Minit Mesyuarat RBT

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK / RBT

BILANGAN 1 / TAHUN 2021

Tarikh :11 JANUARI 2021

Masa : 3.:00 petang

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1. En. Mohd Rizal bin Syead ( Ketua Panitia RBT dan TMK)
2. En. Rezalman bin
3. En. Sunizam bin

Tidak Hadir Bersebab:

1. Pn Dzaidatulnur bt Sohandi@Wandi ( Setiausaha) Cuti bersalin

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih


kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali pertama bagi tahun 2017.

1.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Panitia TMK/RBT kerana
telah berusaha untuk mengajar dengan baik sepanjang tahun 2016.

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang


pindaan.
2.2 En.Ahmad Khumaizi mencadangkan minit mesyuarat Panitia Muzik
tersebut disahkan dan disokong oleh En. Wan Muhammad.

Tindakan: Setiausaha

3. Perkara berbangkit.

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. Pembentangan Isu dan Laporan

4.1 Kewangan

4.1.1 Cadangan pembelian barang / alat bantu belajar

Pembelian Alatan Anggaran

Perbelanjaan Panitia TMK

ABM/ Banner RM 300.00

Jumlah RM300.00

Panitia RBT

Set Kerja Tahun 4 RM350.00

Set Kerja Tahun 5 RM350.00

Set Kerja Tahun 6 RM350.00

Alatan Pertukangan RM300.00

Bahan-bahan habis guna RM300.00


Jumlah RM1650.00

Tindakan :Ketua Panitia

Diminta kepada semua guru TMK / RBT untuk menyenaraikan


keperluan bahan yang diperlukan.

4.2 Fail Panitia

4.2.1 Kemaskini fail panitia bagi tahun 2017.


4.2.2 Bahan tahun lepas perlu dikeluarkan dan disimpan di dalam kotak.
4.2.3 Bahan yang terkini mesti diletakkan di sebelah atas fail.
4.2.4 DSKP dan RPT bagi setiap tahun akan diasingkan fail.

Tindakan : Ketua Panitia


4.2.5 PK Pentadbiran,En. Mohd Hairul Razib bin Nordin akan menyelaras
kulit dan tulang fail bagi tahun 2017.

Tindakan: PK Pentadbiran

4.3 Rancangan Pengajaran Harian

4.3.1 Format Rancangan Pengajaran Harian TMK dan RBT adalah


seperti yang berikut :

Tema :
Tajuk :
Standard Pembelajaran : 2.2.8
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. ……………………………………..
2. ………………………………………
Aktiviti PdP : 1 ………………………………………
2 ………………………………………
EMK :
BBB :
Refleksi :

4.3.2 RPT telah disediakan oleh ketua panitia dan guru-guru boleh
mendapatkannya di dalam fail panitia.
Tindakan : Makluman

5. Hal-hal lain

5.1 Guru TMK boleh menggunakan pelantar Vle-frog setiap kali PdP.

5.2 Peperiksaan bagi matapelajaran TMK dan RBT akan dijalankan semasa
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.

5.3 PBS masih perlu dijalankan dan dihantar 2 kali setahun pelaporan iaitu
pada pertengahan tahun dan hujung tahun. Pastikan guru menyediakan
borang transit bagi menilai kemajuan murid.

5.4 Guru yang menggunakan makmal dan bengkel RBT perlu mencatatkan
rekod penggunaan di dalam buku yang tekah disediakan.

Tindakan: Makluman
6. Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir


mesyuarat pada kali ini dan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli
amatlah diharapkan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti yang
dirancang. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-
‘Asr.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,

………………………..
(Wan Muhammad Wan Deraman)
Ketua Panitia TMK
Sekolah Kebangsaan Jeram.
3 Mac 2017

……………………………………………
(Ahmad Khumaizi b Aspani)
Ketua Panitia RBT
SK Jeram
3 Mac 2017

You might also like