GP Acara Rekacipta 2.0 Potensi 2021
GP Acara Rekacipta 2.0 Potensi 2021
GP Acara Rekacipta 2.0 Potensi 2021
1. PENDAHULUAN
1.1 Kanak-kanak secara semulajadi suka meneroka, mencuba,
mengeksperimen, dan mencipta. Oleh itu, kanak-kanak seawal usia perlu
digilap potensi mereka untuk menghasilkan idea atau produk yang kreatif
dan inovatif.
1.2 Mencipta merupakan salah satu tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT), di mana kanak-kanak diterapkan kemahiran berfikir secara kreatif
dalam menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai
dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak
mengikut kelaziman.
1.3 Pendidikan mencipta atau Maker Education iaitu istilah yang dicipta oleh
Dale Dougherty pada tahun 2013 berkait rapat dengan pembelajaran
disiplin akademik sains, teknologi, nilai murni, kejuruteraan, seni dan
matematik (STREAM) yang diperkenalkan di KEMAS. Ini kerana pendidikan
STREAM amat menekankan budaya mencipta (maker culture) iaitu
menekankan pembelajaran berasakan masalah serta projek yang
menekankan kemahiran abad ke-21.
1.4 Oleh itu, pertandingan Reka cipta 2.0 merupakan penjenamaan semula
Reka cipta sebelum ini dengan memberi nilai tambah kepada perkara
seperti berikut:
2. OBJEKTIF
2.1 Membina budaya mencipta (maker culture) kepada kanak-kanak serta
masyarakat; dan
2.2 Membangunkan modal insan yang berinovasi di peringkat awal kanak-
kanak
3. SYARAT PERTANDINGAN
3.1 PESERTA
3.1.1 Setiap negeri WAJIB menghantar satu (1) kumpulan
3.1.2 Kumpulan terdiri daripada dua (2) orang iaitu:
i) seorang kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur lima (5) atau
enam (6) tahun; dan
ii) seorang ibu, bapa atau penjaga (tiada had umur)
3.2 TUGASAN
3.2.1 Setiap kumpulan dikehendaki membina dan menghasilkan projek
inovasi reka cipta kitar semula peralatan di rumah (pilih SATU
peralatan sahaja) bertemakan “Bumiku...Rumahku” cth: mencipta
kerusi menggunakan botol, lampu perhiasan kitar semula dan
sebagainya.
3.2.2 hasil reka cipta WAJIB berkonsepkan "high impact, low cost" iaitu
menggunakan bahan kitar semula, bahan semula jadi dan bukan
bahan yang dibeli. Sekiranya menggunakan cawan kertas,
pinggan kertas, lidi sate, tisu, span atau mana-mana bahan pakai
buang ianya perlulah telah digunakan.
3.2.4 Hasil projek reka cipta perlu diserahkan kepada KEMAS Negeri
masing-masing untuk dikumpulkan sebelum surat arahan lanjut
berkaitan projek dimaklumkan.
3.2.5 Hasil projek reka cipta tersebut akan menjadi Hak Milik dan
Hakcipta Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
4. KRITERIA PEMARKAHAN
4.1 Pemarkahan mengambilkira perkara seperti berikut:
5. HAKIM
5.1 Tiga (3) orang panel hakim akan menghakimi setiap pertandingan
Kebangsaan termasuk Ketua Hakim.
5.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan TIDAK
akan dilayan.
6. TAKWIM PERTANDINGAN
6.1 Pelan tindakan pertandingan adalah seperti berikut:
LAMPIRAN A
GAMBAR PROJEK
(DEPAN)
GAMBAR PROJEK
(DEPAN)
PERKARA RINGKASAN*
Apakah yang telah direkacipta? penerangan ringkas
Kenapa projek ini dipilih? penerangan ringkas
Apakah masalah yang ingin penerangan ringkas
diselesaikan? (Objektif reka cipta)
Senaraikan bahan yang digunakan gambar
Struktur projek gambar
Bagaimana ianya berfungsi? penerangan ringkas
* Nota: ringkasan dalam bentuk point sahaja