Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1/ 1
Rumusan membincangkan faktor-faktor menggalakkan industri
pelancongan dan kebaikan aktiviti pelancongan di Malaysia.
Salah satu faktor penggalak aktiviti pelancongan di Malaysia ialah penginapan yang selesa kepada pelancong. Selain itu, para pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi lain. Di samping itu, Malaysia juga terkenal dengan beraneka jenis hidangan yang unik dan mempunyai cita rasa yang tersendiri. Antara kebaikan aktiviti pelancongan ialah kita dapat mempromosikan budaya masyarakat Malaysia. Selain itu, dengan melancong, kita menambahkan rasa syukur kepada Tuhan atas nikmat pelbagai ciptaan alam. Di samping itu, aktiviti pelancongan membuka ruang untuk meluangkan masa berkualiti untuk berehat bersama-sama ahi keluarga. Kesimpulannya, rakyat Malaysia hendalah memanfaatkan peluang bercuti dalam negara agar dapat membantu menjana ekonomi negara. (118 patah perkataan)