Kertas Kerja SMK Engku Husain

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA LAWATAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING ZON PUDU

KE SMK ENGKU HUSAIN DAN UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU) TAHUN 2022

1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, maka Jawatankuasa Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Wilayah Pudu Kuala Lumpur telah bercadang untuk mengadakan
lawatan profesionalisme ke SMK Engku Husain dan Universiti Multimedia (MMU). Program lawatan profesionalisme
ini merupakan  program tahunan dalam takwim aktiviti Zon Pudu setiap tahun. Program yang amat baik sebagai
landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling. Tujuan lawatan profesionalisme ini adalah untuk perkongsian pintar, sebagai penanda aras dan
perolehan input-input yang berguna yang boleh dijadikan panduan dan rujukan. Secara tidak langsung, program
seperti ini dapat membina jaringan antara sekolah dengan Institusi-institusi yang lain.

2.0 RASIONAL

Program yang dirancang dapat meningkatkan pengetahuan guru kaunseling dalam mengenal pasti kekuatan sumber
dan anggota organisasi yang sedia ada serta menjalin silaturrahim dan bertukar-tukar idea dalam usaha
meningkatkan pencapaian akademik dan pengurusan yang berkaitan.

3.0 OBJEKTIF

 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga Guru
Bimbingan & Kaunseling

 Meningkatkan kemahiran guru-guru Bimbingan & Kaunseling untuk mengendalikan program dan aktiviti yang
melibatkan pihak luar, mengikut prosedur yang teratur dan betul.

 Menjadi sumber rujukan bagi penarafan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling cemerlang

 Memberikan pengalaman secara langsung kepada guru kaunseling mengenai pelaksanaan Institusi swasta.

4.0 TARIKH/MASA/TEMPAT

Cadangan Tarikh : 18 Ogos 2022 ( Khamis )

Tempat Lawatan : SMK Engku Husain, Semenyih dan Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Menengah Wilayah Pudu,
Kuala Lumpur.

           
6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM    

Jawatankuasa Pengurusan
Pengerusi : Pn. Siti Khadijah binti Hasnullah (SMK Seri Bintang Utara)
Naib Pengerusi : Pn. Noraidawati binti Mohamed (SMK Orkid Desa)
Setiausaha : Pn. Norsuhaila binti Baharom (SMK Cochrane Perkasa)
Naib Setiausaha : Pn. Nur Azienty binti Awang (SMK Alam Damai) 
Bendahari : Pn. Amirliah binti Mohd Said (SMK Taman Maluri)

Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras : Pn. Rashidah binti Ramlan (SMK Seri Mutiara)
Setiausaha : Pn. Loo Siew Lan (SMK Seri Mutiara)
Naib Setiausaha : Pn. Chen Boon Yee (SMK Seri Mutiara)
Bendahari : En. Yep Yoke Fai  (SMK Taman Connaught)         
Naib Bendahari : En. Mohd Kamal Asri bin Mohd Asraff (SMK Taman Connaught)
Pengacara Majlis : Pn. Nur Azienty binti Awang (SMK Alam Damai) 
Pendaftaran Guru : Pn. Loo Siew Lan (SMK Seri Mutiara)
Pn. Chen Boon Yee (SMK Seri Mutiara)
Dokumentasi/Penilaian : Pn. Nur Hafizah binti Lois (SMK Alam Damai)
Pn.Siti Salwa Bt Mohd Arshad (SMK Alam Damai)
Buku Program : Pn. Khalilah binti Abu Hassan (SMK Taman Connaught)
Makanan : Pn. Nik Ismayati binti Nik Yusof (SMK Bandar Tun Razak)
            Pn. Sharifah Shahida binti Tuan Othman Aziz (SMK Bandar Tun Razak)
Tajaan : En.Yep Yoke Fai (SMK Taman Connaught)
Fotografi : En. Mohd Kamal Asri bin Mohd Asraff (SMK Tmn Connaught)  
Pengangkutan : Pn Nur Aishah bin Jamaludin (SM Teknik Kuala Lumpur)
En. Mohd Sabri bin Mohamad (SM Teknik Kuala Lumpur)
                                    Pn. Fazilah binti Hashim (SMK Dato Onn)
Cenderamata/Sijil : Pn. Fadzila Bt Mohd Yunos (SMK Seri Mulia)
Pn. Monalisa Charles (SMK Dato’Onn )
7.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi Berkumpul di SM Teknik Kuala Lumpur

7.45 pagi Bertolak ke SMK Engku Husain

8.45 pagi Tiba di SMK Engku Husain

9.00 pagi Minum Pagi

9.20 pagi Taklimat oleh pihak Pengurusan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Engku Husain

11.00 pagi Lawatan ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Engku Husain

11.30 pagi Bertolak ke Multimedia University, Cyberjaya

12.00 tengah hari Tiba di Multimedia University (MMU), Cyberjaya

12.15 tengah hari Taklimat oleh pihak Multimedia University (MMU), Cyberjaya

1.15 petang Makan tengah hari dan Solat Zohor

2.00 petang Lawatan Kampus

3.30 petang Sesi Penutupan dan bertolak pulang

4.00 petang Dijangka tiba di SM Teknik Kuala Lumpur

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Pengangkutan : RM 700 (Pergi dan Balik)

Makanan : RM 200 (RM 5.00 x 40 orang GBK - Minum Pagi)

: RM 400 (RM 10.00 x 40 orang GBK - Makan Tengah hari)

Jumlah : RM 1300.00

SUMBER KEWANGAN

Sumbangan GBK : RM 800 (RM 20.00 x RM 40 Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Sumbangan MGK Pudu : RM 500.00

Jumlah : RM 1300.00

9.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya Program Profesionalisme  ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan
muhibbah dalam kalangan Warga Guru Bimbingan Dan Kaunseling Zon Pudu, di samping dapat mewujudkan
persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan
mencapai objektif  Jawatankuasa Guru Bimbingan Dan Kaunseling Wilayah Pudu.                                          
Disediakan oleh:

__________________

(LOO SIEW LAN)

Setiausaha Program

Disokong oleh:

___________________

Diluluskan oleh:

___________________

You might also like