Kertas Cadangan Program Klinik Iqra'
Kertas Cadangan Program Klinik Iqra'
Kertas Cadangan Program Klinik Iqra'
Disediakan oleh
1.0 Tujuan
Kertas konsep ini disediakan bagi melaksanakan Program Klinik Iqra’.
Program Klinik Iqra ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid tahun
6 yang melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.
Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu(mentee) dan perhubungan psikologi
menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan
mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi
masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi
individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Program ini memberi fokus
kepada murid tahun enam yang masih belum menguasai kemahiran bacaan Al-
Quran yang betul.
2.0 Pengenalan
Program ini adalah satu inisiatif Panitia Pendidikan Agama Islam & Bahasa
Arab bagi melahirkan murid SK Sungai Tekali yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Program ini akan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan
bermula bulan Jun sehingga Disember 2024. Program ini akan melibatkan beberapa
murid tahun 6 yang terpilih. Seramai 21 orang murid dan guru Pendidikan Islam
yang terlibat dengan program ini.
3.0 Objektif
3.1 Memberikan galakkan, bimbingan, motivasi serta tunjuk ajar kepada mentee
bagi meningkatkan potensi murid dalam kemahiran bacaan al-Quran yang
belum dikuasai.
3.2 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan
dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan
mereka.
3.3 Memastikan pada akhir sesi pembelajaran 2024/2025 tiada murid yang buta
al-Quran (IQRA’)
4.0 Anjuran
Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali.
5.0 Sasaran
6.0 Tarikh
Program ini akan diadakan sepanjang tahun bermula bulan Jun sehingga Disember
2024.Tarikh pelancaran program ialah 10 JUN 2024.
Tarikh Perkara
23 MEI 2024
Mesyuarat kecil dan pengagihan tugasan
Ogos dan Disember
Post Mortem
2024
31 Disember 2024 Laporan dan dokumentasi
Jawatankuasa Induk
PCG RM 160.00
JUMLAH RM 160.00
10.0 Syor
Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Sungai Tekali amat berharap semoga
program ini dapat menjadi titik tolak ke arah mengeratkan hubungan antara murid,
guru dan warga sekolah. Usaha ini juga diharap dapat mewujudkan perasaan kasih
sayang, selesa, selamat dan sejahtera seperti matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia. Diharap pihak pengurusan tertinggi dapat meluluskan belanjawan
sebanyak Rm 160.00 bagi menjayakan program ini.
..................................................... .......................................
Nik Muhamad Fikri Bin Nik Husain Pn. Rusnawati Binti Adam
Penyelaras Program Klinik Iqra’ (KP Pendidikan Islam SKST 2024)
SK Sungai Tekali
...................................... ………………………………..
En. Sazali Bin Sarwan En. Ronzi Bin Zainal
(GPK Pentadbiran SKST) (Guru Besar SKST)
Lampiran
Aturcara Program
7.30 pagi : Murid berhimpun di Laman Aula Lestari bagi sesi perhimpunan