Pembentukan Ekonomi Moden

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

PEMBENTUKAN EKONOMI MODEN

1. Sebelum campur tangan inggeris,corak ekonomi di Tanah Melayu adalah bersifat sara diri. Pada peringkat ini ,kegiatan ekonomi adalah dilakukan secara kecil-kecilan dengan menggunakan alatalat tradisional. Hasil yang diperolehi hanyalah sekadar untuk menampung keperluan diri dan keluarga sahaja. 2. Walau bagaimanapun, campur tangan inggeris telah mengubah sistem ekonomi di Tanah Melayu. Pengenalan sistem ekonomi bebas atau `laissez faire` oleh inggeris telah mewujudkan sistem ekonomi duaan atau dual di tanah melayu. Dual atau dwi-ekonomi bermaksud terdapat dua corak kegiatan ekonomi yang diamalkan iaitu ekonomi komersial dan sara diri. 3. Ekonomi komersial adalah bersifat moden dan mempunyai hubungan langsung dengan ekonomi antarabangsa. Penekanan adalah tertumpu dalam sektor perlombongan dan pertanian ladang yang mewujudkan ekonomi berbentuk perdagangan. 4. Sementara ekonomi sara diri pula bersifat tradisional dan hanya dijalankan oleh penduduk luar Bandar yang terdiri dari orang melayu. Mereka menjalankan kegiatan menanam padi dan menangkap ikan. 5. Semasa sektor ekonomi moden mengalami perkembangan yang pesat,sektor ekonomi tradisional mengalani perkembangan yang sangat lambat. Kedua dua sistem ekonomi ini wujud seiringan tetapi tidak saling mempengaruhi antara satu sama lain. Umumnya, pembentukan ekonomi moden telah meninggalkan pelbagai kesan negatif ke atas pertanian tradisional di Tanah Melayu. Ini kerana pihak inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport. Akibatnya, sektor ekonomi tradisional diabaikan. 6. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kea rah pembentukan ekonomi moden di Tanah Melayu. a) Kesan Revolusi Perindustrian i. Faktor utama adalah berkaitan kemajuan perindustrian di Negara-negara barat akibat perkembangan Revolusi Perindustrian pada akhir abad ke-19. Kilang-kilang baru yang memerlukan bahan mentah telah didirikan dengan banyaknya di eropah. Ini menandakan bahawa revolusi perindustrian membolehkan pengeluaran barangan secara berskala besar dengan pembinaan kilang-kilang yang besar. Jesteru itu, permintaan terhadap bahan mentah adalah lebih besar.

ii.

Kini, kuasa barat tidak memerlukan lagi rempah ratus dan the,sebaliknya mereka memerlukan bahan mentah yang dapat memenuhi keperluan kilang-kilang mereka.

iii.

Sebagai contoh,pengenalan proses mengetin di Britain dan Amerika Syarikat telah mewujudkan permintaan yang besar terhadap bijih timah. Bijih timah diperlukan diperlukan untuk membuat sadur tin untuk menyimpan makanan dan minuman. Permintaan terhadap bijih timah dari Tanah Melayu yang meningkat ekoran bekalan bijih timah dari cornwall,England yang semakin berkurangan. Sejak tahun 1880-an, Tanah Melayu merupakan pengeluar terbesar bijih timah di dunia.

iv.

Sementara itu,getah asli diperlukan dalam perusahaan automobil untuk menghasilkan tayar-tayar kereta.Getah juga diperlukan dalam perusahaan elektrik untuk menghasilkan bahan penyalut atau penebat dawai elektrik.

v.

Disamping itu,inggeris cuba mencari pasaran baru yang lebih luas untuk memasarkan barang-barang keluaran kilang mereka.

B) Kemajuan Sistem Pengangkutan i. Pembinaan jalinan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu turut meningkatkan kemajuan ekonomi. Ini kerana bahan mentah dapat diangkut dengan mudah dan cepat dari kawasan pengeluaran ke pelabuhan untuk dieksport.Kemajuan ekonomi yang pesat menandakan terbentuknya ekonomi moden di Tanah Melayu. ii. Pengenalan sistem pengangkutan moden telah memudahkan usaha mengeksport barang keluaran di Tanah Melayu. Oleh itu, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu dapat dihubungkan dengan lebih rapat dan seterusnya disepadukan dengan sistem ekonomi antarabangsa. C) Kemasukan Imigran Cina dan India i. Buruh asing telah menggerakan dan menyumbang kepada pembentukan ekonomi moden di tanah melayu. Ini kerana kebanyakan mereka terlibat dengan ekonomi yang berasaskan eksport. Contohnya, orang cina melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah dan peniaga runcit,sementara orang india dalam perladangan.

ii.

Masyarakat melayu tidak menunjukan minat terhadap sektor perdagangan. Mereka lebih tertumpu di bidang pertanian tradisioanal. kemahiran yang diwarisi secara turun temurun dalam bidang ekonomi sara diri menyebabkan mereka sukar mengalihkan tumpuan kepada bidang ekonomi lain. Tambahan pula, pemerintahan inggeris tidak menggalakan orang melayu terlibat dengan ekonomi moden demi memelihara kepentingan politik dan ekonomi mereka di tanah melayu.

D) Modal Yang Besar i. Pengeluaran ekonomi moden di Tanah Melayu juga bergantung kepada sumbangan modal yang dibawa masuk dari luar Negeri dan modal tempatan. Modal yang dilaburkan telah digunakan untuk memajukan sektor perlombongan dan perladangan. ii. Modal yang dimiliki turut membawa kepada pengenalan teknologi moden dalam semua sektor ekonomi. Kaedah pengurusan yang lebih sistematik dan berkesan dapat digunakan bagi mengemaskini urusan ladang dan lombong secara besarbesaran. iii. Bagi memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi,kaji selidik dalam bidang pertanian dijalankan dan banyak tanaman baru turut diperkenalkan. E) Peranan Pemerintah i. Sikap pemerintah yang peka terhadap perubahan serta bersedia menerima banyak pengaruh luar dan idea-idea baru yang memodenkan dan menguntungkan Negara mereka. ii. Dengan adanya campur tangan inggeris di negeri-negeri melayu , keamanan Berjaya dipulihkan. Kestabilan politik dan suasana aman damai membolehkan kemajuan ekonomi dilakukan.Ianya tidak sahaja menguntungkan pihak inggeris malah pemerintah di negeri-negeri Melayu turut menikmati kemewahan dan pendapatan lumayan hasil kemajuan yang dicapai.

7. Sementara itu,di sabah dan Sarawak,pihak inggeris juga telah Berjaya meluaskan kuasa mereka. Meskipun demikian, Kadar pertumbuhan dan perubahan ekonomi di negeri-negeri tersebut nyata berbeza dari Tanah Melayu. 8. Ketidakseimbangan proses pembangunan ekonomi turut berlaku di Tanah Melayu. Pembangunan ekonomi lebih bertumpu di pantai barat berbading pantai timur. 9. Pihak inggeris juga member perhatian yang lebih terhadap perlombongan bijih timah dan perladangan getah yang merupakan eksport utama Tanah Melayu. Dalam usaha menumpukan kepada ekonomi berorientasikan eksport, maka sektor pertanian tradisioanal telah diabaikan.

Anda mungkin juga menyukai