Kek Coklat Viral
Sekarang kan tengah viral kek coklat ketagih atau ada yang panggil coklat heaven..terliur tengok dok lalu lalang..nak beli takut manis sangat..tengok ketebalan choc ganache nya pon dah tau dah manehh nya macam mana🤭
Yang sya buat ni versi bajet punya..hehe..Try lah buat sedap!😋 sya guna dark choc untuk ganache tu supaya tak manis sangat dan tak tebal sangat choc tu kira balance lah..hehe..nak guna separuh milk choc separuh dark pon boleh juga😁resepi ni untuk loyang saiz 8×8.
Cara Memasak
-
1
Ayak bahan kering bertanda🌺
Kemudian, satukan dengan garam dan gula ke dalam bowl. Kacau rata.Buat lubang kat tengah.
Masukkan bahan B.
*Telur sya masukkan kemudian sebab lupa nak masukkan sekali🤭 -
2
Kacau perlahan guna whisk/spatula sampai sebati dan tiada ketulan tepung..tapi jangan over mix ye.
*Tips:kacau dari dinding bowl supaya bahan basah mudah meresap pada tepung. Dan proses nak kacau tu tak lama supaya tak over mix.
-
3
Sediakan loyang yg dilapik baking paper.
Tuang adunan kek coklat ke dalam loyang.Bakar pada suhu 150° selama 1 jam/sampai masak.
Bila kek dah masak..terbalikkan atas redai dan biar sejuk.
Baking paper jangn buang nanti nak guna lagi. -
4
Sementara tunggu kek sejuk boleh lah buat ganache.
Masukkan susu dalam pan..panaskan sampai berbuih pada tepi pan dan matikan api.
Masukkan choc dan butter..kacau sampai cair sebati. Biar sejuk.
-
5
Bila kek dah sejuk..masukkan kembali baking paper dalam loyang.
Masukkan kek juga tapi bahagian atas kek berada di bawah..maksudnya kek tu terbalik sebab nak dapatkan permukaan yg rata di atas. Faham kan? Hihi..
-
6
Tuangkan choc ganache pada kek.
Simpan dalam peti sejuk at least 5 jam.Kemudian, boleh la dipotong dan dihidang😋
*Cara potong:rendam pisau dalam air panas kemudian lap.
Potong dan tarik pisau keluar ke tepi..jangan tarik ke atas nanti tak kemas.
Komen (12)