Sumatif Bahagian D - Bergotong-Royong

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Nama: ______________________ CONTOH JAWAPAN Tarikh: _____________

Bahagian D [20 Markah]


Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak
berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

P1 : minggu lalu – penduduk Taman Durian – gotong-


royong – membersihkan kawasan taman

P2 : tujuan – mencantikkan kawasan taman – selasa –


selamat

P3: pukul tujuh pagi – penduduk – berkumpul – dewan


taman – membawa cangkul – mesin pemotong rumput

P4: ketua taman – membahagikan – tiga kumpulan –


bermula pada pukul lapan pagi

P5: kumpulan pertama ditugaskan –memotong rumput –


kumpulan kedua ditugaskan – mengecat dewan taman –
Kumpulan ketiga ditugaskan – membaiki bangku

P6: tengah hari – aktiviti gotong-royong selesai – berasa –


gembira – menjadi bersih

Pada minggu lalu, penduduk Taman Durian mengadakan aktiviti bergotong-royong untuk
membersihkan kawasan taman.

Tujuan mereka mengadakan gotong-royong untuk mencantikkan kawasan taman. Selain itu,
mereka juga mahu kawasan taman mereka selesa dan selamat.

Pada pukul tujuh pagi, penduduk taman berkumpul di dewan taman. Mereka membawa
cangkul, mesin pemotong rumput dan lain-lain lagi.

Sebelum bermula, ketua taman membahagikan penduduk kepada tiga kumpulan. Kemudian,
aktiviti bergotong-royong bermula pada pukul lapan pagi.

Kumpulan pertama ditugaskan untuk memotong rumput manakala kumpulan kedua


ditugaskan untuk mengecat dewan taman. Kumpulan ketiga pula ditugaskan untuk membaiki
bangku yang rosak.

Pada waktu tengah hari, aktiviti bergotong-royong pun selesai. Semua penduduk berasa
gembira kerana Taman Durian menjadi bersih.

You might also like