Minit mesyuarat.P.BM 4
Minit mesyuarat.P.BM 4
Minit mesyuarat.P.BM 4
PK 07/3
Kehadiran(Bilangan) :
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ketua Panitia, Puan Kalah mengalu- alukan kedatangan Guru Besar, GPK Kurikulum
dan guru-guru yang menghadiri Mesyuarat Panitia kali keempat bagi tahun 2020.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu tahap satu dan
dua yang memberikan komitmen untuk hadir ke Mesyuarat Panitia Kali keempat.
1.3 Beliau juga berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan dapat
memantapkan pengurusan panitia Bahasa Melayu.
1.4 Mesyuarat kali ini telah menyentuh pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi
murid – murid tahun 1- 4 di sekolah.
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada
4. FOKUS MESYUARAT
4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
4.2 Ketua Panitia menegaskan bahawa PBD bukanlah untuk membandingkan tahap
penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain tetapi ia bertujuan untuk
melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran.
4.3 Beliau juga menyatakan bahawa PBD berperanan sebagai mode pengesan
perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid dalam pembelajaran serta merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
guru di dalam bilik darjah .
4.4 Puan Kalah bersama guru – guru Bahasa Melayu turut membincangkan tahap
Penguasaan (tp) dalam pelaksanaan PBD di dalam bilik darjah. Beliau menekankan
bahawa tiada lagi menggunakan band dan guru hanya perlu mentaksir murid mengikut
tahap penguasaan.
4.5 Puan Leela telah berkongsi info- info mengenai tahap penguasaan dengan guru- guru.
Sebagai pendidik, guru perlu merancang dan melaksanakan pdp bagi satu kelompok
bidang, tema atau kemahiran dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
sebelum menentukan tahap penguasaan murid.
4.6 Pdp guru harus berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
manakala Standard Prestasi merupakan indikator kepada tahap penguasaan murid.
4.7 Terdapat enam Tahap penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun
secara hierarki iaitu tahap 1 hingga tahap 6.
4.8 Tahap minimum bagi penguasaan setiap individu murid ialah Tahap Penguasaan 3.
Murid- murid perlu dibimbing oleh guru matapelajaran untuk mencapai sekurang
kurangnya Tahap Penguasaan 3.
4.9 Walau bagaimanapun, segelintir murid tidak berupaya untuk mencapai tahap ini kerana
potensi setiap individu adalah berbeza. Guru perlu mengambil tindakan susulan dan
sentiasa berusaha untuk membantu murid meningkatkan tahap penguasaan masing-
masing.
4.8 Ketua panitia juga menjelas tentang cara pengumpulan evidens bagi tahap penguasaan
murid yang mencapai tp 1,2 dan 6.
4.9 Bagi murid- murid yang mencapai tahap penguasaan 1 dan 2 perlu dibimbing oleh guru
pemulihan pada waktu bahasa Melayu.
5.
HAL – HAL LAIN
5.1 Guru Besar telah bertanya tentang rancangan atau pendekatan yang diambil oleh ketua
panitia mahupun guru- guru bahasa Melayu bagi meningkatkan tahap penguasaan
setiap individu murid.
5.2 Puan Susela telah berkongsi idea beliau iaitu penggunaan buku “ Bacaah Sayang” yang
digunakan di dalam kelas 2 Sigaram bagi membantu murid mengenal pasti suku kata
dengan mudah.
5.3 Puan Manokeri berkongsi idea iaitu aktiviti ejaan dan bacaan yang dibuat di dalam kelas
beliau bagi membantu murid membaca dan mengingati perkataan yang dibaca
sepanjang minggu berkenaan.
5.4 Pengerusi meminta guru- guru Bahasa Melayu untuk bekerjasama sebagai satu
pasukan dalam berkongsi maklumat malahan mengatasi sebarang permasalahan yang
dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari. Tarikh dan masa mesyuarat
seterusnya akan dimaklumkan kemudian.
Disemak oleh,
Disediakan oleh,
....................................................
…….............................................
(PIRABA A/P RAJAMANICKAM)
SETIAUSAHA
PANITIA BAHASA MELAYU
Disahkan oleh,
.....................................................
PK 07/1
..........................................................................
Tuan,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :
Masa : 12.00 pm
Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
........................................................
PK 07/2
SENARAI KEHADIRAN
TURUT HADIR
1 3
2 4
TIDAK HADIR
Disediakan oleh :
……………………..............
(Pn.Kalah A/P Balakrishna)