Soal Selidik Ekstremisme

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Manuscript Title: Ekstremisme dalam Kalangan Belia Berpendidikan Tinggi di Malaysia:

Pengkonsepsian dan Faktor yang Mendorong

Author(s): Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Kamarulzaman Abdul Ghani

Accepted Date: 10-July-2021

Please cite this article as: Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad and Kamarulzaman Abdul

Ghani. 2021. Ekstremisme dalam kalangan belia berpendidikan tinggi di Malaysia: Pengkonsepsian

dan faktor yang mendorong. Kajian Malaysia (early view).

This is a provisional PDF file of an article that has undergone enhancements after acceptance, such as

the addition of a cover page and metadata, and formatting for readability, but it is not yet the

definitive version of record. This version will undergo additional copyediting, typesetting and review

before it is published in its final form, but we are providing this version to give early visibility of the

article.

© Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2021. This work is licensed under the terms of the Creative Commons
Attribution (CC BY) (http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/).
Kajian Malaysia (early view)

EKSTREMISME DALAM KALANGAN BELIA BERPENDIDIKAN


TINGGI DI MALAYSIA: PENGKONSEPSIAN DAN FAKTOR YANG
MENDORONG

EXTREMISM AMONG HIGHER EDUCATED YOUTH IN MALAYSIA:


CONCEPTUALISATION AND INFLUENTIAL FACTORS

Mohd Mahzan Awang 1* , Abdul Razaq Ahmad2 and Kamarulzaman Abdul


Ghani3
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA
3
Fakulti Pengajian Bahasa & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan,
MALAYSIA

*Corresponding author: [email protected]

ABSTRACT

This study explores the concept of extremism from the perceptions of M alaysian
higher education youth leaders as well as influencing factors of extremism. This
study used a mixed-methods research design involving two phases of data
collection i.e. interview with six informants (phase 1), followed by a survey of
110 higher educated respondents (phase 2). The interview protocol f ocuses on
the concept of extremism and the factors that lead to extremism. To analyze the
interview data, a thematic approach was used in this study. Findings show that
there are two themes in the concept of extremism namely aggressive and extreme
behavior; and emotional actions among youth. There are f our main themes of
influential factors that emerged from this study: religious misunderstandings,
ideologies as opposed to religious teachings, radical political ideologies, and
failure to manage people's differences. Findings of this study revealed that the
external environment including the global political environment and lack of
religious knowledge have the potential to influence youth ideological
perceptions. With the advancement of communication and information
technology, our exposure to the threat of extremism worldwide might be easily
spread. Therefore, the themes from the analysis become an instrument for a
survey study that focuses on the concept of extremism and the factors that
encourage young people to involve in extremism. Inference analysis involving t-
test and one way ANOVA was performed to see the differences based on gender
© Penerbit Universiti Sains M alaysia, 2021. This work is licensed under the terms of the Creative
Commons Attribution (CC BY) (http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/).
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

and age. Results suggest that the majority of young people have a high level of
conceptual understanding of extremism; where it has been found that three main
contributing factors for youth involvement in extremism are political beliefs,
political ideology, and lack of religious knowledge. Therefore, a special module
to prevent youth from being influenced by this movement is needed. In addition,
authorities need to have advanced high technology including the ability to
manage big data in detecting and preventing the spread of dangerous ideologies.

Keywords: extremism, religious, youth, higher education

ABSTRAK

Kajian ini meneroka konsep ekstremisme daripada persepsi belia berpendidikan


tinggi di Malaysia serta faktor-faktor yang boleh mencetuskan gejala
ekstremisme dalam sesebuah negara. Kajian ini menggunakan reka bentuk
penyelidikan kaedah gabungan (mixed-methods research design) yang
melibatkan dua tahap kutipan data iaitu kutipan data kualitatif secara temu bual
dengan enam orang pemimpin belia diikuti dengan kajian tinjauan yang
melibatkan 110 orang responden belia berpendidikan tinggi. Protokol temu bual
yang dibina memfokuskan kepada konsep ekstremisme dan faktor-faktor yang
mendorong kepada ekstremisme. Bagi menganalisis data-data temu bual,
pendekatan bertema telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan a nalisis temu
bual menunjukkan bahawa terdapat dua tema dalam konsep ekstremisme ia itu
perlakuan yang berkaitan dengan sesuatu yang melampau dan keterlaluan; dan
perbuatan meluah perasaan serta bertindak mengikut emosi. Terdapat empat
tema utama yang menjadi faktor yang mempengaruhi perilaku ekstremis iaitu
salah faham agama, ideologi yang didakwa sebahagian daripada ajaran agama,
ideologi politik yang radikal, dan kegagalan mengurus perbezaan rakyat.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa persekitaran luar termasuklah
persekitaran politik global dan kurangnya pengetahuan agama mempunyai
potensi untuk mempengaruhi belia. Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan
maklumat, pendedahan kepada ancaman ektremisme di peringkat dunia mu dah
tersebar. Tema-tema daripada analisis temu bual ini dijadikan panduan untuk
pembinaan instrumen soal selidik yang turut memfokuskan kepada konsep
ekstremisme dan faktor-faktor yang mendorong belia terlibat dengan aktiviti ini.
Analisis inferensi yang melibatkan t-test dan ANOVA satu hala dilakukan untuk
melihat perbezaan berdasarkan jantina dan umur. Dapatan analisis statistik
daripada tinjauan mendapati bahawa majoriti belia mempunyai tahap
kefahaman yang tinggi terhadap konsep ekstremisme manakala tiga faktor utama
yang mendorong belia terlibat dengan ekstremisme adalah kecenderungan
melampau pada sesuatu parti politik, tertarik dengan ideologi perjuangan parti
atau kumpulan dan kurangnya didikan agama. Maka, satu modul khusus untuk
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

mengekang belia daripada terpengaruh dengan gerakan ini amat diperlukan. Di


samping itu, pihak berkuasa perlu mempunyai teknologi tinggi yang canggih
termasuk keupayaan mengurus data mega dalam mengesan dan mencegah
penularan ideologi berbahaya.

Kata kunci: ekstremisme, melampau, agama, belia, pendidikan tinggi

PENGENALAN

Amnya, ekstremisme merupakan satu konsep perlakuan yang berkaitan dengan


tindakan melampau ekoran daripada ideologi dan ketaksuban kefahaman yang
mengganggu-gugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi. Menurut Muhammad
Kamal (2008), segala tingkah laku yang ganas seperti penculikan, pengeboman,
provokasi dan ugutan adalah perbuatan yang dilihat sebagai ekstrem.
Ekstremisme boleh berlaku sekiranya terdapat sekumpulan atau seseorang
individu yang tidak mendapat peluang dan ruang dalam menyuarakan perbezaan
pendapat, pandangan dan pegangan. Perkara seperti sebegini menjadi pencetus
kepada gerakan ekstremisme. Konsep ekstremisme juga berkait rapat dengan
konsep radikalisme yang merujuk kepada suatu sikap yang membawa kepada
proses drastik untuk melemahkan penguasaan politik semasa (Azra Azyurmadi
1999; Ishak Saat 2011).

BELIA EKSTREMIS, RADIKAL SERTA KEGANASAN

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengkategorikan belia adalah


individu yang berumur di antara 15 sehingga 24 tahun, manakala di Malaysia
belia adalah individu berumur 15 sehingga 40 tahun. Dari segi strategi
pelaksanaan program dan orientasi aktiviti Dasar Pembangunan Belia Negara
(1997), tumpuan adalah kepada yang berumur 18 hingga 25 tahun.

‘Ekstremisme’ ialah fahaman, perbuatan dan sikap yang ekstrem, fanatik,


taksub, ganas, radikal, melampau dan agresif. Ekstremisme merujuk kepada
perbuatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kepercayaan, perbuatan, sikap,
tindakan dan perasaan individu yang melepasi garis kebiasaan (A Faiz Yunus
2017). Ektremisme dipengaruhi oleh faktor luaran (Bartoli dan Coleman 2003),
fahaman dan pandangan politik seseorang. Terdapat lima imperatif pembentukan
ideologi ekstremis iaitu imperatif luaran (pengaruh gerakan perjuangan global),
imperatif serantau (pengaruh perjuangan peringkat serantau ), imperatif dalaman
(situasi politik dalam negara), imperatif kumpulan dan imperatif kepimpinan
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

(Ahmad El-Muhammady, Wan Ruzalian Wan Mat Rusoff & Muhammad


Azamuddin Hashim 2019).

Kegiatan ekstremisme juga melibatkan kegiatan bukan politik seperti


kegiatan agama mahupun bukan agama (Mohd Faizal, 2017; Mohd Faizal et al
2015), melampaui batas (Muhammad Kamal 2008), kekerasan melibatkan
penculikan, rampasan, pembunuhan dan peperangan (Muhammad Kamal, 2008).
Davies (2008) mengkategorikan perjuangan ketuanan kulit putih, skinhead
fasisme serta parti yang mempunyai pegangan kebencian berkaitan bangsa
merupakan ekstremisme. Hal ini jelas menunjukkan bahawa konsepsi
ekstremisme berkaitan rapat dengan penzahiran individu. Ideologi ekstrem ini
mempengaruhi watak dan cara berfikir seseorang (Mohd Imran et al, 2018) serta
memberi kebebasan kepada akal untuk berfikir dan bertindak (Basri Husin,
2018). Gerakan ekstremisme lazimnya bermula dengan pemikiran yang radikal
(Norhafezah Yusof et al, 2017) dan salah faham agama (Shahhnim Yahya &
Farhan Mat Arisah 2019).

‘Radikal’ pula bermaksud bahawa berfikir secara radikal (Tarmidzi


Taher 1998) dan pemahaman yang menginginkan pembaharuan dan perubahan
secara drastik di dalam sesebuah sistem politik dan sosial secara kekerasan (A
Faiz Yunus, 2017). Kumpulan radikal ini berkait rapat dengan fanatisme.
Radikalisme adalah perasaan dan tindakan yang bertujuan untuk mengubah dan
mengantikan idea-idea sedia ada dengan idea-idea yang baru.dan ia menggugat
dan mempersoalkan satu pandangan yang sudah dianggap norma di dalam
sesebuah institusi masyarakat (Muhammad Najib Azca 2013). Terdapat empat
ciri terorisme iaitu kekerasan, mempunyai motif dan tujuan politik, menindas
golongan yang tidak bersalah serta keganasan yang ditayangkan kepada
masyarakat awam untuk tujuan menakutkan (Combs 2000). Di Malaysia,
beberapa aktiviti ekstremisme yang dilaporkan adalah pemilikan senjata api bagi
tujuan keganasan oleh seorang belia (kes tahun 2016), pengeboman kelab malam
Movida Puchong pada 2017 dan keanggotaan 53 orang rakyat Malaysia dalam
militan Daesh (kes tahun 2018) (Muhammad Azamuddin Hashim 2019).

KESALAHAN BERKAITAN PERLAKUAN DAN PEMIKIRAN


EKSTREMISME

Dalam menjawab perdebatan untuk membezakan garis pemisah antara pemikiran


ekstremisme dan perbuatan ekstremisme dalam kalangan belia Malaysia, rujukan
khusus kepada sejauhmana tindakan individu menyanggahi undang-undang
negara Malaysia amatlah perlu. Adalah sukar bagi pihak berkuasa termasuklah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak terhadap individu yang berfikiran
ekstrem tetapi tidak menzahirkan pemikiran dan hasrat tersebut. Penzahiran
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

tingkah laku sama ada secara bahasa badan, komunikasi maya, interaksi langsung
dan tingkah laku fizikal adalah bukti kepada pemikirannya. Samsilah Roslan &
Shahhanim Yahya (2019) menegaskan bahawa ciri-ciri personaliti individu yang
cenderung kepada perlakuan jenayah dan kecelaruan narsisme. Hanina Halimatun
Saadiah Hamsan & Sudirman Ahmad (2019) mendapati bahawa pemikiran belia
ekstrimis berdasarkan psikologi yang mana didapati bahawa setiap individu
digerakkan oleh pemikiran sedar dan pemikiran bawah sedar. Maka, menzahirkan
perlakuan (ekoran daripada pemikiran), nilai kendiri yang rendah dan
kelonggaran social attachment, sama ada secara individu ataupun berkumpulan.
Mohammad Rahim Kamaluddin & Farhan Mat Arisah (2019) mendapati bahawa
personaliti impulsive seeking, pengherotan kognitif, salah tafsiran agama dan
tingkah laku agresif. Maka, pihak berkuasa akan merujuk kepada akta-akta yang
berkaitan dengan keganasan dan ekstremisme untuk diguna pakai dalam
mengawal dan mengambil tindakan terhadap pemikiran ekstrem yang disebar
sama ada menerusi media baru dan media massa serta juga perbuatan ekstrem
yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan negara. Peruntukan undang-
undang yang menjadi asas kepada PDRM untuk bertindak terhadap penzahiran
pemikiran ekstrem adalah: Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Penggubahan
Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti
Haram 2001, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), dan Akta Pencegahan
Jenayah 1959 (POCA). Antara tindakan yang melibatkan pemikiran ekstremisme
dan perbuatan ekstremisme yang boleh disabitkan kesalahan merujuk kepada
undang-undang Malaysia adalah :

i. Seksyen 130C, Kanun Keseksaan: untuk kesalahan berkaitan melakukan


perbuatan pengganas;
ii. Seksyen 130D, Kanun Keseksaan: untuk kesalahan berkaitan
memberikan sokongan peralatan kepada pengganas untuk bertindak dalam
pelbagai cara;
iii. Seksyen 130E & 130F Kanun Keseksaan: untuk kesalahan berkaitan
merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas untuk menyertai,
perbuatan individu yang berkaitan sebagai pengganas;
iv. Seksyen 130G, Kanun Keseksaan: untuk kesalahan berkaitan tindakan
merekrut penyertaan dan keahlian dalam kumpulan pengganas, menghasut,
menggalak atau mencari harta untuk berlakunya sesuatu perbuatan
pengganas;
v. Seksyen 130H, Kanun Keseksaan: untuk memberikan kemudahan
sebagai penyokong perbuatan pengganas;
vi. Seksyen 130I, Kanun Keseksaan: untuk kesalahan berkaitan memberikan
arahan dan mengarahkan aktiviti kumpulan pengganas;
vii. Seksyen 130JA, Kanun Keseksaan: bagi kes keluar negara untuk
melakukan perbuatan keganasan;
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

viii. Seksyen 130JB, Kanun Keseksaan: untuk kes bersabitan dengan


pemilikan dan sebagainya berhubung dengan pengganas;
ix. Seksyen 130JC, Kanun Keseksaan: untuk kesalahan membina dan
sebagainya untuk pengganas;
x. Seksyen 130JD, Kanun Keseksaan: bagi kes berkaitan persiapan untuk
perbuatan keganasan;
xi. Seksyen 130K, Kanun Keseksaan: untuk pihak berkuasa untuk
melindungi orang melakukan perbuatan keganasan;
xii. Seksyen 130KA, Kanun Keseksaan: untuk kes berkaitan dengan keahlian
kepada kumpulan pengganas
xiii. Seksyen 130L, Kanun Keseksaan: untuk kes berkaitan pakatan jahat
jenayah; dan
xiv. Seksyen 130M, Kanun Keseksaan: untuk keadaan yang berkaitan dengan
tindakan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai
tindakan dan pengganas.

GLOBALISASI DAN EKSTREMISME

Dalam konteks antarabangsa, kewujudan kumpulan-kumpulan militan dan radikal


telah memberi kesan kepada keselamatan.Amerika Syarikat telah membuat
tuduhan serangan Pusat Dagangan di New York didalangi oleh perjuangan Al-
Qaeda (St. Nurhayati 2014). Bahkan Amerika Syarikat bersama-sama North
Atlantic Treaty Organization (NATO), Pakistan dan 43 buah negara terlibat
dalam misi International Security Assistant Force (ISAF) bertujuan untuk
memusnahkan Taliban dan Osama bin Laden (Ahmad Sauffiyan 2016). Tindakan
serangan balas terhadap negara yang didakwa menjadi pusat gerakan ekstrem
kumpulan keagamaan telah menimbulkan perang psikologi yang membawa
kepada Islamofobia (Zafar Iqbal 2010). Pengeboman di Bali, Indonesia dari
sekitar tahun 2002 dipercayai telah didalangi oleh kumpulan radikal antarabangsa
(Shara Yosevina Simanjuntak 2016). Pada tahun 2019, tangkapan telah dibuat
terhadap rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai hubungan rapat dengan
kumpulan radikal Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Pada tahun 2014,
kumpulan militan yang dikenali sebagai Islamic State (IS), ISIL, ISIS dan
Kumpulan Daesh bukan sahaja menjadi perhatian di Asia Tenggara malah ia
mencuri tumpuan masyarakat dunia (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2016).

Sejarah Malaysia menunjukkan terdapat gerakan ekstrem dan dicatat


sebagai berhaluan kiri dalam silibus Sejarah sekolah menengah pada era tersebut
termasuklah Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Bustaman dan Burhanuddin Al-
Helmy (Mohamed Salleh Lamry 2006). Selepas kemerdekaan negara, tragedi 13
Mei 1969 melibatkan kaum Cina dan Melayu menjadi topik perbincangan
perlakuan ekstrem rakyat Malaysia (Asrizal Mohamed Radzi 2013). Selepas itu,
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

terdapat insiden Memali pada 1985 dan peristiwa di Kampung Medan, Petaling
Jaya pada tahun 2001 (Ahmad Zahid Hamidi 2017).

Statistik PDRM menunjukkan terdapat banyak tangkapan individu yang


disyaki terlibat dengan gerakan ekstremisme. Pada Januari 2020, PDRM
melaporkan 56 rakyat Malaysia disyaki terbabit aktiviti keganasan masih berada
di Syria. Sehingga Januari 2020, seramai 27 orang rakyat Malaysia yang terlibat
dengan keganasan kini berada di Kem Al-Houl, sembilan orang di Penjara Al-
Hasakah, seorang di Idlib manakala 19 lagi belum dikenal pasti lokasi mereka.
Beberapa siri tangkapan juga telah dibuat terhadap warga tempatan dan warga
asing yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan ekstrem (Mohd Mizan
Aslam 2017). PDRM turut menahan 533 individu termasuk warga asing sebagai
langkah pencegahan sejak 2013 sehingga 2020. PDRM melaporkan kes ekstrem
dalam negara pada Januari 2020 iaitu seramai 246 orang telah didakwa berkaitan
kes keganasan di mahkamah dengan 199 daripada dijatuhi hukuman manakala 47
orang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Seramai 36 orang
telah dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA).
Kumpulan ekstremis dilihat berani menyuarakan pandangan dan bersikap terbuka
terhadap ideologi mereka menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram
(Zul Azmi & Ahmad Sunawari Long 2015). Ahmad El-Muhammady, Wan
Ruzailan Wan Mat Rusoff & Muhammad Azamuddin Hashim (2019) membuat
sorotan sejarah ekstremisme di Malaysia yang mana didapati bahawa gerakan
ekstremisme sebenarnya telah lama wujud di Malaysia.

Berdasarkan kes-kes yang ekstrem, jelas sekali wujud kaitan rapat


perlakuan ekstremisme dengan ideologi ganas. Justeru, PDRM telah menubuhkan
Unit E8, iaitu unit Counter Terrorism. Kerajaan Malaysia juga telah menggubal
Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) pada tahun 2012,
Prevention of Criminal Act (POCA) pada 2014, dan Prevention of Terrorism Act
(POTA) pada 2015. Amat penting tumpuan kepada pelajar dididik dengan nilai
positif untuk membina jatidiri mulia seorang rakyat (Awang, Jindal-Snape &
Barber 2013). Mastura Mohamad (2019) yakin bahawa penekanan kepada
pengukuhan pegangan agama, peningkatan efikasi kendiri, daya tahan diri,
asertif, jati diri, potensi, amalan kesederhanaan dan pemikiran matang adalah
penting untuk mengekang kegiatan ganas.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini meneroka konsep ekstremisme daripada pandangan belia


berpendidikan tinggi dan mengenalpasti isu-isu dominan serta faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya ekstremisme di Malaysia. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian gabungan (mixed-methods) yang melibatkan dua fasa
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

pungutan data. Fasa pertama adalah kajian kualitatif yang memberi fokus kepada
memahami sesuatu masalah mahupun peristiwa secara mendalam (Merriam
1998). Fasa ini melibatkan enam orang belia berpendidikan tinggi yang juga
pemimpin kepada pertubuhan belia pelbagai bidang. Teknik temu bual semi
berstruktur dilakukan untuk pungutan data naratif bersesuaian dengan reka
bentuk kajian ini (Cohen & Manion 1989; Kagan 1992 dan Aini 2004). Data
yang terkumpul telah dianalisis secara bertema (Bogdan & Biklen 2006). Tema-
tema daripada analisis temu bual ini dijadikan panduan untuk pembinaan
instrumen soal selidik bagi fasa kedua kutipan data.

Fasa kedua adalah kajian tinjauan yang memfokuskan kepada konsep


ekstremisme dan faktor-faktor yang mendorong belia terlibat dengan aktiviti
tersebut menggunakan satu set soal selidik yang dibina berdasarkan dapatan
daripada fasa pertama dan juga rujukan kajian lampau. Set soal selidik tersebut
telah dibuat semakan oleh pakar dalam bidang Sosiologi. Nilai Alpha Cronbach
yang diperolehi daripada kajian rintis bagi konstruk konsep ekstremisme adalah
0.612, manakala nilai bagi Faktor adalah 0.747 - kedua-dua nilai ini berada tahap
yang tinggi sekaligus membolehkan soal selidik digunakan untuk kutipan data
sebenar. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 110
orang yang dipilih secara rawak mudah. Soal selidik melibatkan skala Likert 1
hingga 5 yang mana interpretasi skor seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Skala Skor Min dan Interpretasi


Skor purata Interpretasi
1.0 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Jamil Ahmad (2002)

Data numerikal ini dianalisis secara deskriptif melibatkan skor min dan
sisihan piawai manakala analisis inferensi melibatkan t-test dan Anova satu hala.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Fasa 1: Dapatan Kajian Daripada Temu Bual

Konsep ekstremisme

Analisis dapatan data temu bual mendapati terdapat dua tema dalam konsep
ekstremisme iaitu ekstremisme yang berkaitan dengan sesuatu yang melampau
dan keterlaluan; dan perbuatan meluah perasaan dan bertindak mengikut emosi.
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

Tema 1: Ekstremisme adalah perbuatan melampau dan keterlaluan


Bagi tema ekstremisme yang berkaitan dengan sesuatu yang melampau,
keterlaluan ataupun ekstrem boleh dilihat melalui Informan B1 dan Informan B2,
di mana Informan B1 menyatakan ekstremisme bukan sahaja berlaku daripada
sudut percakapan dan perbuatan, malahan pemikiran yang ekstrem (melampau)
juga boleh menyebabkan berlakunya ekstremisme. Bahkan menurutnya juga
ekstremisme merupakan perlakuan, perbuatan atau pemikiran yang jauh daripada
norma-norma kemanusiaan di sesebuah kawasan. Hal ini kerana norma-norma ini
sentiasa berubah-ubah mengikut tempat kediaman sekumpulan manusia tersebut,
manakala Informan B2 juga menyatakan bahawa ekstremisme ini adalah sebuah
komuniti atau seseorang yang berpegang kepada satu ideologi seperti ideologi
agama, ras, ataupun politik yang keterlaluan. Selain itu, Informan ini juga
menyatakan ekstremisme ini adalah pegangan ideologi yang keterlaluan sampai
tak nampak sebenarnya ada sahaja pilihan lain selain daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang ekstrem. Keadaan ini turut disokong oleh AA2 yang
menyatakan bahawa ekstremisme ini merupakan fahaman yang melampaui atau
melampau dalam tindakan, perbuatan atau pertuturan yang boleh mengakibatkan
ketidakstabilan dan kekacauan dalam sesebuah masyarakat mahupun negara.

Tema 2: Ekstremisme adalah luahan perasaan dan tindakan emosi


Unsur luahan perasaan dan tindakan emosi merupakan elemen dalam
mengkonsepsikan ekstremisme belia. Informan B4 menyatakan ekstremisme
yang berlaku sering dikaitkan dengan emosi atau perasaan, di mana tindakan
ekstrem yang dilakukan secara melulu dan di luar batasan undang- undang.
Sebagai contohnya, jika terdapat seseorang individu yang memberikan ucapan
berbaur hasutan yang boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat
juga dilihat sebagai perbuatan yang berkaitan dengan ekstremisme.

Data temu bual mendapati bahawa konsep ekstremisme ini sebenarnya


berkaitan dengan suatu perilaku, pertuturan, pemikiran dan ideologi yang
dikatakan melampau, keterlaluan dan juga ekstrem. Tambahan lagi, ekstremisme
ini juga sering dikaitkan dengan emosi apabila kita bertindak secara melulu dan
di luar batasan undang-undang. Selain itu, ekstremisme juga berkaitan dengan
perasaan sayang atau benci dengan sesuatu perkara. Hal ini menunjukkan bahawa
semua orang mempunyai pandangan yang tersendiri berkaitan dengan konsep
ekstremisme. Analisis temu bual bagi isu agama sebagai isu dominan yang
mendorong kepada berlakunya ekstremisme dan mendapati bahawa isu agama ini
dibahagikan kepada tiga, iaitu isu agama yang berkaitan dengan sentimen agama
dari luar negara telah digunakan, konsep jihad dan agama-agama selain Islam
juga melakukan gejala ekstremisme. Dua orang Informan bersetuju bahawa
penggunaan sentimen agama dari luar negara boleh mewujudkan gejala
ekstremisme, di mana Informan B1 bersetuju bahawa isu agama di Malaysia
tidaklah begitu banyak yang boleh mendorong berlakunya ekstremisme. Namun
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

begitu, jika terdapat isu-isu agama yang berada di serantau atau di luar negara
negara, misalnya Palestin dan Syria telah menyebabkan rakyat Malaysia mudah
terpengaruh untuk terlibat dengan gejala ekstremisme ini. Bukan itu sahaja,
Informan B2 turut menyatakan ekstremisme yang berlaku ini bukan sahaja
menggunakan sentimen agama yang terdapat di dalam Malaysia, malahan mereka
juga menggunakan sentimen agama dari luar negara sebagai pendorong kepada
gejala ini.

Dapatan kajian ini adalah selari dengan konsep ekstremisme yang


diketengahkan oleh pengkaji lampau iaitu ia merupakan perlakuan pertuturan,
pemikiran dan ideologi yang dikatakan melampau, keterlaluan dan juga ekstrem
(ganas). Dua tema daripada dapatan kajian ini mempunyai persamaan ciri
ekstremisme berkaitan suatu pencabulan hak terhadap proses politik, ekonomi
dan sosial yang dilihat keterlaluan (K. Ramanathan 1988). Ekstremisme
merupakan satu bentuk dalam aspek perbuatan dan tindakan yang keterlaluan
terutama dalam aspek menokok tambah sesuatu perkara (Mahmood Zuhdi 2013).
Tema daripada dapatan kajian ini adalah seiring dengan pendapat Abd. Rahim
(2004) yang menyatakan ekstremisme adalah perbuatan yang bersifat melampau
demi kepentingan diri sendiri atau kumpulan tertentu. Dapatan kajian ini
memberi penambahan ilmu dari dimensi psikologi terhadap istilah ekstremisme
yang disebut oleh Nur Azuki Yusuff et al. (2016) sebagai tindakan melampaui
batas keseimbangan dalam melaksanakan sesuatu. Dapatan kajian ini menyokong
konsep ekstremisme oleh Horgan (2005) yang menyatakannya sebagai fahaman
ideologi yang melampau memberikan ancaman jika ideologi tersebut
bertentangan antara satu sama lain. Hasil analisis temu bual juga selari dengan
istilah "al-Ghuluw” yang bermaksud melampaui had dan melebihi daripada
sempadan-sempadan yang telah ditetapkan dalam beragama (Johari Mat 1997).
Sikap al-Ghuluw ini dapat dilihat telah berlaku semenjak daripada zaman sufi
(Ahmad Zahid 2017).

Faktor yang Mendorong Belia Terpengaruh dengan Gerakan Ekstremisme

Analisis dapatan temu bual menunjukkan terdapat empat tema utama yang
dipercayai menjadi faktor kepada terpengaruhnya golongan belia dalam aktiviti
gerakan ekstrem, iaitu:

Tema 1: Salah faham konsep jihad


Salah faham terhadap konsep jihad dalam Islam telah mempengaruhi belia untuk
menyokong gerakan ekstrem atas nama Islam. Salah faham tentang konsep jihad
ini boleh mencetuskan kepada tindakan melampau berbahaya. Menurut Informan
B1 menyatakan bahawa konflik dunia yang dikaitkan dengan isu-isu keagamaan
telah mengheret belia untuk berjuang secara sukarela dengan berjihad di rantau
yang berkonflik termasuklah perjuangan di Timur Tengah. Informan AA2 turut
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

menyuarakan perkara yang sama iaitu mengaitkan perjuangan jihad dengan


tindakan ekstrem.

Secara amnya, jihad merupakan satu konsep murni yang sering


disalahtafsirkan oleh golongan-golongan tertentu dan akhirnya menyebabkan
agama Islam dipandang sebagai agama yang membawa kepada keganasan (Intan
Suria Hamzah, Sity Daud & Nor Azian Idris 2016). Penggunaan konsep jihad
yang salah juga menimbulkan kegerunan dan ketakutan bukan sahaja dalam
kalangan penganut agama lain. Bahkan, ada yang memberikan tanggapan bahawa
konsep jihad adalah suatu peperangan yang menggunakan senjata (Zul Azmi &
Ahmad Sunawari Long 2015). Disebabkan salah faham konsep jihad telah
menyebabkan Boston (2005) mendakwa Islam sebagai agama yang tidak bertolak
ansur. Ketakutan dan kegerunan dalam kalangan penganut agama lain telah
menimbulkan golongan Islamofobia (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2016).

Selain itu, konsep jihad ini juga dilihat mempengaruhi penglibatan


golongan belia terhadap gejala ekstremisme kerana mereka berpendapat bahawa
tindakan mereka adalah bertujuan untuk mempertahankan dan memperjuangkan
hak orang Islam (Amini Amir Abdullah 2016). Sedangkan konsep jihad dalam
Islam sebenarnya tidaklah menggalakkan kepada keganasan kerana konsep jihad
ini adalah berkaitan dengan berjuang di jalan Allah dan mempertahankan agama
Islam secara umum (Mahmood Zuhdi 2003). Oleh itu, salah faham mengenai
konsep jihad dalam Islam turut menyebabkan golongan belia terutamanya mereka
yang beragama Islam mudah terjebak dan terpengaruh dengan kumpulan
ekstremis agama atau gejala ekstremisme. Bukan sahaja agama Islam yang
terlibat dengan gejala ekstremisme, malahan agama-agama lain juga dilihat turut
melakukan gejala ini seperti yang dinyatakan oleh Informan dalam kajian ini.

Tema 2: Ideologi yang didakwa sebahagian daripada ajaran agama


Dapatan analisis temu bual mendapati bahawa ideologi yang didakwa sebahagian
daripada ajaran agama merupakan faktor pendorong kepada penglibatan belia
dalam gerakan ekstrem. Kepercayaan bersifat spiritual ini seringkali bergerak
atas paksi keagamaan sedangkan ia berkemungkinan daripada salah tafsiran
dalam mazhab sesuatu agama. Maka, elemen patuh kepada ketua yang membawa
ajaran dalam amalan spiritual menjadi asas gerakan utama, yang adakalanya
membawa kepada tindakan melampau. Informan membangkitkan bahawa wujud
organisasi yang dikenali sebagai evangelic yang bertindak melampau
sehinggakan mazhab-mazhab agama Kristian yang lain turut menolak organisasi
ini.
Mengaitkan faktor ideologi yang didakwa sebagai ajaran agama,
Informan B2 memberi contoh beberapa buah negara seperti Myanmar yang
melakukan ekstremisme dan mengaitkan dengan ajaran agama Buddha. Beliau
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

juga mengaitkan kes di Afrika yang menyebabkan berlakunya ekstremisme yang


dikaitkan dengan agama Kristian.

Tiga Informan menyatakan bahawa semua agama mempunyai


kecenderungan untuk merekrut pengikut yang seterusnya mendorong kepada
tindakan yang agresif sehingga mencetuskan perang Salib. Informan B3 memberi
tumpuan kepada gejala ekstremisme yang dikaitan dengan ajaran Kristian di
Amerika Syarikat menerusi gerakan Ku Klux Klan (KKK), White Supremacy dan
lain-lain lagi. Informan mengaitkan tindakan ekstrem berlaku kerana wujud
konflik kepercayaan dalanm aspek keagamaan seterusnya menimbulkan
kebencian.

Dapatan kajian ini selari dengan pandangan Al-Qaradhawi (1996) yang


mengaitkan tindakan melampau dan keterlaluan adalah berpunca daripada sikap
fanatik atau taksub dalam kalangan penganut sesuatu agama itu sendiri. Al-
Qaradhawi (1996) menyatakan bahawa sikap fanatik dan taksub terhadap sesuatu
ideologi atau pandangan menyebabkan mereka enggan menerima pandangan
orang lain kerana bagi mereka pandangan mereka adalah yang terbaik dan benar.
Bahkan menurut Johari Mat (1997) menyatakan terdapat segelintir masyarakat
yang terlampau berpegang dengan prinsip dan fanatik dengan sesuatu fahaman
sehinggakan enggan menerima pandangan individu lain juga merupakan faktor
yang mendorong kepada berlakunya ekstremisme. Keengganan menerima
pandangan orang lain juga menyebabkan berlakunya ekstremisme (Dianne
Gereluk 2012). Disebabkan fanatisme, enggan menerima pandangan penganut
lain dan merasakan agama yang dianuti mereka adalah benar merupakan sikap
yang perlu dijauhi agar gejala ekstremisme ini dapat dibendung.

Ekstremisme dalam agama ini dapat dilihat dalam banyak agama lain di
dunia. Dengan merujuk kes di Myanmar yang mana majoriti penduduknya adalah
beragama Buddha telah bertindak kejam terhadap etnik minoriti Muslim
Rohingya yang menetap di daerah Rakhaine (Intan Suria, Sity Daud & Nor Azian
2016). Begitu juga dengan tindakan segolongan rakyat di India yang merupakan
majoriti beragama Hindu telah memberikan tanggapan negatif kepada penduduk
India Muslim sebagai individu yang kasar, ganas dan tidak bertolak ansur
(Eizleena Mahmud 2005) yang akhirnya menimbulkan wujudnya perasaan anti
Islam dalam kalangan masyarakat Hindu di India. Konflik antara agama antara
India dan Pakistan telah membawa kepada konflik yang panjang (Abd. Rahim
Abd. Rashid 2004).

Tema 3: Ideologi politik radikal


Data temu bual menunjukkan bahawa kepentingan dan ideologi politik radikal
merupakan faktor yang mendorong kepada berlakunya ekstremisme. Kempen
politik secara tidak langsung menimbulkan kemarahan dan kebencian dalam
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

kalangan masyarakat dengan menggunakan pelbagai isu sensitif bagi sesebuah


kaum.

Seterusnya, Informan pula menyatakan bahawa perjuangan politik boleh


mengubah kepada tindakan radikal sepertimana dalam tragedi 13 Mei 1969,
Operasi Lalang 1987 dan sebagainya. Informan ini juga menyatakan bahawa
golongan yang melampaui batas ini hanyalah mahu mendapatkan manfaat politik
daripada tindakan tersebut. Ideologi politik yang radikal sebegini boleh
menumbangkan sebuah kerajaan seperti yang berlaku di Thailand, negara-negara
Arab dan sebagainya.

Informan B2 pula menyatakan sekiranya terdapat sesuatu isu yang


ditimbulkan, ahli politik dengan segera memberikan komen mereka dan hal ini
mungkin menyebabkan isu tersebut menjadi lebih besar dan serius berdasarkan
kepada komen tersebut. Keadaan politik di Malaysia mempengaruhi masyarakat
dan masyarakat boleh terpengaruh dengan sesuatu isu yang ditimbulkan oleh ahli
politik terutama isu-isu sensitif. Penggunaan isu-isu sensitif ini boleh
menimbulkan kemarahan atau perasaan tidak puas hati bagi sesebuah masyarakat
dan akhirnya perasaan ini boleh mendorong kepada berlakunya ekstremisme.
Dalam konteks politik di Malaysia, Informan mengaitkan elemen agama dan
kaum yang berpotensi menjadi pencetus kepada ekstremisme. Informan B1
menyatakan bahawa melalui sentimen atau perasaan tidak rasional yang berada di
dalam diri seseorang individu mendorong kepada berlakunya ekstremisme dalam
sesebuah negara. Malahan, menurutnya lagi bahawa agama dan politik di
Malaysia tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya telah sebati dalam diri kita.

Hal ini turut disokong oleh AA1, di mana beliau menyatakan bahawa
sekarang ini pelbagai dasar sudah digubal demi menjaga kepentingan kaum.
Sebagai contohnya adalah bantuan B40 untuk individu atau keluarga yang berada
di paras kemiskinan diberikan bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M). Oleh itu, isu-isu yang berkaitan ras atau kaum perlu dikurangkan untuk
mengelakkan daripada berlakunya ekstremisme. Bahkan, menurut beliau lagi,
daripada aspek agama pula semangat negatif yang membakar dalam kalangan
penganut sesuatu agama juga boleh mencetuskan ekstremisme. Hal ini kerana
mereka berusaha untuk menentang apa-apa sahaja yang mengugat kepentingan,
kekuatan atau hak mereka dalam beragama dengan mewujudkan penentangan
secara berkumpulan ataupun individu.

Membangkitkan isu-isu sensitif perkauman dan keagamaan dengan


tujuan untuk mendapatkan sokongan perjuangan politik boleh membawa kepada
tindakan ekstrem. Dengan merujuk politik antarabangsa, Informan B2
menyatakan bahawa semasa pilihan raya di Amerika Syarikat memperlihatkan isu
ini, di mana Donald Trump telah menggunakan isu White supremacy yang
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

menyatakan bahawa sekiranya anda orang berkulit putih maka undilah beliau.
Informan B3 pula menyatakan bahawa ada parti politik yang sebenarnya cuba
menakut-nakutkan masyarakat untuk mendapatkan sokongan mereka. Selain itu,
Informan B4 menyatakan bahawa pendekatan sebegini menjadi agenda utama
parti-parti politik ketika menjelang pilihanraya. Hal ini dapat dilihat dalam
konteks Malaysia sendiri, di mana terdapat isu yang cuba menimbulkan
kebimbangan dalam masyarakat sekaligus menimbulkan kemarahan. Situasi ini
boleh menyebabkan masyarakat mula bertindak agresif. Informan AA2 pula
mengetengahkan faktor perbezaan ideologi politik menjadi faktor kepada
ekstremism.

Dapatan kajian ini telah mengenalpasti bahawa isu agama merupakan


aspek dominan dalam gerakan politik yang mendorong kepada berlakunya
ekstremisme. Isu agama juga boleh menimbulkan perbalahan atau gejala
ekstremisme ini dan memberikan ancaman kepada keselamatan negara (Abd.
Rahim Abd. Rashid 2004). Penggunaan sentimen politik dan agama dari luar
negara yang dilihat boleh menarik minat dan perhatian masyarakat terutamanya
golongan belia untuk terjebak dalam ekstremisme. Hal ini dapat dilihat melalui
peristiwa ‘Arab Spring’ sendiri, di mana peristiwa ini bermula di Tunisia.
Pemberontakan dan demonstrasi yang dijalankan adalah dengan tujuan untuk
menentang pemerintahan Ben Ali ketika itu dan akhirnya pemerintahan Ben Ali
berjaya ditamatkan, di mana Ben Ali telah melarikan diri ke Jeddah, Arab
(Ahmad Rizky Mardhatillah Umar et. al. 2014). Seterusnya, peristiwa ini dilihat
turut berlaku di Mesir sekitar tahun 2011, wujudnya satu cubaan untuk
menggulingkan kerajaan pemerintahan Husni Mubarak (Fauziah Ahmad &
Dafrizal Samsudin 2017). Peristiwa ini terus berlaku di kawasan-kawasan
serantau dengan dua negara tersebut, misalnya Yaman, Bahrain dan Libya
(Ahmad Rizky Mardhatillah Umar et. al. 2014). Justeru peristiwa ini berupaya
menarik perhatian masyarakat dunia untuk meniru perbuatan tersebut dalam
cubaan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. Dalam konteks Malaysia pula,
golongan belia mudah terpengaruh dan terjebak dengan gejala ini kerana
sentimen politik keagamaan yang digunakan oleh negara-negara luar (Rafidah
Aziz 2014).

Tema 4: Kegagalan mengurus perbezaan


Analisis data temu bual mendapati bahawa ramai informan membangkitkan
keunikan kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia. Hal ini menjadikan
perbezaan sebagai satu faktor penentu kepada kelangsungan kestabilan negara.
Masalahnya adalah apabila perbezaan tersebut tidak dapat diuruskan dengan baik.
Perbezaan dari segi kaum adalah suatu yang lumrah bagi kebanyakan negara
seluruh dunia, maka soal kaum tidak boleh dipersalahkan. Kegagalan
menguruskan keperluan kaum masing-masing secara adil adalah penting. Bahaya
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

kepada kegagalan mengurus perbezaan kaum ini boleh membawa kepada


masalah yang lebih kritikal.

Dalam memastikan perbezaan dapat dirus dengan baik, maka jati diri
nasional adalah perkara utama yang perlu diperkukuh untuk mengelakkan
berlakunya ekstemisme dalam negara. Sekiranya seseorang mempunyai jati diri
dan kepercayaan yang kuat, maka individu tersebut tidak mudah terjebak dengan
gejala ekstremisme kerana sudah mempunyai asas dan pengetahuan yang baik
mengenai masyarakat sekeliling yang berbeza pegangan agama dan budaya.

Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian lampau yang mengutarakan
jati diri sebagai kekuatan seseorang untuk menyeimbangkan setiap tindakan
berasaskan akal, jasmani dan rohani (Zamli Toti et. al. 2014).) Jati diri adalah
identiti diri atau keperibadian diri yang sebenarnya dimiliki oleh seseorang bukan
berdasarkan lahiriah, tetapi juga nilai-nilai yang menjadikan pegangan (Awang,
Alfitri, Ahmad & Ulu 2016; Wan Muhammad 2012). Jika dilihat dalam konteks
negara, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian
seperti agama, budaya, kaum dan sebagainya, maka jati diri kebangsaan perlulah
menekankan nilai-nilai kepunyaan negara, iaitu sayangkan negara dan sebagainya
(Awang, Kutty & Ahmad 2014).

Justeru perbezaan agama sebenarnya dilihat mampu mewujudkan konflik


jika tiada toleransi antara satu agama dengan agama yang lain. Hal ini boleh
membuatkan wujudnya bibit-bibit ekstremisme, misalnya parti PAS juga
dilabelkan sebagai parti fundamentalis yang berusaha mewujudkan negara Islam
di Malaysia dan DAP yang majoritinya kaum Cina pernah dilabelkan sebagai
parti cauvinis Cina (Badrul Azmier et. al. 2010). Oleh itu, perbezaan agama dan
kaum juga berpoptensi kepada kelakuan ekstrem. Maka, budaya berpolitik di
Malaysia perlulah bersifat lebih matang dalam membincangkan isu-isu sensitif
berkaitan kaum dan agama terutamanya semasa pilihan raya. Amalan nilai positif
yang berteraskan Rukun Negara dan nilai universal boleh meningkatkan toleransi
rakyat daripada pelbagai lapisan budaya (Rahman, Ahmad, Malek & Awang
2016) sekaligus mengekang ekstremisme. Pelbagai strategi untuk memupuk nilai
murni dan perlakuan baik telah dikemukakan oleh banyak kajian lampau dan ia
memerlukan satu usaha yang gigih bagi mengekang gejala negatif sebegini
(Awang, Jindal-Snape & Barber 2013).

Fasa 2: Dapatan Kajian Daripada Kajian Tinjauan

Jadual berikut menunjukkan komposisi dan perincian demografi responden yang


terlibat dengan kajian ini dari segi jantina dan umur.

Jadual 2: Taburan Responden


Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

Demografi n %
Jantina Lelaki 26 23.6%
Perempuan 84 76.4%
Umur 15-25 32 29.1%
26-35 60 54.5%
36-40 18 16.4%
Etnik M elayu 92 83.6%
Cina 5 4.5%
India 3 2.7%
Bumiputra 10 9.1%
Agama Islam 95 86.4%
Buddha 4 3.6%
Hindu 3 2.7%
Kristian 8 7.3%
Seramai 26 orang (23.6%) responden adalah lelaki manakala 84 orang
(76.4%) responden adalah perempuan. 32 orang (29.1%) responden berumur 15-
25 tahun, 60 orang (54.5%) responden berumur 26-35 tahun dan 18 orang
(16.4%) responden berumur 36-40 tahun.

Konsep Ekstremisme

Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi konstruk konsep


ekstremisme berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.8818, sisihan piawai =
0.46317. Ini menunjukkan bahawa majoriti belia mempunyai kefahaman yang
tinggi terhadap konsep ekstremisme (Jadual 3).

Jadual 3: Konsep Ekstremisme


Item Respon n % Min S isihan Interpretasi
Piawai
Pemikiran ekstremisme juga adalah STS 2 1.8 3.78 0.722 Tinggi
merupakan perilaku ekstremisme TS 3 2.7
KS 22 20
S 73 66.4
SS 10 9.1
Tindakan yang melampaui batasan STS 0 0 4.05 0.669 Tinggi
norma harian merupakan satu TS 3 2.7
perbuatan yang ekstrem KS 13 11.8
S 70 63.6
SS 24 21.8
Individu/kumpulan yang menyerang STS 2 1.8 4.16 0.773 Tinggi
individu/kumpulan lain di media TS 2 1.8
sosial merupakan satu bentuk ekstrem KS 7 6.4
cara baru S 64 58.2
SS 35 31.8
Ideologi ekstrem yang menular STS 2 1.8 4.06 0.720 Tinggi
dengan pantas menerusi media baru TS 0 0
(media sosial dan aplikasi internet) KS 13 11.8
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

merupakan satu usaha melatih S 69 62.7


kumpulan yang ekstrem dalam SS 26 23.6
ideologi
Perbuatan ekstremisme adalah STS 6 5.5 3.62 0.986 Tinggi
merupakan tindakan yang TS 8 7.3
menginginkan perubahan segera KS 22 20.0
masyarakat S 60 54.5
SS 14 12.7
(STS = Sangat Tidak Setuju; TS = Tidak Setuju; KS = Kurang Setuju; S = Setuju; SS = Sangat
Setuju)
Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju
dengan konsep pemikiran ekstremisme sebagai perlakuan ekstremisme. Bagi item
“tindakan yang melampaui batasan norma harian merupakan satu perbuatan yang
ekstrem”, majoriti responden bersetuju. Hanya sebilangan kecil sahaja yang
tidak bersetuju dengan item tersebut.

Golongan belia bersetuju dengan item “Individu atau kumpulan yang


menyerang individu atau kumpulan lain di media sosial merupakan satu bentuk
ekstrem cara baru”. Hanya segelintir sahaja golongan belia yang Sangat tidak
setuju dengan item “Perbuatan ekstremisme adalah merupakan tindakan yang
menginginkan perubahan segera”.

Bagi melihat perbezaan konsep ekstremisme hasil analisis Ujian-t


menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan di antara jantina berkaitan dengan
konsep ekstremisme apabila skor min bagi lelaki adalah 3.9154 manakala skor
min bagi perempuan adalah 3.8714. Ini menunjukkan bahawa kesemua responden
lelaki dan perempuan mempunyai tahap kefahaman yang sama tentang konsep
ekstremisme.

Jadual 4: Perbezaan Konsep Ekstremisme berdasarkan Jantina


Ujian-t
df F S ig. Jantina N Mean S isihan
Piawai
Konsep Varians sama 108 0.422 0.517 Lelaki 26 3.9154 0.50966
diandaikan
Varians sama 37.892 Perempuan 84 3.8714 0.45059
tidak
diandaikan
Hasil analisis data terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi belia
berpendidikan tinggi terlibat dalam gejala ekstremisme adalah seperti berikut:

Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi konstruk faktor-faktor yang
mempengaruhi golongan belia terhadap ekstremisme berada pada tahap yang
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

tinggi iaitu 3.9339, sisihan piawai = 0.44603. Ini menunjukkan bahawa majoriti
belia berpendapat bahawa setiap item mempengaruhi belia dalam melibatkan diri
dengan ekstremisme (Jadual).

Jadual 5: Faktor-faktor yang Mempengaruhi


Faktor yang Mempengaruhi Respon n % Min S isihan Interpretasi
Piawai
Kurangnya didikan agama TM 2 1.8 4.15 0.766 Tinggi
KM 2 1.8
SM 8 7.3
M 64 58.2
PM 34 30.9
kecenderungan melampau pada TM 0 0 4.18 0.744 Tinggi
sesuatu parti politik KM 4 3.6
SM 10 9.
M 58 52.7
PM 38 34.5
Pengaruh rakan sebaya TM 4.05 0.727 Tinggi
KM 2 1.8
SM 20 18.2
M 58 52.7
PM 30 27.3
Isu kewangan peribadi TM 1 0.9 3.95 0.881 Tinggi
KM 12 10.9
SM 32 29.1
M 51 46.4
PM 14 12.7
M endapat upah daripada kumpulan TM 4 3.6 3.93 0.945 Tinggi
KM 6 5.5
SM 11 10.0
M 62 56.4
PM 27 24.5
Terpengaruh dengan dakyah TM 1 0.9 4.13 0.768 Tinggi
menegakkan agama, bangsa dan KM 4 3.6
negara SM 8 7.3
M 64 58.2
PM 33 30.0

Tertarik dengan ideologi perjuangan TM 2 1.8 4.17 0.788 Tinggi


parti/kumpulan KM 2 1.8
SM 8 7.3
M 61 55.5
PM 73 33.6
Pengaruh keluarga TM 4 3.6 3.60 0.960 Tinggi
KM 8 7.3
SM 33 30.0
M 48 43.6
PM 17 15.5
Perasaan ingin mencuba TM 2 1.8 3.67 0.900 Tinggi
KM 8 7.3
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

SM 32 29.1
M 50 45.5
PM 18 16.4
Faktor ingin tahu TM 2 1.8 3.77 0.895 Tinggi
KM 5 4.5
SM 32 29.1
M 48 43.6
PM 23 20.9
Terdapat ikon yang popular dalam TM 1 0.9 4.03 0.795 Tinggi
kumpulan tersebut KM 7 6.4
SM 6 5.5
M 70 63.6
PM 26 23.6
(TM = Tidak M empengaruhi; KM = Kurang M empengaruhi; SM = Sederhana M empengaruhi; M =
M empengaruhi; PM = Paling M empengaruhi)

Dapatan kajian menunjukkan faktor utama yang menyebabkan belia


melibatkan diri dengan ekstremisme adalah persekitaran luar iaitu pengaruh
fahaman politik dan kurangnya didikan agama. Item kecenderungan melampau
pada sesuatu parti politik berada pada tahap yang paling tinggi. Faktor lain yang
menyumbang kepada ekstremisme adalah kurangnya didikan agama.

Jadual 6 pula menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan faktor yang


mempengaruhi berdasarkan.jantina. Ini menunjukkan bahawa kesemua responden
lelaki dan perempuan mempunyai tahap persetujuan yang hampir sama terhadap
faktor-faktor yang mempengaruhi belia menjadi ekstrem dalam tindakan.

Jadual 6: Perbezaan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Berdasarkan Jantina


Ujian-t
df F Sig. Jantina N Mean Sisihan
Piawai
Faktor Varians 108 0.051 0.822 Lelaki 26 3.7937 0.42294
sama
diandaikan
Varians 43.654 Perempuan 84 3.9773 0.44645
sama tidak
diandaikan

Analisis Perbezaan Konsep dan Faktor Berdasarkan Umur

Analisis Anova Satu Hala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan


signifikan berkaitan konsep ekstremisme dalam kalangan belia berpendidikan
tinggi berdasarkan umur bagi kesemua kategori belia.
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

Jadual 6: Perbezaan Konsep Ekstremisme dan Faktor Berdasarkan Umur


Analisis ANOVA S atu Hala
Sum of df Me an F Sig. Umur N Me an Sisihan
Squares Square Piawai
Konsep Between 0.228 2 0.114 0.526 0.593 15-25 32 3.8312 0.56136
Groups 26-35 60 3.9233 0.40521
Within 23.256 107 0.216 36-40 18 3.8333 0.46653
Groups
T otal 23.384 109 T otal 110 3.8818 0.46317
Faktor Between 0.098 2 0.049 0.243 0.785 15-25 32 3.9659 0.51980
Groups
Within 21.586 107 0.202 26-35 60 3.9348 0.43746
Groups 36-40 18 3.8737 0.33604
T otal 21.684 109 T otal 110 3.9339 0.44603

Hasil analisis Anova satu hala juga menunjukkan tidak terdapat


perbezaan yang signifikan bagi faktor yang mempengaruhi keterlibatan belia
berdasarkan umur (sig=0.785 F=0.243). Nilai skor min bagi kumpulan berumur
15-25 tahun adalah 3.9659, manakala bagi kumpulan berumur 26-35 tahun adalah
3.9348 dan skor min bagi kumpulan berumur 36-40 tahun adalah 3.8737.

Rumusan

Adalah jelas bahawa ekstremisme merupakan satu konsep yang mempunyai


kaitan dengan tindakan individu yang melampaui batasan norma dan sosial yang
mana ia sering dikaitkan dengan akibat yang tidak baik sama ada kepada
masyarakat, negara dan juga amnya dunia ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa,
tindakan yang ekstrem adalah didasari oleh faktor persepsi individu yang juga
dipengaruhi oleh ideologi-ideologi yang bukan sahaja merupakan isu dalam
negara bahkan ia melewati isu-isu antarabangsa. Contohnya, “ketaksuban”
terhadap sesuatu idea perjuangan serta salah faham terhadap konsep-konsep
dalam perjuangan keagamaan. Kajian ini mendapati bahawa majoriti belia
berpendidikan tinggi jelas tentang konsep ekstremisme yang didasarkan oleh
tindakan individu secara melampau dan juga ianya mempunyai kaitan rapat
dengan faktor-faktor persekitaran. Kajian ini tidak melibatkan peserta belia yang
terlibat dalam kegiatan ekstremisme, maka kajian lanjutan yang melibatkan belia
dalam kategori tersebut wajar dilakukan pada masa depan. Juga, boleh
dipertimbangkan dalam kajian lanjutan pada masa depan berkaitan dengan
penelitian khusus terhadap ekstremisme daripada perspektif perundangan oleh
pengamal undang-undang di Malaysia dan negara serantau.

Berdasarkan data numerikal dan naratif daripada kajian ini, adalah jelas
bahawa faktor-faktor yang mendorong individu terlibat dalam ekstremisme
seperti salah faham keagamaan dan ketaksuban kepada sesuatu ideologi menjadi
faktor penentu berlakunya tindakan yang ekstrem dalam kalangan belia. Faktor-
faktor lain yang menjadi pendorong kepada tindakan ekstrem termasuklah faktor-
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

faktor yang melibatkan komunikasi global terutamanya dengan adanya media


baru pada hari ini. Ideologi yang berkembang di luar negara, kini mudah diakses
dengan media maya termasuklah aplikasi-aplikasi komunikasi segera seperti
whatsapp dan telegram yang memudahkan golongan belia menerima input dan
idea-idea dari kumpulan ekstrem.

Penglibatan belia dalam aktiviti yang berbahaya ini didorong oleh faktor
dalaman individu yang melibatkan salah faham terhadap sesuatu konsep
perjuangan termasuklah konsep jihad serta faktor luaran. Faktor luaran ini
termasuklah faktor politik setempat dan juga pengaruh kefahaman di peringkat
antarabangsa. Memandangkan penyebaran ideologi dari luar lebih mudah dengan
adanya teknologi internet dan capaian pelbagai bentuk telekomunikasi canggih,
satu usaha yang lebih canggih diperlukan. Dalam memastikan para belia dapat
dicegah untuk taksub dengan ideologi yang radikal, kefahaman pada asas
kenegaraan dan jati diri nasional yang utuh diperlukan. Satu modul yang
komprehensif perlu dibangunkan sebagai usaha untuk memastikan gejala
ekstremisme dapat dibendung di Malaysia. Pembangunan sahsiah belia kalis
radikal dan ekstremis yang dikemukakan oleh Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia 2019) yang merangkumi elemen
memperkukuhkan dan meningkatkan pegangan agama belia, meningkatkan
efikasi kendiri, menguatkan daya tahan diri, memperkukuhkan asertif,
meningkatkan jati diri, menyerlahkan potensi belia, meningkatkan amalan
Wasatiyyah dan Inquiry Mind adalah kerangka asas yang boleh dijadikan rujukan
untuk pembinaan modul tersebut. Maka dengan ini amat jelas satu modul yang
komprehensif adalah perlu bagi memastikan belia-belia berpendidikan tinggi
mempunyai jati diri yang utuh dan mempunyai satu sistem tapisan kendiri yang
mampu mengenal pasti ideologi-ideologi yang boleh membawa kepada tindakan
yang melampau. Secara keseluruhannya, kajian ini menyarankan bahawa kajian
terhadap ekstremisme perlu diteruskan dari masa ke semasa kerana dinamika
masyarakat membolehkan berlakunya pelbagai bentuk tindakan yang ekstrem
yang pastinya memberikan kesan yang negatif kepada negara. Di samping itu
juga, pihak berkuasa memerlukan satu strategi berteknologi tinggi yang
menyeluruh dengan memanfaatkan data mega dalam mengesan kewujudan tanda-
tanda gerakan berbahaya.

PENGHARGAAN

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kod: FRGS/1/2016/SS109/UKM/02/01


dan Fakulti Pendidikan, UKM (PP-FPEND-2021).

RUJUKAN
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

A Faiz Yunus. 2017. Radikalisme, Liberalisme dan Terorisme: Pengaruhnya


Terhadap Agama Islam. Jurnal Studi Al-Qur’an: Membangun Tradisi
Berfikir Al-Quran, 13(1), 76 - 94.
Ahmad El-Muhammady, Wan Ruzalian Wan Mat Rusoff & Muhammad
Azamuddin Hashim. 2019. Ideologi Kumpulan Pengganas Daesh@ISIS:
Asas, Formulasi dan Implikasi. Dalam Institut Penyelidikan Pembangunan
Belia Malaysia. 2019. Belia Ekstremis. Putrajaya: Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia.
Ahmad El-Muhammady, Wan Ruzalian Wan Mat Rusoff & Muhammad
Azamuddin Hashim. 2019. Ideologi dan Militansi. Dalam Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. 2019. Belia Ekstremis.
Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Ahmad El-Muhammady, Wan Ruzalian Wan Mat Rusoff & Muhammad
Azamuddin Hashim. 2019. Struktur Ideologi Daesh@ISIS: Salafi-Jihadi.
Dalam Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. 2019. Belia
Ekstremis. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Ahmad Rizky Mardhatillah Umar, Arief Bakhtiar Darmawan, Faela Sufa &
Gebyar Lintang Ndadari. 2014. Media Sosial dan Revolusi Politik:
Memahami Kembali Fenomena “Arab Spring” dalam Perspektif Ruang
Publik Transnasional. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, 18 (2): 114-129.
Ahmad Sauffiyan Abu Hassan. 2016. DAESH: Kebangkitan dan Pengaruh Media
Sosial. Malaysian Journal of Communication, 32 (2): 381-404.
Ahmad Zahid Hamidi. 2017. Radikalisme dan Ekstremisme. Jurnal Qalbu, 15: 1-
18.
Al-Qaradawi. 1996. Min Fiqh al Daulah. Dar al Syuruq, Kaherah, Mesir.
Amini Amir Abdullah. 2016. Belia, Radikalisme dan Ekstremisme: Satu Kajian
Literatur. Dlm. Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS bersama
Rakan Industri 2016. Norhawiza Abdul Wahat, Jeffrey Lawrence, D’Silva
Neda Tiraieyari & Nor Aini Mohamed (penyt.). Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Asrizal Mohamed Radzi. 2013. Sejarah Pembentukan Negara Bangsa dan
1Malaysia. Jurnal Biro Tatanegara, 1/2013: 67-81.
Awang, M.M., Alfitri, A. Ahmad, A.R. & Ulu. N.L. 2016. Measuring Multi-
Ethnic Students Citizenship Competence: Domains and Indicators.
American Journal of Applied Sciences,13(1),123-130
Awang, M.M., Kutty, F.M. & Ahmad, A.R. 2014. Perceived Social Support and
Well Being: First-Year Student Experience in University. International
Education Studies, 7(13), 261-270
Awang, M.M. Jindal-Snape, D. & Barber, T. 2013. A Documentary Analysis of
the Government`s Circulars on Positive Behavior Enhancement Strategies.
Asian Social Science, 9 (5), 203-208
Azra Azyurmadi. 1999. Islam Reformis, Dinamika Intelektual dan Gerakan. Ed.1.
Jakarta: Raja Grafindo Persada.
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, Mujibu Abd. Muis & Zaliha Hj. Hussin.
2010. Sejauh Mana Peranan Agama dalam Politik Malaysia. Political
Management and Policies in Malaysia: 393-409.
Bartoli, A. & Coleman, P. 2003. Dealing with Extremists. In Beyond
Intractability ed Guy Burgess and Heidi Burgess. Boulder, CO: Conflict
Research Consortium, University of Colorado
Basri Husin. 2018. Perbahasan Epistemologi dalam Wacana Kalam Al-
Asha‘Irah: Analisis Terhadap Pemikiran Al-Baqillani (M. 403h) dan Al-
Baghdadi (M. 429h). Tesis Ijazah Doktor Falsafah , Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Bogdan, R. C. & Biklen, S. K. 2003. Qualitative Research for Education: An
Introduction to Theory and Methods. Boston: Allyn & Bacon.
Bogdan, R.C. & Biklen, S.N. 2006. Qualitative Research for Education. 5th Ed.
Boston: Allyn and Bacon.
Cohen, L. & Manion, L. 1989. Reserch Methods in Education. (3rd Ed.). London:
Routledge.
Combs, C.C. 2000. Terrorism in The Twenty-First Century (7th ed.). Upper
Saddle River, NJ:Prentice Hall.
Davies, L. 2008. Education Against Extremism. Stoke on Trent, UK: Trentham
Books Ltd
Dianne, G. 2012. Education, Extremism and Terrorism What Should be Taught
in Citizenship Education and Why. London: Continuum International
Publishing Group.
Eizleena Mahmud. 2005. Peranan dan Cabaran Islam dalam Peradaban Negara
India Kontemporari. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Fauziah Ahmad & Dafrizal Samsudin. 2017. Kebergantungan Media Sosial
Terhadap Isu Arab Spring dalam Kalangan Khalayak di Malaysia.
Malaysian Journal of Communication, 33 (1): 423-437.
Hanina Halimatun Saadiah Hamsan & Sudirman Ahmad. 2019. Corak Pemikiran
dan Tingkahlaku Belia Ekstremis. Dalam Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia. 2019. Belia Ekstremis. Putrajaya:
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. 2017.Pencegahan Fahaman
Ekstremisme & Radikalisme dalam kalangan Belia dan Masyarakat.
Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. 2019. Belia Ekstremis.
Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Intan Suria Hamzah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd Azmir Mohd
Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar & Sity Daud. 2016. Migrasi dan Ancaman
Keselamatan Malaysia: Analisa Terhadap Etnik Rohingya. Prosiding
Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan 4. Hlm: 229-238.
Awang, M .M ., Ahmad, A.R., Ghani, K.A

Intan Suria, Sity Daud & Nor Azian. 2016. Pelarian Rohingya dan Isu-isu
Kontemporari di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 12
(9): 11-23.
Ishak Saat. 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di kalangan Guru di
Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Johari Mat. 1997. Ghuluw dalam Akidah Islam: Satu Pengenalan Ringkas. Jurnal
Usuluddin, 5: 87-109.
Kagan, D.M. 1992. Professional growth among preservice and beginning
teachers. Review of Educational Research, 62 (2), 129-169.
Mahmood Zuhdi, A. M. 2003. Keganasan dan Islam: Analisis Konsep Jihad.
Jurnal Syariah, 11 (2): 1-14.
Mahmood Zuhdi. 2013. Pendekatan Wasatiyyah dan Cabaran Ekstremisme di
Malaysia. Dlm. Mushaddad Hasbullah & Mohd Asri Abdullah (pnyt.).
Wasatiyyah Pemacu Peradaban Negara. Hlm. 5-15. Putrajaya: Institut
Wasatiyyah Malaysia.
Mastura Mohamad. 2019. Membangunkan Sahsiah Belia Kalis Radikal dan
Ekstremis. Dalam Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.
2019. Belia Ekstremis. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan
Kemerdekaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammad Rahim Kamaluddin & Farhan Mat Arisah. 2019. Psikokriminogenik
Belia Ekstremis. Dalam Institut Penyelidikan Pembangunan Belia
Malaysia. 2019. Belia Ekstremis. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia.
Mohd Mizan Aslam. 2017. Peningkatan Daesh Membimbangkan. Utusan Online,
14 Mac 2017. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/peningkatan-
daesh-membimbangkan-1.456736 [11 April 2017].
Muhammad Kamal. 2008. The Meaning of Terrorism: A Philosophical Inquiry.
National Centre of Excellence for Islamic Studies. NCEIS Research Paper.
Muhammad Najib Azca. 2013. Yang Muda, Yang Radikal: Refleksi Sosiologis
Terhadap Fenomena Radikalisme Kaum Muda Muslim di Indonesia Pasca
Orde Baru. Jurnal Maarif.
Norhafezah Yusof, Mohd Haniff Imran Ghazali, Rosna Awang Hashim, Mohd
Azizuddin Mohd Sani, Syarizan Dalib, Romlah Ramli, Amrita Kaur. 2017.
Ekstremisme Agama dalam Gerakan Islamic State of Iraq dan Syria (ISIS):
Satu Analisis terhadap Akhbar The Star. Jurnal Komunikasi Malaysian
Journal of Communication Jilid 33(4) 2017: 119-141
Nur Azuki Yusuff, Tan Hong Cheng, Kevin Fernandez & Yohan Kurniawan.
2016. Perpaduan Berpaksikan Titik Kesamaan Fungsi Pelbagai Agama
Konsep Ekstremisme dan Faktor Keterlibatan

dengan Mengambil Kira Islam Sebagai Agama Rasmi di Malaysia.


Prosiding Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan 4. Hlm: 141-152.
Rahman, A.A. Ahmad, A.R., Awang, M.M. & Malek, J.A. 2016. Penglibatan
Sosial dan pembudayaan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Tidak Formal
Dalam Kalangan Penduduk Bandar Putrajaya. Kajian Malaysia. 34(2). 75-
100
Rafidah Aziz. 2014. Nilai Merentasi Batasan: Kesan ke Atas Masyarakat. Utusan
Online, 10 November 2017. http://www.utusan.com.my/rencana/nilai-
merentasi-batasan-kesan- 8232-ke-atas-masyarakat-1.22964 [27 November
2017].
Ramanathan, K. 1988. Konsep Asas Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Samsilah Roslan & Shahhanim Yahya. 2019. Ciri Psikososial dan Kaitannya
dengan Ekstremsime. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Shahhanim Yahya & Farhan Mat Arisah. 2019. Demografi Belia Ekstremis.
Dalam Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. 2019. Belia
Ekstremis. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Shara Yosevina Simanjuntak. 2016. Analisis Kejasama Bilateral Indonesia
dengan Australia dalam Penanggulangan Terrorisme sebagai Kejahatan
Transnasional Terorganisir. Journal of International Relations, 2 (3): 117-
127.
Tarmizi Taher. 1998. Radikalisme Agama. Jakarta: Pusat Pengkajian Islam dan
Masyarakat Jakarta: IAIN
Zafar Iqbal.2010. Understanding Islamophobia: Conceptualizing and Measuring
the Construct. European Journal of Social Science, 13 (4): 574-590.
Zamli Toti, Ruslin Amir, Saemah Ramlan. 2014. Pembinaan Instrumen Jati Diri
Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Proceeding of the Social
Sciences Research, ICSSR: 664-672.
Zul Azmi Yaakob & Ahmad Sunawari Long. 2015. Terrorisme sebagai Cabaran
Ideologi Muslim Masa Kini: Satu Analisis dari Perspektif Falsafah.
International Journal of Islamic Thought, 7: 58-63

You might also like