Program Latihan

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KEJURULATIHAN SUKAN

7.8 PROGRAM LATIHAN


Periodisasi Latihan

• Period ialah proses pembahagian pelan latihan tahunan


kepada beberapa fasa latihan dan bahagian kecil untuk
mencapai satu matlamat yang spesifik.

• Tujuan periodisasi latihan ialah :

 Memudahkan penyediaan program latihan


 Memudahkan proses pemantauan dan penilaian
 Dijadikan sebagai garis panduan bagi menentukan
pencapaian puncak (peaking)
 Meramal hasil atau pencapaian yang disasarkan
 Membantu jurulatih dan atlet menjalani latihan yang
sistematik
Pembolehubah Periodisasi

Terdapat 4 pembolehubah periodisasi iaitu :

Isipadu

Intensiti

Prestasi

Super Kompensasi
Isipadu

• Isipadu latihan merujuk kepada keseluruhan kuantiti aktiviti yang


dilakukan semasa latihan atau jumlah kerja yang dilakukan dalam
satu sesi latihan.

• Isipadu latihan bergantung kepada :

 Jangka masa latihan


 Jarak atau beban yang digunakan
 Kekerapan latihan

Intensiti

• Intensiti latihan merujuk kepada tahap kualiti kerja yang dilakukan


oleh atlet bagi satu jangka masa dalam latihan

• Isipadu berkadar songsang dengan intensiti, di mana peningkatan


isipadu menyebabkan intensiti menurun
Fasa Latihan Intensiti Isipadu

DTO Rendah Sangat Tinggi

Kekuatan Otot Sederhana Tinggi

DTK Tinggi Sederhana

Kuasa Sangat Tinggi Rendah

Rehat Aktif 1 - 2 minggu


Prestasi

• Prestasi ialah satu tahap pencapaian perlakuan atau persembahan atlet


dlam sesuatu pertandingan

• Prestasi atlet berkait rapat dengan intensiti. Peningkatan intensiti akan


meningkatkan prestasi atlet namun peningkatan intensiti perlu dilakukan
secara progresif berdasarkan prinsip latihan.

Super Kompensasi

• Super kompensasi ialah pemulihan dengan penyesuaian kepada prestasi


ke tahap yang lebih tinggi

• Super kompensasi menumpukan kepada peningkatan glikogen dalam


otot

• Super kompensasi adalah untuk memulihkan atlet dari kelesuan dan


penyesuaian terhadap beban latihan
• Pemulihan dan penyesuaian ini menyebabkan atlet mencapai tahap prestasi
yang lebih tinggi.

• Tahap peningkatan ini dikenali sebagai super kompensasi.


Fasa Fasa Latihan

• Fasa-fasa latihan merupakan satu kalendar sukan yang


dibahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa persediaan, fasa
pertandingan dan fasa transisi.

Fasa Persediaan

• Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar


dalam program latihan yang dijalankan. Fasa ini
merangkumi :

 Fasa persediaan umum

 Fasa persediaan khusus


Fasa Persediaan Umum

• Merupakan tahap pertama dalam periodisasi. Dalam fasa ini, tumpuan


diberikan kepada peningkatan kecergasan fizikal secara menyeluruh yang
merangkumi aspek DTK, DTO, kekuatan otot, fleksibiliti dan lain-lain.

• Dalam fasa ini, isipadu latihan adalah tinggi (90-100%) dan intensiti
sederhana (40-70%)

• Jangka masa bagi fasa ini ialah antara 6 - 14 minggu.

Fasa Persediaan Khusus

• Fasa ini memberi penekanan yang lebih kepada komponen fizikal yang
diceburi dalam sukan

• Isipadu latihan dikurangkan kepada (65-80%) manakala intensiti


ditingkatkan kepada (90-95%)

• Jangka masa antara 6 - 10 minggu


Fasa Pertandingan

• Fasa pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu :

 Fasa Pra-pertandingan

• Fasa ini memberi penekanan kepada komponen fizikal yang


terdapat dalam sesuatu sukan yang dilatih.

• Tujuan fasa ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan.

• Latihan dilakukan dalam bentuk simulasi (perlawanan


persahabatan)

• Isipadu latihan antara 60-70% manakala intensiti ditingkatkan 100%

• Jangka masa 6-8 minggu


 Fasa Pertandingan

• Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan


optimum yang diperlukan oleh sukan yang diceburi

• Dalam fasa ini, tapering-off berlaku. Tapering-off bermaksud


isipadu dan intensiti mengalami penurunan bagi memastikan atlet
berada pada puncak prestasi

• Tempoh bergantung pada masa pertandingan


Fasa Transisi

• Fasa ini bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan


program. Rehat aktif diperlukan untuk mengelakkan penurunan
kecergasan fizikal yang keterlaluan.

• Jangka masa antara 3-5 minggu dan tahap kecergasan antara 40-
60%

• Antara objektif fasa ini ialah :

 Pemulihan daripada segala kecederaan


 Pembangunan semula fizikal
 Rileksasi psikologi
Persediaan Untuk Pertandingan

• Perancangan yang sistematik dapat membantu atlet membuat


persediaan yang rapi untuk mengahadapi pertandingan pada tahap
yang optimum.

• Persediaan merangkumi 4 aspek :

 Persediaan Fizikal

 Persediaan Teknikal

 Persediaan Taktikal

 Persediaan Psikologi
Persediaan Fizikal

• Merupakan aspek yang penting untuk meningkatkan prestasi atlet serta


mengembangkan biomotor atlet.

Persediaan Teknikal

• Merujuk kepada kaedah spesifik untuk meningkatkan sesuatu prestasi


dalam sukan.

• Dalam persediaan teknikal, atlet perlu melakukan aktiviti berulang kali


supaya teknik dapat dikuasai pada fasa pertandingan.

Persediaan Taktikal

• Merupakan satu perancangan atau strategi yang digunakan semasa hari


pertandingan bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

• Penguasaan teknik yang baik dapat menentukan sesuatu strategi.


Persediaan Psikologi

• Persediaan ini melibatkan kemahiran penetapan matlamat, mengawal


kebimbangan, keyakinan, motivasi, dan imajeri bayangan.

Komponen-komponen yang diberi perhatian dalam fasa-fasa latihan:

Fasa (%)
Komponen
Persediaan Persediaan Pra Fasa
Transisi
Umum Khusus pertandingan pertandingan

Fizikal 70 50 30 70 40
Teknikal 20 80 30 10 -
Taktikal - 10 30 40 -
Psikologi 10 10 10 20 10

arranged by @aennxz

You might also like