Syaikh Mustafa Ismail Dan Asas Persembahan Tarannum Alquran Suatu Perbincangan

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)

FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

SYAIKH MUSTAFA ISMAIL DAN ASAS PERSEMBAHAN


TARANNUM ALQURAN : SUATU PERBINCANGAN

Muhammad Lukman Bin Ibrahim


Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Negeri Sembilan
Tel: +60139355277 Email: [email protected]
Abstrak
Al-Quran merupakan mukjizat Nabi muhammad saw yang paling utama. Membaca, memahami dan
beramal dengannya adalah termasuk dalam ibadat yang amat dituntut dalam agama Islam. Justeru,
bacaan secara tarannum dan memperindahkan seni suara terhadapnya adalah tidak terkeluar dari
dalam konteks ini. Ini akan menyerlahkan lagi sinar mukjizat tersebut kepada ummat. Artikel ini
bertujuan untuk memperkenalkan tokoh qari tersohor negara Mesir Syaikh Mustafa Ismail. Artikel
ini juga melihat sejauh mana metodologi yang digunapakai oleh beliau dalam mempersembahkan
bacaan yang menjadi ikutan para qari seluruh dunia khususnya di Malaysia.

Kata kunci : al-Quran, tarannum, Mustafa, tahsin, metodologi.

Pendahuluan
Ilmu tarannum AlQuran adalah suatu ilmu yang berkait dengan tahsin bacaan dan tilawah. Ia sangat
berkait dengan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang ini. Antara tokoh utama yang menjadi topik
perbahasan ialah Syaikh Mustafa Ismail, seorang qari masyhur di Mesir. Bahkan beliau diberi
pengiktirafan yang istimewa di kalangan ahli tarannum kerana kebolehan dan kepakarannya dalam
bidang ini.

Nama Dan Kelahiran

Nama penuh beliau ialah Mustafa Muhammad al-Mursi Ibrahim Isma‘il. Masyhur dengan nama
“Syaikh Mustafa Isma‘il”.Dilahirkan pada 17 Jun 1905 Masihi bersamaan 4 Rabi‘ul Akhir 1323
Hijrah di sebuah perkampungan pertanian yang bernama “Mit Ghazal” Markaz al-Santah di Wilayah
Barat, Tanta, Mesir.(Shukri al-Qadi, 2001) Jarak antara tempat kelahiran beliau dengan bandar Tanta
ialah 8 kilometer dan jarak Tantadengan ibu kota Kaherah pula adalah lebih kurang 300
kilometer.(Kamal Najmi, 1992). Kawasan perkampungan beliau terkenal hingga sekarang dengan
tempat kuttab-kuttab huffaz al-Quran, belajar membaca, ilmu tajwid, ilmu qira’atdan talaqqi kitab-
kitab. Kuttab-kuttabini telah mengeluarkan setiap tahun lebih kurang 100 orang pelajar untuk
menyambung ke peringkat ibtida’i di Universiti al-Azhar.(Khalid Isa, 2019)

Gelaran

492
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

Beliau digelar dengan beberapa gelaran, antaranya(Tariq Khalil, 1994)


1. Imam al-Qurra’.
2. Al-Qari Awwal al-Misr.
3. Amir al-Qurra’.
4. Al-Qari al-Maliki.
5. Al-Qari al-Awwal Fi al-‘Alam.
6. ‘Umdah al-Qurra’.
7. Al-Qari al-Azhar
8. Al-Qari al-‘Abqariy

Semasa kecil, sudah pasti ibu bapa beliau menjadi madrasah dan guru pertama untuknya.
Diajar dan didik dengan akhlak Islamiyah dan asas-asas ilmu Islam. Menurut datuk beliau, pada
zaman kanak-kanak, Shaykh Mustafa Isma‘il suka bermain hoki. Beliau disifatkan sebagai seorang
kanak-kanak yang nakal dan suka duduk menyendiri di bawah pokok sambil membaca al-Quran
dengan mengangkatkan suara yang kuat dan lantang. Bacaan beliau didengari oleh orang ramai yang
berada disekeliling kemudian lantas mereka datang berkumpul untuk mendengar bacaannya.
Shaykh Mustafa Isma‘il menghafaz al-Quran semenjak kecil lagi iaitu ketika berusia 6 tahun di
Kuttab107 kampungnya.108 Di mana bapa beliau telah menghantar ke Kuttab (Madrasah Tahfiz)
Shaykh ‘Abd al-Rahman Abu al-‘Aynayn dan berguru dengannya. Di sana beliau belajar selama 2
tahun untuk mempelajari al-Quran, menulis dan sempat menghafaz satu perempat juzuk al-
Quran.(Kamal Najmi, 1992)
Kemudian ketika berusia 8 tahun,beliau menyambung pula pengajiannya di Kuttab Shaykh
‘Abdullah Shahatah yang berhampiran dengan rumah keluarga beliau. Di situlah beliau dapat
menyempurnakan hafazan al-Quran secara keseluruhanya 30 juzuk dan dapat membaca al-Quran
dengan baik serta mahir dalam penulisan dan pembacaan pada umur 10 tahun.
Pada saat itu, Shaykh Mustafa Isma‘il mula menghafal ilmu-ilmu yang telah dipelajari sebelum
ini dan mengulang hafalan al-Quran dan sering membaca al-Quran di rumahnya setiap hari. Pada
suatu hari Shaykh Mustafa Isma‘il membaca al-Quran di rumahnya, maka didengari oleh datuk dan
ayahnya, namunayahnya melihat bahawa bacaan beliau ada potensi untuk pergi lebih jauh lagi dan
mereka berhasrat untuk menghantar Shaykh Mustafa Isma‘il belajar lebih mantap dan secara
mendalam lagi tentang ilmu-ilmu al-Quran dari segi tarannum dan ilmu tajwid.

Ketika berusia 15 tahun, sampai masanya beliau keluar dari kampungnya bermusafir mencari
ilmu untuk menyambung pengajian pula di Ma‘had al-DiniTanta. Sebelum menyambung ke Ma’had
tersebut, datuk beliau menyuruh menghafaz dahulu matan-matan yang berkaitan dengan al-Quran
sehingga ingat dan mahir. Di sana beliau telah mempelajari ilmu-ilmu syariah, bahasa Arab dan
ilmu-ilmu yang lain sehingga beliau berjaya memperolehi ijazah.(al-Haluji Hasan, 2005)

107
Sekolah belajar asas agama terutama al-Quran.
108
Ilyas b. Ahmad Husayn b. Sulayman al-Barmawi, Imta‘ al-Fudala’ Bitarajim al-Qurra’ Fima Ba‘d al-Qarn al-
Thamin al-Hijri,(al-Madinah al-Munawwarah: Dar al-Nadwah al-‘Alamiyyah, 2000), 2: 388.

493
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

Guru-guru

Syaykh Mustafa Isma‘il juga mempunyai guru-guru yang terlibat secara tidak langsung yang
memberi tunjuk ajar, nasihat dan pandangan kepada beliau dalam dunia tilawah khususnya tarannum
al-Quran. Di antara mereka ialah(shukri al-Qadi, 2001)

1. Shaykh ‘Ali Muhammad al-Dabba’.


2. Shaykh Muhammad Rifa‘at.
3. Shaykh MuhammadSayfi.
4. Shaykh Muhammad Salamah.
5. Shaykh ‘Abd Fattah Syi‘sya’i.

Murid

Oleh kerana Shaykh Mustafa Isma‘il merupakan seorang ulama qurra’ yang masyhur dalam bidang
tarannum melebihi 50 tahun, maka sudah pastilah beliaumempunyai murid-murid yang hebat pernah
berguru dan bertalaqqi dengannya.

Di antara anak-anak murid beliau yang sangat masyhur terkenal di seluruh dunia, iaitu:
1. Syaikh Fathi al-Maliji.

Nama penuh beliau ialah FathiHasan Muhammad Hasan al-Maliji. Beliau masyhur dengan nama
“Syaykh Fathi al-Maliji”. Dilahirkan pada 5 September 1943 di kampung al-Habsh Markaz al-
Ibrahimiyah Wilayah Timur Mesir.Beliau merupakan salah anak murid Shaykh Mustafa Isma‘il
yang paling akrab dan gaya, uslub alunan, suara, irama tarannum yang tidak ubah sepertinya.(Khalid
Isa, 2019)

2. Syaikh Mustafa Ghalwasy


Beliau dilahirkan pada hari khamis 5 julai 1938 di Tanta Barat. Sejak dari kecil beliau adalah
seorang peminat al-Quran dan tarannum. Beliau menghafaz al-Quran pada usia kecil iaitu sekitar 12
tahun. Kebetulannya latar belakang keluarga beliau adalah dari kalangan huffaz al-Quran.
Beliau belajar dengan beberapa orang guru al-Quran di Tanta dan menekuni bacaan qari qari
terkenal sebelumnya seperti Muḥammad Rif‘at, Muṣṭafā Ismā‘īl dan ‘Abd al-Basīṭ.
Beliau meneruskan rasmi bacaan qari terkenal di masjid Ḥusayn109 iaitu membaca al-Quran
sebelum solat waktu dan sebelum solat Jumaat. Terpilih memperdengarkan bacaan di sana adalah
pengiktirafan yang besar bagi seorang qari. Beliau meninggal dunia 4 Febuari 2016.(Lukman, 2020)

109 Masjid al-Ḥusayn adalah sebuah masjid yang dibina pada tahun 1154M. Masjid ini terletak di Kaherah, Mesir, berhampiran
dengan bazar Khan El-Khalili. Ia dianggap sebagai salah satu tempat Islam yang paling dihormati di Mesir. Lihat “Al-Hussein
Mosque”, laman sesawang Wikipedia, https://en.wikipedia.org/wiki/Al-Hussein_Mosque. Masjid ini dibina di atas pemakaman
khalifah Fatimiyyah, walaupun ini tidak dipastikan berdasar arkeologi tapak tersebut. Ia dinamakan sempena nama cucu Nabi
Muḥammad SAW, Ḥusayn ibn ‘Alī. Syiah percaya bahawa kepala Ḥusayn dikebumikan dibawah masjid tersebut. Kompleks ini
termasuk sebuah makam, yang bermula dari pembinaan asal masjid pada tahun 1154. Lihat Caroline Williams, Islamic
Monuments in Cairo: The Practical Guide (Kaherah: American University in Cairo Press, 2002), 193-194. Bangunan itu dibina
semula pada abad ke-19 dengan seni bina dipengaruhi oleh seni bina Revolusi Gothik. Hari ini, masjid menempatkan beberapa

494
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

3. Syaikh Dr. Ahmad Nu‘ayna‘.

Nama penuh beliau ialah Ahmad Ahmad Nu‘ayna‘. Lahir pada 15 Mac tahun 1954 di Markaz
Matubis Kafar al-Shaykh, Mesir. Beliau digelar sebagai Shaykh “Tabib” kerana beliau adalah
seorang doktor kanak-kanak yang memiliki ijazah dan master dalam bidang ini. Beliau
merupakansalah seorang anak murid Shaykh Mustafa Isma‘il yang begitu masyhur dalam tilawah al-
Quran sekarang ini di Mesir bahkan di seluruh dunia.(Khalid Isa, 2019)
Metodologi Tarannum
Metodologi tarannum bermaksud iaitu kaedah atau sistem bacaan kepuraan berdasarkan prinsip ilmu
tarannum. Ia sangat penting kerana tanpa kaedah dan prinsip yang betul maka bacaan tersebut tidak
akan menghasilkan tahsin. Tahsin yang dimaksudkan ialah kaedah-kaedah yang menghasilkan
bacaan yang merdu serta memberi sentuhan ketenangan kepada pembaca dan pendengar. Apabila
kita mendengar seorang qari membaca AlQuran, yang merdu dan baik bacaannya, dia tidak hanya
terhasil dari suara yang baik sahaja, bahkan ia disebabkan oleh metodologi yang dibincangkan
ini. Begitu juga, suara yang baik tanpa kaedah dan metodologi yang betul tidak menghasilkan
bacaan tahsin yang menarik.
Metodologi Bacaan tarannum

Syaikh Mustafa Ismail kebiasaannya memulakan persembahan bacaannya dengan tarannum


Bayyati.(Lukman, 2010). Umumnya semua para qari masyhur memulakan dengan Bayyati. Ini
kerana ia amat bersesuaian dengan tahap suara qarar dan melambangkan kerehatan dan kelapangan
suara ketika memulakan bacaan. Walaupun tidak menjadi kesalahan untuk memulakan mana-mana
tarannum, namun kecenderungan setiap qari juga menjadi suatu perkiraan.

Dalam kepelbagaian bacaan syaikh, beliau juga ada memulakan dengan tarannum yang lain iaitu
tarannum Rast. Antara keistimewaan beliau adalah membaca harakat tarannum Bayyati dalam kadar
masa yang panjang dan ia melibatkan belasan harakat namun dengan variasi berbeza.

Para qari, pada umumnya, hanya akan membaca tarannum Bayyati antara 5 dan 6 harakat sahaja dan
kemudian berpindah kepada tarannum yang lain.

Kemahiran syaikh dapat dilihat bila beliau mampu mempersembahkan tarannum Al-Quran dalam
melebihi setengah jam dengan kepelbagaian tarannum.

1- Harakat

barang yang bersejarah dan serta terdapat manuskrip lengkap al-Quran yang tertua. Lihat “The “Qur’ān of ʿUthmān” at the Al-
Hussein Mosque, Cairo, Egypt, From 1st / 2nd Century Hijra”, lama sesawang Islamic Awareness, https://www.islamic-
awareness.org/quran/text/mss/hussein

495
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

Harakat ialah gaya alunan sesuatu tarannum yang tersusun daripada beberapa qit‘ah 110 dengan
mahattah111 yang tertentu.

Perbezaan di antara Harakat Tajwid dan Tarannum

Harakat tarannum dan harakat tajwid mempunyai perbezaan ketara. Namun keduanya mempunyai
peranan yang besar dalam bacaan AlQuran. Jika keduanya dipadukan dengan baik, ia akan
menghasilkan bacaan yang menarik dan berseni.

a) Harakat Tajwid
Harakat tajwid ialah berkenaan kadar panjang dan pendek suatu bacaan. Ia seperti mad-mad tertentu
yang panjangnya 2, 4,5, atau 6 harakat. Kadar ini bergantung kepada mad yang terdapat dalam
bacaan ayat-ayat AlQuran.(lukman, 2010)
Ukuran panjang ini pula adalah berdasarkan gerak jari membuka genggaman atau menutupnya.
Ia pula bergantung kepada kecepatan kadar bacaan seseorang qari. (Abdullah alQari, 1994)

Harakat Istilah
1 Satu
2 Dua Qasr
3 Empat Tawassut
4 Enam Mad

b) Harakat Tarannum
Gaya alunan tarannum yang tersusun daripada beberapa qit‘ah dengan mahattahnya yang tertentu.
Untuk membina sesebuah tarannum maka ia memerlukan sekurang-kurangnya 4 harakat yang
sempurna. Jika ia melebihi 4 harakat yang maka ia dikira bonus yang melengkapi tarannum
tersebut.(Haji Muhammd haji Yusuf, 1992)

Setiap harakat mempunyai peranan khusus. Dalam memahami peranan ini, seorang qari atau
qariah perlu memahirkan diri dalam setiap harakat tersebut. Ia berhubungkait tentang kemahiran dan
kefahaman yang jitu agar tidak bercampur aduk dan berulang yang disebut takrir.

Susunan harakat adalah seperti berikut :


1. harakat pertama -hendaklah disesuaikan dengan harakat yang terakhir pada tarannum
sebelumnya, sama ada gaya, ṭabaqah dan susunannya
2. harakat kedua – ianya merupakan harakat rangsangan kepada harakat berikutnya.
3. harakat ketiga – ianya merupakan harakat jawa
4. b (tinggi) kepada kepada suatu tarannum.
5. harakat keempat – ianya merupakan ḥarakāt jawāb al- jawāb (tertinggi) kepada
sesuatu tarannum.
6. harakat kelima – ianya merupakan harakat persediaan untuk menurun

110 Gaya potongan tarannum dihujung sesuatu harakat.


111 Diterangkan di dalam topik mahattah.

496
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

7. harakat keenam – ia merupakan harakat penutup kepada sesuatu tarannum.(Nik


Jaafar,1998)

Tarannum Bayyati pembukaan tidak perlu di akhiri dengan harakat penutup. Ini kerana terdapat
tarannum lain yang akan dibawa oleh para qari selepas tarannum Bayyati.
Tiap-tiap tarannum hendaklah ditutup dengan tarannumnya yang tersendiri kecuali perpindahan
tarannum yang dibuat secara wuṣlah al-mumathalah. Penamat sesuatu persembahan bacaan biasanya
diakhiri dengan tarannum Bayyati sebagai penutup.
Syaikh Mustafa Ismail adalah seorang qari yang mempunyai kemahiran dan kepakaran tinggi
dalam hal susunan harakat. Beliau seringnya tidak menyusun harakat seperti sepatutnya namun
masih kelihatan amat unik dan menarik. Contohnya, beliau memulakan ḥarakāt Nawwah dalam
beberapa harakat kemudian menaikkannya kepada jawabul jawab dan kemudian qarar. Ini adalah
suatu kelainan yang ddilakukan oleh beliau dan memberi kesan yang luar biasa dalam persembahan
tarannum.

2- Wuṣlah al-Mumathalah
Wuṣlah al-Mumathalah ialah suatu gaya harakat yang bercampur dari dua air tarannum yang
berlainan.(Noordin Idris, 2009) Ianya terdapat dalam dua bentuk yang berbeza:
a) Gaya harakat yang dicampurkan antara dua irama tarannum (air tarannum) yang berlainan.
Sebagai contoh seorang qari berada pada tarannum jaharkah. Beliau mencampurkan ḥarakāt
jawāb dengan tarannum Ṣaba. Namun dihujung harakat tersebut ia kembali kepada tarannum
jaharkah.
b) Perpindahan satu tarannum ke satu tarannum yang lain dalam satu harakat. Ini bermaksud
seorang qari melakukan satu tarannum dan terus berpindah kepada tarannum yang lain tanpa
kembali kepada tarannum asal.
Kedua-dua kaedah diatas mempunyai nilai tersendiri dalam ilmu tarannum. Ia akan menambah
elok sesuatu jalan bacaan dan tarannum. Dalam kaedah Majlis Tilawah Al-Quran ia diberi markah
istimewa sekiranya seorang qari dapat melakukan wuslah al-mumathalah dengan baik.
Biasanya harakat yang dibaca seringkali menjadi kaku, beku dan tumpul setelah beberapa
tarannum yang dibawa secara berasingan. Jadi kaedah untuk menghidupkan semula setiap harakah
ini ialah dengan wuslah al-mumathalah.
Syaikh Mustafa Ismail seringnya mempelbagaikan kaedah wuṣlah al-mumathalah bertujuan
supaya teknik bacaan sentiasa segar.

3- Mahaṭṭah

Mahattah ialah gaya penghujung sesuatu harakat secara bertaranum setiap qari yang menamatkan
sesuatu harakat dalam bacaannya hendaklah memilih mahattah yang betul. Pemilihan mahattah yang
betul akan menunjukkan keserasian antara harakat, tidak canggung di dalam ilmu suara, tidak
merosakkan kemerduan dan keserasian antara setiap ayat.

Mahattah yang salah akan menyebabkan harakat tarannum yang seterusnya akan terkesan. Sebagai
contoh, seorang qari yang memilih mahattah yang salah seperti meninggikan suara dihujung
bacaan. Walhal sepatutnya dia menurunkan suaranya dengan tujuan untuk menamatkan bacaan
tersebut.

497
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

Sekiranya ia berlaku di dalam sembahyang maka ia akan merencatkan emosi ahli jemaah yang solat
bersama-sama kerana menganggap bahawa ia akan meneruskan bacaan sedangkan imam memilih
untuk ruku’.

Dengan itu, semestinya seorang qari memilih mahattah yang betul di dalam bacaan AlQuran dan ini
adalah termasuk di dalam syarat tahsin AlQuran.
.
4- Ṭabaqah
Ṭabaqah ialah suatu tingkatan atau tahap suara yang yang berkaitan dengan sesuatu tarannum yang
tertentu.112

Suara seseorang mempunyai beberapa ṭabaqah atau tingkatan iaitu:


1) tingkatan suara yang paling rendah iaitu suara yang keluar dari rongga dada dan perut. Ini
dinamakan suara tahap qarar.113
2) Tingkatan suara yang sederhana serta meninggi sedikit berbanding dengan suara qarar. Ia
keluar dari sebelah atas dada sehingga ke leher. Ia dinamakan suara tahap nawwah.114
3) Tingkatan suara yang tinggi. Ia keluar dari rongga leher sehingga rongga hidung dan
dinamakan suara tahap jawāb.115
4) Tingkatan suara tertinggi iaitu suara yang keluar dari rongga hidung sehingga rongga kepala
iaitu dinamakan tahap jawāb al-jawāb.
5) Tingkatan suara yang menurun yang dinamakan dengan nuzūl.
6) Tingkatan suara rendah iaitu qarar sebagai penutup sesuatu tarannum.

Pengetahuan mengenai ṭabaqah amat penting kepada seorang qari yang ingin bertarannum. Ini
keranan ṭabaqah berperanan memberi tenaga dan peningkatan suara yang sesuai kepada sesuatu
bacaan. Jika tidak, bacaan tersebut tidak dapat dikatakan bertarannum dan kelihatan hambar tidak
bermaya.
Kepelbagaian tabaqah ini dilakukan dengan amat baik oleh Muṣṭafā Ghalwasy. Beliau tidak
akan menggunakan ṭabaqah yang sama pada setiap harakat bahkan mengadunkannya dalam variasi
yang berbeza. Ia menjadi pendengar tidak jemu walaupun bacaan beliau telah melangkau setengah
jam lebih.

5- Ikhtilal al-Laḥn
Ikhtilal al-laḥn ialah kesumbangan nada suara yang disengajakan mengikut irama dan tabaqah suatu
tarannum. Ia berlaku dalam dua keadaan :116
a) kesumbangan suara yang disengajakan atau terkawal. Kesumbangan seperti ini sangat
dikehendaki dalam mempersembahkan suatu tarannum atau harakat.

112 Haji Mohammad bin Haji Yusuf, “Pengajian Al-Quran Berlagu di Kelantan: Sejarah dan Perkembangannya,” 44.
113 Suara asas yang rendah.
114 Nawwah adalah dari bahasa Arab (‫نوه‬
َّ ) yang bermaksud naik atau meninggi. Menurut Nik Jaafar, ia juga dikatakan dari perkataan
Nawah ( ‫ ) نواة‬yang bermaksud biji tamar. Ia digunakan demikian kerana dalam bentuk kiasan iaitu dari biji tamar akan
berkembang biak menjadi pohon tamar yang besar. Begitu juga halnya dengan tabaqah nawah yang merupakan pemangkin
kepada harakat seterusnya. Lihat Muḥammad bin Mukarram Ibn Manẓūr, Lisān al-‘Arab (Beirut: Dār al-Ṣādir, 1983), 10:34
115 Jawab ialah istilah yang merujuk kepada suara tahap ketiga. Ia di sebut suara tahap tinggi. Ia dikatakan demikian kerana dalam
ilmu tarannum jawaban kepada suatu tahap suara sepatutnya lebih tinggi dari tahap yang sebelumnya.
116 Hj Hasan Musa, Johan Antarabangsa, Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia tahun 1964, dalam temubual dengan penulis, 10 jun
2009.

498
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

b) Kesumbangan suara yang berlaku tanpa kawalan dan tidak sengaja. Keadaan ini mencacatkan
harakat, tarannum atau ṭabaqah suara seseorang qari.117
Pada asasnya, sumbang suara dan lagu walau bagaimana keadaan sekalipun akan mencacatkan
suara dan tarannum. Namun, dalam ilmu tarannum masih ada sumbang yang dinilai baik iaitu
sumbang sengaja dan terkawal.
Persoalannya, kenapa perlu diperbincangkan ke tahap sumbang sengaja ini. Tidakkah ia
mencacatkan bacaan Al-Quran itu sendiri?
Nik Jaafar memberi alasan bahawa sumbang suara adalah fitrah manusia. Hampir setiap qari
yang bertarannum pasti berlaku sumbang tidak sengaja. Apatah lagi mereka yang tidak bertarannum.
Keadah ilmu tarannum menerima fitrah manusia ini dengan menunjukkan jalan untuk membaiki
sumbang tersebut. Ini bereti sekiranya berlaku sumbang, biarlah kesumbangan itu dalam keadaan
baik dan tidak merosakkan jatidiri bacaan Al-Quran.118
Begitulah juga halnya dengan wuṣlah al-mumathalah. Hampir setiap ketika seorang qari
membaca Al-Quran dengan perpindahan tarannum dengan sengaja atau tidak. Ilmu tarannum
mengajar supaya perpindahan ilmu tersebut menurut kaedah yang sepatutnya.

6- Burdah yang menarik


Burdah ialah bunga-bunga atau getaran suara yang bersesuaian dan menarik ketika mengalunkan
bacaan tarannum.119 Ianya terbahagi kepada 2 jenis:
a) Burdah asli iaitu getaran suara secara semulajadi.
Burdah ini dimiliki oleh setiap orang namun ia berbeza dari sifat-sifat burdah sama ada kasar
atau halus, keras atau lembut, serta banyak atau sedikit. Ia tidak menjadi perkiraan yang besar
dalam ilmu tarannum kerana umum memilikinya.
b) Burdah sina‘i iaitu bunga-bunga tarannum yang sengaja disusun dan digubah mengikut
kehandak sesuatu tarannum. Burdah inilah yang menjadi perbincangan dalam ilmu tarannum.
Ini kerana setiap qari mesti mengguna kebolehan suara yang ada untuk membentuk burdah
yang sesuai dan menarik dalam bacaannnya.120
Burdah yang menarik bukanlah bermaksud ia mesti banyak iaitu dalam setiap pergerakan suara
mesti terdapat burdah. Namun yang dikehendaki ialah kesesuaian burdah dan di mana ia dibuat.
Sebagai perbandingan, seorang wanita yang suka memilih pakaian bercorak bunga-bungaan
tidaklah bermaksud bahawa pakaiannya mesti penuh dengan corak bunga dari hujung ramput hingga
hujung kaki. Sekiranya demikian, ia akan kelihatan melampau dan tidak cantik. Kadang-kadang
sekuntum bunga ditudung lebih menarik dari kuntuman bunga yang banyak.121
Begitulah juga halnya dengan burdah. Ia mestilah sesuai tanpa mengira banyak atau sedikit.
7- Ṭarīq yang tersendiri
Antara keistimewaan Syaikh Mustafa adalah gaya unik dan alunan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh
tariq qari yang lain. Bahkan beliau telah mencipta tariq yang sukar diatasi oleh qari lain sehingga

117 Ibid.
118 Nik jaafar Nik Ismail, Hakim tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa selama 1990 hingga kini, dalam temubual dengan penulis,
11 jun 2009.
119 Setina Ismail, Johan Antarabangsa, Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia tahun 1966, dalam temubual dengan penulis, 15 mei 2009.
120 Setina Ismail, Johan Antarabangsa, Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia tahun 1966, dalam temubual dengan penulis, 15 mei
2009.
121 Nik jaafar Nik Ismail, Hakim tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa selama 1990 hingga kini, dalam temubual dengan penulis,
11 jun 2009.

499
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

sebahagian mereka menggelarkannya dengan gelaran qari ulung sepanjang zaman. Dari situ ia
dinamakan tariq Mustafa Ismail.

Mustafa Ismail kebiasaannya akan memulakan ayat dengan tarannum Bayyati dengan harakat
banyak, melebihi 10 harakat. Bacaan beliau kelihatan lambat “panas” namun setelah berpindah
kepada tarannum Bayyati Husaini, ia kelihatan istimewa dan mempunyai kelainan harakat yang tidak
dipunyai oleh qari yang lain. Beliau akan berpindah kepada hijaz, nahawan, rast dan lain-lain dengan
teratur dan menarik.
Antara keistimewaan lain beliau adalah gaya harakat yang pelbagai dan tidak mampu ditandingi
oleh qari sezaman bahkan sehingga ke hari ini.(lukman, 2020)
8 - Wazan
Wazan bererti kedudukan imbangan suara antara harakat harakat tarannum. Seseorang
pembaca al-quran akan membaca dengan beberapa harakat. Apabila dia berpindah kepada satu
harakat yang lain maka dia mestilah mengawal kedudukan imbangan suara tersebut. Ia sama ada
dalam perpindahan harakat atau pun perpindahan satu tarannum ke satu tarannum yang lain. Dalam
sudut istilah ahli Taranum, ia dipanggil “air lagu” atau menyamakan nada suara yang disebut
wazan. Sekiranya seorang qari tersalah dalam wazan maka ia adalah kesalahan yang dikira sebagai
sumbang suara. Sumbang suara ini pula, dikira sebagai kecacatan di dalam bacaan tarannum.

Kecacatan di dalam wazan ini, tidaklah menjadi suatu isu besar kepada orang awam. Namun
bagi seorang qari, aa akan menyebabkan kesan yang mendalam kepada persembahan bacaan
AlQuran

Penutup

Syaikh Mustafa Ismail adalah qari ulung dalam ilmu tarannum alQuran. Beliau menggabungjalinkan
tarannum, suara dan dan tariq yang menarik. Tariq yang dicipta beliau telah menjadi ikutan seluruh
qari dunia hingga hari ini. Hampir tidak kedapatan seorang qari yang dipengaruhi oleh tariq Syaikh
Mustafa Ismail. Justeru pengkajian lanjut tentang metodologi beliau harus diteliti oleh para pengkaji.

Bibliografi

‘Abd al-Khaliq Khalil dan Ahmad Hafiz, Fann al-Tarbiyah al-Sawt (Kaherah: Al-Anjlu al-
Misriyyah, 1984), 174.
‘Abd al-Khaliq Khalil dan Ahmad Hafiz, Fann al-Tarbiyah al-Sawt, 173.
Abdullah al-Qari Hj. Saleh, Kursus Qari dan Qariah (Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1984),
88.

Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuf, Salsilah al-Mawsu‘at al-Islamiyyah al-Mutakhassasah (3)


Mawsu‘ah A‘lam al-Fikr al-Islami,1064.
Dr. Nabil Hanafi, Nujum al-‘Asr al-Dhahabi li Dawlah al-Tilawah (Kaherah: t.p, t.t), 154.

500
Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021)
FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

Haji Mohammad Haji Yusuf, “Pengajian Al-Quran Berlagu di Kelantan: Sejarah dan
Perkembangannya” (Kertas Projek, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992), 41.

Ilyas b. Ahmad Husayn b. Sulayman al-Barmawi, Imta‘ al-Fudala’ Bitarajim al-Qurra’ Fima
Ba‘d al-Qarn al-Thamin al-Hijri,(al-Madinah al-Munawwarah: Dar al-Nadwah al-‘Alamiyyah,
2000), 2: 388.
Ilyas b. Ahmad Husayn b. Sulayman al-Barmawi, Imta‘ al-Fudala’, 377.
Kamal al-Najmi, Al-Shaykh Mustafa Isma‘il Hayatuh fiZill al-Qur‘an (Kaherah: Dar Hilal, 1992),
51.
Khalid Isa, (2019) Metodologi tarannum al-Quran menurut bacaan Mustafa Isma`il dan
pengaruhnya di Malaysia, tesis UM (Ph.D)
Lihat al-Haluji dan Hasan, Shaykh al-Qurra’ Mustafa Isma‘il dalam Malaf Tilawah al-Qur’an
(Oktober 2005), 58.
Muhammad Lukman bin Ibrahim, (2010) “Tarannum Al-Qur'an melalui Ṭarīq al-Shaṭībī: Kajian
Terhadap Pengamalannya dalam Kalangan Qari-qari Kelantan ke Majlis Tilawah Al-Qur'an
Peringkat Kebangsaan Malaysia Antara Tahun 1990-2005” (Tesis Kedoktoran, Universiti
Malaya), 78.

Muhammad Lukman Ibrahim (2020), Metodologi Ilmu Tarannum Raghīb Muṣṭafā Ghalwasy:
Suatu Tinjauan Awal, Jurnal Usuluddin, vol 48

Shukri al-Qadi, ‘Abaqirah al-Tilawah fi al-Qarn al-‘Ishrin (Kaherah: Dar al-Jumhuriyyah, 2001),
78.
Tariq Khalil, al-Qur’an wa Masyahir al-Qurra’, (Kaherah: Al-I‘lanat al-Sharqiyyah, 1994), 5
dan 24.

501

You might also like