Ayat Aktif Ayat Pasif Tahun 6

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

1. Ibu menjahit sehelai baju untuk adik.

2. Fatimah meminjam novel itu daripada Maliza.

3. Zaki menerima hadiah yang lumayan itu.

4. Cikgu Aniza mengadakan kelas tambahan pada setiap Selasa.

5. Fauzi menyusun pasu bunga yang terletak di tepi pintu pagar.

6. Manusia mencipta mesin-mesin untuk meningkatkan produktiviti

7. Yana telah menulis jawapan yang betul pada ruang yang disediakan.

8. Pakar motivasi terkenal menyampaikan ceramah tentang ilmu keibubapaan.

9. Jurutera itu perlu melaksanakan projek perumahan itu dengan jayanya.


10. Sekolah Kebangsaan Ampangan telah mengutip dana melalui program Hari Keusahawanan.

11. Pihak polis telah menangkap pencuri itu dengan bantuan orang awam.

12. Ibu melipat kain itu petang semalam walaupun keletihan.

13. Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada beberapa orang guru.

14. Shaza telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.

15. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.

16. Kamu menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

17. Ayah menyambut kedatangan adik yang baru tiba dari Sabah.

You might also like