Laporan Kertas Kerja Kem Pecut 100 2019
Laporan Kertas Kerja Kem Pecut 100 2019
Laporan Kertas Kerja Kem Pecut 100 2019
1. PENDAHULUAN:
Prestasi sesebuah sekolah biasanya diukur berdasarkan kecemerlangan pencapaian
akademik dari segi kuantiti dan kualiti. Semua pelajar mempunyai potensi mencapai
kecemerlangan untuk meningkatkan kualiti mahupun kuantiti. Oleh itu program Kem
Intensif Pecut 100 murid PT3 dirancang bagi tujuan tersebut. Untuk mencapai target
kualiti dan kuantiti sekolah , seramai 78 murid dipilih menyertai kem ini. Program ini
akan dijalankan pada setiap hari Rabu (waktu kokurikulum). Program ini diharap
dapat mempertingkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran yang terlibat dalam
peperiksaan PT3. Adalah diharapkan dengan perancangan dan pelaksanaan program
yang berkesan dan terancang dapat melonjakkan lagi prestasi murid-murid dalam
peperiksaan PT3 bagi tahun 2019.
2. MATLAMAT:
Melahirkan murid yang akan mencapai keputusan A bagi matapelajaran B. Melayu,
B. Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam, Sejarah, Geografi dan Asas
Sains Komputer/Reka Bentuk Teknologi.
3. OBJEKTIF:
3.1. Mendedahkan murid dengan teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran
yang terancang dan berkesan.
3.2 Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan mengikut sukatan
pelajaran.
3.3. Memberi latihan pengayaan dan pemulihan kepada murid-murid sasaran.
3.4 Mendedahkan kepada murid teknik menjawab soalan mengikut format
peperiksaan.
4. RASIONAL:
Program ini dirancang untuk mempertingkatkan prestasi murid khususnya dalam
mata pelajaran B. Melayu, B. Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam,
Sejarah, Geografi dan Asas Sains Komputer/Reka Bentuk Teknologi. Unit
Kecemerlangan Akademik mensasarkan pencapaian pelajar gemilang yang lebih baik
berbanding tahun lepas. Usaha dan pendekatan yang sesuai telah dirancang ke arah
mencapai matlamat ini.
5. JAWATANKUASA:
7. STRATEGI PELAKSANAAN:
7.1 Mengenalpasti murid yang terlibat.
7.2 Menyediakan bahan-bahan latihan untuk digunakan semasa program.
7.3 Menggunakan strategi latihan topikal dan latihtubi berfokus dan intensif.
7.4 Guru-guru bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.
10.TENTATIF PROGRAM:
Mengikut waktu Kokurikulum.
11.KEWANGAN
Pendapatan Perbelanjaan
12.KEKUATAN
i. Kehadiran murid adalah baik.
ii. Guru dapat memberikan tumpuan yang lebih lama kepada murid.
iii. Guru dapat mengulang kaji topik tingkatan 1 dan 2.
13. PENAMBAHBAIKAN
i. Program perlu dilakukan lebih awal.
ii. Bahan tingkatan 1 dan 2 perlu disediakan dengan lebih banyak.
LAPORAN BERGAMBAR
……………………. ………………………
(NOOR HARYANI BINTI MOHD SUHAINI) (EN. ABDUL RAHIM BIN ABDUL MAJID )
SU KECEMERLANGAN PT3 PENGETUA SMK TROLAK