Daging 'Harimau Menangis'

Netie Rose Oven
Netie Rose Oven @NetieRose_Oven

#goldenapron2020 #minggu15 Jangan salah sangka tau, kakNet bukan guna daging harmau 🤣🤣 tauu. KakNet guna daging lembu/ayam. Yang Harmau menangis tu sebab pedas berdesing😖😥. Tapi boleh jew kalau tak mau pedas sangat, kurangkan cili api tu. KakNet pon tak suka sangat pedas2 ni.. Asyik menangis jaa bila makan😢😭😥🤣🤣

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Perapan (5jam-semalaman)
  2. 1 kg Daging lembu/ayam
  3. 4 sudu besar Sos Tiram
  4. 2 sudu besar Gula Perang
  5. 1 sudu besar Lada Hitam
  6. 1 sudu besar Jintan Manis
  7. 3-4 ulas Bawang Putih
  8. Sos Pencicah
  9. 10-15 biji Cili Api
  10. 2 ulas Bawang Putih
  11. 2 sudu besar Gula
  12. 3-4 tangkai Akar Ketumbar
  13. 1 sudu besar Cili Flakes
  14. 1-2 biji Limau Nipis (jus)
  15. 1 sudu besar sos Ikan

Cara Memasak

  1. 1

    Perapan : daging dipotong nipis 1 inci. Kemudian di ketuk-ketuk @ di cincang kasar.

  2. 2

    Tumbuk Lada Hitam hingga halus. Masokkan Jintan Manis. Tumbuk lumat. Masokkan Bawang putih. Daging digaul dengan bahan-bahan tumbuk tadi. Camporkan Sos Tiram, gula perang. Biarkan diperap selama 5 jam / semalaman. Bakar hingga masak. KakNet guna fryer. Lagi bau sedap bila dibakar atas api Arang.

  3. 3

    Sis Pencicah : Mesin /blender semua bahan-bahan (cili api, bawang putih, akar ketumbar, jus limau Nipis, cili flakes, gula perang, sos ikan)

  4. 4

    Beras digoreng tanpa minyak. Kemudian tumbuk hingga halus. Masokkn kedalam sos pencicah. Masokkan Hirisan daun ketumbar.