1. ADAT RESAM KAUM-KAUM DI MALAYSIA
ADAT RESAM KAUM CINA
Adat resam orang Cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran
falsafah serta etika dari ahli-ahli fikir zaman kuno serta agama Buddha. Oleh kerana itu
mereka kelihatan menyembah pelbagai ciri alam dari pagi hingga malam iaitu mengikut
perubahan musim dan pelbagai kuasa tertentu.
Tanpa kepercayaan khusus tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan
pemujaan mereka. Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia
ditandakan oleh sekeping "Papan Peringatan" (tablet) yang dicatatkan nama
keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga dan diletakkan di
ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan
di rumah klen (huay kuan) ataupun di rumah tokong.
Hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki,
antara adik beradik lelaki, dengan ketua negara dan antara sahabat amatlah penting. Oleh
itu, mereka amat menghormati orang tua yang dipandang sebagai mempunyai
kebijaksanaan.
Lebih luas dari keluarga ialah persatuan perdagangan dan juga klen yang memuja seorang
leluhur atau moyang yang sama. Oleh kerana klen itu amat penting maka di kalangan
orang Cina terdapat nama keluarga. Secara tradisi terdapat nama keluarga dan diturunkan
melalui anak lelaki. Anak lelaki juga mewarisi harta dari bapanya.
Kepentingan meneruskan keluarga menyebabkan perkahwinan seorang lelaki adalah amat
penting. Secara tradisi perkahwinan mengikut beberapa upacara yang bermula dengan
merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Sekarang ini hanya pendaftaran
menurut undang-undang saja yang diperlukan dan keraian yang mewah di restoran.
Kelahiran anak mengikuti beberapa adat pentang larang untuk menjaga kesihatan si ibu
dan kandungan. Dia digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik
dan melihat benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan
dibedung. Pada hari ke 29 anak itu dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah
dan digantung dekat bantalnya selama 100 hari dan kemudiannya dibuang ke dalam
sungai. Dia diharap akan berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan upacara "Bulan
Penuh" akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahirannya tidak diperingati
kecuali oleh anaknya pada waktu tua secara besar-besaran.
Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak. Keranda yang
baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belanja
yang besar, Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu bapanya. Jika tidak mampu,
masyarakat akan pasti membantu.
Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi
makan, kafan dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang
2. tukang tilik. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang
dan dikebumikan pada satu hari ganjil.
Upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah denganperaturan tertentu. Selepas
pengkebumian diadakan pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan alatan
diperbuat dari kertas sebagai bekalan hidup di akhirat. Oleh itu banyak kepercayaan dan
pantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian.
Sepanjang tahun banyak sekali perayaan yang diikuti oleh orang Cina. Setiap bulan ada
saja kegiatan dan upacara serta dewanya untuk dipuja. Adat resam mereka amatlah
banyak dan dilakukan mengikut perubahan "musim" terutama musim pertanian dan
iklim seperti di negara China.
Adat-Adat Di Malaysia
Adat-adat di Malaysia
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.
Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini.
Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan
yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat Perpatih berasal dari tanah
Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan
Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan
hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani
ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat
Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Malaysia oleh perantau-perantau Minangkabau
pada abad ke-14 Masihi. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan
oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu
Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku.
Perlantikan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat
Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai
Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. Adat
Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia
merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka,
perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum
3. mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap
peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu. Adat Perpatih
lebih mengutamakan golongan perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal-soal
pembahagian harta benda dan jurai keturunan. Ini bukan bermakna lelaki lebih rendah
tarafnya daripada perempuan tetapi mereka lebih suka mengembara atau merantau untuk
mencari penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita mesti dibekalkan
dengan harta benda sebagai nafkah. Selain itu, selepas berkahwin, orang lelaki mesti
meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakan
golongan perempuan, tetapi dari segi pentadbiran, lelaki merupakan pemegang tampuk
pemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan. Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak
yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah
perlantikan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui
keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang
empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu.
Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja
Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-
Dato' Lembaga di Luak masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-
pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar
Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada
di tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan
demokrasi.
Adat Temenggung pula diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri
Sembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang tiri
Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada
awal abad ke-15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yang
lain dengan perkembangan Empayar Melaka. Adat Temenggung mengiktirafkan lelaki
menjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki.
Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak
lelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki seseorang isteri tinggal bersama dengan
keluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga
4. sama penting. Perkahwinan diantara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua
orang tua tidak mempunyai pertalian darah. Selain itu, undang-undang didalam Adat
Temenggung adalah sama seperti Adat Perpatih iaitu berbentuk peribahasa, bidalan dan
sebagainya. Tetapi undang-undangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukan
kesalahan, dia akan di hukum dengan hukuman berat. Sebagai contoh, seseorang yang
membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakan
kekerasan sahaja dapat mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan. Adat
Temenggung juga mempunyai unsur autokratik. Adat Temenggung mengutamakan
kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Ia bukan sahaja memberi kuasa kepada
pemerintah tetapi juga kepada para pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah mempunyai
kuasa berlebihan. Dengan itu, adat ini dikatakan bersifat autokrasi dimana semua kuasa
adalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar.
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai
adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum
Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses
kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu,
kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa
sekali segala adat istiadat mereka. Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa
pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum,
masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya.
Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan
kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi
adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan
pantang larang yang berorientasikan adat. Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan
Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama
pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga
disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Dato’ Lee Chong Wei dan Prof. Wang Gunwu,
nama pangkal mereka iaitu Lee dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka
yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi
amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain,
dilantik menjadi ketua keluarga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.
5. Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina
menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara
tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan
merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih
moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan
diadakan majlis keraian yang mewah di restoran. Kelahiran anak mengikut adat dan
pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan kandunganya
adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca
buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak
itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan
rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan
bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap
akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara
Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina
tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua
dan ianya akan diadakan secara besar-besaran. Kematian ibu bapa dalam masyarakat
Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung
oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah perkuburan yang baik dan pakaian kematian
yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah
terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat
sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama
memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan
mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda
tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang
seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil. Didalam masyarakat Cina,
upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturan
dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain
terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai
bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang
Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap
terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti
6. diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian. Sepanjang tahun dalam
kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang
Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainan
untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkan
mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China. Antara upacara-upacara yang
diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adat
Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat
dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang
menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan
dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang
tersendiri.
Kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan masyarakat India
ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentuk
penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan ini
sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan
serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan
pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk
memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga
sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri. Masyarakat India
biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang
India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga
mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia
menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin
berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda
terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah
dengan kaki kanan dahulu. Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama
sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang
kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka.
Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman
atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda
7. hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu,
dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan
utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah
umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu didalam
tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika
mereka masih dara. Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi
isterinya’ dan mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti
ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian
pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah
penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya
malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya
perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik.
Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh
seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan
api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu. Seperti juga adat kaum-
kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada keluarga dan
masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi.
Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang
upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan
anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama
meraikan upacara tersebut. Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak
diperolehi dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua
agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika
menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama
oleh kaum wanita mereka. Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan
masyarakat India. Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan
mengadakan pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti
di negeri India. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu
pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke
kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara agama. Perayaan kaum India
8. diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulan
mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat
India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.
Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau
‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan
paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama
untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. Thaipusam pula adalah
perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan
bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa
perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai
persembahan. Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta
‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan
dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di
dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan
kepada jiran tetangga.
Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang mempunyai
rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik di
Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum
Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah negeri
yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai
kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam
merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan
kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, dalam masyarakat Iban yang merupakan
golongan majoriti di negeri Sarawak, terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban
seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang
dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang
unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan
pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya
menetap di kawasan-kawasan bandar. Antara adat resam atau kebudayaan yang masih
diamalkan oleh masyarakat Iban ialah dalam aspek kelahiran. Kaum Iban banyak
9. mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan
bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga
selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung,
bersalin dan selepas lahir. Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban
dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya ialah dilarang menggali parit
di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka juga dilarang memotong pokok yang
menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan
semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung juga dilarang menuang minyak ke
atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan
bernanah. Selain itu, suami isteri juga tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau
atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka juga tidak boleh
menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Disamping itu juga mereka
tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
Mereka juga tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di
dalam rahim semasa dilahirkan. Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan,
buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong,
tembakan senapang juga turut digunakan. Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya
akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain
Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh
seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur.
Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa
sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula
dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung,
sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu. Wanita Iban akan berpantang selama tiga
puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan
nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku
dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air
rebusan halia supaya dapat memanaskan badan. Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu
menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk
dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis
kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau
10. langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru
bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun,
dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau
bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan
kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu
dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini. Adat melihat
matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi
berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke
tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan
dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi
sentiasa terpelihara. Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-
anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke
atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi,
anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya
akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah
berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak
langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di
mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu.
Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai
Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk
menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara
yang terdekat. Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan
semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi
dengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat
tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji.
Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua
orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak
dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan
kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca
meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja
mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi
11. juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang
merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang
tersebut digantung pada galah laletan. Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang
sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau
gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya
diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar
burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-
tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri
dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan
makanan yang lebih banyak. Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika
berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai
dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di
kalangan kaum Iban.
Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu merupakan sebuah negeri
yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Terdapat kira-
kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80
dialek bahasa. Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut,
Kelabit, Rungus dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana
kepelbagaian suku kaum di sini. Sebagai contoh, dalam masyarakat Kadazan yang
dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun merupakan penduduk majoriti negeri Sabah.
Masyarakat Kadazan begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang
mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang
diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan
animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam
aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian. Sebagai contoh dapat dilihat dalam upacara
perkahwinan. Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur mereka
meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian
yang dipersetujui oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi.
Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan
12. mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan
adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada
pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan
terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga
pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak
dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan
yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah
tidak ada. Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada
dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu
dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati
sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara,
sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yang
terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan.
Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang
kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari,
malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti
diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya.
Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya. Apabila
ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada
tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada
waktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti
membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja
yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu.
Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk.
Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali
akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa
dan adakalanya benar-benar serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan.
Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan.
Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti,
proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit
13. kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu. Contoh mimpi yang dimaksudkan
ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-
mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga,
mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan
mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti
proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya
bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan
sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya
mimpi itu. Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil
pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin
yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu
sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk
boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses
pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak
perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh
perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang
telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar
seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan
dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri
daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini
dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau
perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan. Alat untuk adat
istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).
Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari
perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung
kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak
perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana
binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin
perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa
14. pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum
beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada
empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain
yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini
terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat
dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-
singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi
mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.
Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan
kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling
cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa
selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar
atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni
bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di
dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua
pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin
perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada
pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan
semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor.
Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa
sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan
'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut
darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis
makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan
keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari
sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi
tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah
tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di
rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi
15. orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap
dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa
majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-
rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta
bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga
hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat
selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu
sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari
dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah
ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya
ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk
membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin
tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini
dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali
hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlis
perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling
penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan
nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan
di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam. Di
hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi
dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-
duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi
merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan,
makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong
dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau
Adat Resam Melayu (bab 1)
December 22, 2009
Oleh Anak Waris
Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar
mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu
16. banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan
mengikut unsur-unsur Islam.
Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu:-
1. Adat resam kelahiran
2. Adat resam perkahwinan
3. Adat resam kematian
Adat resam Kelahiran
Pengenalan
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah
dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu
setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu
banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Sewaktu mengandung
Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara
ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia
dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.
Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin
menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk:-
1. Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
2. Segantang beras
17. 3. Sebiji kelapa
4. Beberapa urat benang mentah
5. Damar
6. Minyak kelapa atau minyak urut
7. Lilin
8. Tepak sirih yang lengkap isinya
9. Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita
hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di
kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita
itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam.
Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau
dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang
bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang
lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut
ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan
mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di
atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya
kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki
dan perempuan jika sebaliknya.
Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil
itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan
peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan
dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai
adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Warisan Budaya Cina
Adat Budaya Cina
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan
mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik
mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-
beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan
seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
18. Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam
aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina
semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir
itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-
wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam
setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak
lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.
Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila
berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
• Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya
mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi
yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku
19. seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi.
• Hindari Permasaalahan
Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin.
Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya
kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum
lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini
adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.
• Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam
Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka
kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan
makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti
nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan
menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan
sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk
perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika
perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika
perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk
angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada
20. perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk
mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi
masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang
pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang
kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-
orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal
menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat
lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak
mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan
bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan
pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin
di samping menguatkan semula tenaga.
Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna
merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai
merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang
mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa
pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur
rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang
dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah
kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
21. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang
baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut
perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
• Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.
• Bunyi nama mestilah sedap didengar.
• Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil
tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
• Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang
sama berat.
• Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu
serta saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga
akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan
atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka
yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.
Warisan Budaya India
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India
merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan
India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British
dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada
sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut
membawa budaya mereka yang unik.
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita.
Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka
dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan
22. oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat
Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India
terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan
adat resam masyarakat India secara umum.
Tanda Hormat
Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan,
kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan
mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.
Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan
kesyukuran.
Peranan Keluarga
Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan
utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama
Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak
perempuan amat diberi perhatian.
Perkahwinan
Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu
proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa
bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan
upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk
mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu
tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah
pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan
empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk
menyaksikan perkahwinan tersebut.
Sewaktu Mengandung
23. Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia
tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang
tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan
Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi
bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu
gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak
dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi
tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai
ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang
kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan
cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu
dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga
dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi
dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan
bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan
seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli
oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku
dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai
makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih
muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Semasa Bersalin
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan
tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan
menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.
Kelahiran
Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara
mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak
boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan
24. untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran
dijemput bersama meraikannya.
Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya.
Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara
bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil
menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan
memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu
dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat.
Potong Tali Pusat
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan
rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini
dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan
oleh ahli sihir.
SELEPAS KELAHIRAN
Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.
Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan
campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan.
Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak
diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan
memudahkan bayi bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi
akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran
bayi tersebut.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima,
ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke
rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang
malapetaka dari pada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang
dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali
mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.
Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan
mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi
dulang aalati dibuang.
25. Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain
di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang
luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.
Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi
selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana
pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi
selang sehari selepas bersalin.
Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang
berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan
menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia
bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai
bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang
bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut
diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau
yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan
penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan
mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan
kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang
diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan
dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.
Mendodoi Bayi
Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga
dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan
ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi
seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya
diamalkan oleh generasi tua sahaja.
Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia
dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga
yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh
kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan
agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan
mempengaruhi perwatakannya kelak.
26. Masyarakat melayu
Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada berpendapat perkataan
Melayu berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar
laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.
Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat
tangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.
A.H Keane, ahli antropologi berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripada
campuran antara bangsa Kaukasus dengan bangsa Mongol. Pendapat ini berdasarkan
teori yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggara
seperti tersebut. Justeru itu, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan
budayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah
Melayu dan gugusan pulau – pulau Melayu atau Nusantara. Oleh yang demikian
kelompok – kelompok bangsa Melayu amat besar di dunia.
Adat Melawat dan Berkunjung
Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan
lawatan dan kunjungan.
• Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi
hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
• Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah
menanggalkan kasut.
• Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri
dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.
• Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan
orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan
sebelah tangan. Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan
saya, tumpang lalu, minta jalan’.
• Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan
rumah dudk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang
perempuan bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan
apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus
ataupun membuka kaki dengan luas.
• Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu
menolaknya. Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan
yang disajikan itu.
• Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
Jangan senduk terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan
27. orang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana
tidak sopan membiarkan ornag lebih tua memakan sisa orang muda. Maka itu
sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada
orang tua atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu
sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak
– anak.
• Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau
makanan yang terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan
yang sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan.
• Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan
ditampung sedikit dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi,
gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika
menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan
apatah lagi ketika mulut penuh.
• Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara kurng
menyenangkan sehingga boleh menganggu selera makan atau menyebabkan
pertengkaran.
• Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu
dianggap biadap dan tidak menghormati ornag lain.
• Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda.
Jangan sesekali meninggikan suara seperti orang menengking.
• Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita,
hampirilah dia jangan bercakap dengan menjerit – jerit dati satu sudut ke satu
sudut.
• Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih
sopan kalau tidur menghadap suami bukan membelakanginya.
Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa
dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan
keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan
mahkluk halus.
Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang
sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan.
Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara –
perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:
• Menempah bidan
• Menjamah perut
• Melenggang perut
• Mandi melenggang perut
• Mengadap semangat
Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan
28. bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa
yang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua
wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir,
langit – langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara
kaum keluarga.
Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh
sembilan hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari
Selasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya
pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.
Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak
sulung sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk
menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan
bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.
Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan – bidan yang ada di kawasan
tidak dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri
yang tidak menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.
Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung
Malaysia seperti Melaka dan Johor, manakala istilah ‘ kirim perut’ pula difahami oleh
orang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.
Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak
kandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan
dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam
masyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat
penting.
Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung
supaya anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita
mengandung akan senang melahirkan anak kelak.
Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut.
Antara bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji
kepala sederhana besar, secupak beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau
sudu dan sebatang salur pinang.
Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta
membetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas
Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah
dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki
bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat – kuatnya. Ianya dipercayai akan
memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika
29. belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia menandakan anak yang bakal lahir
adalah lelaki.
Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib,
kemudian kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil
sudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.
Mandi Melenggang Perut
Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk
menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag
telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin,
sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.
Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat
mandi dan wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan
dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu.
Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita
hamil akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain
yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur
diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudian
dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak
bala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.
Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang
dihias indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini
hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan
buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.
Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingan
sebagai pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan
kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat
anggota.
Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat
Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya
dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal
lahir.
Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi
perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua
yang semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.
30. • Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain
baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung
sewaktu bersalin.
• Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan
dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
• Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri
sifat – sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
• Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan
anak yang mempunyai gelap masa depan.
Mengerat Tali Pusat Bayi
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar
terlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di
tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan
menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat
mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat
dipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah
dipotong.
Menanam Uri dan Tembuni
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayitidak boleh dibuang
begitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih
dahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu
akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama – sama asam, garam, jarum, buku
dan pensil supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak
boleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi
lambat.