Slide Pembentangan
Slide Pembentangan
Slide Pembentangan
EMERSON GIMA
Aksesori Kawalan Motor
Fius dan pemegang fius atau
Pemutur Litar miniatur.
Fungsi: Melindungi litar kawalan
motor dari bahaya litar pintas.
Fungsi: Untuk mengasingkan
atau memutuskan litar bekalan
dengan litar yang disambungkan
kepada beban.
Aksesori Kawalan Motor
Geganti Beban Lebih
Fungsinya ialah memutuskan litar apabila
berlakunya lebihan arus disebabkan lebih
beban.
Berfungsi secara automatik bagi
memutuskan bekalan elektrik kepada motor
jika berlaku arus beban lampau.
Maksud istilah :
i. Jogging / iching
Jogging atau inching bermaksud kawalan
litar untuk kawalan berdikit-dikit. Selagi
punatekan jogging ditekan, motor atau
litar kawalan akan berkendali. Sebaik
sahaja punatekan dilepaskan, motor atau
litar kawalan akan berhenti berkendali.
Maksud istilah :
ii. Palam / pluging
Palam ialah satu sistem pembrekan motor
secara menterbalikkan arah putaran
motor dimana motor akan ditahan oleh
daya kilas yang bertentangan dan
seterusnya berhenti. Pemberhentian ini
perlu bagi kren atau sistem angker ketika
mengangkut barang-barang.
Maksud istilah :
iii. Saling Kait Punca
Suatu penghalang daripada kedua-dua
gegelung bagi membolehkan sesuatu
litar mendapat tenaga elektrik secara
serentak.
Maksud istilah :
iv. Kegagalan Fasa
Kegagalan fasa berlaku apabila salah satu daripada tiga
fasa diputuskan, seperti apabila PLM dipasang, litar
terbuka atau kabel putus, yang bermaksud kuasa motor
hanya dua fasa. Motor masih berputar, tetapi
mengeluarkan bunyi yang kuat dan merosakkan belitan
motor, sebaliknya, jika motor belum berputar, ia tidak
berputar, tetapi berdengung. Arus besar digunakan untuk
memanaskan belitan, yang boleh menyebabkan belitan
terbakar. Untuk mengatasi masalah ini, pelindung
kegagalan fasa atau pelindung kehilangan fasa dipasang
pada permulaan litar, yang memotong kuasa kepada
motor apabila kehilangan fasa berlaku.
Fungi aksesori kawalan motor :
a) Penyentuh Magnet / Contactor
Untuk menyambungkan atau
memutuskan pengaliran arus elektrik
dalam litar.
Fungi aksesori kawalan motor :
b) Geganti lewat masa
Untuk menangguhkan masa operasi
sesuatu output dalam tempoh masa
tertentu.
Fungi aksesori kawalan motor :
c) Geganti beban lebih
Untuk memutuskan litar pemula motor
apabila berlakunya lebihan arus pada
motor disebabkan terlebih beban.
Fungi aksesori kawalan motor :
d) Punat Tekan Hidup
Kebiasaanya berwarna hijau dan mempunyai 2 terminal
untuk tamatan kabel litar kawalan. Keadaannya mestilah
boleh ditekan dan dilepaskan. Ia berfungsi untuk
menyambungkan pengaliran arus elektrik dalam litar.