Ucapan Perasmian Amalan Sihat Full Text

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Aturcara Teks Ucapan Catatan

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Para VIP masuk


(PERARAKAN MASUK KE
DEWAN) dan melawat
Yang Berusaha Puan Sharifah Idawati tapak pameran
binti Wan Ahmad, Pegawai Pendidikan sebelum
Daerah Meradong, mengambil
tempat duduk di
bersama Yang Berusaha Puan Lucila
atas pentas.
anak Saban, Pegawai Sektor
Pembangunan Murid Unit Hal Ehwal
Murid Pejabat Pendidikan Daerah
Meradong,

diiringi Yang Berusaha Yang Dipertua


PIBG SK Nanga Stras, Puan Winnifred
Marylyn anak Wilson Lubon

dan Guru Besar SK Nanga Stras, Encik


Nicholas Anak Renang

serta barisan Penolong Kanan SK


Nanga Stras masuk ke dewan dan
seterusnya melawat pondok-pondok
pameran yang disediakan.

NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian,


NEGARAKU & IBU
PERTIWIKU
Kita semarakkan rasa cinta pada tanah
air dengan sama-sama berdiri bagi
menghormati dan menyanyikan lagu
Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku diikuti
bacaan Ikrar Rukun Negara.

(nyanyian Negaraku dan Ibu


Pertiwiku)

BACAAN IKRAR RUKUN Hadirin yang dihormati,


NEGARA

Kita teruskan majlis dengan bacaan


Ikrar Rukun Negara yang akan diketuai
oleh Encik Donny Anak Franky.
Dipersilakan.

(bacaan doa)

Terima kasih diucapkan kepada Encik


Donny anak Franky atas bacaan ikrar
sebentar tadi. Para hadirin dijemput
duduk.
BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memohon keberkatan daripada


Yang Maha Esa, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan, Encik Mohd
Nur Firdaus bin Ja’apar untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Majlis mengucapkan terima kasih


kepada Encik Mohd Nur Firdaus bin
Ja’apar untuk bacaan doa sebentar tadi.

PERSEMBAHAN PANTUN Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pertama membuka majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin semua,

Marilah kita berhibur dahulu dengan


persembahan pantun daripada
adik ........................................................
...........

(Persembahan pantun)

Orang kaya di Kota Jawa,


Ke Pulau Sumatera setiap tahun,
Rantaian kata mengusik jiwa,
Berseni sastera membaca pantun.

Terima kasih diucapkan kepada


adik .......................................... atas
persembahan bacaan pantun sebentar
tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN Hadirin yang dimuliakan,


GURU BESAR

Kita lanjutkan majlis dengan


mendengar ucapan alu-aluan
daripada Tuan Guru Besar SK Nanga
Stras. Dengan itu, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan,
Encik Nicholas Anak Renang,
Guru Besar SK Nanga Stras untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

(Ucapan Tuan Guru Besar)

Majlis merakamkan ribuan terima


kasih atas ucapan Tuan Guru Besar
sebentar tadi.

PERSEMBAHAN CHORAL Anak dara bersopan santun,


SPEAKING
Menjemur lada di kaki lima,
Sudah lama kita berpantun,
Dengarlah pula bicara berirama.

Kita teruskan majlis kita pada hari ini


dengan persembahan choral speaking
yang akan dipersembahkan oleh murid-
murid tahun 5 dan tahun 6 SK Nanga
Stras.
Dipersilakan.

(persembahan choral speaking)

Begitulah tadi persembahan choral


speaking oleh murid-murid daripada
tahun 5 dan 6 SK Nanga Stras. Untuk
pengetahuan hadirin semua,
persembahan tadi telah dibimbing oleh
Cikgu Nur Atikah binti Kamaruddin dan
dibantu Cikgu Kamariah binti Abdul
Rahman hingga memenangi tempat
pertama dalam Choral Speaking
Competition sempena Karnival
Perpaduan Bahasa Inggeris peringkat
Daerah Meradong secara dalam talian
yang baru sahaja diadili semalam.

UCAPAN PERASMIAN Daun semulur di pekan sari,


DAN GIMIK
PELANCARAN
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kita teruskan majlis kita pada hari ini


dengan mendengar ucapan perasmian
daripada Pegawai Pendidikan Daerah
Meradong, Puan Sharifah Idawati binti
Wan Ahmad dan seterusnya
melancarkan gimik Majlis Peluncuran
Kempen Amalan Pemakanan Sihat
Peringkat Daerah Meradong Tahun
2024. Majlis mempersilakan.

(ucapan perasmian)

Terima kasih atas ucapan perasmian


sebentar tadi. Kita mohon Puan Pegawai
Pendidikan Daerah Meradong untuk
kekal berada di atas pentas bagi
melancarkan gimik perasmian.

Kita jemput juga Puan Lucila anak


Saban, Pegawai Sektor Pembangunan
Murid Unit Hal Ehwal Murid Pejabat
Pendidikan Daerah Meradong, Puan
Winnifred Marylyn anak Wilson
Lubon, Yang Dipertua PIBG SK Nanga
Stras, Encik Nicholas Anak Renang,
Guru Besar SK Nanga Stras dan barisan
Penolong Kanan SK Nanga Stras
untuk sama-sama naik ke pentas bagi
pelancaran gimik majlis tersebut.

(gimik perasmian)

Rasmilah sudah Majlis Peluncuran


Kempen Amalan Pemakanan Sihat
Peringkat Daerah Meradong pada tahun
ini.

Terima kasih diucapkan kepada Puan


Sharifah Idawati binti Wan Ahmad,
Pegawai Pendidikan Daerah Meradong,
Puan Lucila anak Saban, Pegawai
Sektor Pembangunan Murid Unit Hal
Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah
Meradong, Puan Winnifred Marylyn
anak Wilson Lubon, Yang Dipertua
PIBG SK Nanga Stras, Encik Nicholas
Anak Renang Guru Besar SK Nanga
Stras, serta barisan Penolong Kanan
SK Nanga Stras atas kesudian
melancarkan gimik Majlis Peluncuran
Kempen Amalan Pemakanan Sihat
Peringkat Daerah Meradong Tahun 2024
sebentar tadi.
JAMUAN RINGAN Hadirin sekalian.

Majlis kita sudah sampai ke


penghujungnya. Sebelum kami
mengundur diri, ribuan kemaafan
dipohon atas segala salah silap
sepanjang mengendalikan majlis ini.
Sebelum kita bersurai, dijemput barisan
tetamu kehormat serta hadirin semua
untuk sama-sama bergambar sebagai
kenangan kita bersama.

Sesudah itu dijemput tetamu serta staf


SK Nanga Stras untuk menikmati
jamuan ringan yang telah disediakan.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,


assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

You might also like