang ada dalam masyarakat. Selain itu, pendidikan juga berfungsi
untuk mengukuhkan kedudukan kelas sosial dan kedudukan golongan kapitalis. Dalam hal
ini, sekolah pada asanya ditubuhkan untuk membentuk sifat hormst kepada golongan autoriti,
membentuk ketaatan dan juga disiplin dalam kalangan masyarakat tertamanya kanak-kanak
demi untuk menghasilkan seorang pekerja yang mempunyai kualiti dalam sektor
perindustrian. beberapa pengikut teori konflik ini berpendapat bahawa pendidikan bukanlah
untuk tujuan mobiliti namun ia adalah untuk mengekalkan status quo. Hal ini dibuktikan melalui
keputusan-keputusan ujian yang dijalankanoleh sekolah, kanak-kanak dan remaja yang
berasal dari golongan kelas menengah dan kelas atasan mendapat keputusan yang lebih
baik.
Dalam konteks ini, sistem persekolahan mendapat beberapa tentangan dan kecaman
daripada para pengikut teori konflik ini. Antaranya ialah Ivan Illich yang mengatakan bahawa
sistem persekolahan moden harus dihapuskan kerana menurut beliau peranan pendidikan
adalah untuk menerapkan nilai-nilai ekonomi kapitalisme kepada kanak-kanak. Oleh itu,
sekolah perlu menekankan aspek-aspek material dan teknikal kepada mereka. Illich turut
berpendapat bahawa sekolah perlu digantikan dengan institusi convivial, iaitu pembelajaran
secara suka rela mengikut minat dan kemahuan pelajar dan bukan mempelajari asas-asas
atau konsep kepada mereka. Secara ringkasnya, beliau berpendapat bahawa sekolah perlu
memenuhi kemahuan industri semasa bagi menghasilkan satu produk atau individu yang
berkualiti demi peningkatan ekonomi mereka. Walapun begitu, majoriti pengikut teori konflik
turut mengakui bahawa perkembangan sistem pendidikan yang dilakukan oleh negara tidak
memberikan peluang-peluang yang sama kepada kanak-kanak namun ia hanya dijalankan
sesuai dengan kehendeak dan keperluan kapitalisme. Mereka melihat hasil akhir sistem
pendidikan adalah tidak seimbang dan tidak adil bagi masyarakat. (Ivan Illich, 1970).
Salah satu ahli sosiologis nemarxist yang mengkaji fungsi amalan-amalan pendidikan
ialah Pierre Bourdieu (1930). Beliau mengkaji tentang ketidaksamaan sosial yang terjadi hasil
daripada amalan-amalan pendidikan. Beliau menganalisis tentang proses dalam sekolah
yang menyumbang kepada reproduksi kelas sosial. Dalam konteks ini, Bourdieu menyatakan
bahawa ketidaksamaan sosial dipindahkan daripada generasi ke generasi yang lain melalui
proses persekolahan. Antara konsep penting yang telah disumbangkan oleh Pierre Bourdieu
ialah habitus, cultural capital ataupun modal budaya dan penganiayaan simbolik ataupun
symbolic violence. Bourdieu tidak begitu memfokuskan tentang definisi konsep yang dibawa
oleh beliau. Walaubagaimanapun, Bourdieu menyatakan secara umunya bahawa habitus
merupakan satu kaedah dan cara berfikir berkenaan dengan dunia sosial. Ia merupakan satu
proses sosialisasi yang mewariskan mod-mod dominan pemikiran dan pengetahuan kepada
dunia fizikal dan sosial. Sehubungan dengan itu, Bourdieu turut menyatakan bahawa terdapat
empat aspek habitus iaitu habitus sebagai elemen yang terkandung dalam diri individu,
hubungan di antara habitus dan agensi dan himpunan kolektif trajektori individu (Amir Hassan
Dawi, 2022).
Teori Fungsionalisme dan teori konflik filihat sebagai satu teori yang mengkaji masyarakat
pada peringkat makro, iaitu masyarakat yang lebih besar. Teori fungsionalisme melihat
tingkah laku sebagai sesuatu yang berlaku berdasarkan sebab dan akibat manakala teori
konflik pula melihat konflik-konflik sosial, ketidaksamaan dan stratifikasi sosial dalam
kalangan masyarakat. Teori interaksionisme adalah berdasarkan interpretasi mikro. Dalam
konteks ini, perspektif mikro mengkritik golongan fungsionalisme dan teoi konflik kerana
terlalu bergantung dengan pendapat yang mengatakan bahawa manusia dibentuk oleh sistem
sosial. Kedua-dua teori tersebut tidak begitu memfokuskan kepentingan makna, kehendak,
niat, penglibatan aktif individu dalam realiti sosial. Menurut teori interaksionisme, manusia
tidak pasif dan interaksi sosial membentuk realiti dalam kehidupan masyarakat. Dalam
konteks interaksi sosial, manusia memilih peranan masing-masing dan memainkan peranan
tersebut mengikut kesesuaian mereka.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, sekolah dapat dikategorikan sebagai salah satu institusi sosial dengan
adanya interaksi yang terjadi dalam kalangan masyrakat di sekolah tersebut. Interaksi ini amat
penting untuk memastikan sekolah sebagai sistem sosial yang berfungsi dengan baik. Selain
itu, sekolah turut dianggap sebagai satu sistem sosial yang bertanggungjawab untuk
membentuk tingkah laku dan nilai-nilai yang dipegang oleh kanak-kanak dalam usaha untuk
melahirkan generasi yang berkualiti dalam apa jua bidang. Oleh yang demikian, fungsi-fungsi
sekolah, teori-teori pendidikan serta pendekatan yang digunakan bagi menambahkan kualiti
sekolah amat penting untuk dikenalpasti bagi membantu penambahbaikan sistem pendidikan
di negara ini.
Bibliografi
Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjong Malim, Perak:
Quantum Books
David Blackledge and Barry Hunt. (1985). Sociological interpretations of education. London:
Routledge
Jeanne H. Ballantine. (2001). The sociology of education: a systematic analysis. Upper Saddle
River, N.J.: Prentice Hall
Kamus Dewan Bahasa. (2005). Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka.
Katz, D., and Kahn, R.L. (1966) The Social Psychology of Organizations. John Wiley and
Sons: New York
Talcott Parsons. (1902). The Structure of Social Action: A Study in Social Theory with Special
Reference to a Group of Recent European Writers. New York Free Press.
T. Marimuthu. (1994). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.