Skrip Persaraan Dan Perpisahan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Bil Teks pengacara

1.Ucapan Aluan Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun menurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirohmanirohim….
Assalamualikum warahmatullahi wabarokatuh dan Salam Sejahtera

1. Yang Berusaha, En. Phang Hang Kuok, Pengetua SMK Methodist


2. Yang Dihormati, Madam Cheng Heng Ling, wakil Lembaga Pengelola
Sekolah
3. Yang Berusaha, En. Sandaran a/l Arumugam, Yang Dipertua PIBG
4. Yang Berbahagia, Datin Noor Arita bt. Ismail, Penolong Kanan
Pentadbiran
5. Pn. Haslina bt. Haris, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
6. Pn. Lim Huey Jun, Penolong Kanan Kokurikulum,
7. En. Azrin b. Kamaruddin, Pengerusi Kelab KGKT
8. Yang diraikan, Pn. Ma Taksiah bt. Alang Pilih dan Tn. Hj. Hassan b.
Abdul Ghafor
9. Seterusnya, barisan Guru Kanan, Guru-guru serta anak didik yang
dikasihi

Selamat datang ke Majlis Persaraan Pn. Ma Taksiah bt. Alang Pilih dan Majlis
Perpindahan Tn. Hj. Hassan b. Abdul Ghafor. Untuk makluman hadirin sekalian
majlis ini adalah bertujuan untuk memanifestasikan penghargaan kami warga SMK
Methodist atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh kalian
yang diraikan berkhidmat di sekolah ini.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran yang dirai sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

2.Doa Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan

Tn. Hj. Abdul Rahman b. Hamid/ Saudara Muhammad Ibad Hazim b.


Rosmadi

Untuk membacakan doa memohon keberkatan. Dipersilakan.

3.Ucapan Wakil Amin..amin…yarabbalalamin. Terima kasih Tn. Hj. Abdul Rahman/ Saudara
Murid Muhammad Ibad atas kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Saudari Thea Catelyn untuk menyampaikan


ucapan. Dipersilakan.
4.Ucapan Terima kasih atas untaian kata sebentar tadi.
KGKT
Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan daripada En. Azrin b. Kamaruddin,
Pengerusi Kelab KGKT. Dipersilakan.

5.Ucapan Begitulah tadi ucapan daripada Pengerusi Kelab KGKT. Terima kasih En. Azrin.
Pengetua
Hadirin yang dikasihi, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En. Phang
Hang Kuok, Pengetua SMK Methodist. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

6.Ucapan Tn. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Hj. Hassan Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah Majlis jika tuan tidak berbicara.

Untuk itu majlis mempersilakan Tn. Hj. Hassan b. Abdul Ghafor untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

7.Biodata & Terima kasih Tn. Hj. Hassan atas ucapan yang telah diberikan sebentar tadi.
Ucapan Pn. Ma
Malam hari berlagu unggas,
Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budi kalian dalam ingatan.

Bukan senang menampi selasih,


Selasih sudah bercampur arang,
Bukan mudah bercerai kasih,
Kerana kasih bercampur sayang.
***Bacaan Biodata

Hadirin sekalian, bagi melengkapkan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan
Pn. Ma Taksiah bt. Alang Pilih untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

8.Penyampaian Terima kasih Pn. Ma atas kesudian menyampaikan pesanan tadi.


Hadiah
Banyak ingatan, banyak kenangan, banyak pengalaman yang dikongsi bersama.
Bukan mudah menerima perpisahan tapi adat pertemuan selalu berpasangan dengan
perpisahan.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi kalian jadi kenangan.

Sumbangan kalian tidak bertepi,


Mengorban diri menyemai bakti,
Ganjaran terbaik hanya dari ilahi,
Dari kami terimala hadiah ini.

Majlis mempersilakan Tn. Hj. Hassan untuk menerima hadiah tanda kenang-
kenangan daripada kami. Acara penyampaian hadiah pada pagi ini kita akan
mulakan dengan hadiah daripada
………………………………………………..(lihat senarai)

Terima kasih atas kesudian Tn. Hj. Hassan menerima hadiah tanda ingatan daripada
kami.

Majlis seterusnya, mempersilakan Pn. Ma Taksiah bt. Alang Pilih pula menerima
hadiah sempena persaraan beliau. Dipersilakan.
Acara penyampaian hadiah pada pagi ini kita akan mulakan dengan hadiah daripada
………………………………………………..(lihat senarai)

9.Penyerahan Hadirin sekalian,


Watikah
Persaraan Bagi melengkapkan majlis, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Watikah
Persaraan. Oleh demikian, bagi menyempurnkan acara tersebut, majlis dengan
segala hormat mempersilakan
En. Phang Hang Kuok, Pengetua SMK Methodist untuk menyerahkan Watikah
tersebut kepada Pn. Ma Taksiah. Dipersilakan.

10.Penutup & Terima kasih En. Phang Hang Kuok atas penyampaian Watikah sebentar tadi.
Sesi Bergambar
Hadirin yang dihormati sekalian,

Umpama memanjat dah sampai ke puncak,


Umpama berdayung dah sampai ke pelabuhan,
Yang ruas dah sampai ke buku,
Yang terniat sudah terkabul,
Yang menerima sudah menerima.

Tuai padi antara nampak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sebelum mengundur diri, renungkan kata2 ini,


Persahabatan itu ibarat tangan dan mata,
Tatkala mata menangis, tanganlah yang menyeka air mata,
Ketika tangan terluka, mata kan menangis…. Begitulah akrabnya persahabatan kita.

Mudik ke hilir berperahu layang,


Singgah sebentar di Indera Giri,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandailah menjaga diri.

Sebelum bersurai…..
Sidang hadirin sekalian,
kami tak lupa pesan nenek,

Tetamu datang
jangan dilayan alang palang
pulang tak berhati walang
dijemput lagi pasti kan datang
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.

Sebarang kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati.
Semoga kita berjumpa lagi.

Untuk itu majlis saya akhiri dengan lafaz mulia


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh, sekian.

Majlis mempersilakan Yang Diraikan Tn. Hj. Hasaan dan Pn. Ma untuk sesi
bergambar dan kemudian bersama tetamu lain menjamu selera di War Room.

You might also like