Contoh Lantikan Subcon

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Rujukan Kami : XXXX/P7/001

Tarikh :

( Nama Subkontraktor & Alamat )

Tuan,

SURAT LANTIKAN SUBKONTRAKTOR

CADANGAN MEMBINA SXXXXXXX


o Subkontraktor Buruh Dan Bahan Bagi Kerja Membina XXXXXX
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adalah dengan hormatnya kami merujuk kepada rundingan yang telah diadakan berkaitan
perkara di atas.

2. Sukacita kami menawarkan kepada pihak tuan kerja-kerja di atas dengan harga
tawaran RM 92,000.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SEMBILAN PULUH
DUA RIBU SAHAJA )

3. Pihak tuan diminta memulakan kerja-kerja ditapak dari tarikh kerja dipanggil.

4. Sila maklum tentang perkara-perkara berikut :

a. Tempoh liabiliti kecacatan : 1 tahun


b. Wang tahanan : 5%
c. Denda lewat : RM200.00
d. Pegawai Penguasa : XXXXX
e. Wakil P.P : XXXXX
f. Pengurus Tapak :
g. Tempoh Masa : 14 Mei 2018 – 15 Ogos 2018

5. Perkara-perkara berikut termasuk dalam subkontrak ini :

a) Surat pemberitahuan penerimaan sebutharga


b) Perkara-perkara perjanjian (XXXX/SUB 1)
c) Kehendak lukisan-lukisan dan pelan-pelan, skop kerja, spesifikasi kerja
mengikut kelulusan JKR, syarat-syarat kerja
d) Arahan-arahan kontraktor berkaitan dengan skop kerja
e) Sebutharga dan Kadar Harga
f) Arahan Pegawai Penguasa dengan persetujuan kontraktor
g) Lain-lain dokumen berkaitan kontrak kerja ini
6. Tuan diminta menyediakan ‘As-built drawing’ 2 minggu setelah kerja-kerja M&E
siap keseluruhan. Selain itu juga, tuan perlu menyediakan ‘manual operation’
dan surat dari Penguasa Tempatan untuk kelulusan CF.

7. Sebarang perubahan pelan melibatkan rekabentuk semula, XXXX berhak untuk


merundingkan semula kos kerja yang terlibat.

8. Pihak tuan perlu mematuhi syarat – syarat kehendak kontrak ini dengan memiliki
lessen / sijil plumber dari Jabatan Bekalan Air. Semua lukisan susunatur sistem
paip air hendaklah disediakan oleh pihak tuan bagi memenuhi kehendak XXXX,
Konsultan dan XXXX Sdn Bhd.

9. Tuan juga hendaklah mempunyai Sijil Kekompetan Jurugegas Gas.

10. Semua peralatan ‘fitting’ dan ‘special’ spt ‘sluice valve, air valve, tee, bend off
dan lain-lain hendaklah mempunyai sijil kelulusan SIRIM dan sijil ujian.

11. Segala kerja ujian perlu dibuat selepas pemasangan dan perlu mendapatkan
kelulusan daripada badan-badan kerajaan.Tuan juga dikehendaki memdapatkan
sijil ujian dan waranti daripada kilang.

12. Semua pekerja asing hendaklah mempunyai permit.Sebarang masalah yang


timbul berkaitan dengan pekerja asing adalah menjadi tanggungjawab tuan. Kad
Hijau CIDB untuk setiap pekerja adalah tanggungjawab pihak tuan
menyediakannya.

13. Pihak tuan juga dikehendaki menyediakan satu program kerja dalam masa satu
minggu dari tarikh dipanggil kerja, sekiranya pihak tuan tidak dapat menyediakan
dalam tempoh masa tersebut maka kami akan memberi program kerja kami dan
pihak tuan perlu mematuhi program kerja tersebut bagi mengelakkan sebarang
kelewatan.

14. Pihak tuan juga perlu menambahkan bilangan pekerja apabila diarahkan oleh
pihak kontraktor untuk mencapai target Progress Kerja.Jika berlaku kelewatan
kerja melebihi 12% daripada jadual maka kami tidak teragak-agak untuk
menamatkan kontrak tuan dan mengambil alih kerja-kerja tersebut.

15. Tuan perlu meletakkan sekurang-kurangnya seorang wakil yang berpengalaman


bagi mengendalikan sebarang masalah yang timbul.

16. Tuan adalah dipertanggungjawab bagi kerja-kerja pembersihan kawasan tapak


bina dan juga selepas tamat pembinaan hendaklah lewat 7 hari dari notis yang
ditetapkan untuk mengeluarkan segala sampah sarap, jentera, peralatan, bahan
binaan dan lain-lain di tapak bina. Kegagalan tuan berbuat demikian akan
mengakibatkan bayaran terlibat dituntut dan dipotong dari bayaran yang
sepatutnya tuan terima.
17. Bayaran akan dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kepada kemajuan kerja di
tapak dalam masa satu bulan daripada tarikh kelulusan tuntutan 5% wang tahanan
akan dikenakan untuk setiap bayaran.

18. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan maka surat ini dan perjanjian
XXXX/SUB hendaklah mengatasi surat tawaran.

19. Surat lantikan dan Dokumen Kontrak ( XXXX/SUB) disiapkan dalam dua
salinan. Sila hadir ke pejabat ini beserta saksi untuk menyempurnakan surat
lantikan yang akan disiapkan di dalam dua salinan.Sekiranya pihak tuan tidak
dapat menyempurnakan dalam tempoh seminggu yang, kami tidak ragu-ragu
untuk membatalkan surat tawaran ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
XXXX SDN BHD

……………………………………………..………….
(XXXXXXXXXXXX)
Pengarah Urusan

You might also like