Esei KKPP Sem3

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

1.

0 PENGENALAN
Rozhan Othman (2015) menyatakan bahawa konsep pengurusan sumber manusia
menyaran satu pendekatan baru dalam pengurusan tenaga kerja. Pengurusan sumber manusia
menekankan usaha yang dilakukan secara proaktif untuk mewujudkan dasar dan amalan yang
sinergetik dan meliputi semua bidang di dalam organisasi.

Selain itu, menurut Dr Syed Zamberi Ahmad (2008), pengurus pertengahan adalah
mereka yang bertanggungjawab melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan
atasan. Pengurus pertengahan biasanya akan menyelia dan memberi panduan serta tunjuk ajar
kepada pengurus bawahan. Tugas pengurus pertengahan termasuklah menjadi perantara di
antara pengurusan atasan syarikat yang lebih rendah. Seterusnya, pengurus pertengahan
menyediakan maklumat untuk pengurusan atasan, dan juga menyampaikan penyelesaian ini
kepada pekerja peringkat bawahan dalam bentuk tugas tertentu. Oleh itu, pengurus
pertengahan juga dikenali sebagai ketua jabatan, ketua projek, pengurus kilang atau pengurus
bahagian.

Di samping itu, Dr. Syed Zamberi Ahmad (2008) menyatakan bahawa pengurus
bawahan adalah pengurus yang terendah dalam hiearki atau peringkat pengurusan dan
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pekerja yang melakukan tugas-tugas
pengeluaran di dalam organisasi. Selalunya mereka dikenali sebagai penyelia. Pengurus
bawahan bertanggungjawab secara langsung ke atas pekerja mereka.

Seterusnya, menurut Azharuddin Hashim et al, (2016), menyatakan bahawa amalan


pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara
keseluruhannya. Pengambilan dan pemilihan pekerja yang dijalankan dengan berkesan dapat
menghasilkan pekerja yang lebih setia kepada organisasi. Selain itu, kesetiaan dan komitmen
pekerja amat penting dalam menentukan keberkesanan amalan pengambilan dan pemilihan
pekerja organisasi
Menurut William R. Tracey (1991), terdapat beberapa langkah yang terlibat dalam
proses pemilihan dan pengambilan sumber manusia iaitu :
I. Pengrekrutan
Pengrekrutan ialah proses mencari atau mendapatkan serta menggalakkan individu
yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan. Ia bertujuan untuk membolehkan
pengurus memilih calon terbaik daripada sekumpulan calon yang memohon sesuatu

1
jawatan. Sumber pengrekrutan terdiri daripada sumber dalaman dan luaran. Pengrekrutan
sumber dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan kenyataan, risalah
organisasi atau e-mel, pencalonan daripada pengurus dan penyelia serta rujukan pekerja.
Pengrekrutan sumber luar pula boleh dibuat melaui pengiklanan jawatan kosong di surat
khabar, majalah, radio, televisyen dan internet.
II. Pemilihan
Pemilihan merupakan satu proses menilai dan memilih calon paling layak untuk
mengisi kekosongan jawatan. Proses pemilihan melibatkan proses atau langkah seperti
mengisi borang permohonan, melakukan semakan rujukan dan temuduga. Temuduga
boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu temuduga berstruktur, temuduga tidak
berstruktur, temuduga situasi, temuduga panel dan temuduga berkomputer.
III. Ujian Penilaian
Ujian penilaian dijalankan untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dengan
mengukur kemahiran, pengetahuan dan keupayaan mental serta fizikal calon. Antara ujian
yang dijalankan ialah ujian prestasi untuk menentukan keupayaan sebenar pemohon
seperti ujian menaip, memandu, penggunaan mesin dan komputer. Selain itu, ujian
keupayaan kognitif (mental), ujian poligraf (pengesan bohong), ujian perwatakan
(integriti) dan ujian keupayaan fizikal.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan amalan pengambilan
sumber manusia iaitu :
2.1 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia peringkat pengurusan
pertengahan di Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd dan Syarikat JOEL & CO
dalam aspek :
2.1.1 Sumber Iklan
2.1.2 Spesifikasi Kerja
2.1.3 Penghuraian Kerja

2.2 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia di peringkat pengurusan


bawahan di Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd dan Syarikat New
Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd dalam aspek :
2.2.1 Sumber Iklan
2.2.2 Spesifikasi kerja
2.2.3 Penghuraian Kerja

3. Menyediakan resume untuk jawatan penyelia jualan di Syarikat New Edge Safety
Door (HQ) Sdn Bhd bagi pemohon lepasan STPM.

3
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pengkaji telah menganalisis berdasarkan peringkat pengurusan pertengahan bagi Syarikat
Senheng Electric (KL) Sdn Bhd dan Syarikat JOEL & CO dari aspek sumber iklan,
spesifikasi kerja dan penghuraian kerja. Selain itu, pengkaji juga telah mengkaji berdasarkan
peringkat pengurusan bawahan bagi Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd dan
Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd dari aspek sumber iklan, spesifikasi kerja dan
penghuraian kerja.

Bagi peringkat pengurusan pertengahan, Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd
diasaskan oleh Encik Lim Kim Heng. Syarikat ini mula membuka kedai pertamanya pada 1
September 1989 yang terletak di Pandan Jaya, Kuala Lumpur. Senheng Electric (KL) Sdn
Bhd adalah kedai runcit elektronik yang terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 100
kedai di seluruh negara. Syarikat ini menjual pelbagai produk termasuk peti sejuk, mesin
basuh, televisyen dan telefon pintar dari jenama termasuk Samsung, Sharp dan Panasonic.
Bilangan pekerja bagi syarikat ini adalah seramai 2000 orang pekerja iaitu di Malaysia
sahaja. (https://www.senheng.com.my/about-us)

Seterusnya, Syarikat JOEL & CO beralamat di F-2F-3, ENCORP STRAND GARDEN


OFFICE. N0.12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Pengurus
Joel merupakan lulusan daripada University of Reading (England) dengan ijazah LL.B
(Hons) dan kelayakan profesional dari Malaysia dan United Kingdom. Dia menamatkan sijil
dalam Amalan Undang-Undang (Malaysia) dan bertugas di Shearn Delamore & Co di Kuala
Lumpur dimana dia terlibat terutamanya dalam bidang praktik Harta Intelek dan
Perlindungan Data Peribadi. Semenjak penubuhan firma ini, dia berperanan membangunkan
pasukan ke tahap yang lebih tinggi. Bilangan pekerja bagi syarikat ini adalah seramai 1-50
pekerja sahaja. (https://www.joelnco.com/)

Syarikat Allied Precision Techonologies (M) Sdn Bhd diperbadankan pada Januari 2018
dan merupakan anak Syarikat milik penuh Allied Technologies Limited. Allied Technologies
Limited ditubuhkan pada tahun 1990 dan kemudiannya disenaraikan di Papan Utama Bursa

4
Saham Singapura pada bulan Jun 2003. Pada bulan Mei 2017, ia secara rasmi memindahkan
penyenaraiannya dari Papan Utama ke Lembaga Pemangkin Saham Catalist. Alamat syarikat
ini adalah No 1A, Jalan Nobat 7, Taman Perindustrian Bukit Rambai, 75250 Melaka.
Bilangan pekerja bagi syarikat ini adalah seramai 501 hingga 1000 pekerja.
(https://www.ctoscredit.com.my/business/ALLIED-PRECISION-TECHNOLOGIES-%28M
%29-SDN-BHD-1198074T)

Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1995. Alamat
bagi syarikat ini adalah di Sublot 6, No.A-1F, Jalan Setia Raja, 93350 Kuching, Sarawak.
Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd adalah antara jenama yang paling dihormati
dalam industri keselamatan dan keselamatan pintu. Pintu keselamatan syarikat ini melindungi
banyak rumah di Malaysia dengan sistem kunci keselamatan jenis peti besi, pintu dan struktur
kerangka keluli yang kukuh. (https://www.newedge.com.my/about/)

Akhir sekali, resume adalah satu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau
pihak tertentu untuk mengetahui diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan dan
keperluan majikan atau pihak tersebut. Ini bermaksud resume amatlah berkait rapat dengan
kejayaan dan kelebihan yang ada pada seseorang individu tersebut.
(https://www.indeed.com/career-advice/resume-samples)

5
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan
maklumat yang dikaji. Pengkaji menggunakan kaedah sumber sekunder bagi
memperoleh maklumat sepanjang menjalankan kajian ini. Sumber sekunder merupakan
sumber yang diperoleh daripada internet, buku, keratan akhbar, jurnal dan majalah.
Jadual 1 : Sumber yang diperoleh daripada buku dan jurnal
BI MAKLUMAT YANG SUMBER
L DIPEROLEH
1.  Konsep pengurusan http://journalarticle.ukm.
sumber manusia my/4692/1/V22_1.pdf
 Definisi sumber iklan
2.  Definisi pengurus Dr. Syed Zamberi Ahmad, 2008. Memahami
pertengahan Konsep Pengurusan Perniagaan. Edisi Pertama.
 Definisi pengurus Selangor : Leeds Publications
bawahan
3.  Amalan pengambilan http://conference.kuis.edu.my/
dan pemilihan EB026.pdf
pekerja
4.  Definisi spesifikasi June M.L Poon, 2006. Pengurusan Sumber
kerja Manusia. Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur :
 Definisi penghuraian Dewan Bahasa dan Pustaka
kerja
5.  Definisi resume Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah
Mohammad Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan
Sumber Manusia. Edisi Pertama. Selangor: Leeds
Publication.

6
Jadual 2 : Sumber yang diperoleh daripada internet
BIL MAKLUMAT ALAMAT LAMAN WEB MASA
YANG CAPAI
DIPEROLEH
1. Syarikat Senheng https://www.senheng.com.my/about-us Masa: 7:30
Electric (KL) pagi
Sdn Bhd Tarikh: 20
November
2020
2. Syarikat JOEL & https://www.joelnco.com/ Masa: 7:45
CO pagi
Tarikh : 20
November
2020
3. Syarikat Allied https://www.ctoscredit.com.my/business/ Masa: 8:00
Precision ALLIED-PRECISION-TECHNOLOGIES- pagi
Technologies %28M%29-SDN-BHD-1198074T Tarikh : 20
(M) Sdn Bhd November
2020
4. Syarikat New https://www.newedge.com.my/about/ Masa: 8:15
Edge Safety pagi
Door (HQ) Sdn Tarikh: 20
Bhd November
2020
5. Resume https://www.indeed.com/career-advice/ Masa: 8;30
resume-samples pagi
Tarikh: 20
November
2020

7
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini membincangkan amalan pengambilan sumber manusia yang diamalkan oleh
Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd dengan Syarikat JOEL & CO untuk peringkat
pangurusan pertengahan dan Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd dengan
Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd untuk peringkat pengurusan bawahan.

5.1 Analisis Amalan Pengambilan


Dalam analisis amalan pengambilan ini terdapat tiga aspek yang diutamakan iaitu
sumber iklan, spesifikasi kerja dan huraian kerja.

5.1.1 Sumber iklan


Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hassan, (2008 ;
32) dalam buku Prinsip Pengurusan Sumber Manusia, iklan merupakan salah
satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan,
inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan.

Bagi Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, syarikat ini mengiklankan
jawatan kosong bagi jawatan pengurus pengambilan pekerja di laman web rasmi
syarikat iaitu https://www.senheng.com.my/about-us. Mereka memaparkan
jawatan kosong pengurus pengambilan pekerja di laman rasmi mereka sendiri
kerana pelanggan mereka menggunakan laman web rasmi ini untuk membeli
produk mereka.

Selain itu, Syarikat JOEL & CO mengiklankan jawatan kosong bagi


pengurus pengurus pembangunan perniagaan melalui laman web rasmi syarikat
iaitu https://www.joelnco.com/. Mereka memaparkan jawatan kosong pengurus
pembangunan perniagaan melalui laman web rasmi syarikat kerana pelanggan
mereka menggunakan laman web rasmi ini untuk membeli produk mereka.

Dalam Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd pula, mereka
mengiklankan jawatan kosong penyelia pengurusan melalui laman web jobstreet
iaitu di laman https://www.ctoscredit.com.my/business/ALLIED-PRECISION-

8
TECHNOLOGIES-%28M%29-SDN-BHD-1198074T. Syarikat Allied Precision
(M) Sdn Bhd memaparkan iklan jawatan kosong di laman web jobstreet ini
kerana laman web tersebut lebih berpotensi untuk memperoleh penyelia yang
berpengalaman.

Seterusnya, Syarikat New Edge Sfety Door (HQ) Sdn Bhd mengiklankan
jawatan kosong penyelia jualan menggunakan laman web rasmi syarikat iaitu
https://www.newedge.com.my/about/. Syarikat ini mengiklankan jawatan
kosong di laman web rasmi mereka sendiri kerana pengguna produk mereka
banyak membuat tempahan melalui laman web syarikat ini.

5.1.2 Spesifikasi kerja


Menurut June M.L Poon (2006), spesifikasi kerja ialah dokumen bertulis
yang menghuraikan segala ciri, kelayakan dan tingkah laku yang diperlukan
oleh seseorang pekerja yang membolehkan melakukan kerja dengan sebaik-
baiknya. Dokumen ini menyatakan syarat-syarat kelayakan minimum satu-satu
jawatan. Syarat-syarat ini termasuklah pengalaman, pendidikan, sifat
keperibadian, kebolehan mental dan kebolehan fizikal.

Bagi spesifikasi kerja dalam peringkat pengurusan pertengahan, jawatan


pengurus pengambilan pekerja dalam Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd
memerlukan calon pekerja yang sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang pentadbiran perniagaan, sumber manusia atau pengurusan
perniagaan atau bidang yang setaraf dengannya. Calon pekerja juga mempunyai
pengalaman minimum 5 tahun dalam peranan pengurusan. Calon sebaik-
baiknya perlu berpengalaman dalam Undang-Undang Pekerjaan dan syarat dan
kepatuhan undang-undang Malaysia. Calon perlu mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik dan berorientasikan perincian. Pengalaman dalam
pengambilan pekerja besar-besaran atau industri runcit akan menjadi kelebihan.
Calon juga perlu mempunyai pemahaman dan metodologi Analisis Keperluan
Latihan serta Sistem digitalisasi proses dan pengetahuan penyelesaian.

Seterusnya adalah spesifikasi kerja bagi jawatan pengurus pembangunan


perniagaan dalam Syarikat JOEL & CO pula memerlukan calon pekerja yang

9
mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau lulusan dalam apa jua bidang
atau setaraf dengannya. Calon perlu mahir dalam menggunakan Microsoft
Excel, PowerPoint dan Words. Calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3
tahun pengalaman bekerja serta boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin, Inggeris
dan Bahasa Melayu.

Selain itu, bagi peringkat pengurusan bawahan pula bagi jawatan penyelia
pengeluaran di Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd
memerlukan calon pekerja yang sekurang-kurangnya mempunyai sekurang-
kurangnya kelulusan peringkat sekolah rendah / sekolah menengah / peringkat
SPM / O Level / STPM / A Level / pra-universiti / Diploma atau yang setaraf
dengannya. Selain itu, calon pekerja harus mempunyai sekurang-kurangnya 2
tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan yang diperlukan untuk
jawatan ini. Sebaik-baiknya jika calon pekerja mahir dalam operasi pembuatan,
pengeluaran atau yang setara dengannya. Disamping itu, calon pekerja perlu
mempunyai kemahiran komunikasi bertulis serta lisan yang baik. Calon pekerja
juga perlu mempunyai kemahiran kepimpinan yang cemerlang.

Akhir sekali, jawatan penyelia jualan di Syarikat New Edge Safety Door
(HQ) Sdn Bhd memerlukan calon pekerja yang sekurang-kurangnya mempunyai
kelulusan peringkat sekolah rendah / sekolah menengah / O Level / STPM / A
Level / Pra- universiti, lepasan diploma dalam bidang pemasaran dan yang
setaraf dengannya. Selain itu, calon juga perlu mempunyai 3 tahun pengalaman
bekerja untuk memohon jawatan ini. Calon pekerja juga perlu mampu untuk
bekerja sepenuh masa. Calon haruslah mampu berbahasa Inggeris, Mandarin
dan juga bahasa Melayu. Calon pekerja sebaik-baiknya seorang eksekutif kanan
khusus dalam pemasaran ataupun pengembangan perniagaan atau setaraf.

5.1.3 Penghuraian kerja


Menurut June M.L Poon (2006), penghuraian kerja ialah suatu dokumen
yang menerangkan skop, fungsi, tugas, tanggungjawab dan aspek-aspek kerja
yang lain. Dalam dokumen ini dinyatakan perihal kerja dengan ringkas,
misalnya cara sesuatu kerja itu dilakukan dan keadaan keselamatan semasa
menjalankan kerja tersebut.

10
Pengurus pengambilan pekerja Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd
perlulah dapat mengenal pasti saluran dan platform yang ideal dengan
mengakses kelayakan untuk kumpulan calon yang sesuai dengan keperluan
syarikat untuk mencapai kecekapan kos. Selain itu, pengurus pengambilan
pekerja juga harus membangun dan memulai strategi perekrutan dengan
meninjau dan mengenal pasti jumlah yang diperlukan untuk menguruskan
permintaan pemenuhan tenaga kerja dalam jangka waktu yang diharapkan.
Calon pekerja juga harus membangun dan menyemak dasar pengambilan
dalaman dan dokumen pengambilan dengan memastikan polisi dikemas kini dan
dipatuhi secara berkala dan disampaikan kepada jabatan masing-masing untuk
mematuhi keperluan dalaman dan luaran. Seterusnya, calon pekerja perlu
melakukan penjejakan dan menganalisis pelaporan mingguan dan bulanan untuk
kemas kini kemajuan pengurusan syarikat. Mereka harus melakukan kajian
berterusan dan menganalisis keperluan kakitangan yang berbeza dalam syarikat
untuk memastikan pengetahuan dan kemahiran mereka dapat ditingkatkan
dengan penciptaan program latihan yang betul.

Bagi calon pengurus pembangunan perniagaan di Syarikat JOEL & CO


perlulah dapat melakukan penjenamaan firma dan penjagaan pelanggan. Calon
pekerja perlu bertujuan untuk menggunakan alat pemasaran untuk menyususn
strategi dan mengembangkan rancangan promosi yang merangkumi syarikat
dalam talian dan luar talian. Selain itu, calon pekerja perlu memacu prestasi
puncak dan kejayaan pemasaran di seluruh permintaan syarikat. Calon pekerja
juga perlu menunjukkan pengetahuan termasuk pelbagai penyelesaian,
penjualan dan kecerdasan kompetitif.

Dalam pengurusan peringkat bawahan pula, calon penyelia pengeluaran bagi


Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd hendaklah dapat menjamin
bahawa semua peralatan dan jenis pengendali dipasang dengan betul ke
bahagian kualiti produk dengan kadar pengeluaran yang diperlukan. Calon
pekerja juga harus memastikan semua operasi mematuhi semua standard proses,
standart kualiti, arahan operator dan piawaian pembungkusan seperti yang
tercantum di papan pekerja jika berlakunya sesuatu. Selain itu, calon pekerja

11
juga harus dapat bekerjasama dengan jabatan kualiti dalan menjaga kualiti
standard yang mana ianya dapat diterima oleh pelanggan syarikat ini. Sebarang
penyimpangan dari standard tersebut atau dari kualiti mesti dilaporkan segera ke
jabatan kualiti. Calon juga perlu memastikan pemberitahuan kepada pengurus
kualiti dan pengurus operasi setiap saat bahawa penyimpangan kualiti
mempengaruhi keluaran produk, atau masalah kualiti tidak dapat dibaiki. Di
samping itu, calon pekerja perlu memastikan bahawa keperluan pengeluaran dan
kualiti dipenuhi. Calon pekerja perlu dapat memastikan semua pekerja
mengikuti semua polisi syarikat dan prosedur untuk operasi jabatan yang betul
serta mampu memastikan semua keselamatan terjaga.

Bagi calon penyelia jualan Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd
mestilah dapat mengurus kakitangan dan pentadbir jualan runcit. Calon penyelia
juga harus membantu kakitangan jualan runcit mencapai sasaran jualan. Selain
itu, calon pekerja harus dapat bekerja secara bebas dengan pengawasan
minimum. Calon diperlukan untuk mempunyai skill komunikasi yang kuat yang
mempu untuk menangani soalan pelanggan, aduan pelanggan dan juga sebarang
isu. Di samping itu, calon pekerja perlu mampu bertindak sebagai seorang
jurulatih, kaunselor, merekrut, melatih dan mendisiplinkan pekerja. Syarikat ini
memerlukan calon pekerja yang dapat menilai prestasi kerja serta mengenal
pasti trend semasa dan masa depan yang menarik bagi pengguna. Calon pekerja
turut harus menjaga kebersihan dan kesihatan serta langkah keselatamatan untuk
kedai. Calon pekerja harus sanggup apabila diminta untuk ke luar stesen serta
mempunyai pengangkutan sendiri.

5.2 Analisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia Peringkat Pengurusan


Pertengahan Antara Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd dan Syarikat
JOEL & CO
Dalam penelitian ke atas syarikat yang dipilih iaitu Syarikat Senheng Electric (KL)
Sdn Bhd dan Syarikat JOEL & CO berdasarkan teori yang telah dibincangkan,
dapatan yang diperolehi daripada kedua-dua iklan tersebut mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing.

12
5.2.1 Sumber iklan
Iklan jawatan kosong pengurus pembangunan perniagaan bagi Syarikat
JOEL & CO telah menawarkan kadar gaji iaitu antara RM2000 hingga RM2800
sebulan tetapi bagi iklan jawatan kosong pengurus pengambilan pekerja bagi
Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd pula tidak menyatakan berapakah
kadar gaji yang ditawarkan.

Selain itu, tahap pengalaman yang diperlukan untuk pengurus


pembangunan yang ditetapkan oleh Syarikat JOEL & CO ialah minimum
selama tiga tahun manakala pengurus pengambilan pekerja yang diperlukan oleh
Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd perlulah mempunyai pengalaman
bekerja selama lima tahun.

Seterusnya, tahap pembelajaran yang diperlukan bagi jawatan kosong


pengurus pengambilan pekerja yang ditetapkan oleh Syarikat Senheng Electric
(KL) Sdn Bhd ialah ijazah Sarjana Muda atau diploma pascasiswazah tetapi
bagi Syarikat JOEL & CO memerlukan pengurus pembangunan perniagaan
yang mempunyai diploma.

Akhir sekali, kemahiran bahasa yang diperlukan untuk menjadi pengurus


pembangunan perniagaan dalam Syarikat JOEL & CO termasuklah Bahasa
Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tetapi Syarikat Senheng Electric
(KL) Sdn Bhd tidak menyatakan kemahiran bahasa yang diperlukan untuk
jawatan pengurus pengambilan pekerja di dalam iklan.

Kelebihan yang ada dalam iklan jawatan kosong Syarikat Senheng


Electric (KL) Sdn Bhd ialah iklan tersebut menyatakan kategori pekerjaan yang
dilakukan oleh syarikat tersebut ialah dalam sumber manusia. Kelebihan bagi
Syarikat JOEL & CO pula ialah, Syarikat ini telah menyatakan pengurus
peembangunan perniagaan mampu untuk bertindak dengan segera apabila
diarahkan.

13
5.2.2 Spesifikasi kerja
Iklan jawatan kosong Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd
memerlukan pengurus pengambilan pekerja yang berkelulusan ijazah Sarjana
Muda dalam bidang pentadbiran perniagaan, sumber manusia, pengurusan
perniagaan dan bidang yang setara manakala Syarikat JOEL & CO memerlukan
pengurus pembangunan perniagaan yang mempunyai kelayakan minimum yang
berkelulusan diploma.

Pengurus pengambilan pekerja Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd


yang berpengalaman dalam industri pengambilan pekerja besar atau runcit akan
mempunyai kelebihan daripada calon yang lain manakala pengurus
pembangunan perniagaan hendaklah mempunyai pengalaman bekerja sekurang-
kurangnya selama tiga tahun.

Kelebihan yang dinyatakan dalam iklan jawatan kosong pengurus


pengambilan pekerja bagi Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd adalah
syarikat ini telah menyatakan ciri-ciri yang perlu ada dalam pengurus
pengambilan pekerja tersebut seperti mahir dalam akta pekerjaan dan syarat,
patuh kepada undang-undang Malaysia, mahir berkomunikasi secara baik serta
berorientasikan perincian. Kelebihan bagi iklan jawatan kosong pengurus
pembangunan perniagaan bagi Syarikat JOEL & CO ialah syarikat ini telah
menyatakan pengurus pembangunan perniagaan hendaklah berkemahiran dalam
penggunaan komputer seperti Microsoft Excel, PowerPoint dan Words.

5.2.3 Penghuraian kerja


Dalam penghuraian kerja pula, tanggungjawab utama yang dijalankan
perlu dinyatakan di dalam iklan. Seterusnya, peratus masa yang diperuntukkan
untuk setiap tugasan, piawaian prestasi yang perlu dicapai, keselamatan dalam
melakukan tugas, jumlah pekerja yang turut bekerja sama, jenis mesin dan

14
peralatan yang akan dikendalikan semasa melakukan pekerjaan tersebut perlu
dinyatakan di dalam iklan.

Iklan jawatan kosong pengurus pengambilan pekerja di Syarikat Senheng


Electric (KL) Sdn Bhd menyatakan bahawa calon perlu mengenal pasti saluran
dan platform yang ideal dengan mengakses kelayakan untuk kumpulan calon
yang sesuai dengan keperluan syarikat untuk mencapai kecekapan kos. Selain
itu, calon pekerja harus membangun dan memulai strategi pengrekrutan dengan
meninjau dan mengenal pasti jumlah yang diperlukan untuk menguruskan
permintaan pemenuhan tenaga kerja dalam jangka waktu yang diharapkan.
Manakala bagi jawatan kosong di Syarikat JOEL & CO pula, calon perlu dapat
melakukan penjenamaan firma dan penjagaan pelanggan.

Kekurangan bagi kedua-dua syarikat bagi iklan jawatan pertengahan ini


ialah peratus masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu tugasan
sebagai pengurus pembangunan perniagaan dan pengurus pengambilan pekerja,
bilangan pekerja yang melakukan pekerjaan tersebut, mesin dan peralatan
apakah yang akan dikendalikan semasa melakukan pekerjaan tersebut tidak
dinyatakan di dalam iklan.

5.3 Analisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia Peringkat Pengurusan Bawahan


Antara Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd dan Syarikat New
Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd.
Dalam penelitian ke atas syarikat yang dipilih iaitu Syarikat Allied Precision
Technologies (M) Sdn Bhd dan Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd
berdasarkan teori yang telah dibincangkan, dapatan yang diperolehi daripada kedua-
kedua iklan tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

5.3.1 Sumber iklan


Dalam aspek iklan, iklan jawatan kosong Syarikat New Edge Safety Door
(HQ) Sdn Bhd mempunyai kenyataan gaji yang ditawarkan bagi jawatan
kosong penyelia jualan iaitu sebanyak RM3000 hingga RM4500 sebulan
manakala Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd menawarkan

15
kadar gaji sebanyak RM2000 hingga RM3500 sebulan bagi jawatan penyelia
pengeluaran.

Seterusnya, tahap pengalaman bagi penyelia jualan Syarikat New Edge


Safety Door (HQ) Sdn Bhd ialah pernah bekerja dalam bidang penyeliaan
selama sekurang-kurangnya tiga tahun manakala penyelia pengeluaran
Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd pula perlulah
mempunyai pengalaman bekerja sebagai penyelia pengeluaran selama
sekurang-kurangnya dua tahun.

Akhir sekali ialah kemahiran penggunaan bahasa. Penyelia jualan bagi


Syarikat New Edge Safety door (HQ) Sdn Bhd perlulah mahir menggunakan
tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu
manakala penyelia pengeluaran bagi Syarikat Allied Precision Technologies
(M) Sdn Bhd pula tidak menyatakan kemahiran bahasa yang diperlukan di
dalam iklan jawatan kosong tersebut.

Kelebihan iklan jawatan kosong penyelia jualan Syarikat New Edge


safety door (HQ) Sdn Bhd ialah iklan tersebut menyatakan bahawa penyelia
jualan tersebut haruslah dari Pahang. Iklan ini juga menyatakan bahawa jenis
kontrak bagi Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd ialah sepenuh
masa. Iklan jawatan kosong tersebut juga meletakkan jenis pekerjaan syarikat
tersebut iaitu perkilangan. Kelebihan bagi iklan jawatan kosong penyelia
pengeluaran Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd pula ialah
syarikat tersebut telah menyatakan mereka memerlukan penyelia pengeluaran
yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang cemerlang.

5.3.2 Spesifikasi kerja


Dalam aspek tahap pembelajaran, penyelia jualan Syarikat New Edge
Safety Door (HQ) Sdn Bhd hendaklah sekurang-kurangnya lulusan SPM
manakala penyelia pengeluaran Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn
Bhd hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sijil kemahiran atau diploma.

16
Seterusnya, dalam aspek pengalaman, penyelia jualan Syarikat New Edge
Safety Door (HQ) Sdn Bhd hendaklah mempunyai pengalaman bekerja
sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang penyeliaan jualan manakala
penyelia pengeluaran Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd pula
perlulah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang operasi pembuatan atau
pengeluaran sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Kelebihan bagi spesifikasi kerja iklan jawatan kosong bagi jawatan


penyelia jualan Syarikat New edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd ialah iklan
tersebut menyatakan penyelia haruslah mampu bekerja di luar waktu pejabat
serta boleh dihantar untuk bekerja di luar daerah. Syarikat ini juga memerlukan
seorang penyelia yang mempunyai pengangkutan sendiri. Kelebihan bagi iklan
kawatan kosong penyelia pengeluaran Syarikat Allied Precision Technologies
(M) Sdn Bhd ialah penyelia hendaklah mempunyai kemahiran komunikasi
bertulis dan lisan yang baik.

5.3.3 Penghuraian kerja


Iklan jawatan kosong penyelia pengeluaran di Syarikat Allied Precision
Technologies (M) Sdn Bhd menyatakan keadaan pekerjaan tersebut iaitu bekerja
secara berkumpulan. Peratus masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan
sesuatu tugasan telah ditetapkan.

Bagi iklan jawatan kosong penyelia jualan di Syarikat New Edge Safety
Door (HQ) Sdn Bhd menyatakan bahawa calon pekerja harus dapat bekerja
secara bebas dengan pengawasan minimum. Calon pekerja perlu mampu
bertindak sebagai seorang jurulatih, kaunselor, merekrut, melatih dan
mendisiplinkan pekerja. Bagi iklan jawatan kosong penyelia pengeluaran
Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd hendaklah
bertanggungjawab dalam memastikan bahawa semua mesin dan pengendali
dipasang dengan betul ke bahagian kualiti produk pada kadar pengeluaran yang
diperlukan.

17
6.0 Rumusan kajian, cadangan dan penutup
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji analisis pengambilan sumber manusia bagi
jawatan peringkat pengurusan pertengahan bagi Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd
dan Syarikat JOEL & CO dan peringkat pengurusan bawahan bagi Syarikat Allied
Precision Technologies (M) Sdn Bhd dan Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn Bhd.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, maklumat yang lengkap dalam iklan jawatan kosong
dapat membantu untuk mencari sumber manusia yang berpengalaman dan mampu
menjalankan pekerjaan tersebut dengan lancar.

Iklan jawatan kosong bagi peringkat pengurusan pertengahan bagi Syarikat Senheng
Electric (KL) Sdn Bhd dan Syarikat JOEL & CO meliputi tiga aspek yang ingin dikaji
iaitu sumber iklan, spesifikasi kerja dan huraian kerja. Walaubagaimanapun, Syarikat
Senheng Electric (KL) Sdn Bhd lebih terperinci dalam spesifikasi kerja dan penghuraian
kerja berbending dengan Syarikat JOEL & CO.

Bagi peringkat pengurusan bawahan pula, Syarikat New Edge Safety Door (HQ) Sdn
Bhd dan Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd juga melengkapi tiga aspek
tersebut ialitu sumber iklan, spefikasi kerja dan huraian kerja. Syarikat Allied Precision
Technologies (M) Sdn Bhd mempunyai maklumat yang lebih terperinci berkaitan
pekerjaan tersebut seperti waktu bekerja. Iklan jawatan kosong Syarikat New Edge Safety
Door (HQ) Sdn Bhd tidak menerangkan spesifikasi kerja dan huraian kerja dengan lebih
terperinci.

Antara cadangan penambahbaikan iklan jawatan kosong bagi keempat-empat syarikat


tersebut ialah iklan tersebut hendaklah disertakan dengan pampasan yang mampu menarik
perhatian calon yang ingin menjadi pekerja dalam syarikat tersebut. Seterusnya iklan
jawatan kosong tersebut hendaklah memperincikan dengan lebih jelas dua aspek iaitu
spesifikasi kerja dan huraian kerja. Hal ini agar pemohon pekerjaan akan lebih jelas akan
kriteria yang perlu ada untuk memohon pekerjaan tersebut. Akhir sekali, iklan jawatan

18
kosong tersebut juga haruslah menyertakan sekali template resume untuk memudahkan
pekerja dalam memohon pekerjaan tersebut.

Kesimpulannya, dengan adanya iklan jawatan kosong yang lengkap dan terperinci, ia
mampu untuk menarik minat pekerja untuk bekerja di keempat-empat syarikat tersebut
iaitu Syarikat Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, Syarikat JOEL & CO, Syarikat New Edge
Safety Door (HQ) Sdn Bhd dan Syarikat Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd.
Sekiranya pekerja memohon pekerjaan yang memenuhi setiap kriteria yang ditetapkan
oleh iklan jawatan kosong syarikat tersebut, maka keempat-empat syarikat tersebut tidak
perlu bersusah payah untuk menapis pekerja-pekerja yang tidak layak kerana pekerja
yang sudah memenuhi kriteria boleh meningkatkan kualiti perniagaan keempat-empat
syarikat tersebut.

19
7.0 RESUME

OBJEKTIF PEKERJAAN
Untuk menjadi pekerja yang jujur dan boleh dipercayai serta berusaha
untuk meningkatkan kualiti syarikat melalui prestasi yang unggul.

PENDIDIKAN
2021 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
............
.....................

Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang, Sibu


2018 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Lima, Sibu
2016 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Lima, Sibu

PENCAPAIAN
2018 National Creative Action Competition
.................................................
.................................................

Tempat Ketiga
Telefon Anugerah Murid Terbaik Kokurikulum
0135449535 Anugerah Kepimpinan Diri Terpuji
Email Pertandingan Kombo Peringkat Sekolah Daerah Sibu
[email protected] Tempat Kedua
Alamat 2017 Anugerah Langkah Gemilang
Rumah Birai, Sungai Salim, Pertandingan Kombo Peringkat Sekolah
Daerah Sibu
96000 Sibu, Sarawak
Tempat Ketiga

KEMAHIRAN PERIBADI AKTIVITI KOKURIKULUM


Komitmen Sosial
................................
................................

Kreativiti 2019 Penolong Ketua Tingkatan


Organisasi Pengerusi Kelab Catur
2018 Penolong Ketua Pengawas
Komunikasi
Pengerusi Kelab Seni Dan Kebudayaan
Kerja Pasukan Naib Pengerusi Sukan Permainan Dalam
Ahli Biasa Unit Beruniform KAPA
KEMAHIRAN TEKNIKAL
2017 Pengawas Sekolah

Microsoft Word
Microsoft Excel
RUJUKAN
Microsoft Kho Say Wei
.......................................
.......................................

PowerPoint Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang, Sibu
KEMAHIRAN BAHASA
012-8813101

20
Bahasa Melayu
Rosnah Binti Abdul Razak
Bahasa Inggeris
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang, Sibu
013-5774465

8.0 RUJUKAN
Internet
Aplikasiniaga, 1992. About Us – Senheng. Diakses pada 20 November 2020, daripada
https://www.senheng.com.my/about-us

Aplikasiniaga, 1990. About CTOS. Diakses pada 20 November 2020, daripada


https://www.ctoscredit.com.my/business/ALLIED-PRECISION-TECHNOLOGIES-
28%M%29-SDN-BHD-1198074T

Aplikasiniaga, 2019. RESULT DRIVEN. PRACTICAL SOLUTIONS. Diakses pada


20 November 2020, daripada https://www.joelnco.com/

Aplikasiniaga, 2018. SAFETY & SECURITY DOOR. Diakses pada 20 November


2020, daripada https://www.newedge.com.my/about/

Linkedin Corporation. Resume Samples. Diakses pada 20 November 2020, daripada


https://www.indeed.com.my/career-advice/resume-samples

Buku
Dr. Syed Zamberi Ahmad, 2008. Memahami Konsep Pengurusan Perniagaan. Edisi
Pertama. Selangor : Leeds Publications

Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan
Sumber Manusia. Edisi Pertama. Selangor : Leeds Production.

June M>L Poon, 2006. Pengurusan Sumber Manusia. Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

21
9.0 LAMPIRAN

ABOUT US

Senheng® Electric (KL) Sdn. Bhd. is one of the leading consumer electronics chain
stores in the country. We operate over 100 stores spread throughout Malaysia letting
customers, like you, reach us wherever you may be.

We are committed to provide you with convenient and unique shopping experience, as
well as, better value each and every time you shop at Senheng® stores.

Here in Senheng®, we understand the trends and directions of our customers. Therefore,
we always offer you the latest and the greatest products, all available in our stores.

History

Senheng® was first established in 1989, from a tiny consumer electronics half shop lot
set up with stocks worth less than Ringgit Malaysia thirty thousands to the largest
electronics chain store today with branches straddling the length and breadth of
Malaysia.

Helmed by the Lim brothers, K.H., K.C. and K.Y., Senheng® has gained its reputation and
credibility that has made it the number one in the industry through progressive, forward
looking, and innovative touches.

22
Joel Kon graduated from the University of Reading (England) with an LL.B (Hons) degree and
professional qualifications from both Malaysia and the United Kingdom. He completed his Certificate in
Legal Practice (Malaysia) and chambered at Shearn Delamore & Co in Kuala Lumpur where he was
primarily engaged in the Intellectual Property and Personal Data Protection areas of practice. He was
admitted as an Advocate and Solicitor of the High Court of Malaya. He then pursued the Bar Professional
Training Course at City University in London and was called to the Bar of England & Wales as a Barrister-
at-Law by The Honourable Society of the Middle Temple.

His experience encompasses legal due diligence exercises on various public and private limited companies,
trademark registration and patent litigation matters, general corporate advisory work as well as
conveyancing matters. Joel Kon has previously obtained an Ontario Scholarship Award to pursue his
career in North America.

Since the founding of this firm, he is instrumental in building the team to greater heights.

23
MALAYSIA’S FIRST SAFETY & SECURITY DOOR
MANUFACTURER.

New Edge Safety Door are experts in security doors that meet the escalating security
demands in Malaysia. We manufacture high quality stainless steel grill security doors because it
provides stronger security standard than average stock wood doors. With over 38 showrooms
nationwide, we kept many Malaysians home safe from burglar, thieves and robbers. We take
pride in being resourceful and innovative while relentless in its pursuit of technological
advancement. Other than that, we constantly improve the Security Door Designs yet
providing High Security Door solutions to stay ahead of the competition.

24
About CTOS

Established in 1990, CTOS is Malaysia's leading Credit Reporting Agency (CRA)


under the ambit of the Credit Reporting Agencies Act 2010.

At CTOS, we facilitate credit extensions by empowering individuals and businesses


with access to crucial information at greater ease and speed.

Learn More
Quick Links

59200 Kuala Lumpur

25

You might also like