Roti Sosej

27 orang bercadang membuatnya
Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#KidsAtHeart Bekal / Menu Pantang [Week 4] Challenge

Salah satu roti yang anak-anak saya suka kalau dibawa bekal ke sekolah. Dahulu pun saya selalu ambil tempahan untuk kawan-kawan sekolah anak-anak saya.

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. 260 gm tepung roti/tepung gandum high protein*
  2. 40 gm gula halus*
  3. Secubit garam*
  4. 1 sudu kecil yis*
  5. 170 gm (1 biji) telur + susu segar)*
  6. 30 gm mentega
  7. 1 paket sosej (dipanggang/direbus sekejap)
  8. Mayonis
  9. Sos cheese pedas
  10. Mozarella cheese (optional)
  11. Bijan (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan kesemua bahan* kecuali mentega ke dalam bread maker. Tekan butang dough.

  2. 2

    Bila adunan sudah sebati, masukkan mentega. Sambung lagi menguli doh hingga doh elastik dan perap selama sejam.

  3. 3

    Tumbuk doh untuk membuang udara yang ada dan bahagi doh kepada 9-10 bahagian (saya bahagi 9) kerana sosej saya tinggal 9 biji sahaja. Bentuk bulat dan canai memanjang mengikut panjang sosej.

  4. 4

    Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan biar doh naik sedikit, letakkan sosej sambil ditekan supaya nanti bila sudah kembang, sosej tak melimpah keluar ke tepi.

  5. 5

    Biarkan doh kembang lagi 30 minit/kembang. Paipkan sos cili/sos cheese/mayonis dan tabur mozarella cheese di atas nya. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15-20 minit dengan suhu 170’c (bergantung kepada jenis oven masing-masing. Saya guna oven Elba).

  6. 6

    Sejukkan dahulu, kemudian boleh lah dihidangkan/simpan di dalam bekas kedap udara untuk dibawa bekal pada keesokan hari nya.

Reaksi

Edit resipi
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡 “No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi