Ulasan Artikel Individu
Ulasan Artikel Individu
Ulasan Artikel Individu
SEMESTER
JA221 SEMESTER APRIL 2022/2023
PUSAT
MELAKA (AA)
TUGASAN INDIVIDU
ULASAN ARTIKEL
TAJUK:
The COVID-19 Pandemic Situation in Malaysia: Lessons Learned from the Perpective of
Population Density
DISEDIAKAN UNTUK
DR. KHALTUM
DISEDIAKAN OLEH
Muhamad Khairul Nizam bin Sabudin (283245)
GMGM2023- TI- 283245
1. PENGENALAN
2. PERBINCANGAN TOPIK
Topik yang diulaskan dalam artikel tersebut adalah perlaksaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini yang
melibatkan tiga fasa iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menerusi langkah yang diambil oleh kerajaan, penularan wabak penyakit covid-19 dalam
negara Berjaya menurun daripada bilangan tiga angka digit kepada satu angka digit
menjelang penghujung bulan Jun 2020. Namun begitu, angka jangkitan wabak penyakit
terus meningkat di awal bulan September disebakan oleh kemunculan dua kluster uatama
dan mutasi jenis D614G. Tambahan pula, keadaan lebih memburuk apabila berlaku
peningkatan mobility manusia disebabkan oleh pilihanraya negeri dan kegiatan politik di
wilayah Sabah. Semenjak daripada itu, angka penularan jangkitan Covid-19 di negara ini
terus meningkat sehingga mencecah angka empat dan angka lima digit.
Selain itu, artikel tersebut juga mengetengahkan isu berkaitan kesan kepadatan
penduduk terhadap kadar kebolehjangkitan penyakit disebabkan virus Covid-19 yang
1
GMGM2023- TI- 283245
penularannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kajian ini menunjukkan penularan
jangkitan virus Covid-19 boleh menular disebabkan faktor sentuhan yang melibatkan
kegiatan ekonomi, sosial dan rangkaian pengangkutan. Jester itu, jangkitan wabak Covid-
19 di lokasi pusat bandar adalah lebih tinggi berbanding lokasi luar bandar disebabkan oleh
kepadatan penduduk yang tinggi.
Namun begitu, situasi ini dapat diatasi sekiranya setiap anggota masyarakat
mengamalkan Prosedur Operasi Standart (SOP) dan mengamalkan norma-norma baharu
dalam kehidupan seharian seperti sentiasa memakai pelitup muka di tempat tumpuan
ramai, kerap membasuh tangan menggunakan sabun atau sanitasi tangan serta menjaga
jarak antara individu lain iaitu sekurang-kurangnya satu meter.
4. CADANGAN
Cadangan menegnai isu yang dipilih adalah penulis perlu membuka skop kajian
yang lebih meluas dan bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran yang dipetik daripada
perpektif kepadatan penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai pengajaran
yang boleh diketengahkan adalah daripada kegiatan politik yang tidak stabil dan bergiat
aktif semasa berlaku penularan wabak Covid-19 dalam negara ini. Sikap ahli politik
seharusnya tidak mementingkan diri sendiri serta jawatan yang disandang sehingga
2
GMGM2023- TI- 283245
terbubar parlimen di peringkat negeri. Contohnya, Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) pada
tahun lepas adalah tidak sepatutnya diadakan semasa pandemik masih melanda negara pada
ketika itu. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja menjejaskan kesihatan penduduk malahan
menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara kerana terpaksa membelanjakan wang dalam
jumlah yang besar bagi menambah baik sistem kesihatan negara termasuk menambah
fasiliti-fasiliti kesihatan awam.
5. KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu yang diketengahkan oleh penulis dalam artikel ini amat
bersesuaian dengan keadaan semasa yang berlaku ketika ini. Ini menunjukkan bahawa
betapa pentingnya menjaga kesihatan diri serta akur kepada pucuk kepimpinan negara bagi
membaik pulih kesihatan masyarakat dalam negara. Tambahan pula, artikel seperti ini
dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi pengkaji-pengkaji pada ketika ini dan akan
datang. Hal ini dikatakan demikian kerana jangkitan wabak virus ini merupakan antara
pandemic yang besar dan terburuk yang dihadapi oleh penduduk negara ini.
3
GMGM2023- TI- 283245
6. RUJUKAN
Ashley Tang. (2020). Malaysian Announces Movement Control Order After Spike in
Covid-19 cases (updated).
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/16/malaysia-announces-
restricted-movement-measure-after-spike-in-covid-19-cases
aw. S.B., The. B. T., Ling. G.H.T., Leng. P.C., Chan. W. H., & Ahmad. M. H. (2020). The
COVID-19 Pandemic Situation in Malaysia: Lessons Learned From The
Perspective of Population Destiny.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8296337/