2022 Kertas Kerja Rak Maya Dan Kempen Galakan Membaca 2022

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENYIH

KM 33, Jalan Besar Seremban,


43500 SEMENYIH,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Kertas Kerja
Pelancaran Rak Maya dan
Kempen Galakan Membaca
Peringkat Sekolah
Tahun 2022
“Keluarga Membaca”
Anjuran Bersama:
Pusat Sumber Sekolah
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
1. PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah pusat ilmu yang menyediakan kemudahan
serta koleksi bahan yang dapat membantu proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Sehubungan dengan itu, infrastruktur fizikal PSS perlu selari dengan keperluan dan
kehendak murid supaya penggunaannya mencapai tahap optimum. Selaras dengan norma
baharu akibat wabak pandemik COVID-19, maka gaya pembacaan juga turut berubah
daripada bahan bacaan fizikal kepada bacaan digital. Oleh itu, buku digital perlu disediakan
untuk memenuhi keperluan pembacaan murid pada masa kini.

2. RASIONAL
KERTAS KERJA PELANCARAN RAK MAYA DAN
KEMPEN GALAKAN MEMBACA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022
Rujukan Kami: 600-7/1/8
Penyediaan bahan bacaan digital memerlukan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
menggunakan kemahiran ICT bagi membangunkan rak maya. Di samping itu, semua bahan
bacaan dalam format PDF yang dimuat naik perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada penerbit untuk mengelakkan pelanggaran Akta Hak Cipta. Oleh hal yang demikian,
rak maya sedia ada berkemungkinan dibangunkan tanpa kebenaran dan pihak penerbit di
mana mereka boleh bertindak menyaman pihak sekolah.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak pengurusan PSS bercadang membeli rak maya yang
telah disediakan oleh pihak Blink. Rak maya ini mempunyai beberapa keistimewaan iaitu:
2.1 Rak maya dibangunkan dengan alamat web sekolah, logo sekolah dan 100 e-book.
2.2 Semua buku yang dimuat naik telahpun mendapat kebenaran dan mematuhi Akta Hak
Cipta.
2.3 Dilengkapi dengan aktiviti dengan penulis buku secara maya.
2.4 Rak maya dapat digunakan sehingga 01 Januari 2026.
2.5 Koleksi buku digital sesuai dengan tahap murid.

Tambahan pula, rak maya yang dibangunkan secara tidak berbayar hanya
membenarkan lima buah buku sahaja dimuat naik sehari. Senario ini membebankan kerja
GPM dan perlu menjadikan kerja muat naik bahan di rak maya sebagai tugasan rutin.

3. MATLAMAT
Menyediakan rak buku maya selaras dengan konsep pembacaan PSS Abad ke 21.

4. OBJEKTIF
4.1 Melaksanakan program pembacaan digital selaras dengan norma baru.
4.2 salah satu inovasi GPM dalam pelaksanaan tugas.
4.3 Menyediakan rak maya yang memenuhi piawai dan tidak melanggar Akta Hak Cipta
Buku.
4.4 Memupuk semangat membaca setiap murid sama ada di sekolah dan juga di rumah.

5. TEMA
“Keluarga Membaca”

6. TARIKH PELAKSANAAN
01 Ogos 2022 hingga 01 Disember 2022.

7. SASARAN AKTIVITI
Semua murid Prasekolah, Tahun 1 hingga 6, ibu bapa/penjaga, guru-guru dan kakitangan
sekolah.

8. JAWATANKUASA INDUK
Penasihat: En. Sahrom bin Shamsudin, P.P.T (Guru Besar)
Pengerusi: En. Rosdi bin Sekin (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi: En. Sahrum bin Sameon (Guru Penolong Kanan HEM)
Pn. Eshariza binti Arifin (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn. Muhaida binti Mohammed (Guru Penolong Kanan Petang)

Penyelaras: Pn. Fadhilah binti Hasan (Guru Perpustakaan dan Media)


Setiausaha: Pn. Harishah binti Hafni (Penyelaras NILAM)

1
KERTAS KERJA PELANCARAN RAK MAYA DAN
KEMPEN GALAKAN MEMBACA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022
Rujukan Kami: 600-7/1/8
9. JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi: En. Rosdi bin Sekin (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi: En. Sahrum bin Sameon (Guru Penolong Kanan HEM)
Pn. Eshariza binti Arifin (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn. Muhaida binti Mohammed (Guru Penolong Kanan Petang)

Penyelaras: Pn. Fadhilah binti Hasan (Guru Perpustakaan dan Media)


Setiausaha: Pn. Harishah binti Hafni (Penyelaras NILAM)
Perasmian Pelancaran: Pn. Fadhilah binti Hasan
Pn. Siti Nor Baini binti Bakri
Juruacara: Pn. Harishah binti Hafni
Pn. Nor Zety Roziyantie binti Razaie
Buku Program En. Ahmad Asyraf bin Din
Dokumentasi: Pn. Siti Nor Baini binti Bakri
Hadiah: Pn. Siti Hajar binti Mustafa
Pn. Faizah binti Mamat
Pn. Siti Aisah binti Abd Ghani
Pn. Norfazila binti Ibrahim
Pn. Nor Zety Roziyantie binti Razaie
Gegantung/Jurugambar: Pn. Dahniar binti Ab Jalil
Pn. Wahidayah binti Abdul Wahab
Siar Raya: En. Syakir Maarif bin Mastor
Kutipan Data: Pn. Harishah binti Hafni
Pn. Siti Nor Baini binti Bakri

10. IMPLIKASI KEWANGAN


10.1 Sumber Pendapatan
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. Peruntukan PCG Pusat Sumber Sekolah 700.00
Sumbangan PIBG 500.00
JUMLAH KESELURUHAN 1200.00

10.2 Anggaran Perbelanjaan


Peruntukan kos hadiah untuk pertandingan:
1. Pembaca Terbanyak

2
KERTAS KERJA PELANCARAN RAK MAYA DAN
KEMPEN GALAKAN MEMBACA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022
Rujukan Kami: 600-7/1/8
PERKARA PERINCIAN HADIAH JUMLAH (RM)
Murid 20 orang X RM10.00 200.00
Guru/Staf 05 orang X RM30.00 150.00
Ibu bapa/Penjaga 05 orang X RM30.00 150.00
Jumlah 500.00

10.3 Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. Hadiah 500.00
2. Gegantung 100.00
3. Rak Maya 600.00
JUMLAH KESELURUHAN 1200.00

11. PENUTUP
Besarlah harapan dan doa kami agar Program Rak Maya ini dapat dijayakan sepenuhnya
seperti yang dirancang dan mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS nadi
sekolah dan selaras Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) seterusnya memenuhi aspirasi
pihak sekolah dan ibu bapa bagi melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, berfikiran
aras tinggi, aktif dan beradab ke arah pembentukan sahsiah unggul.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(FADHILAH BINTI HASAN) (ROSDI BIN SEKIN)


Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Semenyih, Sekolah Kebangsaan Semenyih,
Selangor Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan.

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja PELANCARAN RAK MAYA DAN KEMPEN GALAKAN


MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja PELANCARAN RAK MAYA DAN KEMPEN


GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

3
KERTAS KERJA PELANCARAN RAK MAYA DAN
KEMPEN GALAKAN MEMBACA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022
Rujukan Kami: 600-7/1/8
Ulasan:

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

Diluluskan oleh,

(SAHROM BIN SHAMSUDIN, P.P.T)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Semenyih,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh:.............................................

You might also like