Langkah-Langkah Mewujudkan Keamanan Dunia.: Tajuk

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tajuk:Langkah-langkah mewujudkan

keamanan dunia.
 Ahli Kumpulan : Gavin Chew
 Ivan Tiong
 Eric Daniel
 Bryan Tang
 Adrian Wong
1
• Perbalahan antara negara seakan-akan sukar untuk dielakkan apabila masing-masing
cuba mengeksploitasi sumber kekayaan yang terdapat di muka bumi ini demi
kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Apabila keadaan ini terjadi maka meja
rundingan ialah platform yang paling ampuh untuk menyelesaikan konflik yang timbul
dan bukannya dengan mengangkat senjata. Tuntasnya, setiap perumitan yang timbul
hendaklah diselesaikan dengan penuh berhemah ibarat menarik rambut di dalam
tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak
2

Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara
menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama
antara negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan
tebing Contohnya, Malaysia telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa
seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-
negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di
samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia kecuali Israel.
Hubungan baik antara negara mampu menjadikan planet Bumi ini sebagai sebuah
petempatan untuk manusia yang aman dan makmur.
3
Akhir sekali, keamanan negara mahupun antarabangsa boleh dikekalkan jika layanan yang
adil dan saksama diberikan kepada semua pihak. Contohnya , di Malaysia, kerajaan telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk memastikan setiap kaum
mendapat hak yang adil dan saksama untuk menikmati kemakmuran negara. Begitulah yang
seharusnya berlaku di peringkat antarabangsa. Kuasa-kuasa besar dunia sewajarnya
memberikan layanan yang adil kepada semua negara tanpa melabelkan negara-negara yang
tertentu sebagai sekutu ataupun seteru. Keadilan dan kesaksamaan layanan antara semua
pihak merupakan kunci keamanan sesebuah negara dan buana.
4

 Kesimpulannya, prakarsa untuk mewujudkan keamanan dalam negara dan


antarabangsa tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Perpaduan dalam
kalangan rakyat harus dipupuk sejak kecil, ibarat melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Selain itu, hubungan kerjasama antara negara harus dipererat dan
budaya bermusyawarah hendaklah diamalakan untuk menyelesaikan sesuatu
perbalahan. Tambahan lagi, semua pihak harus dilayan secara adil dan saksama
untuk mewujudkan keamanan sejagat. Sesungguhnya, umat manusia harus sedar
bahawa planet ini adalah untuk semua makhluk ciptaan-Nya dan manusia sebagai
khalifah-Nya harus memastikan dunia terus makmur dan aman.
Terima Kasih

You might also like