Belajar Melalui Deria
Belajar Melalui Deria
Belajar Melalui Deria
MELALUI DERIA
Disediakan oleh :
Muhammad Syahmi Bin Razali
DEFINISI DERIA
Sistem yang terdiri daripada sekelompok sel –sel
penerima yang membalas fenomena fizikal
tertentu, dan berpadanan dengan kawasan
tertentu dalam otak di mana isyaratnya diterima
lalu ditafsirkan.
Menurut Aristotle, terdapat 5 jenis deria atau
pacaindera iaitu :
Deria penglihatan
Deria pendengaran
Deria Sentuhan
Deria hidu/bau
Deria rasa
DERIA PENGLIHATAN
Penglihatan ialah keupayaan otak dan
mata untuk mengesan gelombang
eloktromagnet di dalam cahaya.
Mata merupaka indera yang
digunakan untuk deria penglihatan.
Imej yang dilihat oleh mata akan
dibawa masuk dalam otak untuk
menjalani satu proses tafsiran.
DERIA PENDENGARAN
Pendengaran ialah suatu proses pencerapan
bunyi.
Di dalam tubuh manusia, pencerapan ini
dicetuskan oleh gentian rerambut halus yang
terdapat di dalam telinga.
Rerambut halus ini bertindak mengesan
pergerakkan membran yang bergetar untuk
membalas perubahan dalam tekanan dari
zarah-zarah kecil yang terdapat di persekitaran.
Melalui proses ini pendengaran dapat
dihasilkan.
DERIA SENTUHAN
Deria sentuhan adalah deria yang
sensitif terhadap rangsangan
sentuhan yang dikenakan oleh
objek yang tertentu.
Organ yang terlibat dalam
pengesanan rangsangan
sentuhan ini adalah kulit.
DERIA HIDU / BAU
Deria hidu ialah deria kimia. Terdapat ratusan
saraf penerima bau di mana setiap satunya
bergabung dengan sifat molekul yang tertentu.
Molekul bau mempunyai pelbagai sifat yang
boleh merangsang saraf penerima yang
berpadanan.
Hidung manusia boleh membezakan bau
sehingga 10 000 jenis bau.
Sewaktu menarik nafas, udara yang
mempunyai partikel-partikel ini akan turut
masuk ke dalam hidung seterusnya
mengerakkan deria hidu seseorang.
DERIA RASA
Deria rasa juga merupakan deria
kimia.
Alat deria yang berfungsi bagi deria
rasa adalah lidah.
Lidah akan memberi respon terhadap
pelbagai jenis rasa seperti rasa manis,
pahit, masam, dan masin.
CONTOH AKTIVITI DERIA DI DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Penerokaan (tumbuh-
Deria tumbuhan, haiwan)
Penglihatan
• Mengecam bunyi
Deria haiwan
Pendegaran • Muzik dan pergerakkan
• Main pasir
Deria
• Main dought
Sentuhan
Deria • Aktiviti memasak (bau
rempah-rempah makanan)
bau
• Penerokaan (tumbuhan –
bau bunga-bunga)
rasa
• Gula, Garam, kopi (manis,
masin, pahit)
RUJUKAN
Mohd sharani Ahmad (2004), Psikologi Kanak-
kanak, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar
Sdn Bhd.
William G. Perry Jr (1982), Cara Membina
Pendidikan Vokasional Berasaskan
Kecekapan, Johor Bahru: Cetak Ratu Sdn.
Bhd.
Seni Dalam Pendidikan, dilayari pada 2 Oktober
2017 dari http://putranamza.
Blogspot.com/2011/07/seni-dalam-
pendidikan.html
Sekian
terima kasih