Teks Pengacara Majlis Gotong Royong 2024

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROGRAM : GOTONG - ROYONG SEKOLAH TAHUN 2024

TARIKH : 8 MAC 2024 (JUMAAT) MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

Ketibaan tetamu :-

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke program
gotong royong sekolah tahun 2024.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, taklimat berkenaan
program ini akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Mulia Tengku Zarena binti Tengku Azam , Pengetua SMK Seri Indah,
Yang Berusaha En. Azman bin Mat Jusoh (YDP PIBG) SMK Seri Indah,
Puan Maizurfidar Anom binti Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Hasanah binti Buang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Mazitah binti Ngah, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Nik Rohani binti S. Mohd Jamil, Penolong Kanan Petang,

Insp Muhammad Amirul Asyraf bin Apandi (Pegawai Perhubungan Sekolah),


En. Mohd Razi bin Mohd Idris dan Dr. Sharil Nizam bin Sha’ri AJK PIBG ,
Pn. Junaidah (Ketua AJK Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Serdang)
En. Yusof, En. Parmes, En. Mangles, En Rashvin dan Pn Kartini ( AJK KRTTSS)
Ibu Bapa
Barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor-kaunselor, rakan-rakan guru
seperjuangan dan barisan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekalian.

alhamdulillah… kita dapat berkumpul pada pagi yang indah ini untuk menjayakan aktiviti
gotong peringkat sekolah bagi tahun 2024.

Selamat datang ke Program Gotong Royong Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah
tahun 2024 .Saya selaku pengacara majlis mewakili pihak pengurusan sekolah SMK Seri
Indah ingin mengambil kesempatan ini mengucapkansetinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua ibubapa kerana dapat meluangkan masa dan waktu untuk bersama-
sama dengan warga Seri Indah bagi memperindahkan lagi Kawasan sekolah.

sebelum kita memulakan sesi gotong royong, terlebih dahulu saya mempersilakan ustaz
Fathli bin Abdullah untuk mengetuai bacaan doa.

terima kasih diucapkan kepada ustaz Fathli atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang
Berusaha Puan Maizurfidar Anom binti Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Puan Maizurfidar Anom binti
Abdullah. Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.

kini, saya mempersilakan, Puan Nazariah binti Mohd Jamani selaku SetiaUsaha program
Gotong royong untuk menyampaikan taklimat berkenaan Program Gotong Royong ini.
dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada Puan Nazariah atas taklimat yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Sebelum kita bergerak dan memulakan tugas masing-masing untuk menjayakan program
gotong royong pada pagi ini, mohon semua tetamu berdiri dihadapan pentas untuk sesi
bergambar sebagai tanda kenangan dan terima kasih dari pihak sekolah.

Air mengalir dalam terusan


Mengairi sawah beratus relung
bekerjasama segala urusan
Tanda bersatu bergotong royong

Kembang melati sungguhlah indah;


Ditengah taman jadi hiasan.
Harum Ramadhan tercium sudah;
Kalau ada salah mohon dima'afkan.

sekian terima kasih.

You might also like