Minit Mesy JK Induk Koku Bil 1 2023

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BKT KUCHING TENGAH


45800 JERAM, SELANGOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM BIL 1/2023

Tarikh : 16 Mei 2023


Hari : Selasa
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PIBG
Pengerusi : Pn. Julita binti Liwan
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Bukit Kuching Tengah
Kehadiran : 10 orang

Nama yang Hadir :

BIL NAMA JAWATAN


1 JULITA BINTI LIWAN PK KOKURIKULUM
2 AZMAN BIN DAUD GAB
3 HAYATINI BINTI MOHAMAD GAB
4 MOHD FAHMY BIN DAHALAN GAB
5 MOHD SHAWALUDDIN BIN ZAINAL GAB
6 NOOR HIDAYAH BINTI HANAF GAB
7 NUR ASILAH BINTI SHARI GPPKI
8 NURUL RASYIDAH BINTI AZIZ GAB
9 SHAHID BIN YUNUS GAB
10 NOR ANITA BINTI HAJI MOHD NORDIN GA

Tidak Hadir : Bersebab.

1 FAKHRIYAH BINTI FAZIAL GA


2 NUR ISMAH IZZATI BINTI ISMAIL GPPKI

Turut Hadir : Tiada


Urus setia : Nor Anita binti Haji Mohd Nordin ( Setiausaha Kokurikulum )

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat
dan meminta semua ahli mesyuarat membuka majlis dengan membaca surah Al
Fatihah.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada guru- guru yang telah mendapat
anugerah sempena Hari guru 2023

1
SPSK PK 07/3

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 TAMBAHAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) DALAM UNIT- UNIT


BADAN BERUNIFORM, SUKAN PERMAINAN DAN KELAB
PERSATUAN

4.11 Mesyuarat bersetuju untuk membuat pertambahan AJK yang berikut:


a. Naib Pengerusi 1
b. Naib Pengerusi 2
c. Naib Pengerusi 3
d. Naib Setiausaha 1
e. Naib Setiausaha 2
f. Naib Setiausaha 3
g. Naib Bendahari 1
h. Naib Bendahari 2
i. Naib Bendahari 3
j. 2 orang AJK lelaki bagi setiap tingkatan
k. 2 orang AJK perempuan bagi setiap tingkatan

4.1.2 Secara tidak langsung, jawatan- jawatan tersebut dapat membantu untuk
peningkatan markah dalam PAJSK.

Tindakan: SU Kokurikulum, Penyelaras, Ketua Guru Penasihat

4.2 PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM

4.1.1 Berikutan cuaca panas, semua ativiti luar bilik darjah sama ada aspek
kurikulum dan kokurikulum adalah ditangguhkan serta merta tanpa mengira
bacaan suhu persekitaran.

Rujuk lampiran
– Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas

4.1.2 Oleh itu unit kokurikulum mengambil inisiatif untuk merancang aktiviti
secara atas talian. Semua penyelaras badan beruniform, sukan permainan dan
kelab persatuan dikehendaki merancang sekurang- kurangnya 5 aktiviti yang
bersesuaian.

Rujuk lampiran
– Cadangan Pelaksanaan Program/ Aktiviti Perjumpaan Sukan dan
Kokurikulum Secara Dalam Talian Norma Baharu Tahun 2021

2
SPSK PK 07/3

4.1.3 Aktiviti- aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan


pencapaian pelajar dan gred purata murid dalam aktiviti kokurikulum di
peringkat sekolah.

4.1.4 Semua penyelaras memainkan peranan untuk menggerakkan unit masing-


masing dan membantu guru-guru penasihat dalam perancangan aktiviti secara
dalam talian
Tindakan: Penyelaras SP, KP & BB

4.3 PEMANTAUAN KOKURIKULUM

4.3.1 Mengemaskini fail kokurikulum dengan merujuk instrumen pemantauan


sebagai garis panduan .

Rujuk lampiran
– Kunjung Bantu Unit Pembangunan Bakat Murid Kokurikulum/ Sukan
Sekolah
Tindakan: SU Kokurikulum dan Penyelaras SP, KP & BB

5.0 HAL- HAL LAIN

5.1 En. Mohd Shawaluddin mencadangkan bayaran sumbangan daripada Unit


Kokurikulum kepada para pelajar yang telah menghantar bukti larian untuk
penyertaan secara atas talian, iaitu memulangkan semula yuran penyertaan yang
telah mereka bayar. Ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan pelajar
menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan secara atas talian.
Tindakan : PK Kokurikulum

5.2 En. Mohd Fahmy mencadangkan agar diadakan kempen- kempen untuk menarik
penyertaan para pelajar dalam aktiviti secara atas talian, sama ada di peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini kerana penglibatan dalam aktiviti-
aktiviti tersebut sangat membantu untuk meningkatkan pencapaian gred A dalam
PAJSK. Selain itu, aktiviti secara atas talian di peringkat sekolah juga dapat
meningkatkan markah kehadiran dalam aktiviti kokurikulum disebabkan
kekangan cuaca panas sekarang ini.
Tindakan : Penyelaras SP, KP & BB

5.3 En. Mohd Fahmy juga mencadangkan agar Pemantapan PAJSK diadakan di
dalam kelas melalui mata pelajaran PJPK.
Tindakan : Ketua Panitia PJPK & Penyelaras PAJSK

5.4 En. Mohd Shawaluddin mengutarakan agar sijil PAJSK dapat dicetak
sebagaimana sijil PBD untuk pemakluman kepada para pelajar dan juga ibu
bapa. Selain itu, En. Mohd Fahmy mengatakan bahawa slip keputusan PAJSK
boleh juga dikongsi ke dalam group whatsapp kelas masing- masing dalam
bentuk softcopy untuk menjimatkan kos. Cara lain adalah dengan menampal
keputusan PAJSK tersebut di papan kenyataan kokurikulum dengan tujuan
untuk memberi kesedaran kepentingan PAJSK.
Tindakan : Penyelaras PAJSK dan guru kelas

3
SPSK PK 07/3

5.5 En. Shahid memaklumkan telah membuat persiapan untuk pertandingan Silat
peringkat dalaman yang telah dirancang sejak tahun lepas seperti tempahan
banner, medal dan lain- lain
Tindakan: Makluman

5.6 Pn. Nur Asilah memaklumkan telah menyusun jadual pelaksanaan Kokurikulum
PPKI mengikut takwim PPKI kerana tidak sama dengan takwim arus perdana.
Tindakan : Makluman

6.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengharapkan kerjasama dari semua


guru untuk kecemerlangan kokurikulum SMKBKT dan seterusnya menutup majlis
dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
3.00 petang.

Urus setia :
Setiausaha Kokurikulum

Tarikh : 16 Mei 2022

You might also like