0% found this document useful (0 votes)
37 views

Kementerian Pendidikan Malaysia

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu SJK(C) Pui Teh akan diadakan pada 14 Mac 2023. Agenda mesyuarat termasuk perbincangan pelan taktikal dan aktiviti panitia untuk tahun 2023/2024 seperti program Sinar BM dan pertandingan syarahan.

Uploaded by

khalijah
Copyright
© © All Rights Reserved
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
37 views

Kementerian Pendidikan Malaysia

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu SJK(C) Pui Teh akan diadakan pada 14 Mac 2023. Agenda mesyuarat termasuk perbincangan pelan taktikal dan aktiviti panitia untuk tahun 2023/2024 seperti program Sinar BM dan pertandingan syarahan.

Uploaded by

khalijah
Copyright
© © All Rights Reserved
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

而榄培智国民型华文学校
SJKC PUI TEH Tel : 03-32648409
JALAN SIMPANG TIGA, Faks : 03-32648409
45800 JERAM, SELANGOR. Laman Web:[email protected]

Tarikh:30.01.2023

GURU MATA PELAJARAN B.MELAYU


SJKC Pui Teh,
Jalan Simpang Tiga,
45800 Jeram,
Selangor.

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT PANITIA B.MELAYU KALI KE-1 SESI 2023/202

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa meyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh : 14 Mac 2023

Masa : 9:30-11:00 Pagi

Tempat : Kelas Tahun 2

Pengerusi : Tiew Yan Teng

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1. Perutusan Pengerusi


3.2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.3. Perkara Berbangkit.
3.4. Perbincangan Kertas Kerja/Laporan Bulanan
3.5. Perkara-Perkara Baharu
3.6. Hal-Hal Lain
3.7. Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.


Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
( KHALIJAH BINTI ABDULLAH )
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SJK (C) Pui Teh
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PUI TEH, JERAM

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT

Mesyuarat : Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ke-1 Sesi 2023/2024

Tarikh : 14 Mac 2023

Masa : 9:30-11:30 Pagi

Tempat : Kelas Tahun 2

Pengerusi : Tiew Yan Teng

Bil Nama Tandatangan


1 Tiew Yan Teng
2 Tan Ai Ling
3 Sit Ai Ling
4 Khalijah binti Abdullah
5 Siti Najihah binti Mohd Anuwi
6

TIDAK HADIR

BIL NAMA GURU CATATAN


1 Liang Chi Huoy Cuti Sakit
2

Disediakan oleh :

………………………….
(KHALIJAH BINTI ABDULLAH )
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SJK (C) PUI TEH JERAM
MINIT MESYUARAT PANITIA B.MELAYU
KALI KE-1 SESI 2023/2024

TARIKH : 14 Mac 2023


TEMPAT : Kelas Tahun 2
MASA : 3:30-5:00 Petang
KEHADIRAN : Pn.Tiew Yan Teng ( Guru Besar)
Pn. Tan Ai Ling (Guru BM Tahun 1)
Cik Sit Ai Ling (Guru BM Tahun 2)
Pn.Khalijah binti Abdullah (Guru BM Tahun 4,5,&6)
Cik Siti Najihah binti Mohd Anuwi (Guru BM Tahun 3)

Tidak Hadir : Pn.Liang Chi Huoy (PK Pentadbiran)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih atas kehadiran semua
guru.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1. Minit mesyuarat yang diadakan pada 01.02.2023 disahkan tanpa pindaan.

Pencadang : Cik Sit Ai Ling


Disokong : Pn. Tan Ai Ling

3.0 PERKARA BERBANGKIT

-Tiada

4.0 PERBINCANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN BULANAN

-Tiada

5.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

5.1 Penggunaan Buku Latihan

5.1.1 Berikut merupakan penggunaan buku latihan mengikut tahun

BIL TAHAP 1 BIL TAHAP 2 JENIS BUKU


1 Tulisan 1 Tulisan Pendek
2 Ejaan/Imlak 2 Ejaan/Imlak Pendek
3 Latihan 3 Latihan Pendek
4 Bina Ayat 4 Bina Ayat Panjang
5 Binat Ayat Bergambar 5 Penulisan Panjang
SEMUA BUKU PENDEK 6 Ulasan Panjang

5.2 Kewangan Panitia

5.2.1 PCG bagi tahun 2023 untuk Panitia Bahasa Melayu sebanyak RM80.64.

Tindakan : makluman
5.3 Pelan Taktikal 2023/2024

5.3.1 Terdapat 3 aktiviti di bawah Program Sinar B.Melayu akan dijalankan iaitu 1 Hari
1 Ayat, Ingat Menulis dan Tahu Membaca Celik Mengeja.
5.3.2 Selain itu LADAP juga akan dijalankan dibawah PSO iaitu sebanyak 2 kali
setahun.
Tindakan : Semua guru BM
5.4 Aktiviti Panitia

5.4.1 Program Sinar Pagi


i.Dijalankan pada waktu pagi pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat bermula jam
7:15-7:30 pagi.
ii.Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
iii. Dijalankan setiap selang 3 minggu mengikut jadual guru bertugas.

5.4.2 Program Sinar BM


i.Dijalankan dalam kelas mengikut waktu bahasa Melayu.
ii.Ketua panitia menyediakan bahan, guru Bahasa Melayu setiap kelas yang
akan melaksanakan aktiviti semasa PdP Bahasa Melayu.

5.4.3 Minggu Panitia Bahasa Melayu


i.Pada tahun ini beberapa aktiviti baharu akan dibincangkan untuk menggantikan
aktiviti biasa yang dijalankan semasa minggu panitia.
ii.Cadangan minggu panitia akan dijalankan pada 12-16 Jun 2023.

5.4.4 Pertandingan
i.Pertandingan syarahan dan bercerita akan dijalankan diperingkat sekolah pada
16 Jun 2023
ii.Hanya pertandingan syarahan sahaja yang akan dipertandingankan di
peringkat MGB pada 4 Julai 2023.

5.5 Pemulihan Tahun 2021

5.5.1 Guru penyelaras pemulihan masih lagi Puan Khalijah Binti Abdullah. Bagi SKM
semua guru mata pelajaran ialah guru pemulihan. Pemulihan dijalankan dalam
kelas sekiranya terdapat murid pemulihan.

5.5.2 Berdasarkan data tahun 2022/2023 terdapat seorang sahaja murid pemulihan
bahasa Melayu iaitu Tan Kean Yu (Murid tahun 3) dan seorang murid pemulihan
Matematik iaitu Gopika (murid tahun 2). Pada tahun ini murid tahun 2 akan mula
disaring. Murid tahap 1 disaring dengan menggunakan instrumen LINUS2.0 bagi
B.Melayu serta Matematik. Tahun 1 tidak akan disaring.
5.5.3 Tiada murid pemulihan untuk tahap 2. Murid tahap dua disaring dengan
menggunakan IPP2M (B.Melayu ) serta IPPKAM (Matematik).

Tindakan: Semua guru


5.6 PLC

5.6.1 Pada tahun 2023/2024, sebanyak 2 PLC akan dijalankan setahun.

5.6.2 Berikut merupakan cadangan pelaksaan PLC.

BI AKTIVTI PELAKSAAN
L
1 Dialog Prestasi (Analisis Data) Julai
3 Teacher Sharing Oktober

Tindakan: Semua guru BM

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Semua guru dikehendaki memastikan PKJR diajar secara penyerapan dalam
pengajaran serta dalam penulisan RPH.Terdapat 2 pilihan pengajaran PKJR iaitu
seminggu 30 minit atau 1 jam untuk 2 minggu.

6.2 Guru-guru perlu merancang RPH mengikut takwim persekolahan bagi sesi 2023/2024.

Tindakan :Semua guru BM

7.0 PENUTUP

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11: 00 pagi dengan ucapan penghargaan
kepada semua ahli yang hadir.

Tindakan:Pengerusi

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

....................................... ................................. ........................................

(KHALIJAH BINTI ABDULLAH) (LIANG CHI HUOY) (TIEW YAN TENG)


Ketua Panitia B.Melayu Pen.Kanan Pentadbiran Guru Besar
SJKC Pui Teh SJKC Pui Teh SJKC Pui Teh
Lampiran

You might also like