Midterm Form 4 Kertas 2 Set 1

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SULIT

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 3756/2


PRINSIP PERAKAUNAN
KERTAS 2
TINGKATAN 4
OGOS 2023
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

[Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 3756/2

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

3. Tulis jawapan anda pada Kertas Helaian Tambahan yang dibekalkan.

4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan
dalam kurungan.

5. Tunjukkan kerja mengira. Ini membantu anda mendapatkan markah.

6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak diprogram.

7. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

2 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3756/2

Kertas Soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

BAHAGIAN A
[60 Markah]
Jawab semua soalan.

1 (a) Siapakah bapa perakaunan?


[2 Markah]

(b) Berikan dua dokumen yang digunakan dalam urus niaga secara kredit.
[2 Markah]

(c) Nyatakan dua prinsip dan konsep perakaunan yang digunakan dalam proses
perakaunan.
[2 Markah]

(d) Apakah dokumen dan buku catatan pertama bagi urus niaga berikut.

“Pemilik Kedai Perabot mengambil 1 set sofa dan diletakkan di


dalam pejabatnya untuk kemudahan pelawatnya”

[2 Markah]

(e) En Zulfazli adalah seorang peniaga yang menjual pisang goreng di Presint 1B,
Putrajaya. Pada 01 Januari 2023, buku catatan beliau tercatat seperti berikut :
RM
Hasil Jualan 1 500
Beli bahan-bahan 420
Sewa gerai 30

Berapakah anggaran untung atau rugi yang diperolehi oleh En Zulfazli hari tersebut?
[2 Markah]

3 SULIT
SULIT 3756/2

2 (a) Lengkapkan jadual berikut dengan memberikan jawapan di kertas helaian tambahan
yang diberikan. Anda dikehendaki menyatakan nama akaun yang didebitkan dan
dikreditkan bagi setiap urus niaga yang diberikan.

Akaun
Bil Urus niaga
Debit Kredit
i. Menjual barang niaga secara tunai
ii. Membeli barang niaga secara kredit
iii. Membayar pemiutang dengan cek
iv. Membawa masuk alatan pejabat untuk kegunaan
perniagaan
v. Mengeluarkan tunai di bank untuk kegunaan perniagaan
[10 Markah]

(b) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Perniagaan Perabot Omar yang baru
ditubuhkan pada bulan Mac 2023 di Presint 13, Putrajaya.

i. Pada 1 Mac 2023, Encik Omar memulakan perniagaan dengan membawa masuk
tunai ke dalam bank sebagai modal sebanyak RM10 000.
ii. Pada 5 Mac 2023, Encik Omar membeli alatan pejabat berjumlah RM2 200
dengan cek.
iii. Pada 15 Mac 2023, Encik Omar membeli barang niaga sebanyak RM5 500
daripada Pembekal Syafiq secara kredit.
iv. Pada 18 Mac 2023, Encik Omar menjual barang niaga secara tunai sebanyak RM3
400. Wang yang diterima terus dibankkan.
v. Pada 20 Mac 2023, Encik Omar mengeluarkan sekeping cek bernilai RM2 500
kepada Pembekal Syafiq bagi bayaran hutangnya.

Anda dikehendaki merekodkan urus niaga di atas di dalam lejar berkaitan


berdasarkan sistem catatan bergu.
[15 Markah]

4 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3756/2

5 SULIT
SULIT 3756/2

3 Maklumat di bawah ini menunjukkan baki-baki aset dan liabiliti bagi Perniagaan Nabil pada
30 April 2023.
RM
Lengkapan 13 700
Akaun Belum Bayar : Perniagaan Hazril 8 210
Inventori 12 860
Bank 9 200
Akaun Belum Bayar : Thaariq Enterprise 11 230

Urus niaga perniagaannya dalam bulan April 2023 adalah seperti berikut.
Apr 4 Membeli barang niaga bernilai RM8 500 secara kredit daripada Kedai Ilham Maju.
5 Pemilik membawa masuk lengkapan kepunyaannya sendiri bernilai RM780 ke
dalam perniagaan.
7 Menjual barang niaga secara kredit kepada Adli Berhad berjumlah RM7 600.
8 Adli Berhad memulangkan barang niaga bernilai RM370 kerana tersalah jenama.
9 Membeli barang niaga secara kredit RM4 300 daripada Thaariq Enterprise.
13 Seorang penghutang, Encik Hafidz telah menjelaskan hutangnya sebanyak
RM4 000. Diskaun diberi RM200.
14 Pulangan belian bernilai RM165 kepada Thaariq Enterprise kerana rosak.
15 Sekeping Nota Debit dihantar kepada Adli Berhad kerana terkurang caj sebanyak
RM90.
18 Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM80 untuk kegunaan sendiri.

6 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3756/2

20 Menjual barang niaga secara kredit kepada Perniagaan Hazril bernilai RM6 100.
22 Menjual barang niaga secara kredit kepada Kedai Serbaneka Wafie bernilai
RM6 100.

Anda dikehendaki menyediakan :


a) Jurnal Am
b) Jurnal Jualan
c) Jurnal Belian
d) Jurnal Pulangan Belian
e) Jurnal Pulangan Jualan
[25 Markah]

JURNAL AM

TARIKH BUTIR FOLIO DEBIT KREDIT

7 SULIT
SULIT 3756/2

8 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3756/2

9 SULIT
SULIT 3756/2

BAHAGIAN B
[40 Markah]
Jawab dua soalan sahaja.

4 En Solahuddin adalah pemilik bagi Kedai Din Sejuk Beku yang menjalankan perniagaan jual
beli makanan sejuk beku di Presint 31, Putrajaya. Berikut adalah urus niaga yang berlaku bagi
beliau sepanjang bulan Februari 2023. Beliau tidak menerima urus niaga secara berhutang
kecuali kepada Faiz Enterprise.

Feb 1 Memulakan perniagaan dengan memasukkan wang tunai di bank RM59 000 dan tunai
di tangan RM1 000 sebagai modal permulaan.
2 Membeli lengkapan kedai bernilai RM20 000 dengan cek.
4 Membeli barang niaga bernilai RM15 000 dengan cek.
6 Menjual barang niaga berjumlah RM3 800 kepada Faiz Enterprise secara kredit.
10 Menerima pinjaman bank sebanyak RM5 000 daripada Bank Kerjasama Rakyat
Berhad.
11 Menjual barang niaga berjumlah RM3 500 dengan tunai. Jualan dibankkan.
12 En Solahuddin mengeluarkan tunai di bank sebanyak RM2 100 untuk kegunaan
perniagaannya.
14 Menerima sekeping cek bernilai RM3 000 daripada Faiz Enterprise. Diskaun diberi
RM800.
15 En Solahuddin membayar sewa kedai RM2 000 kepada Encik Arif dengan tunai.
16 Membayar insurans kedai RM600 dengan tunai.
20 Pemilik membawa masuk tunai sebanyak RM5 000 ke dalam bank sebagai modal
tambahan.
25 Jualan tunai RM1 800.
26 Menerima komisen daripada Pembekal Adam sebanyak RM300.
27 Membayar kadar bayaran RM500.

10 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3756/2

28 Membayar gaji seorang pekerja RM1 500 dengan tunai.

Anda dikehendaki menyediakan Buku Tunai 3 lajur.


[20 Markah]

TUNA
TARIKH BUTIR DIS BANK TARIKH BUTIR DIS TUNAI BANK
I

11 SULIT
SULIT 3756/2

5 Maklumat berikut menunjukkan senarai akaun yang dipetik daripada Kedai Buku Afiq.

 Kenderaan  Pulangan Belian


 Jualan  Inventori awal
 Bank  Inventori akhir
 Insurans  Modal
 Pulangan Jualan  Belian
 Akaun belum bayar  Premis
 Akaun belum terima  Susut nilai
 Gaji  Tunai
 Ambilan  Pinjaman
 Overdraf Bank  Faedah atas simpanan

Nombor Jenis Akaun


1000 – 1999 Aset Bukan Semasa
2000 – 2999 Aset Semasa
3000 – 3999 Liabiliti
4000 – 4999 Kos Jualan
5000 – 5999 Hasil
6000 – 6999 Belanja
7000 – 7999 Ekuiti Pemilik
Jadual 1

Berdasarkan maklumat yang diberi dan Jadual 1, anda dikehendaki menyediakan carta
akaun.
[20 Markah]

12 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3756/2

6 (a) Nyatakan akaun induk dan akaun kontra bagi urus niaga berikut.

Bil Butiran Akaun Induk Akaun Kontra


i Mengurangkan jualan
ii Mengurangkan belian
iii Mengurangkan aset bukan semasa
iv Mengurangkan penghutang

[ 8 Markah]

(b)

[12 Markah]

13 SULIT
SULIT 3756/2

- KERTAS SOALAN TAMAT –

14 [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like