Ringkasan Buli
Ringkasan Buli
Ringkasan Buli
buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Isu buli bukanlah isu yang baharu dalam kalangan masyarakat. Kegiatan buli bukan hanya berlaku di sekolah malahan berlaku dalam mana-mana institusi seperti institusi pengajian tinggi, institusi swasta dan kerajaan. Isu buli ini perlu diselesaikan melalui pendekatan kolektif. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan gejala ini tidak terus menjadi isu yang serius. Malangnya, apabila setiap kali menyelak akhbar atau menonton televisyen, masyarakat disajikan dengan isu buli di sana sini. Senario sebegini akan membawa impak yang besar kepada pembangunan bangsa Malaysia yang maju dan bertamadun. Malahan, modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang diimpikan dalam wawasan perdana tidak dapat direalisasikan. Dalam suatu kajian, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala buli terjadi, iaitu si pembuli berasa puas apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara lisan atau fizikal. Malahan, kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan mereka terlibat dengan kes buli ini tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa. Sebaliknya, kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang tidak mengambil berat akan pendidikan agama. Budaya buli jika dijadikan suatu kelaziman akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. Isu buli jika tidak ditangani dengan bijaksanan dapat merencatkan agenda pembangunan kerajaan terutama dalam menyemai moral yang luhur. Realitinya, perbuatan buli sehingga nmenimbulkan keganasan di luar batasan kemanusiaan perlu ditentang. Hal ini demikian kerana tindakan si pembuli akan mencemarkan imej negara di mata dunia. Justeru, negara akan gagal melahirkan suatu bangsa yang berjiwa merdeka jika gagal mengatasi gejala buli daripada terus berleluasa. Yang lebih ditakuti ialah budaya buli akan menjadi suatu budaya yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Oleh itu, anak-anak kita juga akan menghadapi kesukaran untuk menimba ilmu kerana wujudnya persekitaran yang tidak membantu mereka untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan aman. Tiada gunanya negara mampu melahirkan bijak pandai dalam pelbagai bidang, sedangkan sahsiah mereka berada pada tahap yang paling rendah. Oleh itu, setiap program atau garis panduan yang bakal dibuat untuk menangani masalah buli perlu dipantau dengan lebih konsisten oleh pihak yang berkenaan agar masalah ini tidak mengganggu kelancaran agenda pembangunan yang disusun oleh kerajaan.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, Budaya Buli Sepatutnya Sudah Berlalu, Utusan Malaysia, Februari 2007)
Berdasarkan petikan , jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa dipantau dengan lebih konsisten? 2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pembuli melakukan kegiatan membuli? 3. Pada pendapat anda, bagaimana untuk mengatasi kegiatan buli di sekolah?
ISI-ISI PENTING 1. Kegiatan buli menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berleluasa 2. Dapat merencatkan agenda pembangunan kerajaan terutama dalam menyemai moral yang luhur. 3. Tindakan si pembuli akan mencemarkan imej negara di mata dunia. 4. Negara akan gagal melahirkan suatu bangsa yang berjiwa merdeka jika gagal mengatasi gejala buli daripada terus berleluasa 5. Budaya buli akan menjadi suatu budaya yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi 6. Anak-anak akan menghadapi kesukaran untuk menimba ilmu kerana wujudnya persekitaran yang tidak membantu mereka untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan aman.
BAHAGIAN B 1. Maksud dengan frasa dipantau dengan lebih konsisten ialah diselia secara berterusan 2. Faktor-faktor yang menyebabkan pembuli melakukan kegiatan membuli ialah si pembuli berasa puas apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara lisan atau fizikal. Selain itu, kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang tidak mengambil berat akan pendidikan agama. 3. Pada pendapat saya, cara untuk mengatasi kegiatan buli di sekolah ialah menerapkan pendidikan agama dan moral sejak kecil, ibu bapa memainkan peranan dengan menerapkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, peranan pendidikan di sekolah perlu memupuk nilai-nilai murni di sekolah.