Surat Peringatan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SURAT PERINGATAN

Ruj. Kami: KPM.IAB.S.400-5/2/42( )


Tarikh : Oktober 2022

*PENGARAH URUSAN
DIGI ACCESS SALES & SERVICES
307(ATAS) TAMAN MEGAWAY,
JALAN SIKAMAT,
SEREMBAN,
70400 MUKIM SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

Tuan,

SURAT PERINGATAN UNTUK MENYERAHKAN DOKUMEN KONTRAK DAN INVOIS


BAGI TUJUAN BAYARAN UNTUK PERKHIDMATAN SEWAAN MESIN PERAKAM
WAKTU SELAMA 36 BULAN DI UNIT PENGURUSAN INAPAN INSTITUT
AMINUDDIN BAKI BANDAR ENSTEK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku wakil kepada pihak Kerajaan
Malaysia masih belum menerima dokumen kontrak yang telah diserahkan kepada pihak
tuan pada 24 Ogos 2022 bagi tujuan stamping dan invois bagi bulan Julai sehingga kini.

3. Seperti yang telah dimaklumkan di dalam Surat Setuju Terima, bertarikh


21 Februari 2022 nombor rujukan IAB.400-1/3/1(6), pihak tuan seharusnya
menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak Kerajaan sebelum atau pada 10 Mac
2021 iaitu selepas 30 hari dari tarikh pengakuan penerimaan Surat Setuju Terima yang
ditandatangani oleh syarikat tuan.

4. Sehubungan dengan itu, adalah dimohon agar pihak tuan dapat berbuat demikian
dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh surat ini ditandatangani bagi mengelakkan sebarang
pembatalan terhadap persetujuan yang dimeterai antara pihak tuan dengan Kerajaan
Malaysia
…2/-

-2-

Kerjasama tuan di dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘‘WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’’

‘‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah,

(DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS)


Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like